SEJARAH ROHINGYA
Muhammad Nuruddin bin Bashah
Bc Hons Eng UM
Tidak ramai yang peduli nasib etnik Rohingya dari
segi makan minum mereka, masa depan sosial, taraf pendidikan apatah lagi
mahu membela sejarah mereka yang absah di bumi Arakan
[1].
Semasa Setiausaha MAPIM, Cikgu Hj Azmi bin Abd Hamid menulis surat
menggesa supaya diambil tindakan terhadap kekejaman Ranggon terhadap
rakyat Rohingya selepas tercetus konflik mutakhir 3 Jun 2012, jawapan
dingin sahaja yang diperoleh. ASEAN, PBB, OIC, malah Aung Su Kyi hanya
membisu dan tidak membalas sebarang surat yang dikemukakan oleh NGO
Malaysia. OIC dan PBB hanya bersuara selepas sebulan penyembelihan
rakyat Rohingya berlaku. PBB pula jelas menunjukkan sikap bacul apabila
mengosongkan pejabat mereka di Myanmar ketika tragedi berdarah tersebut
berlaku.
Aung San Suu Kyi sendiri tidak dapat memberi jawapan yang
mengembirakan umat Islam bila merujuk isu terkini pasca 3 Jun 2012.
Laman sesawang Islamic Geography melaporkan Aung San Suu Kyi, pejuang
demokrasi dan pejuang kebebasan rakyat Burma
[2] yang mendapat anugerah Nobel Keamanan ketika ditanya tentang nasib kaum minoriti Muslim Rohingya , telah menjawab :“
I do not know. We have to be very clear about what the laws of citizenship are and who are entitled to them.
(Saya tidak tahu. Kita harus perjelas dulu tentang undang-undang
kewarganegaraan seperti apa dan siapa yang mempunyai hak untuk (status
warganegara) tersebut.
[3]
Jika anda boleh menemuramah pekerja asing Myanmar di Malaysia, mereka
tidak dapat menerima langsung etnik Rohingya sebagai sebahagian
daripada sejarah negara mereka. Malah sokongan massa dari kalangan etnik
Shan yang beragama Buddha cukup utuh terhadap kempen menghapuskan etnik
ini dari bumi Myanmar atas alasan ia bukan etnik asal Burma. Walau
bagaimanapun etnik Rakhine adalah yang paling ekstrim membenci Rohingya.
Kaum Muslim pelbagai etnik di kawasan lain terutama Rangoon masih
selamat dan tiada permasalahan besar. Soalnya dari mana munculnya etnik
ini? Adakah mereka umpama Yahudi yang berkeliaran serata Eropah dan
hanya bersatu pada tahun-tahun tertentu untuk menubuhkan negara pada
1948?
Adakah Rohingya sebegitu
jalur sejarahnya? Penyelesaian tidak bertanggungjawab dinyatakan oleh
Presiden Thein Sein awal bulan Julai 2012 iaitu Rohingya perlu dihantar
keluar atau dimasukkan ke kem pelarian.
Ia tidak menghairankan memandangkan kenyataan media Kementerian Luar Negara Myanmar pada 1992 yang menegaskan pendirian mereka
bahawa tiada nama etnik Rohingya dalam sejarah negara mereka[4].
Beberapa web Myanmar menyelar BBC dan CNN yang dikatakan menyokong
Rohingya yang digelar terroris oleh rakyat Myanmar. Banyak kenyataan
rasis dikeluarkan oleh rakyat Myanmar yang secara total menuduh Rohingya
adalah Benggali dari Bangladesh. Istilah pengganas Benggali sebenarnya
disuburkan oleh Parti Sosialis Burma sejak tahun 70an selepas beberapa
siri penyingkiran rakyat Rohingya melalui tema ketenteraan sahaja tidak
berjaya menarik sokongan rakyat.
Laman sesawang seperti
http://myanmar-broadcasts-news.blogspot.com adalah
antara laman yang mengherot pandangan dunia untuk menuduh kononnya
Rohingya yang hanya mampu berkain pelikat itu sebagai pengganas yang
ditakuti oleh Buddha.
Sejarah Burma ditulis oleh
si pemenang politik malah menjadi agenda utama orientalis Barat. Tidak
hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan
peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga
yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang
ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan (kerana sejarah ditulis oleh penjajah) pernah
diungkap oleh Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika beliau mengupas
Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di
Panggung Percubaan UPM, Serdang sebelum ini
[5].
Penanaman ideologi rasis dalam doktrin regim junta tentera
Laporan IHRC berkenaan isu Rohingya merekodkan sejarah bagaimana
junta tentera memainkan isu konflik lama di Arakan sebagai bahan bagi
meraih sokongan rakyat terhadap pemerintahan tidak popular mereka.
Junta tentera, yang dahulunya dikenali sebagai State Law Od
Restorartion Council (SLORC) dan kemudian dikenali sebagai Majlis
Keamanan dan Pembangunan Negeri (SPDC), telah menjadi terkenal kerana
penindasan kejam penduduk Myanmar
[6].
Buruh paksa, termasuk buruh bawah umur, dan pelbagai undang-undang
zalim diperkenal oleh Junta yang menyebabkan pemerintahan junta dibenci.
Malah, kerajaan junta tentera tiada sokongan massa.
Lantaran itulah isu Rohingya mampu menyatupadukan rakyat Myanmar
menyokong agenda kerajaan Junta kerana mereka kononnya memiliki musuh
yang sama.
Sejarah Sebelum Masihi
Sejarah sebelum Masihi yang dipetik dari laman wikipedia mencatatkan
kerajaan bebas yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 3325 SM oleh
Raja Marayu. Agama Buddha diperkenalkan ke Rakhine dikatakan semasa
hayat Buddha sendiri. Menurut Rakhine Tawarikh, Buddha semasa masih
hidup, pernah melawat bandar Dhanyawadi pada 554 SM
[7].
Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal yang berpindah ke
Lembah Ayeyarwadi dan menguasai selatan Myanmar pada pertengahan tahun
900 SM. Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama
Buddha Theravada.
Islam muncul di Arakan
Sepanjang sejarah yang panjang, sebanyak 8 ibukota telah ditubuhkan
dalam kerajaan Arakan dengan raja-raja yang bersilih ganti. Arakan telah
dipengaruhi oleh kebudayaan Mongol, Burma, British, Thai, Mons, Tibet,
Arab, Moor, Turki, Pathan, Mughal (India Islam), Asia Tengah, Banggali
dan banyak lagi. Mereka datang ke Arakan sebagai peniaga, penceroboh,
lanun, tahanan, pahlawan atau agamawan serta mempunyai peranan penting
untuk dimainkan dalam pembangunan rakyat Arakan dari segi budaya dan
perkauman
[8].
Alpha
Raja Narameikhla (1404-1434), atau
Min Saw Mon,
mengasaskan Dinasti Mrauk U Arakan pada tahun 1430, selepas 24 tahun
dalam buangan di Bengal. Beliau kembali menguasai Arakan dengan bantuan
tentera dari Kesultanan Bengal. Benggali yang datang bersamanya
membentuk penempatan mereka sendiri di rantau itu.
Namun begitu, ada percubaan menafikan bahawa Narameikhla adalah
seorang Muslim. Menurut Wikipedia, dikatakan Narameikhla telah
menyerahkan beberapa wilayah kepada Sultan Bengal dan Arakan pula telah
diiktiraf kerajaan oleh Bengal. Apabila secara rasmi Arakan bernaung di
bawah Bengal, raja-raja Arakan dikatakan menerima gelaran Islam,
walaupun masih menganut agama Buddha, dan disahkan penggunaan duit
syiling Islam dari Bengal dalam kerajaan. Narameikhla mencetak syiling
sendiri dengan aksara Burma pada satu sisi dan aksara Parsi di pihak
yang lain. Arakan kekal bernaung di bawah Bengal sehingga 1531.
Sebenarnya pada tahun 1406 Masihi, Raja Narameikhla telah diserang
oleh raja Burma dan Baginda terpaksa mengambil perlindungan dengan
Sultan Nasiruddin Shah Bengal (Bangladesh). Dalam proses itu, beliau
akhirnya memeluk Islam 24 tahun kemudian.
Beliau memilih untuk menggunakan nama Sulaiman Shah dan kemudian
dengan bantuan Bengal berjaya mendapat kembali kerajaannya yang
hilang. Pada tahun 1420 Masihi, negara Islam yang pertama telah
diisytiharkan di Arakan (wilayah Myanmar), di bawah kepimpinan Sulaiman
Shah.
Sultan Jalaluddin Khan telah menghantar Wali Khan sebagai ketua
20,000 tentera Pathan untuk membantu Narameikhla (Sultan Sulaiman) ke
takhta.
Pada tahun 1431, Wali Khan mengguling Sultan Sulaiman dan menjadi
pemerintah bebas pertama Islam dari Arakan. Beliau mula memperkenalkan
bahasa Parsi sebagai bahasa rasmi Arakan.
Sultan Sulaiman sekali lagi melarikan diri ke Bengal untuk mendapatkan bantuan dari Sultan Bengal.
Akhirnya akibat hubungan 2 kerajaan Islam yang baik, pada 1433 Nadir
Shah, Sultan Bengal telah menghantar Ketua Sindhi Khan bersama 30,000
askar untuk membantu Sultan Sulaiman. Setelah kejadian ini, Arakan
bernaung di bawah Bengal. Arakan mula membayar cukai tahunan kepada
Bengal dan Bahasa Parsi terus digunakan sebagai bahasa mahkamah. Insiden
ini telah memberi kesan kepada penghasilan etnik Rohingya di Arakan.
Hakikatnya Arakan tidak pernah dijajah secara paksa oleh raja Bengal
kerana adalah suatu perkara biasa apabila kerajaan Islam kecil memohon
perlindungan daripada kuasa yang lebih besar.
Menurut propaganda wikipedia juga, walaupun selepas Arakan (yang
dikatakan kekal Buddha) mencapai kemerdekaan daripada Sultan Bengal,
raja-raja Arakan meneruskan adat mengekalkan hakmilik Islam. Raja-raja
mengekalkan fesyen Islam pemerintah Mughal, walaupun masih menganut
Buddha. Mereka juga menggaji umat Islam yang berada dalam kedudukan yang
berprestij dalam pentadbiran diraja.
Jika benar Dinasri Mrauk-U adalah kerajaan Buddha yang hanya bernaung
di bawah Islam, mengapa tinggalan sejarah istana dan pemerintahan
Mrauk-U tidak dijaga oleh kerajaan Myanmar hari ini seperti mana mereka
menjaga sejarah dinasti-dinasti sebelumnya? Tambah menghairankan ialah
tinggalan Mrauk-U sebanrnya lebih mudah dijaga atau dipulihara kerana ia
adalah dinasti terakhir Arakan.
Hal ini dikatakan kekal sehingga kehadiran Dinasti Konbaung Burma pada 1784.
Sebenarnya Bangsa Rakhine yang tinggal di Arakan datang dari Barat,
Parsi dan Indo Eropah. Rakhine yang beragama Islam diberi nama
Rohingya. Sebelum tahun 1784, Arakan ialah satu negara yang bebas
selama 354 tahun dan mempunyai 243 orang raja. Kawasan jajahan Arakan
merangkumi hingga daerah Chittagong, Bangladesh sekarang.
Dalam Kerajaan Mrauk-U 1 dan 2, terdapat 18 orang raja yang mempunyai nama Islam antaranya:
1. Mun Saw Mwan ; dikenali Narameikhla ; Sulaiman Shah
2. Meng Khari ; Naranu ; Ali Khan
3. Ba Saw Pru ; Kalima Shah
4. Dawlya ; Mathu Shah
5. Ba Saw Nyo ; Mohammed Shah
6. Ran Aung ; Noori Shah
7. Salimgathu ; Sheik Abdullah Shah
Selepas Burma menjajah Arakan selama 41 tahun, mereka kemudiannya
dijajah pula oleh British dan diserap masuk ke dalam India British dari
1825 hingga 1947 iaitu selama 122 tahun. Pada tahun 1948, Arakan kembali
berada dalam jajahan Burma.
Jauh sebelum itu Islam telah diperkenalkan di Arakan dalam tempoh
beberapa dinasti Hindu, yang di dahului Dinasti Chandra (788-957 M).
Peniaga-peniaga Parsi telah datang dalam tempoh 50 tahun kedatangan Islam (610-660-M).
Naungan raja-raja keturunan Bengal merangsang pembangunan pesat
Bahasa Arab, Parsi, Rohingya, Bahasa Bengali dan Burma dalam
kesusasteraan. Penganut agama Buddha yang berkelulusan bidang kajian
Islam turut bertambah malah sejumlah besar mereka telah memeluk Islam.
Jika anda membuka laman
http://en.wikipedia.org/wiki/Rakhine_people,
tiada disebut langsung etnik Rohingya di Arakan. Rakhine yang menganut
Islam yang dipanggil Rohingya seolah-olah cuba dipadam dari sejarah.
Yang lebih lucu, Dinasti Mrauk-U iaitu salah satu Dinasti terakhir
Arakan yang menerima Islam hanya dikatakan menjalin hubungan dengan
kerajaan Mughal akan tetapi etnik yang menguasai Arakan adalah Rakhine
yang beragama Buddha. Tidak logik jika kerajaan Buddha Rakhine mampu
mendapat naungan dan hubungan istimewa dengan kerajaan Mughal di India
melainkan sah ada etnik lain yang mengawal kerajaan Arakan selain
rakhine Buddha iaitulah rahine yang beragama Islam
(Rakhine-ya/Rohingya).
Jika merujuk pandangan Dr. Jacques P. leider pula, beliau menyokong
teori bahawa rakyat etnik Rohingya tidak wujud. Kata beliau, negara di
Asia Tenggara seperti Thailand dan Indonesia memang terdapat masyarakat
Islam. Di Arakan juga telah ada masyarakat Islam sejak tahun 1400.
Gelombang kedua kehadiran muslim ialah ramai orang dari Bengal dan
kawasan lain yang datang untuk menetap di Rakhine semasa penjajahan
British.
Jelas beliau juga, istilah Rohingya muncul buat kali pertama pada
akhir abad ke-18 dalam laporan seorang Inggeris yang pergi ke kawasan
Chittagong dan Arakan. Beliau bernama Francis Buchanan-Hamilton. Beliau
juga seorang doktor perubatan dan istilah ini muncul dalam satu kertas
yang telah diterbitkan olehnya. Istilah itu kekal sebagai identiti kaum
Islam di Arakan
[9].
Manakala menurut Harun Yahya di dalam bukunya bertajuk “
The Winter of Islam and the Spring to Come”,
Myanmar mempunyai bilangan rakyat seramai 48 juta, 15% darinya terdiri
dari kaum Muslimin (Rohingya). Umat Islam tinggal di wilayah Arakan
yang merupakan wilayah terkaya dari segi deposit minyak dan gas, dan
penduduk di situ diIslamkan oleh pedagang-pedagang Arab.
Abad ke-18 Abad kebangkitan Buddha Indo China?
Kelemahan Empayar Mughal India (1526–1858) adalah antara punca
Buddha mampu menakluki kerajaan Arakan. Islam memerintah India selama
700 tahun. Hubungan sejarah Mughal dengan Arakan memang telah wujud.
Contohnya pada 1660 M, putera Mughal, Shah Shuja melarikan diri ke
Arakan. Shah Shuja dan pengikut-pengikutnya dan yang berjanggut Moor
telah dibunuh oleh Raja Arakan pada 7 Februari 1661. Pada tahun 1665,
Tentera Mughal telah menakluki Sandwip, Chittagong , Ramu. Maka Arakan
Utara menjadi kawasan Mughol Islam sejak 1666.
Kelemahan Islam di China selepas kejatuhan Dinasti Yuan dan Ming
((1368-1644M)) juga menaikkan semangat Sukhothai Buddha untuk menjajah
Kerajaan Siam Ayutthaya Islam pada 1767. Selepas kejatuhan Ayutthaya
pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad
(1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai
(yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785
pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah
berjaya menewaskan Patani. Maka 3 kerajaan Islam jatuh ke tangan
bangsa Buddha (Arakan, Ayutthaya dan Patani)
Kerajaan Mughal India dan maharaja Yuan China yang beragama Islam
mampu mengancam kerajaan IndoChina tetapi ia musnah apabila menjelang
abad ke-18.
Kesultanan Mughal yang dibangun pada tahun 1526 dan berakhir pada
tahun 1859 (perintah 333 tahun) dihapuskan kesultanannya oleh Inggeris,
tidak berhasil memusnahkan keseluruhan warisan India. Ini dapat dilihat
dari munculnya kembali pelbagai kekuatan seperti orang-orang Marata,
orang Sikh dan orang Afghan.
Kebangkitan Buddha Sukhotai (Thai) dan Buddha Burma hanya berlaku sekitar 1700 apabila Dinasti Islam lemah di India dan China.
British mengusutkan keadaan
Kedatangan dan hubungan British – Burma ada kaitan dengan kedudukan
British di India yang telah mengambil alih India pada 1858) dan keadaan
kucar kacir dalaman Burma sendiri.
Pada pertengahan kurun ke-18, Raja Alaungpaya telah menakluki Pegu,
lalu mendirikan dinasti baru diberi nama Konbaung pada tahun 1752.
Dengan pembentukan dinasti baru ini bermakna Alaungpaya telah berjaya
menyatukan semula Myanmar. Pengganti-pengganti Alaungpaya kemudiannya
telah meluaskan lagi wilayah mereka hingga membawa kepada sempadan Timur
India. Pada tahun 1784, Raja Bodawpaya (1782-1819) iaitu anak
Alaungpaya yang terakhir memerintah, berjaya menakluki Arakan sebuah
kerajaan yang bebas
[10].
Raja Arakan bernama Thamada terpaksa melarikan diri tetapi telah ditangkap pada Februari 1785 lalu dibawa ke Myanmar.
Selepas menakluki Arakan, tentera Myanmar melancarkan serangan ke
atas Siam tetapi gagal. Tentera Myanmar hanya berjaya menawan Chiengmai
dan itu pun dapat diusir oleh Siam. Penaklukan Arakan telah
membimbangkan Inggeris kerana sempadan Myanmar telah mara ke Benggala.
Selain itu, Raja Bodawpaya juga bercita-cita hendak menakluki China dan
India terutama di kawasan Manipur dan Assam.
Burma adalah negara yang sering mengalami perpecahan. Keadaan sama
juga berlaku pada zaman pemerintahan Raja Bodawpaya yang menaiki takhta
Burma pada 1782 M. Arakan telah menjadi salah satu titik pemberontakan
yang agresif saat itu sehinggalah Burma menjajah Arakan pada 1784 M.
Pemberontakan pejuang Arakan tidak berjaya malah mereka terpaksa
melarikan diri sehingga ke India. Sebagai contoh pada 1794 M, terjadi
satu perang pemberontakan, tentera Burma tidak mahu meninggalkan wilayah
India melainkan British menyerahkan 3 pemimpin Aerakan kepada mereka.
British mengabulkan hasrat Burma dan menyerahkan 3 pemimpin tersebut
walaupun sedar kedegilan dan sikap keras Burma akan membuka ruang kepada
Perancis untuk mengukuhkan tapak di IndoChina, pesaing utama British.
Apabila Arakan terletak di bawah kekuasaan Burma, maka
tindakan-tindakan terhadap orang Arakan telah dilakukan. Orang-orang
Arakan telah dikerah secara paksa untuk bekerja sebagai buruh dan
bertugas dalam perkhidmatan kerajaan. Dengan adanya tindasan dari
pemerintah Burma, pada tahun 1794 telah terjadi satu pemberontakan
dengan dibantu oleh orang-orang Arakan yang telah melarikan diri dan
menetap di Chittagong. Pemberontakan itu dapat dikalahkan menyebabkan
ramai orang-orang Arakan melarikan diri ke tanah jajahan Inggeris.
Peristiwa itu dipandang berat oleh British yang kemudiannya masuk bgi
menghalang kemaraan tentera Burma. British telah menghantar tenteranya
ke sempadan di bawah pimpinan Kolonel Erskine. Dengan ini, pelarian
orang-orang wilayah Arakan ke wilayah British telah menimbulkan
persengketaan antara British dan Burma.
British terpaksa menghantar Michael Symes pada 1795 M untuk
mengendurkan krisis Arakan-Burma. British mahu Residennya ditempatkan di
Rangoon dan ia merupakan taktik biasa awal penjajahan British. Sebagai
imbalannya, pelarian Arakan ke India diserah kembali kepada Burma.
Kepten Hira Cox telah menjadi Residen British pertama di Ranggon dan
British terpaksa menarik kembali Residennya yang ketiga kerana berlaku
perselisihan faham berkenaan isu adat istiadat Burma.
British hanya campur tangan sekali lagi selepas munculnya
pemerontakan besar Arakan pada 1811 M yang digelar pemberontakan Chin
Byan (1811-1815).
Pada tahun 1798, timbul sekali lagi pemberontakan di Arakan tetapi
gagal, menyebabkan pelarian Arakan ramai memasuki Chittagong.
Disebabkan ramai orang Arakan memasuki Chittagong dan mengancam
pemerintah Burma di Arakan maka pada Januari 1802, pemerintah Arakan
atas nama Kerajaan Burma mendesak British menyerahkan orang-orang
pelarian Arakan kepada Kerajaan Burma.
Burma juga menggugat akan menyerang India sekiranya tuntutan itu
tidak ditunaikan. Dengan adanya ancaman tersebut, maka British
menyerahkan pasukan tenteranya untuk mengawal sempadan antara India dan
Burma. Untuk menyelesaikan masalah pertikaian mereka maka British
menghantar Kapten Syemes ke Burma pada Mei 1802 bagi mengadakan
perdamaian.
Siapakah Chin Byan?
Pada tahun 1811, satu pemberontakan di bawah pimpinan Chin Byan telah
meletus. Chin Byan secara diam-diam telah mengumpulkan kekuatannya di
wilayah British lalu menyerang Burma dengan menawan Miohaung. Chin Byan
telah meminta bantuan British dengan membuat satu perjanjian untuk
meletakkan wilayah di bawah tadbirnya di bawah kedaulatan British
[11].
Hal ini telah meruncingkan hubungan antara British dengan Burma.
Untuk menyakinkan Kerajaan Burma bahawa British tidak terlibat dalam
tindakan Chin Byan itu maka dalam September 1811, Kapten Canning diutus
ke negeri Burma.
Pemerintah Arakan-Burma telah mengancam untuk menyerang Chittagong
jika orang-orang pelarian Rohingya tidak diserahkan. Untuk mendapatkan
kepercayaan Myanmar, pada akhir tahun 1812, Inggeris melumpuhkan
sebahagian besar pasukan Chin Byan. Pergerakan Chin Byan tamat apabila
Chin Byan meninggal dunia pada tahun 1815.
Chin Byan adalah seorang Muslim dan dikatakan seorang pejuang jihad Wahabi (memperjuang semangat salafi)
[12].
Menurut Helen James dari Australian National University, Australia,
dalam tulisannya The Assassination Of Lord Mayo: The First Jihad?,
memang terdapat ketumbukan pejuang mujahidin yang beraliran salafi di
sekitar Arakan dan Bengal suatu ketika dahulu.
Matlamat agama
Menurut Dr. Jacques P. Leider dalam tulisannya bertajuk
Arakan around 1830 – Social Distress and Political Instability in the Early British,
matlamat agama iaitu agenda mengintegrasikan antara Buddha-Islam
adalah antara agenda penting penjajahan Burma ke Arakan. Malah Sami
Buddha juga terlibat dalam usaha untuk menyatukan semua agama di bawah
Buddha.
Selepas kalah berperang dengan British,
Perjanjian Yandabo telah ditandatangani pada 1826 M. Hal ini menyebabkan Burma terpaksa menyerahkan wilayah-wilayah
Arakan, Tennaserim, Assam, Manipur dan Chacar kepada British selain terpaksa menanggung pelbagai pampasan dan menerima Residen British.
Ini adalah antara pintu mula Britih memisahkan Arakan dengan Burma
dan mengisolisasikan budaya Islam daripada penganut Buddha selama 122
tahun lamanya.
Semasa Perang Dunia Kedua, Arakan telah diberikan autonomi di bawah
pendudukan Jepun dan diberikan tentera sendiri yang dikenali sebagai
Pasukan Pertahanan Arakan. Pasukan Pertahanan Arakan akhirnya menentang
pula Jepun awal pada tahun 1945.
Pada tahun 1948, Arakan menjadi satu bahagian dalam Kesatuan Myanmar.
Sejurus selepas, keganasan berlaku di sepanjang garisan agama antara
Buddha dan Muslim pada tahun 1974, perlembagaan baru
Ne Win memberi
status “negeri” kepada Arakan tetapi ia tidak bermakna apa-apa sejak
junta tentera memegang kuasa semua di negara itu malah nama Arakan telah
ditukar kepada “Rakhine” oleh junta tentera pada tahun 1989.
Sejarah hubungan Arakan dengan Bengal
Jika berbahas isu campuran genetik Benggali-Rakhine, kita boleh
merujuk sumber daripada IHRC (Islamic Human Right Commission). Islam
diamalkan secara meluas di Negeri Arakan dan terdapat juga beberapa Bama
(Burma) memeluk Islam serta wujudnya umat Islam campuran India Burma
warisan etno-budaya, yang dikenali sebagai Zerbadees
[13].
Sepanjang sejarah, Arakan mengekalkan hubungan sosio-ekonomi dan
komersial yang sangat dekat dengan Islam Bengal (kini Bangladesh).
Semasa pemerintahan Islam di Arakan, dari 1430 kepada 153I, sebilangan
besar umat Islam terutamanya dari Chittagong berhijrah dan menetap di
Arakan.
Dari kira-kira 1580-1666 M, hampir satu abad, Chittagong adalah di
bawah pemerintahan Arakan. Dalam tempoh ini, seburuk-buruk aktiviti
lanun dan perdagangan hamba memuncak. Mereka merampas dan memusnahkan
semua kampung-kampung dan penempatan di Tebing Ganges.
Hari ini kehadiran sebilangan besar Rohingya di Bangladesh bukan
akibat sekali sahaja proses penghijrahan tetapi telah lama berlaku pada
tahun Masihi 957, 1044, 1544, 1660, 1666, 1752, 1784, 1785, 1796, 1798,
1811, 1930, 1938, 1942, 1954, 1955, 1958, 1959, 1966, 967, 1973, 1978
dan l99l-92 .
Selepas tahun 1824, apabila British mengambil alih Burma, pelarian
Arakan dikembalikan ke asal. Malah Rohingya yang tidak mahu berhijrah
semula akan kekal di Bangladesh dan dikenali sebagai ‘Roai’
[14].
Tiada sempadan politik antara Arakan dan Bangladesh kerana British
kelihatan mahu memisahkan kehidupan kaum Islam daripada kaum Buddha dan
ini resepi umum penjajahan British.
Tiada sekatan untuk menyeberangi Sungai Naf dari Arakan ke Bengal seperti yang berlaku hari ini.
Konflik sepanjang pemerintahan British ; siapa mula?
Proses pelarian berlaku kerana konflik Arakan-Burma adalah suatu yang
tradisi sejak penjajahan Burma 1784. Kini perlu kita fahami pula proses
konflik sepanjang penjajahan British.
Muslim Rohingya dan setiap pribumi lain Arakan dan Rakhine Buddha
tinggal sebelah menyebelah dalam keadaan aman damai sepanjang proses
penjajahan Burma terhadap Arakan sehingga abad ke-19 kerana Rakhine juga
adalah mangsa penjajahan Burma/British.
Hampir tiada pergaduhan besar melainkan selepas munculnya gerakan mahasiswa Thakin.
Parti Thakin[15],
yang bertujuan untuk mengakhiri pendudukan British Burma yang bermula
pada tahun 1826, telah menimbulkan isu konflik Buddha Rakhines terhadap
Muslim Rohingya.
Apabila Myanmar telah dipisahkan dari India pada tahun 1937 dengan
pemerintahan kolonial masih kekal, Thakin merampas kuasa di dalam
Myanmar. Apabila British meninggalkan Burma sepanjang Perang Dunia II,
ia menjadi peluang kepada Rakhine atas hasutan parti Thakin untuk
membunuh secara berleluasa 100,000 Muslim Rohingya, membakar 300
kampung dan 80,000 orang terbuang ke Bengal. Pada 28 Mac 1942,
Rakhines menyerang umat Islam di Chanbilivillage Minbya Township dengan
golongan wanita, lelaki dan kanak-kanak disembelih dengan pedang dan
lembing
[16].
Berdasarkan maklumbalas Cikgu Hj Azmi Abd
Hamid (MAPIM) yang telah menjengah ke Myanmar, pelarian memohon
sekurangnya dihadiahkan mereka payung kerana mereka tiada langsung alat
apa yang boleh diertikan sebagai ‘bumbung’ sepanjang proses pelarian
yang terkini pasca 3 Jun 2012
Siapa Rakhine siapa Rohingya?
Asalnya mereka adalah etnik yang sama. Agama yang memisahkan dua etnik ini.
Laman sesawang wikipedia mampu mengelirukan pembacanya jika si
pembaca tidak dapat membezakan siapa Rakhine dan siapa pula Rohingya.
Etnik mana yang menguasai Arakan dan etnik mana yang mewarisi
pemerintahan dinasti terakhir Arakan yang beragama Islam.
Menurut laman itu, negeri Rakhine (Arakan) yang kini seramai 3.83
juta penduduk adalah penganut ajaran Theravada Buddha, salah satu
daripada empat kumpulan utama Buddha etnik Myanmar (yang lain Bamar,
Shan dan lain-lain). Mereka dikatakan salah satu kumpulan pertama yang
menjadi pengikut Buddha di Asia Tenggara. Budaya Rakhine adalah budaya
Burma tetapi dengan pengaruh India yang lebih, mungkin kerana
pengasingan geografi dari tanah besar Burma.
Kesan pengaruh orang India dikatakan oleh wikipedia kekal dalam
kebudayaan Rakhine, termasuk sastera, muzik, dan masakan. Jika dicari
wajah Rakhine dalam internet kita akan mendapati mereka tidak berwajah
India sebaliknya lebih mirip wajah Melayu. Manakala etnik Rohingya pula
lebih mirip Benggali kerana perkahwinan campur sepanjang sejarah
pengIslaman mereka (walaupun asalnya Rohingya juga daripada cabang
bangsa Rakhine).
Bangsa rakhine Buddha sedang berdoa kerana takutkan ‘pengganas benggali(Rohingya)’
Nama Rohingya memang cuba dibuang daripada sejarah Arakan. Penulis
berpendapat demikian selepas membaca pandangan Aye Chan dari Kanda
University of International Studies, bahawa umat Islam di Negeri
Arakan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan yang berbeza, iaitu ;
- Benggali Chittagong dalam Sempadan Mayu,
- Keturunan Komuniti Muslim Arakan dalam tempoh Dinasti Mrauk-U (1430-1784), kini hidup dalam Mrauk-U dan Kyauktaw
- Warisan tentera upahan Islam dalam Ramree Pulau yang dikenali sebagai sebagai Kaman
- dan umat Islam dari kawasan Myedu Myanmar Pusat, yang ditinggalkan
oleh penceroboh Burma di Daerah Sandoway selepas penaklukan Arakan pada
1784[17].
Kata beliau, siapa pula Rohingya? Rohingya adalah umat Islam di
kawasan Sempadan Mayu, hari ini dikenali sebagai Buthidaung dan
Maungdaw iaitu daerah terpencil di bahagian barat negara merentasi
Sungai Naf iaitu sempadan Bangladesh.
Istilah “Rohingya”dikatakan beliau mula digunakan dalam tahun 1950-an
oleh penduduk Bengali berpendidikan dari kawasan sempadan Mayu dan
didakwa tidak boleh ditemui di mana-mana sumber sejarah dalam bahasa apa-apa sebelum itu.
Pencipta istilah dikatakan daripada generasi kedua atau ketiga
pendatang Bengali dari Chittagong di daerah moden Bangladesh. Namun
beliau masih bersetuju bahawa memang wujud masyarakat Islam di Arakan
sebelum negeri ini diserap ke dalam British India.
Perkataan “Rohingya” didakwa oleh Aye Chan pertama kali dilafazkan
oleh Encik Abdul Gaffar, Ahli Parlimen dari Buthidaung, dalam artikelnya
“Islam Sudeten,” yang disiarkan dalam harian Guardian pada 20 Ogos
1951.
Kita tidak seharusnya hairan jika sesuatu nama bangsa hilang dalam
persuratan kerana agenda genosid bukan suatu agenda mematikan nyawa
sahaja sebaliknya proses penghapusan jejak bangsa, warisan budaya dan
tradisi juga cuba dihapuskan dan tulisan sejarah memang ditulis oleh
golongan yang berhasrat menghapuskan warisan empayar Muslim di Arakan.
Sebagaimana Barat berusaha memusnahkan tinggalan sejarah Pattani
Darussalam, begitu juga Barat akan berusaha memastikan pemerintah
tempatan seperti Burma menghapuskan segenap tinggalan sejarah dan ilmu
tamadun Mrauk-U yang muslim itu.
Bagi versi Islam kita boleh merujuk buletin yang dikeluarkan oleh
www.rohingya.com .
Dalam tahun 957 M (jauh sebelum kehadiran Islam dalam Arakan),
pencerobohan Mongol (paganisme tanpa agama) melanda Arakan dan
meletakkan orang Mongol sebagai raja di Arakan. Campuran kahwin antara
penduduk tempatan dan Mongol menghasilkan bangsa Rakhine. Mereka yang
kini dikenali sebagai Rohingya bukan berasal daripada orang asing
tetapi adalah orang asli tempatan.
Di Arakan, Rakhine dan Rohingya telah dilahirkan dengan kedatangan
orang-orang Aryan dari Timur Laut dan berkahwin campur dengan penduduk
tempatan melalui penilaian sejarah. Rohingya bukanlah satu nama baru
atau baharu dicipta .
Rohingya adalah nama dalam sejarah yang telah mengalami perubahan. Sepertimana perubahan nama bandar daripada nama ;
- Akyab ke Sittwe,
- Rangoon kepada Yangon,
- Arakan dipanggil Rakhine[18],
- Burma kepada Myanmar dan lain-lain lagi.
Selepas sejarah Islam muncul di Arakan, genetik kaum Rohingya menjadi rencam kerana mengalami campuran perkahwinan antara ;
- Aryan tempatan dan Mongol serta Hindu.
- Arab dan pedagang Parsi
- Tentera Pathan army, Turki.
- Pengikut Shah Shuja daripada Empayar Mughal India[19].
- Hamba-hamba Benggali.
Kesimpulan bagi tulisan ini, penulis boleh senaraikan beberapa plot
tindakan anti Rohingya atau erti kata lain aktiviti anti Islam berlaku
pada jangka waktu berikut:
Sebagai penutup, penulis tertarik untuk memetik kenyataan (komentar) daripada kalangan salah seorang pembaca web
http://www.wontharnu.com/index.php/article/155-the-development-of-a-muslim-enclave-in-arakan
Sue Paw
first of all I would like to say something about me I am sue paw I
born Burma in1985 in yagoon midical hospital. my father was government
worker and my grant father was military officer in arakn 1958 , my grand
father has dies 1970 but I am only the one grand daughter he left a
note book of his life history this note has 8 page of about rohingya.
while I have got admission in yongon unviersity.in first year in colege
were a debate about burma ethnic people hostory, suddenly I spoke with
my mum to help me and she gave my grand pa diary I studied my grnd pa
diary. at the middille of diary I read about rohingya and its was my
fist time hearing about rohingya. its was a very interesting history. I
am wrtting according to my grand pa diary. rohingya are very kind loving
people rohingya were traveller from arab and one day arab …
boat leaked and boat people were statrted to stay in arakan state
they have got married local woman they birth child in a family bout
10/25 children has bith by them its was increasing large part. he also
said that they are living for century. there is long hisory about I have
all history about them.after one day I discussed with my college
teacher she said that rohingya are not from burma. arakan was a
separation country while the british were clonozing they creat this
problem for them1948 Burma was getting freedom that time also rohingya
was in arakn. last month I went o visit burma from singapore I have seen
news that rohiingya are buring rekhinist house I have called to my frn
on mandely who work in bumrese tv she come to yangoon last two week ago I
asked all the the detail she siad the rohingya is most vunerable people
rekhinist people and burmese security force jointly killing them and
burning their houses but our tv showing that rohingya burming their
house its was a complelty made up. my question is that if we can live in
burma why not rohingya plese stop this racism if you really love burma
and you want areally democraccy please speake up for the truth and for
rohingya. and I have decided to do something for rohingya I will my to
submite my grand diary to the internationality territory in Thailand I
will also throw a copy of my grand pa on internate if I get back to
singapore , pls don’t beliv this history thanks.
Muhammad Nuruddin bin Bashah
017 6291368
[1] Menurut
http://www.rohingyainfo.com istilah
Arakan pasti berasal dari bahasa Arab atau Parsi mempunyai erti yang
sama dalam kedua-dua bahasa. Ia adalah jamak kepada istilah rukun atau
keluarga atau organisasi. (Arkan). Ibn Batuta menulis nama Arakan
sebagai rukun, yang berasal dari perkataan Arab Al-Rukun. Dalam Ptolemy
Geografia (150 Masihi) dinamakan ‘Argyre’. Pada tiang batu Ananda
Chandra Dinasti Chandra (Abad ke-8) di Pagoda Shitthaung di Mrauk-U
nama Arakan telah terukir sebagai “Arakades”. Dalam Peta Empayar Mughal
besar, dilukis pada tahun 1650, peta terawal rantau India, ia dinamakan
sebagai Aracam. Dalam Ain-I-Akbari Abul Fazal (1551 – 1602) yang
disebut Arakan sebagai Arkhang. Pada Baharistan-I-Ghaib, Mirza Nathan
menyebut orang-orang Arakan sebagai Rakangi manakala nama negara sebagai
Arkhang. Dalam peta Portugis ditulis Arracam, Aracao, Orrakam.
[2] Myanmar
dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara.
Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya
ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Amerika Syarikat
dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua
negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar
sekarang. Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948
sebagai “Kesatuan Burma” . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis
Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan
Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan
menukar nama kepada “Kesatuan Myanmar”.
[4] Pada
1982 Junta Tentera Burma (Burma Socialist Programme
Party/Revolutionary Council/) meluluskan satu undang-undang yang
dinamakan “Burma Citizenship Law of 1982”. Undang-undang ini bersifat
sentimen keagamaan dan penuh diskriminasi. Muslim Rohingya tidak
diakui sebagai warganegara, malah diberi julukan ‘pendatang’
[5] Sebagai
contoh Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan
saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta.
Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang
kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan
sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang
mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di
Asia Timur.
[6] Pada
tahun 1962, satu rampasan kuasa tentera telah berlaku di Burma di bawah
kepimpinan Jeneral Ne Win. Selepas menubuhkan sebuah majlis tentera di
bawah nama The State Council for Restoring Law and Order, Ne Win
memerintah Burma secara langsung sehingga tahun 1988, manakala The State
Council kekal sehingga 1997 di bawah kawalannya. Pada tahun 1990, satu
pilihan raya telah diadakan dan parti pembangkang, National Democratic
Party telah menang majoriti. Bagaimanapun,
pihak tentera tidak
mengiktiraf peralihan kuasa sehinggalah satu perlembagaan baru dirangka
dan mesyuarat terus-menerus diadakan sejak tahun 1993 untuk mendraf
perlembagaan. Di sepanjang masa rampasan kuasa ini, kaum
Muslimin sentiasa berada dalam keadaan ditindas oleh puak fanatik Buddha
di bawah pemerintahan tentera, yang telah memaksa lebih dari 3000 kaum
Muslimin berhijrah ke Bangladesh. Lebih dari 500,000 pula telah diusir
keluar dari Burma pada tahun 1978 dan mengikut statistik agensi pembantu
pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), lebih dari 40,000
termasuk orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak mati kerana keadaan
sukar yang mereka alami sepanjang pelarian.
[10] Yusoff Iskandar dan Khalil Yusoff, Diskusi Sejarah, Teks Publishing Pulau Pinang, 1979.
[13] Rujuk Laporan Myanmar’s Muslims, The Oppressed of the Oppressed oleh Rianne ten Veen, October 2005
[14] Professor M.N.Habibullah, dalam bukunya “
The History of Rohingyas” (menyatakan ramai penduduk Selatan Chittagong dan Teknaf hari ini adalah berasal daripada Arakan dan dikenali sebagai Roai”.
[15] Golongan
Thakin dikenali
sebagai Dobama Asiayone (Persatuan Kita Orang Myanmar). Ia dikenali
sebagai Parti Thakin kerana para pemimpinnya menggelarkan diri mereka
Thakin yang bererti tuan. Percantuman di antara Liga Pemuda Pelajar yang
dibentuk pada tahun 1931 dengan Persatuan Dobama yang ditubuhkan pada
tahun 1930. Parti ini ditubuhkan dengan rasminya pada tahun 1936 di
Universiti Rangoon. Corak perjuangan golongan Thakin dipengaruhi oleh
idea
-idea sosialisme seperti Marxism, pergerakan Sein-Fein di Ireland dan pergerakkan Farsis Itali dan Jerman.
Ia juga merupakan sebuah pergerakan bercorak politik yang
memperjuangkan kemerdekaan dengan kaedah yang radikal dan tidak
bekerjasama dengan Inggeris. Mereka mengadakan hubungan dengan gerakan
kebangsaan di negara lain yang pelbagai ideologi seperti Kongres India,
Kuomintang dan Parti Komunis China.
[19] 1658,
akibat konflik dalaman dalam Empayar Mughal, Shah Shuja datang
berlindung ke Arakan tetapi beliau telah dibunuh oleh raja Arakan
pada 7 Feb 1661.