Thursday, October 18, 2012

KEAJAIBAN AL QURAN-SIRI 4

Angin Penyuburan di Dalam Al-Quran

Dalam sepotong ayat Al-Qur'an, ciri-ciri 'penyuburan' dalam angin, dan formasi hujan sebagai hasilnya disebutkan;


Dan Kami telah meniupkan angin yang menyuburkan dan Kami turunkan hujan dari langit lalu kami beri minum kamu dengan air itu...Surah al-Hijr;22.


Dalam ayat ini, dinyatakan bahawa peringkat pertama dalam pembentukan hujan ialah angin. Sehingga awal abad ke 20, hubungan antara angin dan hujan yang hanya diketahui ialah angin berfungsi menurunkan hujan. Bagaimanapun, penemuan meterologikal moden telah menunjukkan peranan 'penyuburan' angin dalam pembentukan hujan.


Gambaran fungsi penyuburan angin ini adalah seperti berikut;


Pada permukaan lautan dan laut-laut, apabila gelombang udara pecah, beribu-ribu zarah halus, dengan diameter sekecil satu dari beratus millimeter naik ke udara. Zarah-zarah ini, dikenali sebagai 'aerosol', bersebati dengan debu dari daratan melalui angin, dan dibawa ke lapisan atmosfera yang lebih tinggi. Zarah-zarah ini dibawa ke altirud yang lebih tinggi oleh angin sehingga kemudian bersebati dengan wap air di atas sana. Wap air menyahwap disekeliling zarah-zarah ini dan bertukar menjadi titisan air. Titisan air ini pertamanya akan bercantum dan membentuk awan, dan kemudian jatuh sebagai titisan hujan ke bumi.


Seperti yang dilihat, angin 'menyuburkan' wap air yang berserakan di udara dengan zarah-zarah yang dibawa dari laut, dan akhirnya membantu pembentukan gumpalan awan.


Sekiranya angin tidak memiliki sifat ini, titisan air di atmosfera tidak akan terbentuk, dan di sana tidak akan wujud hujan.


Fakta yang paling penting di sini ialah bahawa peranan penting yang dimainkan oleh angin dalam pembentukan hujan telah dinyatakan berabad lamanya dalam ayat Al-Qur'an, ketika manusia hanya mengetahui sedikit sekali mengenai fenomena semulajadi…

MENGAPA SAYA MEMELUK ISLAM?-SIRI 6

Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)


Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco


Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.


Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”


Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.


Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”


KEAJAIBAN AL QURAN-SIRI 3

  Semut yang bercakap


Kupasan Islam dan sains hari ini adalah tentang semut. Antara kisah-kisah yang menarik dalam al-Quran ialah kisah Nabi Sulaiman dengan semut. Kisah ini direkodkan pada surah al-Naml, ayat 15-19.

[27:15]
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
[27:16]

Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan (setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
[27:17]
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.

[27:18]

(Maralah angkatan itu) hingga apabila m
ereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".
[27:19]
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".


Selama ini, saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi dengan menggunakan signal-signal berbentuk kimia dan tidak menggunakan bunyi sebagai bentuk komunikasi mereka. Pendapat saintis ini adalah bercanggah sama sekali dengan ayat al-Quran seperti yang saya tunjukkan diatas kerana dalam ayat 16:18 dan 16:19, didapati bahawa semut bercakap (berkomunikasi dengan bunyi). Dan bunyi ini pula didengari oleh Nabi Sulaiman A.S. serta difahaminya dengan ilmu yang dikurniakan Allah S.W.T.

Saban hari, orang bukan Islam yang dengki dengan perkembangan Islam di dunia menggunakan maklumat ini untuk memperkecilkan Islam dan mengatakan bahawa Islam ialah agama yang kuno serta tidak saintifik. Contohnya boleh dilihat pada website:

http://www.answering-islam.org/Responses/Menj/ants.htm

Penulis website ini cuba mempengaruhi orang Islam dengan menggunakan kaedah emperikal bagi membuktikan bahawa Islam bukan agama yang benar.

........................................................................................................................................................................
Sebelum saya membuktikan kebenaran tentang semut ini biarlah saya ceritakan sedikit tentang semut. Telah dianggarkan bahawa terdapat 20,000 spesis semut yang wujud di dunia. Semua semut-semut ini hidup berkoloni dan mempunyai sistem sosial yang tersusun dengan beberapa kasta iaitu - pekerja, askar, permaisuri dan dron - semua daripada mereka ini mempunyai tanggungjawab dan tugas-tugas yang amat spesifik untuk koloni mereka. Hanya semut permaisuri dan dron-dron jantan sahaja yang mampu untuk menghasilkan semut-semut baru. Kesemua semut askar dan semut pekerja adalah steril (tidak boleh menghasilkan zuriat).
Semut merupakan serangga yang bersosial kerana mereka hidup dan bekerjasama di dalam satu komuniti. Mereka membesar dan menjaga anak-anak mereka. Kehidupan seperti ini adalah amat berbeza dengan kehidupan serangga-serangga lain yang lebih banyak masa hidup bersendirian. Satu komuniti semut ini dipanggil sebagai koloni. Kehidupan dalam koloni semut adalah sangat tersusun. Setiap ahli mempunyai pekerjaan masing-masing yang sangat spesifik.

Koloni semut diperintah oleh semut permaisuri. Antara tugas semut permaisuri yang penting adalah untuk bertelur. Semut pekerja melakukan semua kerja-kerja yang lain seperti menjaga permaisuri dan anak-anak, membina sarang dan membaiki sarang yang rosak. Semut pekerja juga bekerja mencari makanan dan mempertahankan sarang dari musuh. Semua semut pekerja adalah betina. Pekerja askar tugasnya hanya mempertahankan sarang dari serangan musuh (lihat saiznya yang lebih besar).

Kebanyakkan semut jantan hanya hidup beberapa minggu atau bulan sahaja. Mereka tidak bekerja dan akan mati sebaik sahaja bersenyawa dengan semut permaisuri yang baru.

.........................................................................................................................................................................

Sebagai serangga yang bersosial pastinya semut mempunyai suatu cara untuk berkomunikasi. Para saintis berpendapat bahawa semut berkomunikasi menggunakan feromon (pheromones) sahaja. Mereka berpendapat bahawa apabila terdapat bahaya semut akan merembeskan feromon bahaya. (rujuk 'alarm pheromones' di http://en.wikipedia.org/wiki/Pheromone untuk keterangan lanjut).

Pada hari ini, kenyataan itu terbukti tidak benar apabila para saintis berjaya membuktikan bahawa semut juga berkomunikasi dengan menggunakan bunyi untuk menggesa semut-semut lain untuk berasa dalam keadaan awas apabila terdapat bahaya.

Click atas article untuk baca selanjutnya.....

Artikel diatas membuktikan semut-semut sentiasa bercakap-cakap dalam frequensi yang sukar didengari oleh manusia. Semut permaisuri pula boleh memberikan arahan kepada semut-semut lain untuk berada dalam keadaan awas dengan menggunakan bunyi. Penemuan ini yang telah diterbitkan dalam jurnal Science telah menyanggah dakwaan pihak-pihak yang anti-Islam yang mengatakan bahawa semut tidak berkomunikasi dengan bunyi.



Beberapa lama apabila artikel ini telah diterbitkan dalam 'The Times', pihak-pihak yang anti-Islam tersebut telah menarik balik artikel mereka yang mempersendakan Islam. al-Quran yang mereka laporkan sebagai tidak benar dan tidak saintifik adalah begitu tepat. Mampukah Nabi Muhammad S.A.W. mengetahui bahawa semut juga boleh bercakap 1400 tahun dahulu? Inilah antara tanda-tanda/petunjuk/hidayah yang Allah S.W.T. berikan kepada kita dalam al-Quran. Kita tidak mungkin untuk mengetahui perkara ini tanpa membaca dan memahami ilmu dalam al-Quran.

Pada hari ini, sedihnya kita hanya membaca al-Quran tanpa memahami atau mengetahui maksud ayat-ayat Quran. Mungkin dengan membaca kita akan mendapat pahala tetapi yang pasti kita tidak akan mendapat ilmu dari al-Quran. Jika tidak mendapat ilmu bagaimana kita boleh menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup dan sebagai ubat kepada hati kita?

Walaupun al-Quran adalah dalam bahasa Arab, kini telah banyak diterbitkan terjemahan-terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Bukan sahaja terjemahan al-Quran adalah dalam bahasa tempatan bahkan tafsir al-Quran juga kini banyak diterjemahkan kepada bahasa Melayu dan Inggeris.

Bacalah cerita yang sama dalam 'dailymail'. Click atas gambar di atas.

Body talk: Queen ants make a subtly different noise rubbing their chests to worker ants, allowing them to talk to each other
Balik semula kepada topik asal iaitu semut boleh berkomunikasi dengan bunyi, ada juga serangga-serangga lain yang tahu bahasa semut ini mengambil kesempatan ke atas semut. Contohnya arahan berbentuk bunyi dari semut permaisuri boleh dimimik oleh pupa dan larva rama-rama parasit yang mempergunakan semut untuk melindungi dan memberikannya makanan. Artikel ini turut membuktikan semut berkomunikasi dengan bunyi (bercakap).



Sila klik di sini untuk membaca selanjutnya....

Baiklah, sekarang kita lihat kembali al-Quran 27:16

27:18 حتى اذا اتوا على واد النمل قالت نملة ياايها النمل ادخلوا مساكنكم لايحطمنكم سليمان وجنوده وهم لايشعرون[027:018] Hatta itha ataw AAala wadi alnnamli qalat namlatun ya ayyuha alnnamlu odkhuloo masakinakum la yahtimannakum sulaymanu wajunooduhu wahum la yashAAuroona

Jika saudara-saudari ada sedikit pengetahuan Arab, daripada kata kerja di atas didapati kata kerja yang digunakan menunjukkan bahawa semut yang memberikan arahan itu adalah semut betina.

Jika kita bandingkan dengan kajian-kajian terbaru yang dilakukan, didapati yang memberikan arahan adalah semut permaisuri iaitu semut betina. Soalnya disini ialah bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. 1400 tahun dahulu tahu bahawa semut yang memberikan arahan itu adalah semut betina iaitu semut permaisuri? Pada ketika itu tiada kanta pembesar, apatah lagi mikroskop dan pengetahuan genetik. Ilmu ini pastinya datang dari Pencipta kita yang Maha Mengetahui segalanya dan disampaikan kepada kita melalui Nabi Muhammad S.A.W. pesuruhNya.

[41:53]
Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?


Allahuakbar! Subhanallah.
Inilah mukjizat al-Quran yang telah ditinggalkan kepada kita.

Setiap kali nampak semut teringat pulak kisah Nabi Sulaiman.

Segala pujian bagi Allah.

NABI ISA AS SEMBAHYANG MENGIKUT ISLAM



FIRMAN ALLAH AL-QUR'AN:
"Apakah kamu masih mengharapkan mereka (Bani Israel) akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar Firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?" (QS. 2:75)

RATAPAN NABI YEREMIA:
"Bagaimanakah kamu berani berkata: 'Kami bijaksana, dan kami mempunyai Taurat TUHAN?' Sesungguhnya, pena palsu penyurat sudah membuatnya menjadi bohong." (Yeremia 8:8)

TIPU DAYA PAULUS TARSUS:
"Baiklah, aku sendiri tidak merupakan suatu beban bagi kamu, tetapi dalam kelicikanku aku telah menjerat kamu dengan tipu daya." (2 Korintus 12:16)


Untuk pengetahuan, Jesus tidak pernah pun membatalkan apa yang terkandung dalam Taurat. Maknanya Jesus bukanlah mahu mencipta agama baru tapi mahu membetulkan akidah kaum Bani Israel yang telah terpesong ajarannya. Dan semua orang tahu pengasa christian adalah Paul. Paul yang banyak menyesatkan orang kristian sekarang.

Jesus tidak membatalkan hukum Taurat.

"Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku (Yesus) datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. (Matius 5:17)

Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi. (Matius 5:18)

Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam Kerajaan Sorga; tetapi siapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam Kerajaan Sorga. (Matius 5:19)

Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar dari pada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Sorga. (Matius 5:20)


Kristen mengutuk hukum Taurat sesuai pernyataan Paulus.

Kamu tahu, bahwa tidak seorangpun yang dibenarkan oleh karena melakukan hukum Taurat, tetapi hanya oleh karena iman dalam Kristus Yesus. Sebab itu kamipun telah percaya kepada Kristus Yesus, supaya kami dibenarkan oleh karena iman dalam Kristus dan bukan oleh karena melakukan hukum Taurat. Sebab: "tidak ada seorangpun yang dibenarkan" oleh karena melakukan hukum Taurat. (Galatia 2:16)

Kesimpulan

Hukum Taurat merupakan bagian dari ajaran Yesus yang wajib dilaksanakan oleh umatnya (Matius 5:19)

Ya Ya Ya!!! itulak komen dari mulut orang kristian kalau kita beri petikan ayat di atas. Tapi apa kesannya? mereka tetap cuba membutakan hati mereka kerana mereka yakin syurga adalah tempat mereka. Sedangkan itu adalah janji2 yang dibuat oleh mereka sendiri. Mereka nyata umat Paulus bukannya Umat nabi Isa a.s.

Yesus memerintahkan banyak berwudlu apabila sedang berpuasa dan mengajarkan sujud serta berdoa ketika sedang sujud.

Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, (Matius 6:17)

Maka Ia (Yesus) maju sedikit, lalu sujud dan berdoa, kata-Nya: "Ya Bapa-Ku, jikalau sekiranya mungkin, biarlah cawan ini lalu dari pada-Ku, tetapi janganlah seperti yang Kukehendaki, melainkan seperti yang Engkau kehendaki." (Matius 26:39)

Musa dan Harun serta anak-anaknya membasuh tangan dan kaki mereka dengan air dari dalamnya. Apabila mereka masuk ke dalam Kemah Pertemuan dan apabila mereka datang mendekat kepada mezbah itu, maka mereka membasuh kaki dan tangan--seperti yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. (Keluaran 40:31-32)

Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka. (Bilangan 20:6)

Aku akan mengadakan perjanjian antara Aku dan engkau, dan Aku akan membuat engkau sangat banyak." Lalu sujudlah Abram, dan Allah berfirman kepadanya: (Kejadian 17:2-3)

Kristen mengajarkan bernyanyi di gereja sesuai perintah Paulus.

dan berkata-katalah seorang kepada yang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Bernyanyi dan bersoraklah bagi Tuhan dengan segenap hati. (Efesus 5:19)

Hendaklah perkataan Kristus diam dengan segala kekayaannya di antara kamu, sehingga kamu dengan segala hikmat mengajar dan menegur seorang akan yang lain dan sambil menyanyikan mazmur, dan puji-pujian dan nyanyian rohani, kamu mengucap syukur kepada Allah di dalam hatimu. (Kolose 3:16)

Kesimpulan

Menyanyi di gereja bukanlah ajaran Yesus, tetapi ajaran Paulus (Efesus 5:19)

Tuhan menciptakan akal untuk manusia untuk berfikir dan mencari kebenaran.untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Tapi "tuhan" memberikan bible yang banyak memberikan kefahaman yang berbeza2 dari segi asasnya. Bagus "tuhan" tidak berikan manusia akal supaya manusia tak berfikir akan kelemahan kitab tersebut.

Bayangkan anda ingin membeli sebuah buku matematik. di halaman 13 dinyatakan 2+2=4. dan dihalaman 14 dinyatakan 2+2=6. Anda mahu beli dan guna buku tersebut????

KEAJAIBAN AL QURAN-SIRI 2

Ramalan Penaklukan Mekah Yang Tepat di Dalam Al-Quran

>> Friday, January 1, 2010


Satu lagi aspek keajaiban Al-Qur'an ialah bahawa ianya mendedahkan lebih awal lagi beberapa peristiwa penting yang berlaku di masa hadapan. Ayat 27 surah al-Fath, sebagai contoh menyampaikan khabar gembira bahawa mereka akan menakluk Mekah yang mana ketika itu di bawah penguasaan masyarakat jahiliyyah.


"Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasulnya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu ) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah dalam keadaan aman, mencukur rambut dan kepada dan mengguntingnya, sedang kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang hampir (Penaklukan Khaibar). (Surah Al-Fath, 27)


Dalam pertimbangan yang lebih teliti, ayat ini seolah-olah mengumumkan satu lagi kemenangan yang akan terjadi sebelum kemenangan Mekah. Sebenarnya, seperti yang dinyatakan di dalam ayat, orang mukmin akan mula menakluk perkampungan Khaibar, yang mana ketika itu di bawah jajahan Yahudi dan kemudian memasuki Mekah.


Pemberitaan mengenai peristiwa ini yang akan terjadi di masa hadapan hanyalah sebahagian dari kebijaksaan di dalam Al-Qur'an. Dan ini juga adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, Maha Mengetahui. Sebenarnya, ini adalah wahyu yang diturunkan kepada umat manusia dari Tuhan yang Maha Mengetahui.

ISLAM DI PERANCIS-SIRI 1

Sinar Islam di Perancis



Bancian yang dilakukan sebuah akhbar di Perancis akhir tahun 2006 mengatakan, bahawa jumlah pemeluk baru agama Islam dari warga asal negara Perancis mencapai enam puluh ribu (60 000) orang.


Mereka masuk Islam kerana dorongan cinta dan takjub terhadap agama ini, atau karena pergulatan panjang dan kajian mendalam tentang ajaran agama ini. Majoriti dari mereka pemuda kota yang berpendidikan dan modern.


Bancian ini juga menegaskan bahawa warga asal Perancis yang masuk Islam berasal dari kelas sosial yang beragam. Mereka berasal dari kelompok pemikiran, mazhab dan agama yang berbeza. Ada yang sebelumnya Sekular, Buddha, Katolik dan lainnya. Sebagaimana bancian ini menambahkan, bahawa peranan menonjol yang dimainkan oleh komuniti muslim dan organisasi dakwah di tengah masyarakat Perancis.


Kelompok dari ketenteraan juga banyak yang masuk Islam, lebih dari 3% pemeluk Islam di Perancis adalah seorang tentara.


Sebagaimana daerah “Aisun” sebuah wilayah di Perancis bagian selatan merupakan jumlah terbesar warga yang masuk Islam. Sekitar seribu atau dua ribu (1000 – 2000) orang di wilayah ini masuk Islam. Mereka masuk Islam lima puluh tahun yang lalu, ketika etnik Maghribi masuk ke Perancis. Antara dua sampai tiga (2-3) orang masuk Islam setiap pekannya.


Dari jumlah penduduk yang masuk Islam itu, kelompok pemuda menduduki jumlah teratas, laki-laki mencapai 83%, sedangkan wanitanya hanya 17% saja.


Faktor yang menjadikan warga Perancis masuk Islam adalah, perkahwinan, iaitu perkahwinan warga muslim dengan non muslim. Umat Islam dikenal sangat toleran, memiliki akhlak yang baik, taat beragama, solat lima waktu, tidak minum arak dan tidak melakukan perkara-perkara jahat.


Radio “Suara Perancis” memainkan peranan yang sangat penting di dalam proses masuknya warga Perancis kepada Islam. Pengarah bahagian Acara radio ini, Sami Abdus Salam mengatakan, siaran radio ini sasarannya untuk komuniti muslim yang berada di masyarakat Perancis, berupa nasehat, arahan, dsikusi, dialog seputar permasalahan sosial dan keagamaan, selama lapan belas (18) jam secara live.


Dari hasil siaran itu, banyak dari kalangan pemuda muslim, sekitar 99% tidak mahu makan daging babi. Selain itu, bertambahnya orang yang masuk Islam setiap hari dari warga asli Perancis, kerana mereka melihat keadilan Islam yang disiarkan melalui radio.


Jumlah populasi umat Islam di Perancis lebih dari enam (6) juta orang, 10% dari jumlah penduduk Perancis. Mereka mempunyai jumlah suara dalam pemilihan undi sebanyak 1,8 Juta suara. Mereka berasal dari lima puluh tiga (53) negara yang berbeza, dan dua puluh satu (21) bahasa yang berbeza. Keturunan Al Jazair termasuk yang paling dominan.


Sebuah kajian memprediksikan bahwa jumlah umat Islam akan semakin bertambah tiga kali lipat sampai tahun 2020, sekitar dua puluh (20) juta warga muslim, disebabkan populasi mereka yang cepat dan besar, banyak pendatang muslim dan juga banyak warga asli yang masuk Islam.


Kerana itu kita melihat –masih kata bancian itu-, kaum muslimin di sana akan sangat berperan signifikan, tidak bisa diremehkan dan tidak mungkin diabaikan, lebih khusus mereka mewakili 17% dari pekerja di bidang ketenteraan Perancis.

-MENGAPA SAYA MEMELUK ISLAM-SIRI 5

Bekas Tahanan Taliban, Yvonne Ridley - Kagum Dengan Hak Wanita Dalam Islam


Ramai orang yang menilai Islam tidak memberikan penghormatan terhadap kaum perempuan. Tapi tidak bagi Yvonne Ridley setelah ia mengenal Islam. Bekas wartawan berasal Inggris yang pernah menjadi tawanan Taliban di Afghanistan ini, masuk Islam setelah ia mendalami al-Quran dengan harapan menemukan perintah-perintah Tuhan dalam Islam yang menempatkan perempuan pada kedudukan rendah. Apalagi ketika itu Ridley juga seorang aktivis feminisme.

Tapi semakin ia mendalami al-Quran, Ridley tidak menemukan apa yang dicarinya, ia malah menemukan ajaran Islam yang luhur tentang kaum perempuan, dimana Islam menempatkan kaum perempuan dalam darjat yang tinggi dan mulia. Inilah yang kemudian mendorong Yvonne untuk memilih menjadi seorang Muslim dan sekarang dikenal aktif berdakwah kemana-mana. Bagaimana pengalaman Ridley menjadi seorang mualaf dan apa pandangannya tentang perempuan dalam Islam.

Berikut petikan wawancara yang dilakukan web Islamonline dengan Yvonne Ridley;
Seberapa jauh Anda tahu tentang Islam sebelum menjadi seorang Muslimah?

Saya cuma tahu sedikit tentang Islam sebelum menjadi Muslim. Saya hanya tahu dari media massa.
Bagaimana ceritanya Anda masuk Islam?

Semasa saya menjadi tawanan Taliban, seorang ulama mendatangi saya. Dia menanyakan beberapa pertanyaan tentang agama dan menanyakan apakah saya mau tukar agama. Ketika itu, saya takut kalau saya salah memberikan respon, maka saya akan dibunuh. Setelah berfikir masak-masak, saya berterima kasih pada ulama tadi atas tawarannya yang baik itu dan saya kata bahwa susah bagi saya membuat keputusan untuk mengubah hidup saya ketika saya sedang menjadi tawanan. Tapi saya berjanji, jika saya dibebaskan dan kembali ke London, saya akan mempelajari tentang Islam.

Akhirnya saya bebas dan saya mulai membaca terjemahan al-Quran. Saya memilih surat-surat dalam al-Quran hanya yang ingin saya baca saja. Saya sangat kagum dengan hak-hak yang diberikan Islam pada kaum perempuan dan inilah yang paling membuat saya tertarik pada Islam.
Setelah memeluk Islam, apakah Anda memmerlu bantuan dari komuniti Muslim?

Ya dan tidak. Saya mendapat banyak dorongan dari sesama Muslimah. Saya merasa beruntung jika dibandingkan dengan banyak mualaf lainnya. Banyak mualaf yang benar-benar memmerukan bantuan semangat hampir setiap hari. Yang menyedihkan, banyak diantara kami yang diabaikan setelah mengucapkan dua kalimat syahadat. Saya cuma ingin mengatakan, tahun-tahun pertama bagi para mualaf adalah masa yang kritis bagi perkembangan mereka sebagai seorang Muslim, jadi sebaiknya para mualaf baru jangan diabaikan begitu ia usai mengucapkan syahadat.
Tantangan apa yang paling berat setelah Anda memeluk Islam?

Belajar menjadi orang yang lebih baik. Mungkin kedengarannya agak aneh, karana saya tidak merasa sebagai orang yang buruk sebelum memeluk Islam. Tapi setelah menjadi Muslim, saya harus belajar tentang etika Islam, misalnya tentang kesabaran dan toleransi. Buat mereka yang sudah mengenal baik siapa saya, pasti tahu betapa beratnya perjuangan saya ketika itu.Bagaimana reaksi keluarga dan teman-teman ketika tahu Anda masuk Islam?

Mereka semua gembira campur hairan. Bagaimana boleh seorang gadis yang gila festa meninggalkan gaya hidup Baratnya dan memeluk Islam? Tapi setelah beberapa waktu, mereka tahu bahwa saya bersungguh-sungguh! Saya lebih sehat dan bahagia, badan saya jadi agak langsing. Mereka melihat bahwa apapun yang terjadi dalam kehidupan saya, saya menjadi orang yang lebih baik. Mereka membantah bahwa ini semua karena Islam. Teman-teman perempuan saya apakah saya punya kawan lelaki sehingga terlihat lebih sihat dan bahagia, saya menjawab "Apakah kamu fikir untuk terlihat lebih baik seperti sekarang saya harus punya teman lelaki? Tidakkah kamu menerima bahwa saya telah menemukan sesuatu yang memberikan saya banyak kebahagiaan, kekuatan dari dalam dan jiwa?"
Bagaimana Anda menyesuaikan diri dengan Jilbab yang Anda kenakan di Inggris, sementara banyak orang menentang jilbab?

Saya senang sekali Anda menanyakan hal ini. Banyak orang berpendapat tentang jilbab, terutama kaum lelaki yang tidak perlu mengenakan jilbab. Mereka tidak tahu, betapa besar tantangan yang dihadapi perempuan berjilbab dan berniqab. Ketika seorang perempuan mengenakan jilbab, mereka memperjuangkan Islam, di baris terdepan. Mereka menjadi sasaran tindakan sewenang-wenang. Sedih rasanya melihat beberapa Muslimah yang diserang secara fizikal gara-gara perdebatan jilbab terutama yang dianjurkan oleh para politikus dengan segala pernyataan-pernyataan buruk mereka tentang jilbab. Jilbab adalah kewajiban. Saya kagum dengan para muslimah yang mengenakan jilbab, dengan kekuatan, semangat dan keimanan mereka.

Untuk Muslimah yang tidak mengenakan jilbab, saya ingin katkan pada orang-orang di sekeliling mereka agar bersabar dan berilah mereka waktu. Kita semua dalam perjalanan spiritual, beberapa diantara kita mencapai tahap tertentu dengan cepat dibandingkan yang lainnya. Perlukan waktu. Kita selayaknya tidak terlalu kritis terhadap sesama Muslimah yang belum berjilbab, kita sebaiknya menyokong dan menolong mereka.

Saya juga tidak langsung mengenakan jilbab. Perlu waktu buat saya untuk mengenakannya, dan itu itu menjadi bagian dari pertumbuhan dan perkembangan saya sebagai seorang Muslim. Setiap harus selalu ada perbaikan. Jika pembicaraan ini dilakukan kembali 20 tahun mendatang, saya akan kata bahwa saya masih belajar dan berkembang terus, Insya Allah.
Jika ada non-Muslim yang ingin tahu tentang Islam, apa pesan penting yang harus disampaikan seorang Muslim pada non-Muslim?

Kita harus menyampaikan pada Barat bahwa kaum perempuan tidak ditindas dalam Islam, kaum perempuan bukan makhluk kelas dua. Betul, ada sebagian perempuan yang berada di bawah pengurusan laki-laki. Tapi di kalangan non-Muslim di Barat, banyak juga perempuan yang tertindas. Masalah kekerasan dalam rumah tangga adalah isu global bagi perempuan, bukan isu Islam.

Banyak isu yang mempengaruhi kaum perempuan Muslim dan Barat. Tapi akan saya katakan pada kaum perempuan non-Muslim bahwa banyak hal yang substansial dibalik jilbab. Jika mereka mau melihat, mereka akan menyadari bahwa banyak Muslimah berjilbab yang sukses, pintar, berbakat dan dikenal di level internasional. Jadi, daripada buang-buang waktu meributkan jilbab, berhentilah dan bicaralah pada para muslimah

KENAPA YAHUDI DAPAT MENGUASAI DUNIA?



Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?


Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Alert Sabin membangunkan vaksin polio hidup yang lebih baik. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz memenangi Hadiah Nobel kerana kajian beliau mengenai transmisi neuromuskular. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).

Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia). Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga secara oral yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Kenapa Yahudi begitu berkuasa? Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah seorang Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...