Wednesday, May 18, 2011

RAHSIA HAIKAL SULAIMAN YANG DITUNTUT ZIONIS..

Gambar ini hanyalah model Haikal Sulaiman
Siapakah yang ingin membina semula Haikal Sulaiman (The Solomon Temple) ini? Di manakah lokasinya? Jawapannya mudah sahaja, Kaum yang ingin membina semula ialah Yahudi dan lokasi kuil itu ialah Masjidil Aqsa!!
Jika sebelum ini kaum Zionis ini secara bersembunyi, bahkan berdolak dalih, namun bulan Februari lalu mereka telah menyatakan secara terbuka, ingin menghancurkan Masjidil Aqsa.
Mereka sudah lama berusaha untuk merobohkan Masjidil Aqsa kerana keinginan mereka untuk membina semula Haikal Sulaiman (The Solomon Temple), di atas runtuhan Masjidil Aqsa. Tetapi mereka masih menyembunyikan matlamat utama mereka.
Apakah itu Haikal Sulaiman (The Solomon Temple)
Haikal Sulaiman dipercayai didirikan pada tahun 960 SM oleh Nabi Sulaiman as, 370 tahun kemudian bangsa Babylon menaluk Jurussaleem dan menghancurkan kuil tersebut. Setelah itu, tentera Parsi yang dipimpin Cyrus menaluki Baitulmuqaddis daripada tangan Bibylon dan membina semula Haikal Sulaiman.
Tetapi pada tahun 70 M, pasukan Romawi menyerang Jurussalem dan menghancurkan kembali Haikal Sulaiman dan meratakannya separas tanah. Kurun demi kurun berlalu, namun cita-cita kaum Zionis-Yahudi untuk membina semula Haikal Sulaiman terus membara. Kerana bagi mereka Haikal Sulaiman yang termaktub dalam torrah (kitab Taurat) itu adalah pusat dunia dan di situ bakal lahirnya Massiah (pembela) bagi kaum Yahudi. Maka mereka memerlukan persediaan untuk menyambut Massiah mereka.
Rancangannya telah lama disusun, ketika gerakan Zionisme Antarabangsa memulakan kongres pertama di Bassel, Switzerland, tahun 1897, seorang paderi besar Yahudi, Theodore Hertzl telah menyeru agar semua Yahudi dari seluruh dunia kembali semula ke Tanah Palestin yang disebutnya dalam Taurat sebagai sebagai Tanah Perjanjian.
Atas pendapat kaum Zionis, bahawa di bawah tanah Masjidil Aqsa inilah Haikal Sulaiman berdiri. Sebab itulah, mereka berpendapat tidak ada pilihan lain kecuali menghancurkan Masjidil Aqsa dan kemudian membangunkan kembali Haikal Sulaiman di atasnya.
Dalam keyakinan Yahudi yang sesungguhnya telah tersasar daripada isi kandungan Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa a. S., bangsa Yahudi meyakini bahawa pada suatu hari nanti seorang Messiah (penyelamat) akan menjadi pembela kaum Yahudi dan memimpin dunia. Inilahlah yang menjadi intipati perjuangan mereka untuk merebut kembali Baitulmuqqadis.
Tapak Haikal Sulaiman (Masjidil Aqsa) yang sebenar
Mereka percaya, Kuil Sulaiman mesti dibina semula untuk menyambut kedatangan Messiah yang akan bertahta di atas singgasananya.Sedangkan bagi kaum Yahudi yang menolak Zionisme, bagi mereka, Messiah sendirilah yang akan datang dan memimpin pembangunan kembali Haikal Sulaiman yang pada akhirnya diperuntukkan bagi pusat pemerintahan dunia (One World Order).
Lokasi sebenar Kuil Sulaiman, para sejarawan masih berbeza pendapat. Ramai yakin kuil itu berada diluar kawasan Masjidil Aqsa. Tetapi di kalangan orang Yahudi percaya kuil tersebut berada di bawah Masjidil Aqsa. Itulah sebabnya mereka mengali terowong dan mencari bukti di bawah masjid. Penggalian juga sebagai salah satu strategi untuk meruntuhkan masjid itu. Antara usaha merosakkan Masjidil Aqsa ialah pada tahun tahun 1969 oleh sekelompok Yahudi fanatik yang berupaya membakar Masjid ini. Mereka juga terus melakukan penggalian di bawah tanah Masjidil Aqsha dengan alasan untuk kajian arkeologi.
Belum cukup dengan itu, di dalam terowong-terowong yang digali, mereka juga mengalirkan air dalam jumlah besar dengan tujuan menggoyahkan kekuatan tanah di bawah masjid agar asas masjid menjadi tidak stabil.
Sekarang, tentera Zionis sudahpun secara terang-terangan mahu menghancurkan Masjidil Aqsa. Mereka tidak berdalih lagi. Apakah ini merupakan tanda bahawa mereka sudah yakin bahawa tidak lama lagi Messiah yang dinanti-nantikan oleh mereka akan segera datang?
Hari Akhir
Selepas berdirinya Kuil Sulaiman, 'Presiden' Zionis-Israel akan menghantar sepucuk surat kepada Perdana Menteri Itali (Vitican), meminta agar Itali mengembalikan seluruh harta karun dan benda-benda berharga untuk memenuhi kompleks Tahta Suci kepada mereka. Kaum Zionis masih ingat, ketika di tahun 70M, pasukan Romawi menyerbu Jerussalem dan banyak harta karun dari Kuil Sulaiman di curi dan membawanya ke Vatikan.
Jika harta karun sudah dikembalikan, maka ada satu syarat lagi menjelang hadirnya Messiah, yakni mereka harus menyembelih serta membakar seekor kambing betina berbulu merah berusia tiga tahun dan belum pernah melahirkan anak. Untuk tujuan ini pun kaum Zionis telahpun membuat persiapan. Mereka mencipta proses kajian genatik, pada tahun 1997, mereka telah mencipta seekor kambing dengan ciri-ciri tersebut.
Hanya saja, penyembelihan dan pembakaran sapi merah ini mesti dilakukan di atas kaki Bukit Zaitun. Namun masalahnya, daerah ini sekarang belum dijajah Zionis-Israel seperti wilayah Palestin yang lain. Kaki Bukit Zaitun masih berada di tangan plastin. Oleh kerana itu, kaum Zionis selalu berusaha menghalau orang palestin dari wailayah itu.
Memperdaya Orang Kristian
Bagi mencapai tujuannya, kaum Zionis tidak berusaha sendirian. Mereka juga memperdayakan musuh-musuhnya yakni umat Kristian dan kaum Muslimin. Untuk memperdaya umat Kristian, kaum Zionis menyusupkan nilai-nilai Talmud ke dalam Bible sepertimana yang terjadi ke atas Injil Scofield atau Injil Darby.
Bahkan Injil versi King James sebagai Injil rasmi Barat pun demikian. Sebab itu, tidak aneh jika sekarang ini sikap politik umat Kristian seolah-olah membantu kaum Yahudi. Padahal di dalam banyak ayat-ayat Talmud, kaum Yahudi ini begitu benci terhadap Kristian.
Keyakinan Injil juga menyebutkan tentang hadirnya The Christ kembali ke muka bumi (Maranatha atau The Second Coming) dalam wujud Tuhan. Kaum Yahudi menyatakan pada Kristian bahawa The Christ tidak akan turun selagi Haikal Sulaiman tidak ditubuhkan.
Gambaran Haikal Sulaiman
Kesamaan pandangan inilah yang membuat orang-orang Kristian mendiamkan diri apabila kaum Zionis hendak menghancurkan Masjidil Aqsa. Orang-orang Kristian ini telah ditipu dan diracuni Zionis sehingga tidak mampu membangkang dan mereka lupa bahawa salah satu agenda utama Zionis ini adalah juga menghancurkan Tahta Suci Vatikan dan memindahkannya ke Yerusalem.
Menurut keyakinan Yahudi, jika Messiah sudah bertahta di atas singgasana Haikal Sulaiman, maka Messiah itu akan memimpin kaum Yahudi untuk memerangi siapa pun yang tidak mahu tunduk pada The New World Order, yakni si Yahudi itu sendiri.
Walhualamm ...
Marilah kita menonton sedikit dokumentari berkaitan Haikal Sulaiman ini di:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=209085919124994&set=a.163395940360659.35100.163162463717340&type=1&theater

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...