Saturday, November 10, 2012

TAMAN NEGARA WETLANDS KUCHING,SARAWAK

Kuching Wetlands National Parks



HUTAN tanah bencah adalah sebahagian daripada sumber alam yang sangat dikagumi kerana ia merupakan ekosistem yang kaya dengan kepelbagaian biologi yang unik.
Sumber dari hutan ini boleh menjana pembangunan sosio-ekonomi masyarakat, selain berperanan mempengaruhi kestabilan alam sekitar, memelihatra bekalan air bersih, melindungi dan memelihara flora dan fauna serta memiliki nilai estetika yang mempersonakan.
Taman negara itu adalah antara tarikan pelancong terbaru di Bumi Kenyalang, terutama bagi pelancong yang meminati pelancongan alam sekitar dan hidupan liar.

Monyet Proboscis di Kuching Wetland.
Terletak kita-kira 20 kilometer dari Bandar Raya Kuching, ia kaya dengan hutan bakau air masin, dihuni Orang Belanda atau monyet proboscis, monyet macaque iaitu monyet berekor panjang, monyet daun perak iaitu monyet kelabu, biawak dan buaya muara.

Monyet Macaque berekor panjang yang menghuni di Kuching Wetland.
Selain itu, ada beberapa jenis burung termasuk burung raja udang, helang laut perut putih serta burung pesisir pantai seperti bangau botak yang jarang ditemui.
Di muara Santubong dan Sungai Salak terdapat ikan lumba-lumba irrawady.
Kuching Wetland sebelum ini merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sarawak yang mempunyai keluasan 6,610 hektar dan diwartakan sebagai taman negara pada 10 Oktober 2002. Kedudukannya terletak di muara Sibu Laut dan Sungai-sungai di Salak.

Pelancong teruja ketika menyusuri sungai di Taman Negara Kuching Wetland.
Selepas menyedari potensi pelancongan dan kepentingan penjagaan alam sekitar, kerajaan negeri Sarawak memutuskan untuk menguruskan kawasan tersebut.
Pada November 2005, kawasan tersebut dinamakan sebagai tapak Ramsar iaitu kawasan tanah bencah atau lembap.
Untuk meneroka keindahan alam semulajadi, pengunjung perlu menaiki bot sama ada dari jeti Samariang Baru, Pantai Damai, Santubong Resort atau Kampung Telaga Air.
Tetapi awas, sungai-sungai di kawasan taman tersebut dianggarkan dihuni 317 ekor buaya yang kebanyakannya berada di Sungai Lemidin, Sungai Samariang, Lobak Kilong dan Sungai Gelugor.

Menyusuri kehijauan hutan paya bakau di Salak, Kuching Wetland.
Justeru, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan memberitahu, kesedaran mengenai kepentingan tanah bencah kerana masih ramai tidak tahu ia penting dalam kehidupan seharian manusia.
Bencah berfungsi sebagai penuras semulajadi bahan cemar dan sebagai penampan banjir. Selain itu, kawasan bencah dengan kepelbagaian biologi yang penting dalam ekosistem seperti makanan
Sejenis Ikan Lumba-Lumba ,Irrwanddy Dolphins di Muara Santubong,Salak,Pulau Kera,Kuching Wetlands

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...