Saturday, July 27, 2013

Masjid Yang Membawa Kemarahan Umat Islam Turkmensistan

Masjid Türkmenbaşy Ruhy ialah sebuah masjid yang dibina di Gypjak, 7 kilometer dari ibu negara Turkmenistan Ashgabat. Ianya dibina oleh bekas Presiden Seumur Hidup Turkmenistan Saparmurat Niyazov lengkap dengan sebuah makan sebagai persediaan beliau sebelum meninggal dunia. Ianya siap sepenuhnya pada tahun 2004 dan Saparmurat Niyazov meninggal dunia pada tahun2006. Semasa hayatnya Saparmurat Niyazov ialah seorang diktator. Beliau mengubah nama bulan Januari kepada nama gelaran beliau Türkmenbaşy yang bermaksud "Bapa Turkmenistan" dan juga menjenamakan semula vodka rasmi negara sempena nama beliau. Selain dari itu Saparmurat juga membina sebuah monumen lengkap dengan patung beliau yang disadur emas. Patung ini akan berputar 360 darjah sehari bagi memastikan ia akan sentiasa mengadap matahari. 
Semasa hidup beliau juga menulis sebuah buku yang diberi nama RUHNAMA. Kitab ini wajid dibaca oleh semua rakyat Turkmenistan dan dianggap suci. How suci? Setiap masjid di Turkmenistan WAJIB meletakkan senaskah Ruhnama bersebelahan senaskah kitab suci Al Quran. Kegagalan mematuhi perintah ini boleh menyebabkan masjid yang ingkar dirobohkan. 
Beliau juga mendakwa bertemu Allah dan Allah menjanjikan sesiapa yang khatam Ruhnama sebanyak 3 kali akan dijamin masuk syurga! Tidak menghairankan ayat-ayat"suci" Ruhnama diukir pada Masjid Türkmenbaşy Ruhy. Dikabarkan Mufti Besar Turkmenistan menegur Saparmurat dan berkata apa yang dilakukan beliau ini bertentangan dengan ajaran Islam. Saparmurat berang ditegur dan mufti ini kemudiannya dipenjarakan 20 tahun kerana keberanian beliau.








Sumber

TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM




Tanda 100 hari sebelum mati:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." -Sabda Nabi Muhammad S.A.W-
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma samada meraka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
* Tanda ini rasanya lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.


Tanda 40 hari sebelum mati:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
* Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka akan bingung seketika.


Tanda 7 hari sebelum mati:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka kita harus berpuasa selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan memudahkan urusan pemandian nanti. Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh serta dapat dikesan jika melihat dari sisi.


Tanda 1 hari sebelum mati:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana in menandakan kita tidak akan sempat untu menemui waktu Asar keesokan hari.


Tanda akhir:

Kita akan merasa satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Tibalah masanya untuk malaikat maut menjemput kita kembali kepada Allah yang menhidupkan kita dan sekarang akan mematikan.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


WaAllahualam.

Subhanallah!! Hutan Ditemui Dibawah Padang Pasir..


Dashyat sungguh ciptaan Allah S.W.T, Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Bayangkan di bawah tanah lubang padang pasir yang gersang wujudnya hutan yang subur tumbuh didalam kegelapan.Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “tanah orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian masa yang lama .


Sumber

Subhanallah..Pohon Yang Menaungi Rasulullah SAW Masih Hidup Segar


Yang dimaksud dengan Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah hingga sekarang.
Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi pengingat, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.
Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.
Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”
Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendaknya.
TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ?
Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW, Pohon yang diberkati.
Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “ the only living sahabi ” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”.
Sedikit sejarah mengenainya…
Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah – pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari.
Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.”
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria.
Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W dua kali tiba di Bosra :
1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda
SAW di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman.
2. kali kedua rasulullah SAW ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. Apa yg menarik selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosrasejauh lebih 500km kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas. Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan yang boleh hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua.
Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah SAW menziarahi pohon di mana Datuknya – Rasulullah SAW – pernah berada di situ.
SubhanAllah, Indahnya Ciptaan ALLAH..

Kongiskan untuk pengetahuan umat Islam yang lain.. 


Sumber

Mekah - Dulu, Kini dan Akan Datang


Masjidil Haram adalah masjid paling suci umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat. Saksikan perubahan Masjidil haram dari dulu, kini dan akan datang.














Credit: http://relakssminda.blogspot.com

Antara Makam Orang-Orang Yang Dicintai ALLAH SWT

Makam Nabi Muhammad S.A.W di Arab Saudi

  Makam Nabi Daud A.S di Israel
Makam Siti Hawa di Jeddah
Makam Nabi Adam A.S di Jordan
Makam Nabi Saleh A.S
Makam Nabi Musa
Makam Nabi Syu'aib A.S
Makam Nabi Harun A.S
Makam Nabi Zakaria A.S
Makam Nabi Yahya A.S
Makam Khadijah
Makam Bilal Habashi di Damaskus

Julien Faubert; Bekas Pemain Tengah Real Madrid Ini Masuk Islam



Pemain Bola Sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan bekas pemain tengah Real Madrid mendedahkn alasan disebalik keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk masuk Islam setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.

 

Dia berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatnya ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang kehidupan peribadi mereka.



Pemain yang berkahwin dengan seorang wanita Islam berasal dari Algeria itu dalam wawancara dengan surat khabar Pernacis “L’Equipe”, “saya akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi. ”
aubert menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pengayaan maklumat mengenai agama Islam.
Sumber: http://www.harian-metro-online.com

Sejarah: Tragedi Berdarah Di Kota Makkah 1979

Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.

Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah
Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi.

Tarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari sebelum serangan , mereka telah menyembunyikan senjata , peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan sebelumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.

Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979.

Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.

Sebagai tindak balas dari serangan tersebut Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper (penembak curi). Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korbanyang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.

Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.
Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan ‘tanah haram’ Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.

Komando GIGN Perancis yang “masuk Islam” untuk operasi pembebasan Masjidil Haram.
Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas operasi serangan.

Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.

Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang  mendakwa “Imam Mahdi” terbunuh dalam serangan.

Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.

Pengikut Juhaiman yang telah ditahan.

Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah membakar semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.

Wallahu’alam.

Sumber:
Grand Mosque Seizure (Wikipedia)
war-story.blogspot.com
www.ontdekislam.nl
www.blogammar.com

Pertandingan Gusti Berani Mati di Jepun


Big Japan Pro Wrestling (BJW) ialah organisasi gusti legenda Jepun tahap profesional yg melibatkan perlawanan berani mati.

Pertarungan dalam gelanggang akan melibatkan senjata2 merbahaya seperti batang lampu ‘fluorescent’ dan kawat duri.

Pertarungan berani mati yg dianjurkan BJW menarik perhatian banyak peminat. Penubuhan dan perlawanan pertama diadakan pada 16 Mac 1995 di Yokohama Cultural Gymnasium.







Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...