Tuesday, March 12, 2013

Islam Di Benua Amerika-siri 3

 


Sejarah mereka telah digelapkan

Jika
 anda melawat Washington DC, pergilah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Disana anda boleh melihat perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku Cherokee, iaitu salah satu suku Indian, tahun 1787. Pada perjanjian itu, anda akan menemui tanda tangan Ketua Suku Cherokee yang bernama Abde Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.


Isi perjanjian itu antara lain adalah mengenai hak suku Cherokee dalam menjalankan perdagangan, perkapalan, dan pemerintahan suku cherokee pada waktu itu adalah mengikut undang-undang Islam. Anda juga akan menemui pakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum lelaki memakai turban (serban).

Kaum wanita suku Cherokee menutup aurat

Cara berpakaian ini boleh didapati di dalam gambar atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku Cherokee beragama Islam yang terakhir adalah Ramadan Ibnu Wati.

Gambaran pemakaian serban siku Cherokee

Bercakap
 tentang suku Cherokee, Sequoyah adalah salah seorang yang berpengaruh di dalam suku ini. Beliau adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada 1821. Syllabary adalah seperti aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A hingga Z, maka suku Cherokee mempunyai aksaranya yang tersendiri.

Acuan gangsa Seqvoyah di Perpustakaan Kongres

Yang
 menariknya adalah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini amat mirip dengan bahasa Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemui pada batuan di Nevada terpahat kata yang sangat mirip dengan kata "Muhammad" dalam bahasa Bahasa Arab.





Nama-nama suku Indian yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemui pada suku Cherokee (Shar-kee) shaja tetapi juga ditemui di dalam suku AnasaziApacheArawakMakah,HohokamHupaHopiMahiganMohawkNazcaZulu, dan Zuni


Suku Makah yang menutup aurat


Gadis Zuni, 1903

S
elain itu, beberapa ketua suku Indian juga mengenakan penutup kepala khas orang Islam seperti ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Ini semua dapat dilihat pada foto-foto di antara tahun 1835 dan 1870.

Klik gambar untuk besarkan

Secara umumnya, suku-suku Indian di Amerika percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Bagi mereka, tuhan tidak dapat dilihat oleh panca indera. Mereka juga yakin bahawa tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. 

Seperti kata-kata seorang ketua Suku Ohiyesa: "In the life of the Indian, there was only inevitable duty. The duty of prayer and the daily recognition of the Unseen and the Eternal". 

Bu
kankah Al-Qur'an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.


Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke

Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi tidak tercatat pada buku -buku akademik.

Cheng Ho @ Zheng He @ Hajji Mahmud Shamsuddin

Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).

Menurut
 catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi (871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar' (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad (888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu, banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan. Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.

Dr.
 Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahanKhalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos) di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut , iaitu Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang begitu asing pada masa dulu. 


Palos, Sepanyol


Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II (976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadeshpada bulan Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary)

Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei 999.

Pelayaran
 melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya bertolak dari Tarfaya di Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para saintis Islam. 


Sultan-sultan
 dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384) telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu ataupun bermula dari Timbuktu. 



Lokasi Timbuktu


Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai Mississippi


Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika dilakarkan di dalam peta berwarnaPiri Re'isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.

 Peta Piri Re'isi

Perbandingan peta Piri Re'isi dengan peta sebenar


Kisah Columbus Menemui Benua Amerika

Berbalik 
kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.

Columbus
 juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.

Dan
 fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Ninaadalah orang-orang muslim iaitu Martin Alonso Pinzon danVicente Yanex Pinzon. Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950]



 Martin Alonso Pinzon

Vicente Yanex Pinzon


Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari sepanyol (sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand). Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita 'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Sepanyol.

Pelayaran
 Columbus ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.

Fakta-fakta diatas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.

Laksamana Zheng He (Cheng Ho)

Tahukah anda? sebenarnya laksamana Zheng He atau lebih dikenali sebagai laksamana Cheng Ho di Malaysia dan Indonesia merupakan orang pertama yang menjumpai benua amerika, sekitar 70 tahun sebelum Columbus. 
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Zheng He sudah terlebih dahulu sampai ke sana. 



Salinan peta dunia hasil pelayaran Zheng Ho, lukisan asal pada tahun 1418


Para peserta seminar yang dianjurkan oleh Royal Geographical Society di London beberapa tahun lalu dihidangkan dengan satu fakta yang mengejutkan. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies telah memberikan hujah dan kertas kerja mengenai kajiannya terhadap siapa orang yang pertama menjumpai benua Amerika.

Pada seminar itu, Menzies menjelaskan bukti tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur berasal dari Cina, Laksamana Zheng He. Bersama bukti-bukti yang ditemui dari catatan sejarah, Menzies memberi kesimpulan bahawa pengembara terulung dari dinasti Ming itu adalah orang yang pertama menemui benua Amerika, bukannya Columbus.

Menurut Menzies, Zheng He 'mengalahkan' Columbus dengan tempoh beza waktu sekitar 70 tahun. Kenyataan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah. Menzies menunjukkan peta dunia yang dilukis sebelum Columbus memulakan ekspedisinya (gambar di atas). Peta itu lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He.

Menzies
 melakukan kajian selama lebih dari 14 tahun. Ini termasuk kajian peta-peta kuno, bukti artifak dan juga pengembangan dari teknologi astronomi moden seperti melalui program software Starry Night.

Dari
 bukti-bukti yang diperolehi, Menzies mengatakan bahawa sebahagian besar peta mahupun tulisan pelayaran China kuno bersumber pada pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga mencapai benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelum itu, armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melalui Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.

Perbandingan armada Zheng He dan Colombus


Selama ini, masyarakat dunia mengetahui sejarah Zheng He sebagai penjelajah ulung tetapi tidak mendalami lebih dari itu. Dia lahir di Kunyang, kota yang berada di sebelah barat daya Negeri Yunnan, pada tahun 1371. Keluarganya yang bernama Ma, adalah sebahagian daripada warga minoriti Semur. Mereka berasal dari kawasan Asia Tengah serta menganut agama Islam.

Ayah dan datuk Zheng He diketahui pernah mengadakan perjalanan haji ke Tanah Suci Makkah. Zheng He adalah seorang Muslim yang taat.

Yunan adalah salah satu wilayah terakhir pertahanan bangsaMongol, yang sudah lama wujud sebelum zaman dinasti Ming. Pada waktu dinasti Ming menguasai Yunan tahun 1382, Zheng He turut ditawan dan dibawa ke Nanjing. Ketika itu dia masih berusia 11 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, Maharaja Cina telah memberikan nama Zheng He kepadanya hingga akhirnya dia menjadi salah satu panglima laut paling termashyur di dunia

-Penentang islam di Belanda,kini sudah memeluk islam.subhanallah.

Arnoud van Doorn kini beragama Islam


AMSTERDAM 6 Mac - Bekas anggota Parti Kebebasan, yang berhaluan kanan dan berfahaman anti-Islam Belanda, Arnoud van Doorn (gambar), mengejutkan ramai pihak dengan mengumumkan dia telah memeluk Islam baru-baru ini.
Van Doorn yang juga merupakan rakan karib pemimpin parti itu, Geert Wilders, sebelum ini pernah mengakui dia keluar daripada parti tersebut pada penghujung 2011.
Menurutnya, dia mahu melakukan perubahan dengan mengumumkan keputusannya kepada dunia melalui pengucapan kalimah Syahadah yang dimuat naik dalam laman Twitter miliknya.
"Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah," katanya dalam laman sosial itu.
Van Doorn turut mengumumkan dalam bahasa Belanda bahawa dia kini 'memulakan kehidupan baharu sebagai seorang Islam.'
Dalam wawancara bersama Al-Jazeera.net, van Doorn mengesahkan berita mengenai tindakannya itu.
"Sesiapa yang mengenali saya secara dekat boleh meneka keputusan saya. Lebih setahun saya mendalami Islam melalui buku dan ceramah.
"Ramai yang terkejut dengan keputusan ini, terutama mereka yang tahu mengenai pendirian anti-Islam saya," katanya.
Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas dia mendalami Islam tanpa paksaan.
"Kita semua pernah melakukan kesilapan. Namun, saya melihat setiap pengalaman hidup ada sebab yang tersendiri dan pengalaman saya sangat berkait rapat dengan keputusan saya," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130307/lu_05/Arnoud-van-Doorn-kini-beragama-Islam#ixzz2Ms6O5OiP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Filem Avatar...satu mesej tersirat yang tersembunyi..


Saya tertarik untuk mengupas mengenai isi plot filem Avatar yang begitu dipandang tinggi oleh kebanyakan pemerhati filem baik dari Barat mahupun dunia Islam. Ketika orang lain melihat kehebatan teknologi hebat Hollywood - Century Fox yang seakan berjaya menggambarkan 'syurga' kehidupan 'alien' bernama Avatar itu - dengan pemandangan seperti taman-taman tergantung yang sangat indah - saya pula melihat dengan penuh prejudis dan cuba mengenalpasti simbol-simbol 'perang' Illuminati seperti biasa.

Zombies Di Bukit Utama Pada 2 Februari 2013

Lebih dari itu, saya cuba kaitkan dengan filem pertama dalam plot "2012", maka akan ditemui beberapa simbol Illuminati dalam filem 3 kali ganda lebih mahal dilaburkan mereka dari plot "2012". Bagi saya, jika "2012" mereka mendedahkan impian sebenar mereka, maka "Avatar" mendedahkan kaedah mereka menuju ke arah itu.
Lukisan terkenal Michelangelo "The Sistine Chapel" di Vatican yang retak dalam "2012". Adakah benar ini gambaran Adam menyentuh tangan Tuhan atau sebenarnya gambaran alam manusia berhubungan dengan alam ghaib (syaitan) - sebagaimana digambarkan Avatar - sebagaimana juga isyarat 2 piramid bertemu membentuk logo Zionis Israel.
Israel Raya antara dua garisan biru iaitu Tigris dan Nil

Lagi penemuan saya - kepala Lucifer - membenarkan apa yang dikenalpasti oleh Rijiko :
Sumber: Rijiko
Uniform dalam filem Avatar : The five pointed Pentagram = The Eastern Star of Satanism. "The Eastern Star" is also the name of a female Masonic order by the same name, in which James Cameron's wife is a member. More of AVATAR`s Satanic Illuminati symbology expressing their afilliations to Lucifer/Satan. (tribute kepada Rijiko)

The occultic meaning of the word "Avatar" is really Lucifer/Satan. The entire Movie/Entertainment industry is a well financed satanic psychological war operation being executed upon the public right before their eyes. Just like all the other Illuminati controlled industry, the Movie/Entertainment industry is a tool designed to advance their agenda of a "New World Order" and the deceptions that come along with it. In the satanic Illuminati occult dogma, the term "AVATAR" represents their coming Anti-christ, and is the Illuminati occult representation of Satan incarnate.

The Illuminati believe that through science they will be able to genetically produce a "Body" or "Host" that can then be possessed by the actual spirit of Lucifer/Satan.

This "host" that the spirit of Satan will inhabit is called the "AVATAR"

James Cameron has actually named his entire film project based around the satanic doctrines of demonic possession and modern DNA manipulation, in which the Illuminati seek to bring about the "New Age Humanoid", or demonically possessed biological human entity.

The Satanic practice of genetic merging of Animal and Human DNA.

These Illuminati funded scientists are actually genetically manufacturing nitemares such as dogs with human feet, and mice which can talk etc (lihat link berikut).

Juga link berikut dan berikut mengenai projek ala-Avatar yang telah DIWUJUDKAN sedikit demi sedikit.
"Avatar" berjaya menghantar mesej kepada penonton bahawa "makhluk asing" ciptaan mereka itu mempunyai kehidupan yang tersendiri, bahkan kehidupan mereka tampak lebih 'indah' seperti di syurga.

Sesiapa yang menyaksikan "The Arrival" sudah pasti mampu meneka mesej tersirat Illuminati melalui proksi mereka Madonna dan ramai lagi yang menggambarkan indahnya dunia syaitan dan beruntunglah mereka yang telah 'dikawal mindanya' (mind control seperti alat mesin khas "remote body" yang digunakan oleh Jake Sully dalam Avatar) sehingga mahu terus hidup di sana.
Majoriti filem freemasonic-director, James Cameron - selain filem terakhirnya Titanic dan True Lies - adalah bersifat "anti-human". Mereka yang tidak mengenali James Cameron dalam filemnya sebelum ini sukar untuk mengenalpasti mesej missing puzzle yang beliau sempurnakan dalam Avatar. Kenalilah James Cameron di sini.

Avatar membuktikan bagaimana "alien" dicipta sebagai 'hero' dalam filem ini untuk membunuh "bad humans" yang cuba memusnahkan kehidupan semulajadi mereka. Inilah mesej dan dogma Illuminati iaitu :
"humans" are a disease that is threatening all the trees and bio-life systems on earth. Therefore, according to the Illuminati, humans are to be eliminated by culling over half of this world's population to prepare for the Illuminati's version of the "NEW AGE HUMAN" (New World Order)."
Kenapa latar belakang filem-filem James Cameron berwarna biru?
Speaking of blue, one of the primary colors of the Order of the Eastern Star is the color blue and this color is literally painted all over Avatar. The color represents the first three degrees of Freemasonry, known as the blue degrees and also signifies the ruling bloodline. This color is clearly seen throughout Cameron’s work, whether as a writer, director or producer. (sumber di sini)

Now, according to Dictionary.com, Avatar means: the descent or embodiment of a deity to the earth in an incarnate form or some manifested shape - the incarnation of a god. This is really what the movie is all about - the projection of the Lucifer spirit into messianic form. The manifestation of the Luciferian spirit, whenever mankind tries to consciously transcend the physical reality with these methods of ascension, enlightenment and evolution, trans-humanism, reincarnation, transmigration of the souls, mind cloning and uploading, the transplantation of cellular memories and singularity. These methods of ascension, transcendence and altered states of consciousness are not part of the Divine Creative mechanism for the ether-body, therefore this will only serve to advance the Luciferian nature. (sumber : The Alien Project)

-10 Tragedi kapal laut terburuk di dunia-

Dunia pernah digemparkan dengan nahas Titanic, sebuah kapal persiaran mewah yang mengorbankan beribu nyawa. Peristiwa nahas kapal Titanic ini juga begitu popular sehinggakan sebuah filem yang dibuat khas untuk membawakan kepada penonton kejadian, perasaan dan kekalutan yang berlaku sehinggalah karamnya kapal Titanic ini.

Walau bagaimana pun, peristiwa nahas kapal Titanic ini hanyalah secebis daripada Top 10 Nahas Kapal Laut Terburuk Dalam Sejarah.

10. Mary Rose - 400 Kematian


Mary Rose adalah sebuah kapal perang Inggeris dan merupakan kapal perang pertama yang menggunakan meriam di sekeliling kapal. Ianya juga dikatakan sebagai yang terawal dibina untuk tujuan peperangan oleh Royal Navy; dan tidak pernah digunakan untuk tujuan perdagangan.

Pada 1545, King Francis I dari Perancis telah melancarkan serangan terhadap England dengan kekuatan 30,000 tentera serta lebih daripada 200 buah kapal. England pada ketika itu hanya mempunyai 80 buah kapal (termasuk Mary Rose yang dikemudi oleh Armada Sir George Carew) dan 12,000 orang tentera.

Malangnya, Mary Rose telah karam apabila bahagian kiri kapal rosak, dan dipenuhi air apabila ianya cuba melakukan pusingan ke kanan (starboard side) bagi membolehkannya menggunakan meriam di bahagian kanan. Kesemua anak kapal mati kecuali 35 orang terselamat.


9. HMS Birkenhead - 460 Kematian


HMS Birkenhead, juga dikenali sebagai HM Troopship Birkenhead atau Steam Frigate Birkenhead, merupakan antara kapal dengan kerangka besi pertama dibina untuk Royal Navy.

Pada 26 Februari 1852, semasa membawa seangkatan tentera dalam 73rd Regiment of Foot ke Teluk Algoa, kapal ini telah karam di Gansbaai berhampiran Cape Town, Afrika Selatan. Pada ketika itu, bot penyelamat tidak mencukupi untuk menampung kesemua anak kapal. Akhirnya, angkatan tentera tersebut bersetuju agar semua wanita dan kanak2 diselamatkan terlebih dahulu dengan menaiki bot tersebut.

Hanya 193 daripada 643 orang yang berada di atas kapal terselamat.


8. SS Eastland - 845 Kematian


S.S Eastland merupakan kapal penumpang yang berpengkalan di Chicago dan digunakan untuk tujuan pelancongan. Pada 24 Julai 1915, kapal S.S Eastland beserta 2 buah kapal wap (Theodore Rosevelt dan Petoskey) telah disewa untuk membawa pekerja2 Chicago's Western Electric Company ke perkelahan di Michigan City, Indiana.

Bot penyelamat dan segala kelengkapan termasuklah para penumpang, telah menyebabkan S.S Eastland ini mengalami lebihan muatan. Hal ini telah menyebabkan ketidakstabilan kapal, dan bencana berlaku apabila kapal ini telah terbalik dengan secara tiba2 dan menyebabkan sejumlah 841 orang penumpang dan 4 orang krew kapal terbunuh dalam kejadian tersebut.


7. MS Estonia - 852 Kematian


MS Estonia, yang dahulunya dikenali sebagai MS Viking Sally (1990), MS Silja Star (1991) dan MS Wasa King (1993), merupakan sebuah feri yang dibina pada tahun 1979 di German Shipyard Meyer Werft di Papenburg.

Nahas Estonia berlaku pada 28 September 1994 semasa ingin merentasi Laut baltic, untuk perjalanan dari Tallin, Estonia ke Stockholm di Sweden. Puncanya apabila berlaku sedikit kerosakan pelindung kipas (bow visor). 

Walau bagaimanapun, apabila diteliti semula, kerosakan tersebut tidaklah begitu ketara, sehinggalah seorang wanita menjerit, "...Häire, häire, laeval on häire...", yang bermaksud "...Amaran, amaran, amaran di atas kapal..." melalui satu talian komunikasi yang terdapat dalam kapal tersebut.

Malangnya, tidak lama selepas itu, kapal tersebut berpusing 30 - 40 darjah ke kanan, menjadikannya mustahil untuk penumpang berada di dalam kapal. Akibat terputusnya bekalan kuasa, kapal MS Estonia ini tidak mampu untuk kembali kepada posisi asalnya, hanya 137 orang daripada 989 penumpang terselamat.

6. RMS Empress of Ireland - 1,012 Kematian


RMS Empress daripada Ireland ini merupakan kapal pengangkut barang yang dibina pada tahun 1905 - 1906 di Fairfield Shipbuilding and Engineering di Scotland untuk Canadian Pacific steamships (CP).

Tragedi berlaku pada 29 Mei 1914, apabila sebuah kapal Norway, Collier Storstad berlanggar dengan sisi Empress. Storsad tidak karam, walau bagaimanapun, pelanggaran tersebut telah menyebabkan sisi kanan Empress rosak teruk. Air memenuhi kapal melalui kerosakan pada sisi kapal, dan karam hanya dalam masa 14 minit.

Seramai 1,012 orang telah mati dalam tragedi ini dan hanya 465 orang terselamat.


5. RMR Titanic - 1,517 Kematian


RMS Titanic merupakan kapal penumpang kelas Olimpik yang dimiliki oleh White Star Line dan dibina di Harland and Wolff Shipyard di Belfast, Ireland. Ianya dibina menggunakan teknologi tercanggih pada ketika itu, dan dipercayai oleh kebanyakan orang, "the unsinkable ship".

Walau bagaimanapun, ianya mengejutkan dunia apabila pada 14 April 1912, sewaktu pelayaran pertamanya, Titanic telah berlanggar dengan sebuah bongkas ais yang sangat besar. Dan ianya telah karam sepenuhnya 2 jam 40 minit kemudian!

Tragedi ini begitu popular kerana status Titanic sebagai "the unsinkable ship" akhirnya mengorbankan sejumlah 1,517 orang dalam satu tragedi yang menyayat hati.


4. Sultana - 1,800 Kematian


Kapal stim Sultana merupakan sebuah kapal kincir air berkuasa stim dari Sungai Mississippi. Letupan pada 27 April 1865 telah memusnahkan Sultana dan direkodkan sebagai yang terburuk dalam tragedi maritim  di Amerika Syarikat.

Letupan berpunca daripada kebakaran dari salah sebuah "boiler" sehingga menyebabkan satu letupan yang sangat kuat. Letupan ini begitu kuat sehingga kan penumpang yang berada di atas kapal tercampak ke laut dan memusnahkan sebahagian besar kapal.

Sisa letupan tersebut kemudiannya merebak sehinggakan keseluruhan kapal tersebut terbakar dan menghasilkan nyalaan api yang begitu marak! Nyalaan ini begitu besar sehinggakan ianya mampu dilihat dari daratan Memphis.


3. MV Joola - 1,863 Kematian


MV Le Joola yang merupakan feri milik kerajaan Senegal, telah karam di Perairan Gambia pada 26 September 2002. Ketika itu, Joola dalam pelayaran ke daerah Casamance dan pelayaran rutin antara Selatan Senegal dan Dakar.

Joola dibina untuk menampung 580 orang penumpang sahaja. Walau bagaimanapun, ketika tragedi ini berlaku, Joola telah membawa muatan seramai hampir 2,000 orang! Keadaan cuaca buruk dan berangin, telah menyebabkan feri ini terbalik, dan karam dengan begitu pantas.

Hanya sebuah bot penyelamat yang dinaiki oleh 25 orang sahaja terselamat. Seramai  1,863 kematian telah dilaporkan dalam kejadian ini.

Cerita penuh, klik di sini.

2. Halifax Explosion - 1,950 Kematian


Halifax Explosion adalah satu tragedi letupan sebuah kapal kargo daripada Perancis, Mont Blanc pada hari Khamis, 6 Disember 1917. Tragedi ini telah mengejutkan penduduk di sebuah kawasan di Halifax, Nova Scotia, Kanada, apabila Mont Blanc yang sarat dengan bahan letupan perang berlanggar dengan sebuah kapal dari Norway dalam kawasan Pelabuhan Halifax.

Letupan tersebut telah menyebabkan kerosakan seluas 2 km persegi dan mengorbankan lebih kurang 2,000 orang. Tsunami terhasil, kesan daripada letupan kuat tersebut, telah memusnahkan bangunan2, segala pengangkutan darat, pokok2, dan membawa serpihan Mont Blanc beberapa kilometer ke darat.

Sekurang2nya, 9,000 orang tercedera dalam tragedi ini.


1. MV Doña Paz - 4,375 Kematian


Doña Paz adalan feri penumpang yang karam setelah berlanggar dengan sebuah kapal muatan minyak, Vector, pada 20 Disember 1987. Doña Paz ketika tragedi, dalam pelayaran dari Catbalogan di Samar Island, Filipina ke Manila.

Vector yang membawa muatan sebanyak 8,800 barrels produk petroleum. Kargo Vector telah terbakar dan merebak ke Doña Paz, dan menyebabkannya tenggelam dalam beberapa minit sahaja. 

Dikatakan, Doña Paz pada ketika itu membawa lebihan penumpang, dan jumlah sebenar kematian mencecah 4,375! Laporan menunjukkan, krew kapal Vector tidak terlatih manakala lesen kapal tersebut telah tamat tempoh. Ianya menjadikannya tragedi melibatkan feri terburuk dalam sejarah dunia!

Cerita penuh, klik di sini.

Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013



senarai 20 orang paling kaya di Malaysia 2013 telah dikeluarkan oleh Majalah The Malaysian Insider berdasarkan aset pegangan syarikat pada 20/1/12. Tan Sri Syed Mokthar Al Bukhary kekal sebagai individu Melayu paling kaya dengan jumlah aset RM6.01 billion (2010), RM8.84 billion (2011),  RM9.53 billion (2012) kepada RM10.60 billion pada tahun 2013. Kedudukan Tan Sri Mokhtar keseluruhan top 20 orang paling kaya di Malaysia kekal di tangga ke lima keseluruhan. Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM46.1 billion naik 0.88% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2012. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM32.904 Billion.
Screen Shot 2013 02 19 at 8.27.54 AM Top 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2013
Mengikut biografi semua orang terkaya di Malaysia kejayaan yang mereka kecapi sekarang hasil kerja kuat, disiplin dan tidak takut gagal. Walaupun telah mengumpul berbillion ringgit mereka terus bekerja kuat menyediakan peluang pekerjaan kepada beratus ribu rakyat Malaysia. Mereka juga bukan seorang yang banyak cakap tetapi memberi motavasi melalui hasil kerja dan kejayaan mereka.
Senarai 20 Orang Paling Kaya di Malaysia 2012.
BIL
NAMA
KEKAYAAN
(RM BILLION)
SYARIKAT
1
Robert Kuok Hock Nien
46,100.00
Kerry Group / Kuok Group
2
T Ananda Krishnan
32,904.28
Usaha Tegas
3
Tan Sri Teh Hong Piow
13,734.25
Public Bank
4
Tan Sri Quek Leng Chan
11,090.00
Hong Leong Group
5
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
10,600.00
Al-Bukhary Foundation
6
Tan Sri Lee Shin Cheng
10,557.48
IOI Group
7
Tan Sri Lim Kok Thay
8,120.57
Genting Group
8
Puan Sri Lee Kim Hua
7,235.44
Genting Group
9
Tan Sri Tiong Hiew King
6,346.53
Rimbunan Hijau
10
Ong Beng Seng
4,016.40
Hotel Properties Ltd
11
Tan Sri Azman Hashim
3,840.00
Arab-Malaysian Corp
12
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
3,467.13
YTL Group
13
Datuk Mokhzani Mahathir
2,669.11
SapuraKencana Petroleum
14
Tan Sri Vincent Tan
2,256.08
Berjaya Group
15
Datuk Desmond Lim
1,869.20
Pavilion REIT
16
Datuk Lee Yeow Chor
1,742.47
IOI Group
17
Lee Yeow Seng
1,699.14
IOI Group
18
Tan Sri Lau Cho Kun
1,697.84
Hap Seng Consolidated
19
Datuk Shahril Shamsuddin
1,642.22
Sapura Group
20
Datuk Shahriman Shamsuddin
1,641.03
Sapura Group

Hampir semua orang kaya yang tersenarai ini mempunyai sifat pemurah yang mempunyai yayasan dengan menyumbang jutaan ringgit untuk kepentingan masyarakat dan kumpulan yang memerlukan. In shaa Allah eQurban Resources sedang bekerjasama dengan Yayasan Al Bukhary untuk membina sebuah sekolah vokasional di Kemboja ..

5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia


Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (Yayasan AlBukhary)



Nilai Kekayaan - USD 2.5 Billion
Sumber Kekayaan - Pelbagai
Umur - 55
Status - Berkahwin, 5 Anak

 Tan Sri Azman Hashim (Arab-Malaysian Corp)


Nilai Kekayaan - USD $785 Juta
Sumber - Kewangan
Umur - 71
Status - Berkahwin, 5 Anak

Dato' Mokhzani Mahathir (Kencana Petroleum)






Nilai Kekayaan - USD $560 Juta
Sumber - Gas & Minyak, Pelbagai
Umur - 50
Status - Berkahwin, 5 Anak

Datuk Shahril & Shahriman Shamsuddin (SAPURA)






Nilai Kekayaan - USD $500 Juta
Sumber - Gas & Minyak
Umur - 50 & 42
Status - Berkahwin

Datuk Kamarudin Meranun (Air Asia)




Nilai Kekayaan - USD $495 Juta
Sumber - Syarikat Penerbangan, Pelbagai
Umur - 49
Status - Berkahwin, 5 Anak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...