
Laluan Satu, Dua dan Tiga kini dibuka dan kemudahan asas seperti tandas, tempat berteduh dan platform disediakan untuk kemudahan pelawat yang mengunjungi hutan simpan seluas 6.16 hektar itu, kata Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam kenyataan di sini hari ini.
Bayaran masuk ke Hutan Simpan Gua Angin adalah RM1 bagi pelawat tempatan dan RM5 bagi pelancong asing, mengikut Ordinan Taman Negara dan Hutan Simpan 1998.
Ia merupakan sebahagian daripada pembentukan Bau, jajaran batu kapur meliputi kira-kira 150 km persegi di barat daya Sarawak.
"Oleh kerana sifat perbandingan lembut dan larut batu kapur, dan hujan lebat tropika di rantau ini, keseluruhan pembentukan Bau bertembung dengan gua," kata kenyataan itu dan menambah Gua Angin mudah dilawati dari Kuching dan sangat popular sebagai tempat berkelah kerana ia adalah 'lawatan balik hari' walaupun banyak gua di Bau adalah terpencil dan sukar dilawati. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sarawakforestry.com.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment