Arnab (rabbit) atau 
kelinci (hare) merupakan sejenis haiwan 
mamalia yang tergolong dalam famili 
Leporidae yang tergolong dalam 
order Lagomorpha.
 Arnab mudah dikenali dengan telinganya yang panjang dan tirus, gigi 
acip tengah yang ketara dalam mulut, kaki belakangnya yang besar 
berbanding kaki depan, serta ekornya yang pendek. Arnab boleh hidup 
secara liar mahupun dijadikan haiwan peliharaan atau ternakan yang 
memberikan sumber makanan kepada manusia.
Dalam 
bahasa Melayu, perkataan "arnab" berasal dari 
bahasa Arab, iaitu 
arnab[1] (
أرنب). Perkataan "kelinci" pula lebih banyak digunakan dalam 
bahasa Indonesia, dan berasal dari 
bahasa Belanda, yakni istilah 
konijntje yang bererti "anak arnab".
[2]
 Apapun, ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Nusantara mula 
mengenali arnab atau kelinci daripada perdagangan antarabangsa pada 
zaman silam, padahal di 
Pulau Sumatera ada satu spesies arnab asli (
Nesolagus netscheri) yang baru ditemui pada tahun 1972.
[3] Nama saintifik famili "Leporidae" pula berasal dari perkataan 
lepus, iaitu arnab dalam 
bahasa Latin.
 Habitat
Bermacam-macam jenis arnab tinggal di kawasan 
padang rumput, 
hutan, 
gurun, 
tundra dan 
tanah lembap[4]
 mengikut kesesuaian dengan spesiesnya. Kebanyakan spesies arnab tinggal
 dalam sarang bawah tanah yang dimasuki melalui lubang, tetapi berbeza 
pula dengan arnab dalam genus 
Lepus yang bertempat tinggal di 
atas tanah dengan kawasan rumput yang rata sebagai sarang. Kebanyakan 
spesies arnab tinggal secara berkelompok.
Lebih separuh jumlah populasi arnab di dunia tinggal di 
Amerika Utara.
[4] Arnab juga merupakan haiwan asli di 
Eropah, 
Asia Tenggara, 
Asia Timur, 
Afrika dan 
Amerika Selatan. Arnab mula-mula memasuki Amerika Selatan kesan peristiwa 
Pertukaran Besar Amerika. Sebahagian besar benua itu cuma ada satu spesies arnab, iaitu 
tapeti, manakala di kawasan 
kerucut selatan benua itu pula tiada spesies arnab yang asli.
 Anatomi
Arnab merupakan 
mamalia bersaiz kecil atau sederhana, mengikut spesiesnya, iaitu sekecil 
Brachylagus idahoensis yang panjangnya 25–29 cm dari kepala hingga ekor, dan beratnya sekitar 300 gram, hingga sebesar 
Lepus europaeus yang mencapai kepanjangan 50–76 cm dan berat 2.5 hingga 5 kilogram. Bulu arnab biasanya tebal dan lembut, berwarna 
perang, 
kelabu, atau 
kuning pucat. Ekornya berbentuk segumpal kecil bulu berwarna keperangan (berhujung putih bagi 
arnab ekor kapas).
[5]
 Arnab liar tidak ketara perbezaannya dari segi kadaran tubuh atau cara 
berdiri, dengan tubuh badan yang montok dan berbentuk telur.
Arnab merupakan haiwan 
digitigrad,
 iaitu berjalan secara menjengket. Arnab mempunyai sepasang kaki 
belakang berjari empat yang panjang, dan kaki hadapan berjari lima yang 
lebih pendek (termasuk 
kuku embun pada tapak kaki).
[6]
 Arnab mempunyai kaki belakang yang besar dan kuat. Tapak kakinya 
berbulu supaya mudah mencengkam tanah ketika berlari, apatah lagi 
dilengkapi kuku yang kuat di kesemua jari kakinya.
Arnab juga terkenal dengan telinga yang panjang dan boleh digerakkan,
 serta deria pendengaran yang hebat sekali. Matanya besar dan 
penglihatannya bagus pada waktu malam, mencerminkan kehidupan arnab liar
 sebagai haiwan 
nokturnal (berjaga malam) atau 
krepuskul (berjaga senja).
[7] Telinga arnab yang sepanjang 10 cm (3.9 in) atau lebih, mungkin merupakan kesan adaptasi untuk mengesan 
pemangsa.
Arnab mempunyai dua peranggu gigi acip, iaitu satu di depan dan satu 
lagi di belakang. Oleh yang demikianlah arnab sebenarnya tidak tergolong
 dalam 
rodensia.
[8] Carl Linnaeus pernah menggolongkan arnab dan rodensia dalam kelas 
Glires; tetapi mereka berdua kemudian diasingkan kerana ramai sekali yang berpendapat bahawa keserupaan sesama mereka adalah hasil 
evolusi tumpuan.
 Akan tetapi, analisa DNA terkini serta penemuan leluhur sepunya telah 
menyokong hujah bahawa arnab dan rodensia sama keturunan, oleh itu 
kedua-duanya sekali dianggap tergolong dalam satu superkelas iaitu 
Glires.
[9]
Arnab merupakan haiwan pencerna 
usus belakang, yakni kebanyakan proses pencernaan arnab berlaku di dalam 
usus besar dan 
usus buntunya. Dalam tubuh arnab, sekum adalah 10 kali besar perut. Sekum dan usus besar membentuk kira-kira 40% saluran pencernaan arnab.
[10]
 Perototan sekum yang unik ini membolehkan salur ususnya menapis bahan 
berserabut daripada bahan yang lebih mudah dicernakan; bahan berserabut 
itu dikumuhkan dalam bentuk tinju, manakala bahan yang lebih berkhasiat 
itu dibubuh dalam lapis mukus dalam bentuk 
sekotrop (tinja malam). Sekotrop ini kaya dengan 
zat galian, 
vitamin dan 
protein
 yang diperlukan untuk kesihatan arnab. Arnab memakan bahan kumuh ini 
untuk memenuhi keperluan khasiatnya; lapisan mukus membolehkan 
khasiatnya melalui perut yang berasid untuk dicernakan dalam usus. 
Proses ini membolehkan arnab menyarikan khasiat-khasiat yang diperlukan 
dari makanannya.
[11]
Arnab merupakan haiwan mangsa, oleh itu ia sentiasa peka terhadap 
persekitarannya. Jika berdepan dengan kemungkinan ancaman, arnab 
berhenti bergerak dan memperhatikan sekitarnya, kemudian mengingatkan 
arnab-arnab lain dalam sarang dengan berdetap-detup sekuat-kuatnya di 
atas tanah. Arnab mempunyai medan penglihatan yang sangat luas, cukup 
berguna untuk mengimbas persekitaran di atas kepalanya.
[12]
 Arnab terlepas dari pemangsa dengan menggali tanah, meloncat pergi 
secara gerak siku keluang, dan memberikan sepakan yang kuat dengan kaki 
belakang sekiranya ditangkap. Gigi yang kuat juga membolehkan arnab 
menggigit musuh untuk melepaskan diri daripada pergelutan.
[13]
 Evolusi
Spesies arnab tertua yang dikenal pasti setakat ini berasal dari akhir zaman 
Eosen,
 ketika famili arnab ini sudah berada di Amerika Utara dan Asia. 
Sepanjang perjalanan evolusinya, kelompok ini semakin menyesuaikan diri 
dengan kehidupan berlari dan meloncat dengan pantas. Misalnya, 
Palaeolagus, spesies arnab pupus dari epok 
Oligosen
 di Amerika Utara, mempunyai kaki belakang yang lebih pendek daripada 
arnab zaman sekarang (menandakan bahawa ia mungkin lebih pandai berlari 
daripada meloncat) tetapi selain itu sama sifatnya dengan arnab moden
[14].
 Biologi dan tabiat
 Pembiakan
Arnab mempunyai kadar pembiakan yang besar sekali. Musim membiak bagi
 kebanyakan arnab adalah 9 bulan, dari Februari hingga Oktober. Di 
Australia & New Zealand, musim membiak adalah dari akhir Julai 
hingga akhir Januari. Tempoh kebuntingan biasanya adalah 30 hari, 
ataupun lebih lama lagi bagi arnab dalam genus 
Lepus. Arnab 
biasanya boleh melahirkan 4 hingga 12 ekor anak, tetapi baka yang lebih 
besar mampu melahirkan banyak lagi arnab. Seekor anak arnab boleh 
bercerai susu sebaik mencecah umur 4 hingga 5 minggu. Ertinya, dalam 
satu musim, seekor ibu arnab boleh melahirkan sebanyak 800 anak, cucu 
dan cicit. Arnab betina sedia membiak pada usia sekitar enam bulan, dan 
arnab jantan pula sekitar tujuh bulan. Arnab mengambil masa yang sangat 
singkat untuk pikat-memikat dan mengawan, iaitu selama 30 hingga 40 
saat. Kelakuan arnab ketika pikat-memikat melibatkan jilat-menjilat, 
hidu-menghidu, dan si jantan mengejar si betina. Arnab juga sering 
menyembur kencing sebagai kelakuan seksual. Arnab betina mungkin 
keguguran bulu bergumpal-gumpal sewaktu tempoh hamil.
Proses penghasilan ovum bermula 10 jam selepas mengawan. Selepas 
mengawan, arnab betina membuat dan mengalas sarangnya dengan bulu dari 
gelambir, rusuk dan perutnya. Kelakuan ini juga mendedahkan puting arnab
 betina untuk membolehkannya menetek anak-anaknya. Dalam kebanyakan 
spesies, anak arnab lahir buta, dogel, dan tidak berupaya (kecuali 
spesies-spesies dalam genus 
Lepus dan 
Sylvilagus yang 
anaknya sudah berbulu, boleh membuka mata dan mampu menjaga diri sebaik 
sahaja dilahirkan). Keimunan pasif (keimunan yang diperoleh melalui 
pemindahan antibodi atau limfosit peka daripada haiwan lain) diperoleh 
oleh anak arnab sebelum lahir melalui pemindahan plasenta. 10 atau 11 
hari selepas lahir, anak arnab boleh membuka mata, kemudian ia boleh 
makan sendiri sekitar usia 14 hari.
Walaupun dogel ketika lahir, namun bulu anak arnab mula tumbuh dalam 
masa beberapa hari sahaja. Pada umur 5 hingga 6 minggu, bulu anak arnab 
yang lembut ini diganti dengan bulu pra-dewasa. Sekitar umur 6 hingga 8 
bulan, bulu pertengahan ini diganti pula dengan bulu dewasa sepenuhnya, 
selepas itu arnab bersalin bulu dua kali setahun. Oleh sebab susu arnab 
sangat berkhasiat, anak arnab hanya perlu ditetek selama beberapa minit,
 sekali atau dua kali sehari.
[15]
Jangka hayat arnab adalah kira-kira 9–12 tahun;
[16][17] arnab yang paling panjang usia di dunia mencapai 18 tahun.
[18]
 Pemakanan
Hampir semua arnab merupakan haiwan 
maun (kecuali beberapa spesies 
Lepus),
[19][20], yang gemar meragut 
rumput, 
herba, dan rumpai berdaun, tetapi juga memakan buah-buahan dan biji-bijian. Oleh itu, diet arnab mengandungi jumlah 
selulosa
 yang banyak dan sukar dicernakan. Masalah ini diselesaikan dengan 
mengumuhkan dua jenis tinja yang berbeza, iaitu tahi keras dan biji-biji
 hitam lembut likat yang dimakan segera. Arnab 
memakan semula bahan buangannya sendiri (tidak 
mengunyah mamahan
 seperti yang dilakukan oleh lembu dan haiwan maun yang lain) untuk 
mencernakan lagi makanannya serta memperoleh khasiat yang mencukupi.
[21]
Sama seperti 
rodensia (tikus dan sebagainya), arnab mempunyai sepasang 
gigi acip
 depan yang kuat, tetapi juga dilengkapi sepasang lagi gigi acip di 
kedua-dua belah gigi besar pada rahang atas, apatah lagi struktur 
giginya berbeza daripada gigi acip rodensia. Sama dengan rodensia juga, 
arnab tiada 
gigi taring, tetapi pipinya lebih berisi daripada rodensia. 
Rumus kegigian kebanyakan spesies arnab ialah 

Arnab meragut dengan sekuat-kuat dan secepat-cepatnya pada separuh 
jam pertama waktu meragut (biasanya pada lewat petang), diikuti 
pemakanan yang lebih berpilih pada separuh jam seterusnya. Pada waktu 
ini, arnab juga mengumuhkan biji-biji tahi yang keras dan tidak dimakan 
semula. Jika persekitarannya tidak begitu mengancam, arnab boleh berada 
di luar sarang berjam-jam lamanya, dan sekali-sekala meragut makanan. 
Ketika di luar sarang, adakalanya arnab memakan semula biji-biji kumuhan
 lembut yang separa tercerna. Kelakuan ini jarang dapat diperhatikan 
kerana biji-biji tersebut dimakan semula sebaik sahaja dikumuhkan. 
Pemakanan semula ini paling biasa berlaku sekejap-sekejap dalam sarang 
dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.
Bijian keras terbentuk daripada cebisan kulit ari dan tangkai 
tumbuhan yang seakan rumput kering, iaitu hasil buangan akhir selepas 
bijian lembut dimakan semula. Tahi keras ini hanya dikumuhkan di luar 
sarang dan tidak dimakan balik. Tahi lembut biasanya dihasilkan beberapa
 jam selepas meragut rumput, iaitu selepas semua tahi keras dikumuhkan. 
Tahi lembut ini terdiri daripada mikro-organisma dan dinding sel 
tumbuhan yang tak tercerna.
Bahan tumbuhan yang terkunyah berkumpul dalam sekum besar, sebuah 
kebuk sekunder di antara usus besar dan kecil yang berisi sejumlah besar
 bakteria simbiosis yang membantu pencernaan selulosa serta menghasilkan
 vitamin B tertentu. Biji tahi ini terdiri daripada 56% bakteria pada 
berat kering, dan oleh itu mengandungi purata 24.4% protein. Biji-biji 
ini kekal utuh selama enam jam dalam dalam perut, sementara bakteria 
dalamnya terus mencernakan karbohidrat tumbuhan. Tahi lembut terbentuk 
di sini dan mengandungi vitamin yang sebanyak lima kali ganda dalam tahi
 keras. Selepas dibuang, tahi lembut itu dimakan bulat-bulat oleh arnab 
dan dicernakan semula di dalam perut. Proses pencernaan berganda ini 
membolehkan arnab menggunakan khasiat yang mungkin terlepas olehnya 
ketika mula-mula melalui usus, dan juga khasiat-khasiat yang terbentuk 
daripada kegiatan mikrob untuk memastikan supaya arnab memperoleh 
khasiat yang secukupnya daripada pemakanannya.
[5] Proses bagi arnab ini sama tujuannya dengan 
peruminatan bagi lembu dan kambing.
[22]
Arnab tidak boleh 
muntah kerana dilarang oleh 
fisiologi sistem pencernaannya.
[23]
 Hubungan dengan manusia
- 
Rencana utama: Arnab bela jinak] Arnab sebagai haiwan belaan 
Arnab juga terkenal sebagai haiwan belaan yang boleh tinggal dalam 
rumah. Arnab dalam rumah biasanya dikurung dalam petak atau sangkar, 
ataupun diletakkan dalam tempat yang selamat untuk berkeliaran atau 
bersenam, seperti ruang tamu. Arnab boleh dilatih untuk menggunakan 
kotak jerami (untuk membuang air) ataupun menyambut panggilan orang. 
Arnab bela jinak
 yang tidak tinggal dalam rumah pula biasanya ditempatkan dalam sangkar 
di luar rumah. Ada arnab belaan yang tinggal dalam sangkar di luar pada 
waktu siang untuk mendapatkan udara segar dan cahaya matahari, kemudian 
dibawa masuk pada waktu malam. Arnab dalam genus 
Lepus jarang sekali dijadikan haiwan belaan.
Tak kira di dalam atau di luar, kurungan arnab biasanya dimeriahkan 
dengan alat-alat seperti para, terowong, bola, dan mainan. Arnab belaan 
juga diberikan ruang tambahan untuk bersenam, untuk meniru ruang terbuka
 yang direntasi oleh arnab liar. Petak bersenam juga digunakan sebagai 
tempat yang selamat untuk arnab berkeliaran.
Makanan arnab belaan biasanya terdiri daripada 
rumput Timothy
 yang tak terhingga, sedikit makanan biji, dan sedikit sayur-sayuran 
segar. Arnab memerlukan bekalan air segar yang bersih dan tak terbatas. 
Arnab ialah haiwan sosial yang boleh mencari teman dengan pelbagai jenis
 haiwan, termasuk manusia, arnab lain, 
tikus belanda ataupun kucing dan anjing. Pertubuhan 
kebajikan haiwan seperti 
House Rabbit Society
 mengesyorkan agar arnab tidak dijadikan haiwan belaan kanak-kanak kecil
 kerana kanak-kanak pada usia ini biasanya sukar berdiam diri, bertenang
 dan berlemah-lembut ketika bersama arnab. Sebagai haiwan mangsa, arnab 
merupakan haiwan yang sentiasa berjaga-jaga dan mudah terkejut. Tulang 
arnab rapuh sekali, khususnya di bahagian belakang, oleh itu arnab perlu
 didukung pada perut dan punggungnya apabila diangkat. Kanak-kanak 
berusia tujuh tahun ke atas biasanya cukup matang untuk menjaga arnab.
[24]
Arnab sebagai sumber makanan dan pakaian
Selain menjadi haiwan peliharaan, arnab juga diternak untuk daging 
sebagai makanan manusia, terutamanya di Eropah, Amerika Utara dan 
Selatan, dan Timur Tengah. Daging arnab masih dijual dalam pasar dan 
kedai daging di 
United Kingdom, tetapi bukan dalam pasar raya, sebaliknya lebih tertumpu di pasar tani dan juga 
Borough Market yang terkenal di London, di mana bangkai arnab diperagakan di khalayak umum secara tergantung bersama 
burung kuang dan haiwan buruan yang lain.
[25] Daging arnab pernah dijual secara besar-besaran di 
Sydney, 
Australia, tetapi kini sudah berkurangan ekoran penyakit 
miksomatosis yang diperkenalkan di negara itu untuk cuba menghapuskan populasi arnab buas.
Daging arnab diperoleh dengan memburu atau menternak. Jerat dan 
senjata berapi digunakan untuk menangkap arnab liar untuk dimakan. Di 
merata tempat, arnab juga diternak untuk dagingnya, kemudian disembelih 
dengan menghentak belakang kepalanya. Daging arnab merupakan sumber 
protein yang bermutu tinggi
[26], dan boleh digunakan dalam sebanyak cara yang boleh seperti daging ayam. Sebenarnya, seorang tukang masak terkenal, 
Mark Bittman
 berkata bahawa daging arnab ternak sama rasanya dengan ayam kerana 
kedua-dua dagingnya ibarat palet kosong yang boleh dilapisi dengan 
mana-mana perisa yang disukai.
[27] Daging arnab lebih pejal daripada daging lembu, babi dan ayam.
Penggunaan arnab sebagai sumber makanan berdaging dibelenggui beberapa masalah, antaranya termasuk: 
tularemia (“demam arnab”)
[28], dan juga “
kebuluran arnab” yang mungkin sekali disebabkan oleh kekurangan 
asid lemak penting
 dalam daging arnab. Arnab juga menjadi makanan kegemaran ular sawa 
besar, seperti ular sawa Burma dan ular sawa rendam, baik di alam liar 
mahupun dalam kurungan.
Pemakanan arnab adalah terlarang dalam 
agama Yahudi kerana meskipun mengunyah mamahannya, namun kukunya tidak berbelah, seperti yang ditetapkan oleh 
kitab Imamat[29] dan 
kitab Ulangan[30] dalam 
Alkitab Ibrani.
Bulu arnab adakalanya digunakan untuk membuat pakaian dan perhiasan diri, seperti skaf dan topi. 
Arnab Angora diternak untuk 
bulunya yang panjang dan halus dan boleh dicukur seperti bulu 
biri-biri.
 Arnab juga bagus untuk menghasilkan tahi dan kencing yang penuh dengan 
nitrogen, untuk meningkatkan daya pengeluaran pokok lemon. Susu arnab 
juga memberikan faedah perubatan dan khasiat kerana kekayaan kandungan 
proteinnya.
[31]
 Masalah alam sekitar
 
Apabila dibawa masuk ke tempat baru, arnab boleh membiak secara 
berlebihan sehingga mengacau ketenteraman manusia, seperti di kampus 
universiti ini.
 
 
 
Arnab menjadi punca masalah alam sekitar apabila dilepaskan ke alam 
liar oleh manusia. Disebabkan kekuatan selera dan kadar pembiakannya, 
penjarahan arnab liar mendatangkan masalah kepada para petani. Pelbagai 
cara telah digunakan untuk membendung populasi arnab, seperti menyembur 
gas, membina pagar, menembak, menjerat, dan membela 
feret sebagai pemangsa, namun cara-cara yang paling berkesan ialah penciptaan penyakit 
miksomatosis dan 
kalisivirus.
 Di Eropah, di mana arnab diternak secara besar-besaran, arnab 
dilindungi daripada ancaman miksomatosis dan kalisivirus dengan sejenis 
virus terubah suai secara genetik yang dibangunkan di Sepanyol.
Di Australia dan New Zealand, arnab dipandang sebagai haiwan perosak 
sehingga tuan tanah diwajibkan oleh undang-undang untuk mengawalnya.
[32][33]
 Arnab dalam kebudayaan dan kesusasteraan
Oleh sebab kebolehannya banyak beranak, arnab dilihat sebagai lambang 
kesuburan atau kelahiran semula, dan sekian lama dikaitkan dengan 
musim bunga dan perayaan 
Easter (seperti 
Arnab Easter). Peranan spesies arnab sebagai haiwan mangsa juga menjadikan arnab sebagai lambang kemurnian hati.
 Budaya rakyat dan mitos
Dalam budaya rakyat, arnab sering dijadikan watak penipu yang menggunakan kelicikan untuk mengatasi musuhnya.
- Dalam mitos Aztek, satu dewata 400 dewa-dewi arnab yang bernama Centzon Totochtin, diketuai oleh Ometochtli atau Dwi-Arnab, melambangkan kesuburan, keraian, dan kemabukan.
- Dalam mitos Cina, seekor ‘arnab jed’ mengiringi dewi Chang'e di Bulan. Arnab juga ialah satu daripada dua belas bintang dalam zodiak Cina.
 Harus diambil perhatian bahawa versi Vietnam bagi zodiak Cina 
menggantikan arnab dengan kucing, kerana arnab bukan haiwan asli di 
Vietnam.
- Kaki arnab dibawa sebagai azimat yang dipercayai membawa tuah. Amalan ini terdapat di merata dunia, semenjak seawal-awal tahun 600 SM di Eropah.[34]
- Dalam mitos Jepun, arnab tinggal di Bulan untuk membuat pulut mochi.
 Ini berasal dari corak tompok-tompok gelap pada permukaan bulan yang 
menyerupai arnab yang berdiri berjengket-jengket sambil menumbuk lesung. Mitos Korea ada cerita yang seumpama ini, cuma arnab di bulan membuat kuih tteok.
 Arnab cereka
Perwatakan arnab sebagai tukang helah menonjol dalam budaya popular Amerika; misalnya watak 
Br'er Rabbit dalam cerita rakyat kaum Amerika Afrika; tidak lupa juga watak kartun kesukaan ramai, 
Bugs Bunny ciptaan 
Warner Bros. Arnab yang bersifat manusia turut muncul dalam filem, bahan sastera dan teknologi, khususnya watak Arnab Putih (
White Rabbit) dan March Hare dalam 
Alice's Adventures in Wonderland oleh 
Lewis Carroll; tidak lupa juga siri 
Peter Rabbit oleh 
Beatrix Potter.
Arnab pernah digolongkan dalam order 
Rodentia sehingga tahun 1912, kemudian dialihkan ke order baru 
Lagomorpha bersama 
pika.
Order 
Lagomorpha
- Famili Leporidae
- Genus Pentalagus
- Genus Bunolagus
- Genus Nesolagus
- Genus Romerolagus
- Genus Brachylagus
- Genus Sylvilagus
- Subgenus Tapeti
 - Subgenus Sylvilagus
 - Subgenus Microlagus
 
- Genus Oryctolagus
- Genus Poelagus
- Genus Pronolagus
- Genus Caprolagus
- Genus Lepus
- Subgenus Macrotolagus
 - Subgenus Poecilolagus
 - Subgenus Lepus
 - Subgenus Proeulagus
 - Subgenus Eulagos
 
- Kelinci Castroviejo, Lepus castroviejoi
- Kelinci Yunnan, Lepus comus
- Kelinci Korea, Lepus coreanus
- Kelinci Corsica, Lepus corsicanus
- Kelinci Eropah, Lepus europaeus
- Kelinci Granada, Lepus granatensis
- Kelinci Manchuria, Lepus mandschuricus
- Kelinci Berbulu, Lepus oiostolus
- Kelinci Tanah Tinggi Habsyah, Lepus starcki
- Arnab Jack Berekor Putih, Lepus townsendii
 - Subgenus Sabanalagus
 - Subgenus Indolagus
 - Subgenus Sinolagus
 - Subgenus Tarimolagus
 - Subgenus incertae sedis
 
 
Lihat juga