Saturday, November 10, 2012

TAMAN NEGARA GUNUNG KINABALU,SABAH

Keindahan Gunung Kinabalu memang memikat mata memandang terletak di Taman Negara Kinabalu, Sabah. Ia merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara selepas Puncak Jaya di Kepulauan Papua, Indonesia. Selain itu, Gunung Kinabalu merupakan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tingginya 4,095 meter dari aras laut.keluasan taman negara ini merangkumi keluasan kira-kira 75 370 Hektar...


Di Taman Negara Kinabalu, anda boleh melihat kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan memang menakjubkan. Di sini terdapat lebih 4500 spesis tumbuhan, 326 spesis burung dan lebih 100 jenis mamalia. Antara yang paling menarik di sini ialah bunga Rafflesia yang bersaiz besar dan juga orangutan.


Gunung Kinabalu amat popular dikalangan pendaki gunung tempatan dan luar negara. Ini kerana gunung ini agak mudah didaki tertutamanya kepada pendaki amatur. Cuma anda perlulah menjalani latihan kecergasan lebih sebulan sebelum pendakian untuk memastikan kita sentiasa cergas.


Di sini juga, terdapat jambatan gantung  yang panjangnya 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok. Memang mengujakan!!  Kalau berkesempatan dan ada rezeki, rasa nak berkunjung lagi ke Sabah. Tapi ingin pula ke Sandakan...Insyaallah..



Sumber : Wikipedia

HUTAN SIMPAN GUA ANGIN,SARAWAK

KUCHING, 10 Mei 2012 - Hutan Simpan Gua Angin di Bau dekat sini, yang ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan pemulihan sejak tahun lepas, akan dibuka sebahagian kepada pelawat mulai 14 Mei ini.

Laluan Satu, Dua dan Tiga kini dibuka dan kemudahan asas seperti tandas, tempat berteduh dan platform disediakan untuk kemudahan pelawat yang mengunjungi hutan simpan seluas 6.16 hektar itu, kata Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam kenyataan di sini hari ini.

Bayaran masuk ke Hutan Simpan Gua Angin adalah RM1 bagi pelawat tempatan dan RM5 bagi pelancong asing, mengikut Ordinan Taman Negara dan Hutan Simpan 1998.

Ia merupakan sebahagian daripada pembentukan Bau, jajaran batu kapur meliputi kira-kira 150 km persegi di barat daya Sarawak.

"Oleh kerana sifat perbandingan lembut dan larut batu kapur, dan hujan lebat tropika di rantau ini, keseluruhan pembentukan Bau bertembung dengan gua," kata kenyataan itu dan menambah Gua Angin mudah dilawati dari Kuching dan sangat popular sebagai tempat berkelah kerana ia adalah 'lawatan balik hari' walaupun banyak gua di Bau adalah terpencil dan sukar dilawati. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sarawakforestry.com.

-- BERNAMA

TAMAN NEGARA PULONG TAU,SARAWAK

Kucing liar paling sukar ditemui di dunia dikesan di Pulong Tau


KUCHING: Salah satu daripada spesies kucing liar yang paling jarang dan sukar ditemui di dunia, iaitu Catopuma Badia, telah berjaya dikesan wujud di Taman Negara Pulong Tau (PTNP) di Batu Lawi dan Long Repun di bahagian utara negeri ini.
Catopuma Badia yang merupakan nama saintifik bagi kucing liar tersebut, berjaya dikesan imejnya melalui perangkap kamera oleh Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan Sarawak Forestry Corporation (SFC).
Pengurus Projek PTNP Dr Paul Chai Pang Kiong berkata, pihaknya berjaya mengesan kewujudan spesies terancam itu menerusi tiga imejnya yang berjaya diambil dan dirakam oleh kamera tersembunyi itu.
Perangkap kamera berkenaan ditaja oleh Persatuan Perkayuan Sarawak (STA), manakala projek PTNP Fasa II ditaja oleh Pertubuhan Kayu-kayan Tropika Antarabangsa (ITTO).
“Kedatangan kucing liar terbabit mewujudkan kepentingan buat PTNP untuk memelihara hutan simpan yang kaya dengan biodiversiti dan spesies endemis yang jarang ditemui dan hampir pupus,” kata Dr Chai.
Katanya kucing liar terbabit merupakan spesies yang hampir pupus yang dimasukkan dalam senarai merah Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Alam (IUCN).
Catopuma Badia juga turut tersenarai di dalam lampiran Konvesyen Perdagangan Antarabangsa dan spesies pupus flora dan fauna (CITES) dan ia merupakan binatang yang dilindungi di Sarawak.
“Kucing liar dewasa yang bersaiz normal adalah sebesar kucing domestik dengan nama saintifik albeit dan ekor yang lebih panjang. Ia mempunyai dua warna iaitu merah yang lebih banyak daripada spesies berwarna kelabu.
“Gambar terakhir seekor kucing liar ini diambil di Pusat Hidupan Liar Lanjak Entimau melalui perangkap kamera dengan kerjasama UNIMAS pada tahun 2003. Selain dari itu, maklumat diperolehi dari pelbagai sumber,” jelasnya.
PTNP terletak di kawasan tanah tinggi utara iaitu di Miri dan Limbang.
Kawasan taman tersebut telah digazetkan pada 2005 untuk melindungi kawasan seluas 60,000 hektar hutan hujan yang turut merangkumi Gunung Murud iaitu gunung tertinggi di Sarawak (2,424 m) dan Banjaran Tama Abu.
“Ia merupakan projek kawasan lindungan biodiversiti bersama Taman Negara Kayan Mentarang di Timur Kalimantan yang ditaja oleh ITTO bersama JHS sebagai agensi penguatkuasa,” katanya.

TAMAN NEGARA GUNUNG BUDA,SARAWAK

Gunung Buda-963meter


 *fakta-fakta penting*

1.Tahun di wartakan:2001
2.luas taman negara:6 235 hektar
3.tinggi gunung:963 meter
4-sistem gua ; no-5 terpanjang di asia dikenali "sistem gereja besar hijau-gua penyu"



pelancongan
Gunung Buda dalam bahasa Iban bererti Gunung Putih. Hal ini juga terlihat dari figure Gunung Buda yang terbentu dari batuan granit yang berwarna putih, tebing-tebing yang terdiri di sekelilingnya semakin memperjelas gambar sebuah Gunung Buda.
pelancongan
Gunung Buda boleh didatangi melalui Nanga Medamit  dengan pengangkutan sungai ke Mentawai  dan seterusnya berjalan kaki merentasi hutan sebelum memasuki Gunung Buda Jungle Resort

Mentawai
capture.JPG DSCN0504.JPG
DSCN0563 DSC05643
Bagi mereka yang sukakan sukan lasak seperti JungleTracking, berkayak, Mentawai adalah tempat yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ini. Mentawai merupakan sebuah tempat pelancongan yang boleh dilalui melalui jalan darat dan jalan air. Perjalanan melalui Bandar Limbang menggunakan kereta ke Medamit mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan dari Medamit ke Mentawai lebih kurang 6 jam perjalanan menggunakan perahu panjang. Keadaan alam sekitarnya masih belum tercemar dipenuhi dengan flora dan fauna serta batu kerangan dan air yang jernih.
Melalui Mentawai kita boleh ke Gunung Buda dan seterusnya Taman Negara Mulu melalui Kuala Terikan yang hanya mengambil masa 30 minit menggunakan pelampong menyelusuri batu kerangan ataupun boleh juga melalui jalan kecil. Kebanyakan pelancong dari Negara luar khususnya dari Eropah lebih suka ke Taman Negara Mulu melalui Limbang.

TAMAN NEGARA PAYA BAKAU RAJANG,SARAWAK

Sarawak wartakan hutan bakau

KUCHING 9 Ogos � Sarawak melaksanakan pelbagai usaha untuk mewartakan beberapa hutan bakau di negeri ini untuk dijadikan kawasan terlindung sepenuhnya, kata Pengarah Hutan negeri, Len Talif Salleh.
Beliau berkata, ketika ini, habitat hutan bakau meliputi kawasan seluas 134,300 hektar atau 15 peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di negeri ini.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri berkata, ini bermakna kawasan-kawasan ini diurus dan dijaga agar kewujudannya dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
��Antara hutan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan sepenuhnya atau dalam kategori estet hutan simpan kekal ialah Kuching Wetland National Park dengan kawasan seluas 6,610 hektar, Rajang Mangrove National Park Mukah (9,374 hektar) dan Sibuti Wildlife Sanctuary Miri (678 hektar).
��Dua lagi membabitkan kawasan cadangan iaitu Taman Negara Batang Lassa (22,000 hektar) dan Hutan Paya Bakau Limbang (4,290 hektar) masih dalam peringkat awal pewartaan sebagai Taman Negara,� katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program kesedaran Projek Penanaman Pokok Bakau dan spesies-spesies lain di pesisiran pantai negara di Pasir Putih, Selabat dekat sini, semalam.
Turut hadir Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri, Mohd. Naroden Majais dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim.
Dalam pada itu, Len Talif memberitahu, kira-kira 80 peratus habitat hutan bakau terletak di kawasan pantai barat selatan negeri ini iaitu di Kuching dan Mukah.
Katanya lagi, sebanyak lima peratus lagi terletak di bahagian utara iaitu di Limbang, manakala selebihnya bertaburan di Sri Aman, Sibu, Sarikei dan Miri.

TAMAN NEGARA MALUDAM,SARAWAK



Image

Taman ini terletak di daerah kecil Maludam. Untuk ke sini, pengunjung boleh menggunakan jalan darat dari Pusa dengan menggunakan jeti di Tanjung Lilin. Kenderaan untuk ke Maludam boleh mengunakan van dan motorsikal. Taman ini terkenal dengan orang Belanda iaitu sejenis monyet merah yang berhidung besar. Selain itu, ia juga terkenal dengan bukit tanah payanya.

Taman Negara Maludam ini meliputi kawasan seluas 43,147 hektar, iaitu kawasan yang merangkumi kawasan Batang Saribas-Batang Layar dan Sungai Batang Lupar. Kawasan ini meliputi Hutan Simpan Maludam seluas 16,592 hektar dan Hutan Triso seluas 26,555 hektar. Di dalam kawasan ini, terdapat pelbagai habitat unik termasuk spesis haiwan yang tergolong dalam kategori terlindung dan hampir pupus di Asia. Contohnya red-banded langur atau dalam istilah tempatan kera merah. Selain itu, terdapat juga kera belanda dan burung raya. Begitu juga flora dan fauna yang masih terpelihara.

Bagi pengunjung yang berkeinginan untuk mengunjungi taman negara ini, mereka boleh datang menggunakan jalan darat melalui daerah kecil Pusa. Apabila sampai di Pekan Maludam, mereka boleh memlih untuk tinggal di homestay dengan penduduk tempatan atau pun menyewa di bilik murah yang terdapat di Pasar Maludam.

Kampung Nelayan Terbesar
Kampung Beladin  merupakan kampung nelayan terbesar di Sarawak. Kampung ini juga merupakan salah satu kampung yang terbesar di daerah kecil Pusa. Bilangan rumahnya sahaja melebihi 1,000 buah. Kampung ini adalah kampung nelayan. Daya tarikan kampung ini ialah pengunjung boleh melihat aktiviti nelayan dan industri membuat kapal tunda. Selain itu, yang lagi istimewa apabila pengunjung boleh melihat ikan lumba-umba di muara Batang Saribas yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Pembuatan kapal tunda di kampung ini merupakan kegunaan penduduk tempatan, yang mana ramai di antara mereka yang menjadi nelayan laut dalam. Kapal tunda mereka mempunyai kemudahan GPRS, telefon mudah alih, GPS dan peralatan lain sebagai kemudahan. Kebanyakan hasil yang mereka perolehi akan dihantar ke Kuching ataupun ke Sarikei.

TAMAN NEGARA BUKIT TIBAN,SARAWAK

   Bukit Tiban National Park?


Bukit Tiban National Park with it's three map reference point : Bukit Tiban, Bukit Iban and Bukit Sekudong.

Bukit Tiban National Park as marked by Sarawak Forestry Department. (Source : Sarawak Forestry Department)

Two potential access points : via Kpg Kuala Nyalau Ulu on the Miri-Bintulu Coastal Highway or the Pan Borneo Highway.

Bukit Tiban NP in relation to Similajau NP on the coast.

The Bukit Tiban National Park encloses the headwaters of two major rivers in the Miri Division, namely Sungai Nyalau and Sungai Timong (a tributary of Sungai Suai), and Sungai Sigrok, a tributary of Sungai Similajau in the Bintulu Division.

It is therefore a vital catchment area for surrounding plantations, industries and residential areas within the three river systems. Its unique features provide for the development of water-based recreation, wildlife watching and jungle trekking. The peak of Bukit Tiban (764 m) serves as a good viewing point, overlooking the whole area including the surrounding plantations.

The park serves as a demonstration area on the successful regeneration of an ex-logging area. The area has been selectively logged prior to 1985. After logging, the Sarawak Forest Department carried silvicultural treatment on selected plots. These treatment practices to enhance regeneration led to satisfactory recovery of natural forest. Demonstration of recovery can be observed and monitored within these research plots. As a result of the forest recovery, the wildlife population has also been significantly enhanced. The park, being an island of natural forest surrounded by oil palm plantations, continues to serve as a refuge for the wildlife which feed within the plantation area by night. The park is vital for the survival of many of these wildlife species.

The Pan-Borneo Highway at Km 50 Bintulu-Miri forms the southernmost boundary of the Park, making it easily accessible. Its strategic location and unique scenic beauty is an ideal day-trip getaway from hectic city life as well as an excellent stop-over for Pan-Borneo Highway travellers
.


(Source :
http://www.forestry.sarawak.gov.my/forweb/np/np/bkttiban.htm)

Access to the area could potentially be possible via 4WD via Kpg Nyalau Ulu (via Coastal Miri-Bintulu Road) or the Pan Borneo Highway. Presently there are no facilities in the Park to cater for visitors, perhaps not even suitable access roads other than 4WD suited plantation roads.

What could be interesting at Bukit Tiban? Birds, all the surrounding area have been converted to oil palm plantation. Bukit Tiban NP could be the last remaining oasis for birds in the area.

SENARAI KAWASAN TAMAN NEGARA,HUTAN SIMPAN DAN KAWASAN DI LINDUNGI DI MALAYSIA

Parks, Reserves, and Other Protected Areas in

Malaysia




Malaysia Regions
Info
Protected Areas in Malaysia Department of Wildlife and National Parks
The Department of Wildlife and National Parks (DWNP) is responsible for the management of national parks and wildlife reserves in Peninsular Malaysia. The management of these areas is focused on the planning and implementation of various activities which contribute to the long-term conservation of protected areas while mitigating/reducing conflicts between human and the environment. The development of protected areas was done sustainably to ensure optimum benefit to human and prosperity to the environment for the present and future generation.



Peninsular Malaysia

National Parks

  • Taman Negara
  • Taman Negara Pulau Pinang
  • Tasek Bera

Wildlife Reserves

  • Chior
  • Sungkai
  • Batu Gajah
  • Bukit Fraser
  • Pahang Tua
  • Krau
  • Port Dickson
  • Bukit Nanas
  • Selangor Golf Club
  • Klang Gate
  • Bukit Sungai Puteh
  • Bukit Kutu
  • Bukit Faser
  • Bukit Melawati
  • Templer Park
  • Sungai Dusun
  • Segamat
  • Endau-Kota Tinggi (East)
  • Endau-Kota Tinggi (West)
  • Endau-Kluang
  • Wang Pinang
  • Terrapin Reserves



Sabah

Parks

  • Kinabalu
  • Crocker Range

Protection Forest Reserves

  • Bald Hill
  • Balembangan
  • Bengkoka
  • Bidu-Bidu
  • Binsuluk
  • Botitian
  • Bkt. Taviu
  • Bkt. Kuamas
  • Danum Valley
  • Gemok Hill
  • Gomantong
  • Gn. Lumaku (upper)
  • Gn. Lumaku (lower)
  • Kelawat
  • Klias
  • Lamag
  • Leila
  • Limau-Limauan
  • Lipaso
  • Maliau Basin
  • Mandamai
  • Mt. Andrassy
  • Mt. Cochrane
  • Mt. Conner
  • Mt. Hatton
  • Mt. Pock
  • Mt. Walker
  • Mt. Wullersdorf
  • Pababag Island
  • Quion Hill
  • Segarong
  • Selangan Is.
  • Silabukan
  • Sosopodon
  • Sg. Serudong
  • Tambalugu
  • Tanjung Nagas
  • Tawai
  • Tenompok
  • Timbun Mata
  • Tinagat
  • Ulu Kalumpang
  • Ulu Telupid

Domestic Forest Reserves

  • Jembongan
  • Kawang
  • Labuan
  • Lema'as
  • Matunggong
  • Tagaroh
  • Tamparuli
  • Tajong
  • Tatahan
  • Tamalang

Amenity Forest Reserves

  • Babanga
  • Baradaya
  • Gum Gum
  • Kg. Hindian
  • Membalua
  • Milli Nonum
  • Nabahan
  • Padas Damit
  • Pulau Berhala
  • Sibuga
  • Sook Plain
  • Ulu Kukut

Virgin Jungle Reserves

  • Agathis
  • Batumapun (mangrove)
  • Batu Timbang
  • Bod Tai
  • Bohihan, Maganting, Silumpat & Tabawan Islands
  • Brantian-Tatulit
  • Crocker Range
  • Dagat
  • Garinono
  • Gomantong
  • Imbok
  • Kabili-Sepilok
  • Karakit
  • Keruak
  • Kretam
  • Kawang Gibong
  • Kalumpang
  • Labuk Road
  • Kitabu
  • Lajong
  • Loro
  • Lungmanis
  • Madai-Baturong
  • Malawaring
  • Maligan
  • Malubuk
  • Mamahat
  • Materis
  • Mengalong
  • Merisuli
  • Milian-Labau
  • Nurod Urod
  • Pangi
  • Pin-Supu
  • Pulau Batik
  • Pulau Sakar
  • Rafflesia
  • Sepagaya
  • Sepilok (mangrove)
  • Sg. Basio
  • Sg. Imbak
  • Sg. Kapur
  • Sg. Lokan
  • Sg. Paitan
  • Sg. Sansiang
  • Sg. Sapi
  • Sg. Simpang
  • Sg. Siliawan
  • Sem Kerangas
  • Siaunggau & Mesapol
  • Silabukan
  • Tabin (in Tabin Wildlife Reserve)
  • Teak Plantation
  • Ulu Sapa Payau
  • Ulu Sg. Napagon
  • Umas Umas

Wildlife Reserves

  • Tabin
  • Kulamba

Conservation Areas

  • Maliau Basin
  • Danum Valley
Info
Sabah Forest Department
Protection Forest Reserves
are strictly protected. The total area of forests under this class is 342,216 ha, about 9.5% of the total forest reserve area (collectively known as the Permanent Forest Estate) and about 4.6% of the land area of Sabah. They are conserved primarily for environmental protection and biodiversity conservation. They are protected by law from any form of land conversion or timber exploitation. After the establishment of the PFE in 1984, a total of 44 Protection FRs were established, the last being Maliau Basin Forest Reserve in 1997.
Domestic Forest Reserves were established mainly to provide forest areas for natives living nearby to hunt, fish and take minor forest produce for their own domestic use, subject to permits. The total area of forests under this class is 7,355 ha. Forests under this class cover only a tiny fraction (0.2%) of the total forest reserve area (the Permanent Forest Reserve, PFE). Domestic FRs have yet to be fully developed for their intended purpose.
Amenity Forest Reserves were established mainly to provide recreational opportunities for the general public. The total area of forests under this class is 20,767 ha. Forests under this class occupy only a tiny fraction (0.6%) of the total forest reserve area (the Permanent Forest Reserve, PFE). Amenity FRs have yet to be fully developed for their intended purpose.
Virgin Jungle Reserves are intended for research and biodiversity conservation. At present, there some 50 VJRs throughout Sabah covering a total of 90,386 ha, about 2.5% of the total forest reserve area (referred to as the Permanent Forest Estate or PFE). Their size ranges from 3 ha to over 18,000 ha. Most of them are situated in the East Coast, on the Kinabatangan Floodplain, and in the southeast, in the Lahad Datu and Tawau regions.
Wildlife Reserves are strictly protected. The total area of forests under this class is 132,653 ha. They are conserved primarily for the preservation of wildlife and wildlife habitat. They are managed by the Sabah Wildlife Department.
Source: Conservation Areas Information and Monitoring System - CAIMS (for the Forest Reserves in Sabah)



Sarawak

National Parks

  • Bako (www)
  • Gunung Mulu (www)
  • Niah (www)
  • Lambir Hills (www)
  • Similajau (www)
  • Gunung Gading (www)
  • Kubah (www)
  • Batang Ai (www)
  • Loagan Bunut (www)
  • Tanjung Datu (www)
  • Talang Satang (www)
  • Bukit Tiban (www)
  • Maludam (www)
  • Rajang Mangroves (www)
  • Gunung Buda (www)

Nature Reserves

  • Wind Cave (www)
  • Sama Jaya (www)
  • Semenggoh (www)
  • Bukit Sembiling
  • Bukit Hitam

Wildlife Sanctuaries

  • Samunsam (www)
  • Lanjak-Entimau (www)
  • Pulau Tukong Ara-Banun (www)
  • Sibuti

TAMAN NEGARA WETLANDS KUCHING,SARAWAK

Kuching Wetlands National Parks



HUTAN tanah bencah adalah sebahagian daripada sumber alam yang sangat dikagumi kerana ia merupakan ekosistem yang kaya dengan kepelbagaian biologi yang unik.
Sumber dari hutan ini boleh menjana pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, selain berperanan mempengaruhi kestabilan alam sekitar, memelihatra bekalan air bersih, melindungi dan memelihara flora dan fauna serta memiliki nilai estetika yang mempersonakan.
Taman negara itu adalah antara tarikan pelancong terbaru di Bumi Kenyalang, terutama bagi pelancong yang meminati pelancongan alam sekitar dan hidupan liar.

Monyet Proboscis di Kuching Wetland.
Terletak kita-kira 20 kilometer dari Bandar Raya Kuching, ia kaya dengan hutan bakau air masin, dihuni Orang Belanda atau monyet proboscis, monyet macaque iaitu monyet berekor panjang, monyet daun perak iaitu monyet kelabu, biawak dan buaya muara.

Monyet Macaque berekor panjang yang menghuni di Kuching Wetland.
Selain itu, ada beberapa jenis burung termasuk burung raja udang, helang laut perut putih serta burung pesisir pantai seperti bangau botak yang jarang ditemui.
Di muara Santubong dan Sungai Salak terdapat ikan lumba-lumba irrawady.
Kuching Wetland sebelum ini merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sarawak yang mempunyai keluasan 6,610 hektar dan diwartakan sebagai taman negara pada 10 Oktober 2002. Kedudukannya terletak di muara Sibu Laut dan Sungai-sungai di Salak.

Pelancong teruja ketika menyusuri sungai di Taman Negara Kuching Wetland.
Selepas menyedari potensi pelancongan dan kepentingan penjagaan alam sekitar, kerajaan negeri Sarawak memutuskan untuk menguruskan kawasan tersebut.
Pada November 2005, kawasan tersebut dinamakan sebagai tapak Ramsar iaitu kawasan tanah bencah atau lembap.
Untuk meneroka keindahan alam semulajadi, pengunjung perlu menaiki bot sama ada dari jeti Samariang Baru, Pantai Damai, Santubong Resort atau Kampung Telaga Air.
Tetapi awas, sungai-sungai di kawasan taman tersebut dianggarkan dihuni 317 ekor buaya yang kebanyakannya berada di Sungai Lemidin, Sungai Samariang, Lobak Kilong dan Sungai Gelugor.

Menyusuri kehijauan hutan paya bakau di Salak, Kuching Wetland.
Justeru, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, kesedaran mengenai kepentingan tanah bencah kerana masih ramai tidak tahu ia penting dalam kehidupan seharian manusia.
Bencah berfungsi sebagai penuras semulajadi bahan cemar dan sebagai penampan banjir. Selain itu, kawasan bencah dengan kepelbagaian biologi yang penting dalam ekosistem seperti makanan
Sejenis Ikan Lumba-Lumba ,Irrwanddy Dolphins di Muara Santubong,Salak,Pulau Kera,Kuching Wetlands

TAMAN NEGARA TALANG SATANG,SARAWAK




Sarawak taman laut negara yang pertama, Talang-Satang telah ditubuhkan dengan tujuan utama pemuliharaan populasi penyu laut Sarawak. Taman terdiri daripada pantai dan laut yang mengelilingi empat pulau pantai barat daya Sarawak; Pulau Talang Besar (Greater Talang Island) dan Pulau Talang Kecil (Lesser Talang Island) off Sematan, dan Pulau Satang Besar (Greater Satang Pulau) dan Pulau Satang Kecil (Lesser Satang Island) off Santubong, berhampiran Kuching. Keempat-empat "Kepulauan Penyu" bertanggungjawab bagi 95% daripada semua pendaratan penyu di Sarawak. Taman itu juga termasuk Pulau Tukong Ara-Banun Sanktuari Hidupan Liar, dua pulau kecil kecil yang penting tapak sarang koloni Bridled Terns dan Terns Hitam-Naped.


Taman Negara Talang-Satang meliputi jumlah kawasan lebih kurang 19.400 hektar (19.4 km persegi), dan terdiri daripada semua tanah di bawah tanda air pasang di pulau-pulau masing-masing, dan lautan di sekeliling jejari 4.8 km daripada titik tertinggi di pulau setiap . Kawasan terumbu cetek yang indah mengelilingi semua empat pulau. Terumbu umumnya terdiri daripada beberapa spesies karang keras dan koloni karang lembut. Mereka menyediakan tempat tinggal dan berehat alasan untuk penyu laut, dan juga penting kawasan pembiakan ikan.




PENYU PEMULIHARAAN Marin

Penyu laut adalah antara makhluk paling lama hayatnya di dunia, dengan banyak mencapai jangka hayat lebih daripada 100 tahun. Perenang anggun yang menghabiskan sebahagian besar di bawah air masa mereka, mereka telah menemui ajal hampir tidak berubah sejak zaman Trias, kira-kira 200 juta tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, tabiat pembiakan yang telah berkhidmat mereka begitu baik untuk sekian lama kini menyumbang kepada kepupusan mereka.
Penyu laut matang perlahan-lahan, hanya bermula untuk membiak di antara umur 30 dan 50 tahun, dan apabila mereka memulakan pembiakan, perempuan biasanya hanya menghasilkan telur setiap empat atau lima tahun sekali. Mereka tidak bertelur pada hanya mana-mana pantai, tetapi berhijrah kembali ke pantai mereka lahir, kadang-kadang di seberang jarak lebih daripada 3,000 km. Bagaimana mereka mencari jalan mereka kembali ke pantai tersebut merupakan salah satu misteri besar alam semula jadi tidak dapat diselesaikan. Ia juga menjadi faktor utama dalam penurunan populasi penyu, kerana sebagai pantai di seluruh dunia telah dibangunkan untuk pelbagai tujuan, penyu tidak dapat berpindah ke tapak tidak terganggu bersarang.



Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada kematian penyu sengaja pemburuan penyu untuk daging dan kulit kura-kura; Memungut telur penyu yang tidak terkawal, terperangkap dalam pukat; pemusnahan alasan makanan terumbu karang itu atau katil rumput laut; dan penelanan beg plastik yang beberapa kesilapan spesies untuk obor-obor, sebahagian diet asli mereka. Walaupun di bawah keadaan yang sempurna, kadar kelangsungan hidup adalah sangat rendah. Penyu betina boleh bertelur sebanyak 10,000 telur dalam hayat mereka, tetapi kerana kerugian bersarang kerana pemangsa tanah semulajadi dan pemangsaan oleh ikan sebaik sahaja mereka sampai ke laut, beberapa sebagai 10 rega akan hidup untuk mencapai kematangan.

Lima spesies penyu laut dikenali bersarang di Sarawak, dengan puncak musim penyu bertelur berjalan dari April sehingga September. Setakat ini yang paling penting adalah Penyu Agar (Chelonia mydas), yang mewakili 90% daripada semua pendaratan penyu, terutamanya di pulau-pulau Talang-Satang taman negara. Spesies lain yang kadang-kadang tanah di pulau-pulau Penyu Hawksbill (Eretmochelys imbricata), manakala Ridley Zaitun, sarang Penyu Belimbing dan loggerhead terutamanya di tanah besar. Semua spesies ini ancaman kepupusan di seluruh dunia.

Kerana ancaman kepada penyu laut, program pemuliharaan di bawah cara tiga Talang-Satang kepulauan yang lebih besar, dan juga di Tanjung Datu dan Taman Negara Similajau di tanah besar Sarawak. Telur sama ada dikeluarkan dari sarang dan ditempatkan di pusat penetasan yang dijaga, atau ditinggalkan di tempat dan dikawal sepanjang masa oleh warden Perhutanan Sarawak. Selepas pengeraman 40 hingga 60 hari, rega muda dilepaskan pada waktu malam untuk mengurangkan kerugian daripada pemangsa. Di samping itu, beberapa rega tagged with bersaiz kecil mengesan peranti radio untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ekologi dan kitaran hidup mereka. Program muncul akan berfungsi dengan baik, kerana bilangan pendaratan telah stabil di antara 1,500 hingga 3,000 setahun dalam tempoh 10 tahun, selepas tenggelam ke semasa semua yang rendah di bawah 1,000 pada awal tahun 1980-an.

Satu lagi sebab untuk peningkatan pendaratan penyu adalah program-ball terumbu kejayaan. Lebih 2000 konkrit terumbu-bola telah diletakkan di perairan Taman Negara. Bola tukun tiruan ini bukan sahaja menyediakan habitat yang sedia ada yang dibuat untuk spesies karang, mereka juga menyediakan tempat perlindungan antara-sarang penyu; pembinaan konkrit yang kasar dan berat bola terumbu akan mengoyakkan pukat kepada corak-carik, dan oleh itu menghalang pencerobohan oleh pukat tunda. Ia adalah sukar untuk menentukan dengan tepat apakah perbezaan mereka membuat nombor sebenar pendaratan, tetapi sejak pengenalan terumbu-bola bilangan penyu yang mati ditemui di Talang-Satang telah menurun secara mendadak.

Program pemuliharaan telah dirancang dengan teliti untuk melibatkan masyarakat tempatan. Hak-hak tradisional dan amalan tuan-tuan tanah tempatan, penduduk kampung, dan dan nelayan diiktiraf, dan Perhutanan Sarawak bekerja dalam kerjasama yang erat dengan mereka untuk memastikan penggunaan mampan sumber-sumber yang mereka berhak.




PELAWAT pulau-pulau

Kerana sensitiviti melampau habitat, pengunjung hanya dibenarkan dalam tempoh 2.8km Pulau Talang Besar, Pulau Talang Kecil, Pulau Satang Kecil atau Sanktuari Hidupan Liar Ara Banun oleh perkiraan khas dengan Perhutanan Sarawak. Kebenaran itu biasanya hanya diberikan kepada penyelidik bona fide, pelajar, organisasi pemuliharaan, dan orang yang mengambil bahagian dalam Program Sukarelawan Penyu Laut (lihat bawah).

Pulau Satang Besar, pulau-pulau yang terbesar, yang dibuka kepada pelawat, tetapi pemuliharaan mengambil keutamaan ke atas pelancongan. Bahagian kedua-dua pulau dan laut sekitarnya adalah di luar had kepada pelawat yang perlu berada di dalam kawasan yang ditetapkan dan disertai oleh warden Perhutanan Sarawak pada setiap masa. Walaupun sekatan ini amat perlu, Pulau Satang Besar adalah tempat yang menarik dan indah untuk melawat. Penetasan penyu adalah berasaskan tanah tarikan utama, di mana pengunjung boleh mempelajari semua mengenai program pemuliharaan.

Pulau itu sendiri adalah curam dan tebal hutan, dan tidak sesuai untuk trekking. Walau bagaimanapun, pantai pasir putih merentasi seluruh seluruh sebelah selatan pulau ini. Perairan yang mengelilingi hijau zamrud yang mendalam dengan terumbu karang tidak jauh dari pantai, yang menawarkan kemungkinan snorkeling baik. Dasar laut lereng secara beransur-ansur kepada kedalaman kira-kira 12 meter, dengan beberapa pembentukan batu karang menarik keras, karang lembut, peminat laut gorgonian dan bintang bulu, dikelilingi oleh ikan kecil atendan mereka. Warna boleh menjadi hebat, tetapi tahap penglihatan sering terhad kepada antara 3 dan 10 meter, demikian hanya serius bersnorkel dan menyelam akan melihat batu karang pada tahap terbaik. Ikan pelagik yang besar adalah jarang berlaku, tetapi Penyu Hijau kadangkala boleh dilihat meluncur anggun melalui air.



Menyelam dan snorkeling
Selam skuba dan snorkeling terbatas dalam zon yang ditetapkan sahaja. Tiada aktiviti rekreasi air dibenarkan di luar zon dalam kepentingan pemuliharaan. Penyelam skuba mesti disertakan dengan panduan menyelam yang diluluskan. Tangki menyelam, BCDs yang dan pengawal selia boleh disewa daripada pejabat operasi Perhutanan Sarawak di pulau itu, tetapi perlu ditempah terlebih dahulu. Sila hubungi Pejabat Tempahan Taman Negara di Kuching untuk maklumat lanjut.
Program Sukarelawan Penyu Laut

Program Sukarelawan Penyu Laut Sarawak (SSTVP) yang unik eko-pelancongan inisiatif yang dijalankan oleh Perhutanan Sarawak. Terbuka dari Mei hingga September, program ini didorong oleh pemuliharaan membenarkan sukarelawan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam usaha-usaha pemuliharaan penyu Sarawak dengan menghabiskan 4 hari di Stesen Pemuliharaan Penyu di Pulau Talang-Talang Besar.

Apabila tiba di pulau ini, sukarelawan diberikan taklimat mengenai program pemuliharaan sebelum tugas yang telah diperuntukkan atau kawasan tanggungjawab. Tugas termasuk rondaan pantai untuk mengesan ketibaan penyu, pemantauan aktiviti penyu bertelur, tagging dan mengukur penyu, memindahkan telur ke tapak penetasan, melepaskan rega, rakaman data dan lain-lain aktiviti pemuliharaan di tapak.

SSTVP ini menawarkan para peserta peluang untuk belajar lebih lanjut mengenai pemuliharaan penyu dan pertemuan yang tidak dapat dilupakan pengalaman dengan penyu laut. Tambahan pula, para peserta mendapat kepuasan mengetahui bahawa mereka sebenarnya menyumbang kepada projek pemuliharaan yang bernilai.

Sila ambil perhatian bahawa Program Sukarelawan Penyu Laut Sarawak tidak sesuai untuk semua orang. Kemudahan-kemudahan penginapan asas dan semua orang dijangka untuk membantu dengan memasak dan pembersihan-up. Sukarelawan menyertai pasukan pakar pemuliharaan berdedikasi yang misinya adalah untuk memantau setiap pendaratan penyu di pulau itu dan seterusnya membantu untuk mengekalkan warisan semula jadi Sarawak. Sukarelawan boleh mengharapkan 'Kembali ke Alam' ganjaran pengalaman tetapi harus ingat bahawa program ini bukan percutian pantai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Perhutanan Sarawak


PELAWAT KESELAMATAN


Terumbu karang Talang-Satang adalah rumah untuk beberapa makhluk berbisa, termasuk Ular Laut, Ular Karang, stonefish dan Kerang Kon. Ular laut selalunya adalah tidak berbahaya jika tidak terganggu, dan jika dilihat perlu dibiarkan sahaja. Stonefish boleh menyembunyikan diri mereka di dalam lumpur atau pasir di sekitar karang, terutama di air surut, jadi tidak berjalan atau berenang berkaki ayam di sekitar terumbu karang. Kerang kon sangat berbisa dan tidak harus dikendalikan di bawah mana-mana keadaan.

TAMAN NEGARA LOAGAN BUNUT,SARAWAK

Keindahan Taman Negara Loagan Bunut

KEADAAN Loagan Bunut yang dilimpahi air. � UTUSAN/RANIA PARAN


MIRI 1 Sept. � Menyaksikan bulan penuh di langit yang menghasilkan bayang indah di permukaan tasik yang tenang adalah saat paling ditunggu-tunggu oleh pelawat jika berkunjung ke Taman Negara Loagan Bunut (TNLB) di Sarawak.
Begitu juga suasana awal pagi waktu terbitnya matahari yang diceriakan dengan suara penghuni hutan belantara akan menghasilkan perasaan teruja sambil menyusuri tasik menggunakan bot.
Terletak kira-kira 120 kilometer di tenggara bandar raya Miri, Sarawak, Loagan Bunut yang mempunyai keluasan 6.5 kilometer persegi merupakan satu-satunya tasik air tawar semulajadi yang ditemui di negeri ini.
Diwartakan pada 1990, TNLB meliputi kawasan seluas 10,736 hektar antara Sungai Tinjar dan Sungai Teru yang akan bertemu dengan kawasan tadahan Sungai Baram di bahagian hulunya.
Loagan Bunut diberi gelaran oleh penduduk asal suku Berawan bermaksud �tasik� dan �bekal makanan�.
Apa yang menarik, tasik itu terletak di tengah-tengah kawasan taman negara itu. Kira-kira 94 peratus daripada kawasan taman negara adalah paya termasuk tasik dan hanya enam peratus iaitu di bahagian selatan adalah banjaran bukit-bukau.
Namun, tidak ramai yang mengetahui, tasik yang berusia 10,000 tahun itu akan kering kontang menjadi padang jarak padang tekukur setiap kali kedatangan musim kemarau.
Fenomena luar biasa itu boleh disaksikan antara bulan Mac hingga September setiap tahun.
Adakalanya tasik itu kering kontang beberapa kali dalam tempoh setahun. Pada paras biasa tasik ini mempunyai kedalaman empat hingga lima meter namun, parasnya boleh mencecah lebih tinggi pada musim tengkujuh.
Sebenarnya, tasik ini diairi oleh Sungai Bunut iaitu anak sungai yang berpunca dari Sungai Teru yang mengalir ke Batang Tinjar, Baram. Justeru naik turun paras air di tasik itu dipengaruhi oleh paras air sungai di Batang Tinjar.
Apabila paras air tasik di Loagan Bunut kering, penduduk tempatan boleh menggunakan motosikal ataupun kereta di tengah-tengah tasik itu.
Uniknya semasa proses pengeringan itu, pelbagai spesies ikan sungai antaranya biawan, tapah, betutu, mengalan dan mata merah yang hidup di tasik berkenaan akan berhijrah dan berkumpul di Sungai Teru sebelum menuju ke Sungai Batang Tinjar.
Kemarau berakhir, musim tengkujuh pula menyusul menyebabkan tasik itu sekali lagi dilimpahi air dari Sungai Bunut dan Batang Tinjar. Pada masa inilah ikan-ikan yang berhijrah sebelum ini berenang semula ke dalam Loagan Bunut.
Menyedari keunikannya dan pentingnya tasik itu terhadap ekosistem, pada 2001, TNLB telah dipilih sebagai tapak Projek Pemuliharaan dan Penggunaan Lestari Hutan Paya Gambut Tropika dan Ekosistem Tanah Lembap yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia dan Projek Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP)/Kemudahan Alam Sekitar Global (GEF).
Di bawah projek itu, TNLB dijadikan salah satu tapak penyelidikan flora dan fauna secara terperinci dilaksanakan untuk pengurusan hutan paya gambut dan ekosistem tanah lembap secara mapan di negara ini.
Sesuai dengan cirinya sebagai hutan paya gambut, TNLB menyajikan keindahan landskap dan panorama hijau yang mengasyikkan dan memang ideal untuk pengunjung yang mahu bersantai sambil menambah pengetahuan.
Ia kaya dengan kepelbagaian bio seperti 500 spesies tumbuhan berbunga termasuk orkid dan herba; 190 spesies burung; 70 jenis ikan; 20 spesies katak dan 30 spesies reptilia serta buaya spesies false gharial atau jejulong.
Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, mereka berpeluang meredah hutan seakan kembali ke alam semula jadi melihat pelbagai keajaiban alam ciptaan Tuhan sambil menghargai khazanah alam yang tidak ternilai.
Tasik Loagan Bunut kering kontang setiap kali musim kemarau dari Mac hingga September setiap tahun.


Jika bernasib baik, para pengunjung berpeluang melihat pelbagai spesies kelawar; burung liar seperti kenyalang, bangau, raja udang, binatang liar yang terlindung seperti beberapa spesies monyet; musang dan habitat babi hutan. TNLB merupakan syurga bagi kaki pancing dan peminat burung.
Oleh kerana kawasan TNLB luas, pengunjung perlu bijak membahagikan masa untuk melawat sekitar tasik dan seeloknya dapatkan panduan lawatan atau jurupandu yang disediakan pihak pengurusan taman.
Selain mengelilingi tasik, pengurusan menyediakan lima pilihan laluan pendidikan iaitu Laluan Tapang (260 meter); Laluan Belian (720m); Bukit Paron dan Laluan Hidupan Liar (2 kilometer) dan Laluan Hidrologi (2.5km) melalui hutan paya gambut.
Selain itu, pengunjung boleh menyusuri tasik menggunakan bot sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan alam sekitar.
Penjelajahan tasik itu bermula di jeti taman sebelum mengelilingi tasik seterusnya memasuki Sungai Bunut dan Sungai Bunan. Bayaran bergantung kepada pakej yang digunakan.
Selain keindahan alam semula jadi di kawasan tasik, Loagan Bunut turut menyediakan nilai-nilai kebudayaan yang boleh menarik ramai pelawat.
Antaranya kawasan perkuburan tradisional masyarakat kaum Berawan di Pulau Tengah iaitu sebuah pulau kecil yang terletak di tengah-tengah tasik tersebut.
Kawasan perkuburan tua itu masih digunakan oleh penduduk kampung sehingga ke hari ini. Selain itu pelawat pasti teruja dengan cara tradisi menangkap ikan yang hanya diamalkan oleh kaum Berawan iaitu �selambau�.
Selambau adalah satu cara menangkap ikan menggunakan pukat sama ada ia dilakukan dari atas rumah di permukaan air atau menggunakan perahu. Pengunjung yang ingin menyaksikan kaedah menangkap ikan ini digalakkan datang pada bulan April hingga Ogos.
Pengunjung juga boleh mendapatkan pengetahuan mengenai pelbagai spesies ikan sungai eksotik di samping membeli dengan harga berpatutan.
Selain itu, rumah-rumah panjang kaum Berawan, Iban dan Penan yang terletak di kawasan sekitar tasik itu turut menjanjikan tarikannya tersendiri.
Untuk pengunjung yang merancang tinggal di sini beberapa hari, pengurusan taman menyediakan sebuah hostel mengandungi empat bilik, tujuh katil bertingkat setiap bilik, tempat berkhemah dan kantin.
Kaedah tradisional menangkap ikan menggunakan selambau di Loagan Bunut.


Selain itu, pengunjung boleh memilih untuk menginap di calet yang mempunyai tiga katil setiap bilik dan dilengkapi penghawa dingin.
Ataupun, pengunjung boleh bermalam di chalet yang diusahakan oleh kaum Berawan seperti Mutiara Bunut; Kumbang Leng Chalet dan Adam Lian Chalet.
Terdapat juga kemudahan rumah bot, rumah penyimpanan, loji rawatan air bagi kemudahan penginap, rumah janakuasa elektrik, pondok-pondok rehat, jeti, tempat pejalan kaki dan kawasan letak kereta yang luas serta kemudahan jalan raya berturap dari simpang masuk hingga ke ibu pejabat taman negara tersebut.
TNLB turut giat mengadakan kempen pendidikan alam sekitar dengan kerjasama sekolah, institusi pendidikan tinggi, sektor swasta, kerajaan dan badan bukan kerajaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...