Saturday, November 10, 2012

TAMAN NEGARA GUNUNG KINABALU,SABAH

Keindahan Gunung Kinabalu memang memikat mata memandang terletak di Taman Negara Kinabalu, Sabah. Ia merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara selepas Puncak Jaya di Kepulauan Papua, Indonesia. Selain itu, Gunung Kinabalu merupakan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Tingginya 4,095 meter dari aras laut.keluasan taman negara ini merangkumi keluasan kira-kira 75 370 Hektar...


Di Taman Negara Kinabalu, anda boleh melihat kepelbagaian flora dan fauna yang unik dan memang menakjubkan. Di sini terdapat lebih 4500 spesis tumbuhan, 326 spesis burung dan lebih 100 jenis mamalia. Antara yang paling menarik di sini ialah bunga Rafflesia yang bersaiz besar dan juga orangutan.


Gunung Kinabalu amat popular dikalangan pendaki gunung tempatan dan luar negara. Ini kerana gunung ini agak mudah didaki tertutamanya kepada pendaki amatur. Cuma anda perlulah menjalani latihan kecergasan lebih sebulan sebelum pendakian untuk memastikan kita sentiasa cergas.


Di sini juga, terdapat jambatan gantung  yang panjangnya 157.8 m dengan ketinggian 41 meter di atas pokok. Memang mengujakan!!  Kalau berkesempatan dan ada rezeki, rasa nak berkunjung lagi ke Sabah. Tapi ingin pula ke Sandakan...Insyaallah..



Sumber : Wikipedia

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...