Taman ini terletak di daerah kecil Maludam. Untuk ke sini, pengunjung boleh menggunakan jalan darat dari Pusa dengan menggunakan jeti di Tanjung Lilin. Kenderaan untuk ke Maludam boleh mengunakan van dan motorsikal. Taman ini terkenal dengan orang Belanda iaitu sejenis monyet merah yang berhidung besar. Selain itu, ia juga terkenal dengan bukit tanah payanya.
Taman Negara Maludam ini meliputi kawasan seluas 43,147 hektar, iaitu kawasan yang merangkumi kawasan Batang Saribas-Batang Layar dan Sungai Batang Lupar. Kawasan ini meliputi Hutan Simpan Maludam seluas 16,592 hektar dan Hutan Triso seluas 26,555 hektar. Di dalam kawasan ini, terdapat pelbagai habitat unik termasuk spesis haiwan yang tergolong dalam kategori terlindung dan hampir pupus di Asia. Contohnya red-banded langur atau dalam istilah tempatan kera merah. Selain itu, terdapat juga kera belanda dan burung raya. Begitu juga flora dan fauna yang masih terpelihara.
Bagi pengunjung yang berkeinginan untuk mengunjungi taman negara ini, mereka boleh datang menggunakan jalan darat melalui daerah kecil Pusa. Apabila sampai di Pekan Maludam, mereka boleh memlih untuk tinggal di homestay dengan penduduk tempatan atau pun menyewa di bilik murah yang terdapat di Pasar Maludam.
Kampung Nelayan Terbesar
Kampung
Beladin merupakan kampung nelayan terbesar di Sarawak. Kampung ini
juga merupakan salah satu kampung yang terbesar di daerah kecil Pusa.
Bilangan rumahnya sahaja melebihi 1,000 buah. Kampung ini adalah kampung
nelayan. Daya tarikan kampung ini ialah pengunjung boleh melihat
aktiviti nelayan dan industri membuat kapal tunda. Selain itu, yang lagi
istimewa apabila pengunjung boleh melihat ikan lumba-umba di muara
Batang Saribas yang terletak berhampiran dengan kampung ini. Pembuatan
kapal tunda di kampung ini merupakan kegunaan penduduk tempatan, yang
mana ramai di antara mereka yang menjadi nelayan laut dalam. Kapal tunda
mereka mempunyai kemudahan GPRS, telefon mudah alih, GPS dan peralatan
lain sebagai kemudahan. Kebanyakan hasil yang mereka perolehi akan
dihantar ke Kuching ataupun ke Sarikei.
No comments:
Post a Comment