1. Eleanor of Aquitaine
|
Eleanor of Aquitaine |
Eleanor ialah sebahagian daripada keluarga yang kaya di Eropah
beribu-ribu tahun dahulu. Dia mewarisi harta keluarga yang sangat banyak
dan turut diberikan gelaran apabila ayahnya meninggal dunia. Dan pada
saat itulah, beliau menjadi pemerintah autonomus. Beliau memainkan
peranan penting dalam pembangunan di Aquitaine dan telah menukarkan
Aquitaine menjadi sebuah pusat budaya yang sangat besar. Kemudiannya
Eleanor ditabal menjadi permaisuri pada tahun 1137 Masihi.
2. Maria Theresa
|
Maria Theresa |
Maria Theresa ini berasal dari Austria telah dilahirkan pada tahun 1717
dan dia telah menjadi maharani pada tahun 1740. Beliau telah membentuk
empayarnya dalam pelbagai bidang selain turut menambah lagi
tentera-tentera baru kepada barisan askar yang sedia ada. Beliau turut
menukar barisan kerajaan yang sedia ada dan ternyata segala penat
lelahnya itu membuahkan hasil kerna ekonomi Austria terus berkembang
maju. Beliau juga banyak menghapuskan pelbagai amalan-amalan yang buruk
dan berjaya menyebarkan kesedaran kepada rakyatnya dalam pelbagai
perkara.
3. Hatshepsut
|
Hatshepsut |
Beliau adalah salah seorang pemerintah Mesir wanita yang paling berjaya.
Menurut rekod-rekod yang dicatatkan, beliau adalah wanita yang paling
disayangi selain sangat bertoleransi pada masa dia memerintah Mesir
secara bersendirian sehinggalah beliau meninggal dunia.
4. Maharani Theodora
|
Maharani Theodora |
Sebelum beliau ditabalkan sebagai Maharani, beliau adalah seorang
aktress sebelum beliau berkahwin dengan Maharaja Justinian I dan
melayakkannya beliau memegang gelaran Maharani Theodora. Beliau
bersama-sama Maharaja Justinian I sentiasa mengambil berat tentang
fungsi-fungsi sebuah empayar jajahan mereka tapi kebanyakkan keputusan
dalam kerajaan tersebut akan dilakukan dengan persetujuan Maharani
Theodora terlebih dahulu. Malahan beliau juga sentiasa menyokong dan
membantu negara mereka untuk memenangi banyak pertarungan di medan
peperangan. Bukan itu sahaja pengaruh Maharani Theodora, beliau juga
telah dikatakan banyak membangkitkan isu-isu kesedaran tentang
kepentingan dan hak-hak seorang wanita.
5. Maharani Wu Zetian
|
Maharani Wu Zetian |
Maharaja Wu Zetian dikatakan seorang maharani yang sangat tegas dan
beliaulah yang bertanggungjawab membuat segala keputusan dan tindakan
semasa suaminya sedang berada di ambang maut. Beliau kemudiannya menjadi
Maharaja China setelah kematian suaminya dan dengan pemerintahannya itu
maka tamatlah riwayat Dinasti Tang manakala bermulanya pula dinasti
baru iaitu Dinasti Zhou. Walaupun agak kejam dalam banyak hal dan
kepentingan, namun kerana ketegasannya itulah beliau berjaya
mengembangkan Buddhism sebagai agama rasmi negara tersebut.
6. Isabella I
|
Isabella I |
Isabella I ini berasal dari Castile, Sepanyol. Beliau merupakan seorang
permaisuri yang bertanggungjawab dalam penubuhan Panel Penyiasatan di
Sepanyol. Beliau juga turut berjasa menyatukan pelbagai pentadbiran
kerajaan dalam sebuah negara dan perjalanan pelayar terkenal,
Christopher Colombus yang mengelilingi dunia sebenarnya dibiayai oleh
beliau sendiri. Beliau sangat dikenang kerna jasanya menaikkan status
negara Sepanyol di mata dunia dan menjadikan negara itu salah satu
daripada negara berkuasa besar di dunia.
7. Elizabeth I
|
Elizabeth I |
Beliau adalah permaisuri pertama dari England yang memerintah negara
England dengan kuasa dan kawalan penuh di tangannya. Beliau adalah
wanita yang penuh ciri-ciri hebat seorang pemimpin ini boleh menguasai
pelbagai bahasa dan sangat meminati Christopher Marlowe dan juga
Shakespeare. Beliau telah berjaya menukarkan England menjadi sebuah
negara yang maju dan walaupun beliau ini sangat kuat pegangan agamanya,
beliau tidak pernah sekali-kali mengetepikan ajaran agama-agama yang
lain di England.
8. Maharani Dowager Cixi
|
Maharani Dowager Cixi |
Jika kita mencari-cari seorang wanita yang bercita-cita tinggi, maka
inilah orangnya yang bernama Maharani Dowager Cixi. Beliau tidak gemar
dengan pengaruh negara-negara luar. Dari tahun 1861 hinggalah tahun
1908, beliau telah memerintah negara China dan sangat berpengaruh dalam
membuat keputusan. Beliau juga adalah insan yang memperkenalkan
reformasi baru kepada negara tersebut dari sudut ekonomi, politik dan
juga budaya.
9. Catherine II
|
Catherine II |
Biasanya Catherine II dari Rusia ini juga dikenali dengan gelaran
Catherine The Great yang mana beliau telah memerintah negara paling
besar di dunia ketika itu, Rusia dari tahun 1762 hinggalah tahun 1796.
Ketika hidup bersama-sama dengan suaminya, beliau menyedari yang
suaminya adalah seorang yang tidak matang sekaligus melakukan cubaan
untuk menjatuhkan suaminya dari takhta. Setelah berjaya memerintah
Rusia, beliau telah berjaya untuk menukarkan wajah politik di negara
tersebut dan membuat reformasi dalam bidang budaya dan berjaya membentuk
satu formula atau polisi yang kuat dan teguh tentang negar luar.
10. Permaisuri Victoria
|
Permaisuri Victoria |
Boleh dikatakan Permaisuri Victoria adalah wanita paling berpengaruh
dalam sejarah dunia. Empayarnya sahaja merentang luas ke 6 buah benua
yang mana keluasaan jajahannya mencecah ke 14.2 juta batu persegi secara
keseluruhannya. Era yang mana Permaisuri Victoria ini memerintah
digelar sebagai Era Victoria malahan kuasa pemerintah Permaisuri
Victoria ini bertahan agak lama iaitu selama 60 tahun.