Peperangan akhir Yakjuj dan Makjuj
Assalamualaikum wbt Apa khabar? Diharap para pembaca semua sihat
walafiat serta sentiasa dirahmati Allah swt hendaknya. Saya percaya,
tentu anda seringkali terdengar mengenai perihal kedasyatan bangsa
Yakjuj dan Makjuj
serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan
datang. Akan tetapi, adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah
asal-usul mereka?
Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang
berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka
lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka
ini termasuk di dalam golongan manusia? Untuk entri kali ini, saya akan
merungkaikan secara amat terperinci mengenai sejarah asal usul bangsa
Yakjuj dan Makjuj sebagai santapan pengatahuan buat anda semua!
Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah
Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis.
- Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.
- Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.
- Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.
- Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.
|
Dari kiri adalah bangsa Arab Romawi, tengah adalah bangsa
Zangi, manakala kanan pula adalah bangsa Mongol (Yakjuj) |
Ham
dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di
Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis
mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan
Auj pula mempunyai anak bernama Unuk.
Kini bermulalah kisah
kehidupan anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan
kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh
badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini).
Oleh
kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar,
maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar
berbanding saiz badan manusia yang lain! mungkin ketinggian badan Unuk
lebih tinggi daripada menara Burj di Dubai (wallahualam).
Ada
satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome
iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti mana orang dewasa. Cara
pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam
lingkungan usia 7-12 tahun.
Untuk pengatahuan semua, Nabi Nuh a.s
mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun!
Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s, Unuk inilah yang ditugaskan
untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan
binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi, ketika terjadi
banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam
(wallahualam).
Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung
tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri
yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di
puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini. Ketika banjir
sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul
dari permukaan air bah.
Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi
Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal
dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.
|
Mungkin beginilah keadaannya ketika Unuk ingin
berjima' dengan patung gadis tersebut. |
Setelah
kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan
dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang
kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan
masuk.
Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui
terutama binatang ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman
pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan
tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi.
Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai
Yakjuj Dan Makjuj,
pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok
tutupan mereka hancur di korek mereka. Menurut hadis, ketika zaman Nabi
Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan
Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci!
Agaknya
sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini
ya? Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah
lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum
Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum
Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam).
|
Gambar rajah Tembok Besi Zulkarnain di Fergana yang kini
telah pun dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj |
Apa-apa pun, pegangan yang paling tepat sekali hanyalah
Al-Quran dan Hadis kerana itulah sumber yang paling sahih.
|
Senarai rujukan yang digunakan oleh penulis. Entri ini merupakan
sinopsis terhadap buku-buku ini |
Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj
Berbalik semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya
Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu.
Di
antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang
memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian
munculnya
Imam Mahdi, munculnya si laknat
Dajjal, dan turunnya kembali
Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat
Dajjal
lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari
perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah
pimpinan
Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat
Dajjal.
|
Si laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan Freemason/Illuminati,
manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap anggota kumpulan Khilafah. |
Setelah
Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat
Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di
Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam!
Kini
terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui
pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran
Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran
lain yang berdekatan dengannya.
Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk
Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan
Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!
|
Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat
si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak |
Cuba bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa
Yakjuj dan Makjuj
telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja
hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu
kemunculan
asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi.
Asap
itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan
solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman
(yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit
selsema sahaja.
Asap dukhan itu
dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama,
kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke
bumi (wallahualam).
Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman
kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya
adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia
ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang
akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran.
Asap dukhan
itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan
sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana,
asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga
membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:
- “Tidak
akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada
manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad
Ahmad 3:140)
|
Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh lalu
kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu
kala (zaman Rasulullah saw). |
Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?
Menurut sumber rujukan,
Yakjuj dan Makjuj
sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka
terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia
(Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan
Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan).
Mungkin orang akan
tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak
sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para
pengkaji Islam,
Yakjuj dan Makjuj
sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah
tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan
tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi
kesimpulannya, kehidupan
Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.
Untuk pengatahuan semua, masyarakat
Mongol dan
Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas.
Mereka
akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing,
labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan
lain-lain (sumber: National Geographic).
Kesan daripada corak
pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan
keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa
yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka
pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi
penyakit.
|
Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh
bangsa-bangsa di asia tengah |
Lihatlah
semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu,
negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan
bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi
sangat-sangat lemah.
Selain bangsa
Mongol dan
Khazar,
mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak
pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea,
Vietnam, Kemboja, Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa
akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan
Asap dukhan atau mungkin
Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam).
Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa
Khazar dan
Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?
Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!
Ketika
Asap dukhan
(tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan
akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka
dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum
Khazar dan
Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu
Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh!
Setelah
sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod
huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul
beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt
yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru
turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke
Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.
|
Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh
bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering |
Ketika
Yakjuj dan Makjuj
sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi ini seperti
membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga,
tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai
sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di
dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka.
Terlalu ramai
penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum
muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di
dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.
|
Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan
Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya |
Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah
Yakjuj dan Makjuj. Sebelum
Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah,
Nabi Isa
mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun
dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu,
Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari
Allah swt lalu
Allah swt memerintahkan
Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di
Bukit Tursina, Mesir.
Kemudian
Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada
Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan
Yakjuj dan Makjuj lalu
Allah swt
menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk
menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu
binasa dan mati.
|
Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian
Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah |
Menurut
pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu
adalah sejenis virus yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya
dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa
Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai.
Untuk membersihkan bangkai
Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu
Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian
Allah swt
telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat
sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih
seperti pasir pantai).
Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau.
Nabi Isa a.s
pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan
makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum
beliau wafat.
|
Para pengakaji Islam percaya bahawa 'ulat merayap' yang akan menyerang
leher dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus atau
bakteria yang mudah berjangkit. |
|
Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan sendiri
oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat |
Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai Yakjuj dan Makjuj.
Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui.
Jika diberi kesempatan, insyaallah saya akan update lagi entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari diri saya sendiri