
Apabila mengimbas kembali kisah kemalangan jalan raya yang melibatkan artis terkenal pada 
1990,
 nama Zaiton Sameon yang akan muncul dahulu kerana kesan yang menimpa 
beliau dianggap sangat tragis hingga ke hari ini. Oleh kerana itu tidak 
ramai orang yang mengingati kisah-kisah 'kemalangan popular' lain yang 
berlaku pada tahun yang sama.
 
Pada 
18 Jun
 1990 berlaku kemalangan yang melibatkan dua buah kereta di Gombak, 
Selangor. Salah sebuah kereta dinaiki oleh pemain gitar terkenal, 
Man Kidal, daripada kumpulan rock Lefthanded. Kemalangan yang berlaku pada pukul 10.00 malam itu mengakibatkan 
kematian anak bongsu Man Kidal iaitu 
Syafida yang berusia 
18 bulan. Kereta yang mereka naiki ketika itu dipandu oleh pemain dram Lefthanded, 
Man Dayak,
 yang mengalami cedera ringan. Penumpang lain dalam kereta tersebut 
ialah 3 ahli keluarga Man Kidal iaitu isterinya, anak sulungnya (Farah) 
dan adik iparnya. Kesemua mereka mengalami kecederaan kecil.

Keesokan harinya, pada 
19 Jun 1990 berlaku pula kemalangan yang melibatkan penyanyi 
Azmeer (kini pencipta lagu) dan 
Ramlah Ram. Kereta yang mereka naiki bersama ketika itu dipandu oleh sepupu Ramlah yang bernama 
Hamdan Harun.
 Mereka bertiga dalam perjalanan untuk keluar makan apabila kemalangan 
itu berlaku di Jalan Damansara, Kuala Lumpur pada pukul 11.30 malam. 
Akibat kemalangan tersebut, Azmeer yang duduk di kerusi penumpang 
bahagian depan 
cedera serius di bahagian muka dan 
mata kanannya dimasuki kaca, manakala Ramlah dan Hamdan sekadar cedera ringan.

Azmeer dibawa ke wad kecemasan 
Hospital Universiti pada pukul 12.33 tengah malam. "
Menurut
 keterangan yang dikeluarkan oleh Pengarah Hospital Universiti, Dr. 
Gurmukh Singh, bahagian muka Azmeer dipenuhi kaca ketika dibawa ke wad 
kecemasan hospital tersebut". Pada awal pagi 
20 Jun itu Azmeer terus menjalani 
pembedahan
 pertama yang tamat pada pukul 3.30 pagi. Pada petang hari yang sama 
keluarga Azmeer yang berasal dari Singapura telah mendapat kebenaran 
daripada Hospital Universiti untuk memindahkan Azmeer ke 
Hospital Besar Singapura.
 Azmeer dibawa keluar dari Hospital Universiti dengan kawalan rapi oleh 
ahli keluarganya yang menghalang para jurugambar daripada merakamkan 
wajah Azmeer secara dekat. Untuk pengetahuan, kemalangan tersebut 
bukanlah yang pertama buat Azmeer kerana beliau "
pernah terlibat dalam satu kemalangan hingga mengakibatkan tangan kirinya cacat"

Kedua-dua kemalangan tersebut sememangnya tidak dapat 'menandingi' tragedi yang berlaku lebih awal pada 
21 Februari 1990. Kisah sedih yang menimpa 
Zaiton Sameon itu kini sedang difilemkan dan akan ditayangkan pada 2012. Penyanyi popular 1980-an itu 
cedera parah di bahagian 
kepala
 setelah terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat 
Batang Kali. Kecederaan Zaiton dikatakan telah melemahkan daya 
ingatannya hingga memusnahkan terus kegemilangan yang pernah dikecapinya
 sebagai penyanyi suatu masa dahulu. Lebih menambahkan kesengsaraan 
ialah apabila 
anak tunggal Zaiton, 
Azirwan Abu Bakar, 
meninggal dunia
 dalam kemalangan yang sama. Van yang mereka naiki telah dilanggar oleh 
lori dalam kemalangan dahsyat itu (ada digambarkan dalam filem). Seorang
 lagi yang 
meninggal dunia ialah 
pemuzik pengiring Zaiton, 
Ismail Shaari.
Di bawah ialah gambar-gambar Zaiton Sameon semasa dirawat di Hospital Besar, Kuala Lumpur pada sekitar April 1990, iaitu semasa musim Hari Raya Aidilfitri:



Zaiton Sameon terlantar di 
Wad ICU & 
Wad 6A, Hospital Besar, Kuala Lumpur selama 
83 hari sejak hari pertama kemalangannya. Gambar-gambar di bawah ialah keadaan beliau semasa hari terakhirnya di hospital itu pada 
14 Mei
 1990 sebelum dibenarkan pulang ke rumah. Masih kelihatan jelas kesan 
parut pada bahagian leher dan bawah mulutnya. Kakitangan hospital dan 
para peminat melambaikan tangan semasa melihat Zaiton dibawa pulang oleh
 ahli keluarganya.


Menurut cerita 
kakak Zaiton iaitu 
Lily Sameon, sejurus selepas kemalangan berlaku Zaiton dibawa ke Wad ICU dalam keadaan 
koma, mukanya 
bengkak serta 
patah kaki kiri. Melihat keadaan Zaiton ketika itu, 
doktor
 yang merawatnya meramalkan yang Zaiton tidak mempunyai harapan untuk 
hidup. Menurut Lily lagi, dalam proses rawatan selanjutnya semasa di 
hospital selepas itu, Zaiton sering 
meracau dan tidak dapat tidur. Keluarnya Zaiton dari hospital dalam keadaan 
selamat
 telah menidakkan ramalan awal doktor. Zaiton mungkin dilihat tidak 
sembuh sepenuhnya seperti keadaan asal semasa beliau bergelar penyanyi 
popular dahulu, tetapi pada ahli keluarganya Zaiton Sameon telah "
hidup semula"
kredit dari: Arkib Negara x