Wednesday, December 19, 2012

Fakta mengenai Yakjuj dan Makjuj


Saya percaya, hampir kesemua pembaca blog ini telah acap kali mendengar mengenai perihal bangsa Yakjuj dan Makjuj atau di dalam bahasa inggeris-nya disebut sebagai Gog and Magog. Ia merupakan salah satu daripada 10 tanda-tanda besar kiamat.

Untuk entri kali ini saya akan menerangkan secara amat terperinci mengenai bangsa Yakjuj dan Makjuj berlandaskan pelbagai sumber rujukan dan pandangan ulama’ tersohor. Di harap entri saya pada kali ini dapatlah dijadikan sebagai ilmu yang sangat bermanfaat buat anda semua.

Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa manusia yang akan muncul ketika dunia hampir kiamat untuk melakukan kejahatan dan kerosakan dasyat di muka bumi ini. Bangsa-bangsa ini dikatakan telah wujud sejak ribuan tahun lalu tetapi mereka dikurung di suatu lokasi rahsia oleh seorang pemerintah silam iaitu Zulkarnain.

Sejak dikurung di lokasi tersebut, mereka terus hidup dari satu keturunan hingga ke keturunan yang lain sehinggalah tibanya waktu pembebasan mereka iaitu menjelang hari kiamat.

Sejak kewujudan bangsa-bangsa tersebut di ketahui umum, pengkaji terus-menerus mencari jawapan kepada pelbagai persoalan mengenai kehidupan mereka serta lokasi misteri yang mengurungi bangsa tersebut.

Siapa sangka di sebalik kemajuan ketamadunan yang menghasilkan banyak bandar-bandar besar dibina di seluruh dunia, masih wujud bangsa misteri di satu lokasi yang menjadi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj dan lokasi itu telah pun berjaya dijumpai pada hari ini bersama benteng atau temboknya.


Sifat dan ciri-ciri bangsa Yakjuj dan Makjuj bukanlah seperti mana yang di gempar-gempurkan oleh masyarakat barat (contohnya seperti illutrasi di atas). Sebagai orang Islam kita wajib mengkajinya berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Dalil Al Quran mengenai Yakjuj dan Makjuj

Kewujudan Yakjuj dan Makjuj adalah suatu yang pasti dan wajib diimani oleh seluruh umat Islam berdasarkan tanda-tanda besar sebelum tibanya hari kiamat. Kewujudan bangsa ini diceritakan sendiri oleh Allah swt menerusi firman-Nya di dalam kitab suci Al-Quran. Antaranya, menerusi surah al-kahfi, ayat ke-92 hingga 98, Allah swt berfirman:

Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan.

Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Derbent Wall merupakan salah satu tembok yang menghalang
Yakjuj Makjuj daripada keluar ke daerah lain.

Setelah dikurung oleh Zulkarnain, Allah swt menceritakan pula mengenai kebangkitan bangsa Yakjuj dan Makjuj, pada hari-hari terakhir dunia sebelum kiamat. Yakjuj dan Makjuj akan turun ke dunia melalui puncak-puncak gunung tinggi. Menerusi surah al-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97, Allah swt berfirman:

(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.

Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Tembok Yakjuj Dan Makjuj Telah Terbuka

("…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…"; al-Kahfi:97) Ayat ini telah menyatakan bahawa mereka tidak dapat menebuk tembok tersebut. Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut dan tiada sesiapa pun yang mampu menebuk tembok itu melainkan apabila Allah swt mengizinkan Yakjuj dan Makjuj dilepaskan.

Sebaliknya, di dalam satu hadis pula ada menceritakan iaitu Nabi bangkit dari tidur (dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi), lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Yakjuj dan Makjuj telah menembusi tembok seluas ini!" Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk.

Cuba kita perhatikan, hadis diatas ini telah menyatakan bahawa tembok itu "telah pun ditembusi" tetapi bagaimana pula dengan ayat 97 surah al-Kahfi yang menyatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj "tidak dapat menebuknya"? Makna terhadap ayat 97 surah al-Kahfi ini adalah, tiada satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu menebuk tembok tersebut kecuali dengan keizinan Allah swt manakala makna hadis diatas pula adalah, Allah swt telah pun melepaskan mereka dan mereka telah pun berjaya menebuk tembok tersebut melalui keizinan Allah swt. Kesimpulannya ialah, bangsa Yakjuj dan Makjuj sudah lama terlepas keluar ke dunia luar! (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Bencana Di Sebalik Gunung

Puncak gunung yang dikatakan sebagai tempat Yakjuj dan Makjuj akan turun di akhir zaman nanti adalah di pergunungan Caucasus dan juga banjaran-banjaran tinggi di sekitar Mongolia, Kazakhstan dan juga Russia Selatan contohnya seperti banjaran Himalaya, Tien Shan, Elbruz, dan lain-lain. Banjaran-banjaran yang tinggi itu merupakan tembok semula jadi ciptaan Allah swt sebagai penghalang daripada ancaman dashyat Yakjuj dan Makjuj dan selebihnya pula adalah tembok-tembok ciptaan manusia sendiri iaitu Tembok Besi Iskandar Zulkarnain di Fergana, Tembok Besar China, Gerbang Besi Tiemen Kuan, Tembok Derbend di Gunung Caucasus, Tembok Gorgan di Iran Utara dan Tembok Kota Zeng Zhou (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Tembok semula jadi di utara dunia

Tembok-tembok inilah yang dikatakan telah menyekat serangan Yakjuj dan Makjuj terhadap penduduk terdekat suatu ketika dahulu. Selain dari kisah sejarah Tembok Besi Zulkarnain, pernahkah anda meneliti sejarah mengenai tujuan pembinaan Tembok Besar China? (Sila Klik).

Sejarah telah mencatatkan bahawa puak-puak nomad Mongol (diyakini sebagai suku kaum Yakjuj) dan puak-puak nomad Turkik (diyakini sebagai kaum Makjuj) telah lama mengganggu dan menyerang ketenteraman penduduk di China lalu Tembok Besar China dibina bagi menghalang kaum Yakjuj dan Makjuj daripada mencoroboh masuk!

Perhatian, Tembok Besar China bukanlah tembok yang dibina oleh Zulkarnain. Sesetengah pengkaji Islam menyatakan bahawa Tembok Besi Zulkarnain diyakini berada di Tasik Toktogul di sekitar banjaran Tien Shan, di Fergana (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt).

Salah satu tembok buatan manusia iaitu Tembok Besar China

Dalam surah Al-Kahfi ayat ke-90 ada menyatakan bahawa Zulkarnain tiba ‘di tempat terbitnya matahari’ yang mana lokasinya adalah di Timur bumi. Yakjuj dan Makjuj berasal dari bangsa Tartar, Khazar dan juga Mongol iaitu di sekitar selatan Russia, Mongolia serta Kazakhstan.

Sesetengah ulama' juga ada menceritakan bahawa bangsa itu telah lama dikurung di kawasan Asia Tengah.

Mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, ciri-ciri suku kaum Yakjuj dan Makjuj dikatakan seperti orang Asia Tengah iaitu berkulit kuning, bermuka bulat, dan tidak ubah seperti bangsa Scythian Asiatik (Mongol = Yakjuj) dan Scythian Eropah (Russia Selatan = Makjuj). Hipotesis yang paling kuat buat masa ini telah menyatakan bahawa memang mereka la bangsa itu (segala kebenarannya hanyalah milik Allah swt)

Ciri kaum Yakjuj (Klik gambar untuk lebih jelas)

Ciri kaum Makjuj (Klik gambar untuk lebih jelas)

Jika kita mengatakan bahawa bangsa Yakjuj dan Makjuj itu hanya hidup di dalam tanah dan sentiasa mengoreknya sehingga ke hari ini adalah tidak logik sama sekali kerana amat mustahil jika sesorang manusia dapat hidup di dalam tanah tanpa berbekalkan udara dan makanan yang mencukupi juga tanpa cahaya matahari!

Tembok yang telah menjadi penghalang terhadap suku kaum Yakjuj dan Makjuj daripada keluar telah lama dikorek dan dihancurkan oleh mereka. Kini mereka hanya menunggu masa sahaja untuk melakukan keganasan dan kemusnahan di penghujung dunia kelak!

Tarikat Bektashi

Haji Bektash Veli
Tarikat Bektashi diasaskan oleh Haji Bektash Veli, seorang ahli sufi yang terkenal pada abad ke 13. Tarikat ini amat berpengaruh di Turki terutama tentera elit Janissary. Selain itu, tarikat Bektashi merupakan seteru tarikat Mevlana. Kedua-kedua tarikat bersaing untuk menyebar pengaruh dikalangan masyarakat Turki Uthmaniyah.

Ajaran Tarikat Bektashi
Ajaran Bektashi berasaskan Al-Quran dan perkataan yang diberkati oleh Rasulullah S.A.W. Peraturan terdapat dalam ajaran Bektashi mestilah sesuai dengan Al-Qur'an Al-Karim dan Hadis Al-Sharif. Bektashi juga percaya Al-Qur'an ada makna dari segi zahir dan batin. Selain itu, tarikat Bektashi menekankan pengikutnya hendaklah mencintai keluarga Nabi Muhammad S.A.W iaitu Ahlul Bait. Selain itu, ajaran Bektashi dikatakan mengikuti ajaran yang bercampur aduk dengan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Syiah Imamiyah, dan Sufi Wahdat al-Wujud. Seperti tarikat sufi lain, Bektashi juga percaya seorang Darwish hendaklah melalui jalan sufi bermula dengan Shariah, Thariqah, Ma'rifah, dan Hakikat melalui tunjuk ajar Mursyid.

Salasilah Tarikat Bektashi (1)
1. Imam Ali bin Abi Talib
2. Imam Husain bin Ali
3. Imam Ali Zainal Abidin bin Husain
4. Imam Muhammad Al-Baqir
5. Imam Ja'far As-Sadiq
6. Imam Musa Al-Kazim
7. Imam Ali Ar-Ridha
8. Junayd Al-Baghdadi
9. Abu Uthman Maghribi
10. Abu'l-Kasim Gurgani
11. Abu'l-Hassan Karkani
12. Syeikh Abu Ali Farmadi
13. Khawaja Ahmad Yesevi
14. Sheikh Luqman Perende
15. Pir Munkar Haji Bektash Veli

Salasilah Tarikat Bektashi (2)
1. Imam Ali bin Abi Talib
2. Hasan Al-Basri
3. Habib al-Ajami
4. Dawud at-Ta'i
5. Ma'ruf al-Kharki.
6. Sheikh Sariy as-Saqati
7. Junayd Al-Baghdadi
8. Abu Ali Khatib Al-Misri
9. Abu Uthman Maghribi
10. Abu'l-Kasim Gurgani
11. Abu'l-Hassan Karkani
12. Syeikh Abu Ali Farmadi
13. Khawaja Ahmad Yesevi
14. Sheikh Luqman Perende
15. Pir Munkar Haji Bektash Veli
Ritual Bektashi

Ritual Bektashi
Bektashi juga amat berkait rapat dengan kepercayaan Imam Dua Belas Syiah. Jadi, setiap Hari Ashura, Bektashi juga meraikan perayaan Ashura untuk memperingati syahidnya Imam Husain bin Ali a.s. Namun begitu, cara mereka meraikan Ashura amat berbeza dengan Syiah Imamiyah kerana mereka tidak menyeksa badan sendiri. Mereka meraikan dengan membuat bubur Ashura seperti bubur Ashura Syiah bagi memperingati darah syuhada Imam Husain dan Ahlul Bait.

Tekke-tekke ( Tempat Suluk) Bektashi.
1. Bosnia
2. Mesir
3. Albania
4. Hungary
5. Macedonia.
6. Anatolia (diharamkan ketika zaman Sultan Mahmud II dan mendapat semula semasa era Tanzimat. Diharamkan semula ketika dasar sekularisme Mustafa Kemal Attaturk)
7. Amerika Syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari http://bektashiorder.com/

Peristiwa Pemecatan Khalifah Islam Terakhir Sultan Abdul Hamid ( 1876 - 1909 ) 

 

Malam itu, Sultan Abdul Hamid dan keluarganya dikunjungi oleh sekumpulan manusia yang tidak akan dilupakan oleh sejarah.

Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Othmaniyyah (Meclis-i Mebusan) melangkah masuk ke istana Yildiz. Turut bersama beliau adalah Aram Efendi, wakil rakyat Armenia, Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga pemimpin Armada Othmaniyyah, serta Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat bandar Daraj di Meclis-i Mebusan.
“Bukankah waktu seperti ini adalah waktu khalifah menunaikan kewajipannya terhadap keluarga. Tidak bolehkah kalian berbincang dengan aku pagi esok?”, Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tergesa-gesa.
Tiada simpati di wajah mereka.“Ummah telah memecat kamu”, Esat Pasha memberitahu. Angkuh benar bunyinya.Satu persatu wajah ahli rombongan itu diperhati oleh Sultan Abdul Hamid.
“Apakah mereka ini sedar dengan apa yang mereka lakukan?”, baginda berfikir.


“Jika benar Ummah yang menurunkan aku, mengapa kamu datang dengan lelaki ini?”, Sultan Abdul Hamid menundingkan jarinya kepada Emmanuel Carasso.
“Apa kena mengenanya Yahudi ini dengan Ummah?”, wajah baginda kemerah-merahan menahan marah.

Sultan Abdul Hamid memang kenal benar siapa Emmanuel Carasso itu. Dia jugalah yang bersekongkol bersama Theodor Herzl ketika mahu mendapatkan izin menempatkan Yahudi di Palestin dengan penuh licik lebih sedekad yang lalu (1898). Mereka menawarkan pembelian ladang milik Sultan Abdul Hamid di Sancak Palestin sebagai tapak penempatan Yahudi di Tanah Suci itu. Sultan Abdul Hamid menolaknya dengan tegas, termasuk alternatif mereka yang mahu menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid untuk tidak mengizinkan Yahudi bermastautin di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat nyawanya.

“Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu, siapakah sebenarnya yang memilih mereka ini untuk menghantar berita penggulinganku malam itu”, Sultan Abdul Hamid meluahkan derita hatinya di dalam diari baginda.

Perancangan untuk menggulingkan baginda sudah dimulakan lama sebelum malam itu. Beberapa Jumaat kebelakangan ini, nama baginda sudah tidak disebut di dalam khutbah.
“Walaupun engkau dipecat, nyawamu berada di dalam jaminan kami”, Esat Pasha menyambung katanya.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puteri baginda yang seorang lagi. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian malam itu.
“Bawa adik-adik kamu ke dalam”, Sultan Abdul Hamid mengarahkan Amir Abdul Rahim membawa adik beradiknya ke dalam bilik.

“Aku tidak membantah keputusanmu. Cuma seperkara yang kuharapkan. Izinkanlah aku bersama keluargaku tinggal di istana Caragan. Anak-anakku ramai. Mereka masih kecil dan aku sebagai bapa perlu menyekolahkan mereka”, Sultan Abdul Hamid meminta pertimbangan. Baginda sudah tahu yang tiada gunanya untuk keputusan yang dibawa oleh rombongan itu dibantah.

Itulah kerisauan terakhir baginda. Mengenangkan masa depan anak-anaknya yang ramai. Sembilan lelaki dan tujuh perempuan adalah jumlah yang besar.Permintaan Sultan Abdul Hamid ditolak mentah-mentah oleh keempat-empat lelaki pengkhianat Ummah itu. Malam itu juga, baginda bersama ahli keluarganya hanya dibenarkan membawa sehelai dua pakaian, dan mereka diangkut di dalam gelap menuju ke Stesyen Keretapi Sirkeci. Khalifah terakhir umat Islam, dan ahli keluarganya dibuang negara ke Salonika, Greece.

Gerombolan tentera kedengaran melangkah penuh derap ke istana. Meriam diletupkan sebagai petanda Sultan Mehmed V Resad ditabal menjadi raja boneka. Rasmilah malam itu Sultan Mehmed V Resad menjadi Khalifah ke 99 umat Islam semenjak Abu Bakr al-Siddiq r.a. Tetapi khalifah yang satu ini sudah tiada kuasa. Hanya boneka umpan menahan pemberontakan masyarakat terhadap pembubaran Khilafah Othmaniyyah.

“Entahlah, di saat hidup dan matiku tidak menentu, aku terasa begitu tenang dan aman. Seperti sebuah gunung besar yang selama ini menghempap dadaku, diangkat penuh kelegaan” kata Sultan Abdul Hamid di dalam diarinya.

Sultan Abdul Hamid mengusap kepala anaknya Abdul Rahim yang menangis ketakutan. Anak-anaknya yang lain turut menangis sama. Perjalanan dari Sirkeci Istanbul menuju ke Salonika di Greece penuh misteri.

“Sabarlah anak-anakku. Jika Allah mengkehendaki kematian bagi kita, bukankah kematian itu kesudahan untuk semua”, kata Sultan Abdul Hamid kepada sekalian kaum kerabat baginda.

Kereta api meluncur laju. Bumi khilafah ditinggalkan di belakang. Sejarah kegemilangan 600 tahun Bani Osman, berakhir malam itu. Palitan hitam yang mustahil untuk diputihkan kembali.

Dalam suasana malam yang sejuk, Sultan Abdul Hamid II melunjurkan kakinya di atas kerusi kereta api sambil dipicit oleh anaknya Fatimah.

“Sabarlah anakku, Ummah tidak tahu apa yang telah mereka lakukan kepada umat Muhammad ini”, baginda mengusap wajahnya dengan linangan air mata.

Lama benar baginda dan ahli keluarganya dikurung di istana Yahudi yang buruk itu. Mereka dikurung di dalam bilik tanpa perabot. Pintu dan tingkap istana, dilarang daripada dibuka. Hari demi hari, adalah kematian sebelum mati bagi baginda sekeluarga. Akhirnya pada tahun 1912, Sultan Abdul Hamid dibawa pulang ke Istanbul, dan anak-anaknya bercerai berai, dibuang ke Perancis sebagai pengemis dan pelarian yang merempat di jalanan.

Sultan Abdul Hamid dikurung di Istana Beylerbeyi selama 6 tahun.

“Maafkan patik, Tuanku. Mereka tidak mengizinkan saya untuk hadir lebih awal”, doktor yang merawat Sultan Abdul Hamid berbisik ke telinga baginda.

Nafas Sultan Abdul Hamid turun naik. Penyakit asthma baginda semakin serius. Doktor sudah tidak dapat berbuat apa-apa.

Renungan Sultan Abdul Hamid menghancurkan hati doktor tersebut. Bagaimana seorang khalifah umat ini harus menemui ajalnya di tangan beliau.

“Ampunkan aku ya Allah. Tiada upaya bagi hamba-Mu yang lemah ini”, seorang doktor sudah hilang upaya.

Baginda Sultan Abdul Hamid II telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di dalam kurungan di Istana Beylerbeyi pada 10 Februari, 1918. Pemergiannya diratapi oleh seluruh penduduk Istanbul kerana mereka sudah sedar, apakah harga kebodohan mereka membiarkan Khilafah Othmaniyyah dilumpuhkan selepas penggulingan Sultan Abdul Hamid, 10 tahun yang lalu. Menangislah… tiada sejarah yang mampu memadamkan penyesalan itu.

Nukilan dari muzakirat/diari Sultan Abdul Hamid
Kejatuhan Empayar Othmaniah sebenarnya bermula sejak dari pemerintahan Sultan Mahmud II (1808 -1839) lagi. Kita boleh melihat puncanya dari dua sudut :

Pertama : Pemodenan mengikut arus barat.

Kedua : Meninggalkan amalan Islam.

Ada agenda tersembunyi yang perlu kita fahami. Sepanjang kurun ke 19 berlaku proses perindustrian dan elektonik di Eropah, ianya bukan satu proses semulajadi bahkan satu perancangan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan. Apa yang terjadi ? Kemajuan teknoloji membawa saudara kembarnya yang menjadi protokol atau prosedur bersama – samanya iaitu bon – bon, sekuriti, wang kertas dan lain – lain instrument kewangan.

Bermula dari projek pembinaan keretapi yang memerlukan modal yang besar, cara pembayaran Islam tidak boleh dipakai. Mereka menumpu di Turki sebagai pusat pemerintahan dan Mesir sebagai pusat intelektual Islam. Cara perniagaan atau muamalat islam mesti diketepikan, maknanya keputusan para Ulamak dalam hal – hal perniagaan tidak diperlukan lagi.

Selama ini umat Islam menguasai bidang perniagaan dan perdagagan sementara masyarakat Yahudi dan Kristian membayar jizyah bagi keselamatan mereka dan membenarkan mereka tidak ikut serta dalam kewajipan ketenteraan. Malangnya selepas tugasan penyusunan semula masyarakat diserahkan kepada Bankers Yahudi atas nama untuk memodenkan Khilafah Othmaniah , pekara yang sebaliknya berlaku orang Yahudi dan Kristian menjadi TUAN/Masters kaya raya sedangkan rakyat Khilafah pulak menjadi miskin.

Sultan Mahmud II membentuk tentera diraja bermodelkan tentera British. Tentera jihad diganti dengan tentera makan gaji. SIstem demokrasi diperkenalkan, jawatan wazir besar diganti dengan Perdana Menteri. Cukai dinaikkan.

Tanzimat (reformasi) diperkenalkan pada tahun 1839 oleh Sultan Abdul Mecit . Sistem kerajaan tempatan digantikan dengan model Perancis. Ini menyebabkabkan sistem perniagaan Bazaar, khidmat masyarakat melalui waqaf yang dipanggil imaret dan millet (majlis perlindungan bagi golongan minoriti ) tidak lagi berfungsi . Pendidikan dua aliran diperkenalkan , tradisional dan sekular yang bertulang belakangkan stok, bon dan lain – lain institusi kewangan moden. Ini berlaku secara tidak sedar atas nama memodenkan empayar.

Undang – undang Islam keatas status ahlu Zhimmah dihapuskan. Reformasi Tanzimat memfokuskan kepada pemusatan pentadbiran ( administrative centralization) menggantikan sistem autonomi amiriah tempatan. Tiga wazir yang menjayakan tanzimat ialah Rechid, Ali dan Fuad Pasha. Mereka bersahabat baik dengan banker Yahudi bernama Camondo. Mereka menghabiskan banyak masa mereka di Paris mempelajari teknik permodenan barat. Nasihat dari financial planner Yahudi diperlukan bagi memodenkan empayar.

Kebanyakan orang Yahudi di Istanbul tinggal di Galata. Isaac Camondo menubuhkan Bank Camondo pada tahun 1802. Saudaranya Abraham-Salomon Camondo menggantikannya pada tahun 1832. Kerana sumbangannya yang besar kepada tanzimat beliau dianugerahkan Nishan-I Iftihar dan menjadi Komander Mejidiye pada tahun 1849.

Pada tahun 1842 wang kertas KAIMA diperkenalkan menggantikan dinar dan dirham , ini membawa kepada penguasan banker YAHUDI keatas kedaulatan khilafah. Secara tidak sedar, banker - banker ini dijemput untuk mencipta system kewangan moden dengan system riba mereka melalui bon, kredit, saham dan pengeluaran wang kertas yang dikuasai banker Yahudi. Reformasi kewangan memberi mereka peluang untuk membuka bank – bank baru.

Pada tahun 1845 Kerajaan Othmaniah bersama Mm. Alleon dan Theodore Baltazzi menubuhkan Bank of Constantinople bagi tujuan memberi pinjaman kepada kerajaan. Perang Krimea memberi peluang kepada banker Yahudi berkembang dalam empayar Othmaniah. Kerajaan memerlukan dana untuk peperangan. Bank memberi pinjaman dengan interest. Ottoman Bank ditubuhkan pada tahun 1856, ia menjadi satu langkah kepada penubuhan bank pusat dengan dana dari luar dengan jumlah 500,00 pound sterling. Transformasi modal persendirian kepada Bank Pusat akan membawa kepada system kuasa berada ditangan pemilknya banker – banker Yahudi Antarabangsa.

Keluarga Rothschilds yang terlibat dalam penubuhan Federal Reserve USA juga turut terlibat atas nama pelaburan melalui Alphonse de Rothchilds dan bapaknya James Rothschilds membuka cawangan French Rothchilds Bank di Istanbul.

Kerja – kerja untuk penubuhan bank pusat akhirnya berjaya dengan tertubuhnya La Bank Imperiale Ottomane pada tahun 1863 dengan bantuan Yahudi bernama Emil dan Isaac Pereire. Ini model yang menjadi superbank seterusnya dari Bank pusat kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund. Bank ini menjadi bankers bank, dengan deposit dan pengumpul dan pengedaran kredit. Ia akan menentukan kadar antara Bank, memberi pinjaman, jual dan beli, membincangkan pembelian komoditi, memberi dana dan melibatkan diri dalam projek pelaburan dan mengeluarkan dan mencetak wang baru.

Bank Camondo hanyalah bank biasa, Ottoman bank ialah bank dengan dana tempatan seterusnya bank baru Imperial Ottoman bank menjadi Bank Pusat dengan dana antarabangsa. Satu system penguasaan kewangan telah diletakkan batu asasnya. Bank ini akan menyerap masuk dalam setiap aktiviti masyarakat bermula dari kedai runcit. Tidak ada aktiviti masyarakat yang dapat lepas dari Bank. Dari aktiviti jual beli, simpanan seterusnya dana kewangan dan pelaburan , semuanya melibatkan bank.

Mereka menjadi Tuan kepada dunia. Masters of the Worlds.

Pada tahun 1858 bankers Yahudi telah meletakkan syarat pinjaman dengan jaminan tranformasi sosial kepada Kerajaan Othmaniah. Ini menunjukkan sistem ekonomi hutang berkait rapat dengan kejuruteraan sosial. Pada waktu itu jizyah sudah berkubur. Bank Yahudi bertapak, sistem politik Nasrani Kristian menjadi penggerak empayar Othmaniah ! Hak menandatangani kerajaan tergadai kepada peminjam wang. Tahun itu juga , undang - undang tanah baru menafikan hak Sultan. Seterusnya tahun 1867 , orang asing dibenarkan membeli tanah.

Projek keretapi menghubungkan Istanbul ke Vienna , Austria dikatakan akan menghubungkan dunia Islam dan Eropah. Oleh kerana projek ini begitu besar, begitu jugalah peranan penipuan besar oleh bank - bank Yahud di London, Paris dan Brussel dalam membiayai projek ini dengan bon - bon kerajaan Othmaniah. Pada tahun 1873 , berlaku ' crash 1873 ' yang membawa kepada kejatuhan nilai bon - bon tersebut. Projek ini bukan sahaja pembanggunan fizikal dalam bentuk konkrit bangunan semata - mata. Bahkan suatu gerakan yang mengatasi ruang lingkup sempadan nasional dan bangsa tetapi didalangi dengan angka - angka pada dokumen kewangan yan dipanggil saham dan bon.

Pada tahun 1875 Kerajaan Othmaniah diistiharkan muflis kerana tidak mampu membayar hutang. Suruhanjaya Asing dilantik mewakil pemegang saham asing. Kerajaan terpaksa mengenakan cukai terhadap rakyat. Serbia memberotak. Bosnia diserahkan kepada Austria dibawah bendera Othmani. Jalan keretapi tidak siap tetapi separuh dari perniagaan laut telah jatuh ke tangan British.

Kesan mengurangkan perjalanan dari Vienna ke Istanbul dari seminggu ke 40 jam ialah kejatuhan Khilafah Othmaniah.

Sultan Abdul Hamid menjadi Khalifah pada tahun 1876. Beliau mahu kembali kepada pemerintahan asal Othmaniah sebelum tanzimat. Beliau menolak sistem hiraki barat dan mahukan sistem topkapi dan imaret diperintah oleh keluarga diraja Othmaniah semula. Beliau tidak percaya kepada pegawai - pegawai yang berkhidmat sebelumnya. Secara beransur - ansur beliau mengurangkan peranan mereka dalam kerajaan. Beliau berjaya mengurangkan hutang kerajaan.

Pada tahun 1896, perwakilan Zionis telah menemui beliau. Sebagai tawaran untuk mendapatkan Palestin mereka memberi tawaran untuk memperbaiki keadaan krisis kewangan yang dihadapi oleh kerajaan Othmaniah. Bagaimana seorang yang tidak mempuyai tanahairnya sendiri boleh membuat tawaran kepada pewaris salah satu empayar terbesar di dunia. Jawapannya ialah satu bentuk kuasa baru telah muncul, kuasa bank telah mengatasi kuasa kerajaan atau kuasa politik. Kuasa tidak lagi dalam bentuk ketenteraan tetapi dalam bentuk jumlah nombor wang dalam bank. Politik dijadikan alat untuk mengawal masyarakat. Kuasa politik pulak dijadikan alat bank ntuk menjalankan projeknya.

Sultan Abdul Hamid telah mengungkapkan kata-kata bersejarah yang ditujukan kepada Herzl melalui utusan yang dihantar untuk perundingan tersebut :

"Saya menganjurkan supaya dia(Hezrl) tidak meneruskan perkara ini (usaha mendapatkan tanah Palestin). Saya tidak dapat menjualkan walaupun satu kaki persegi daripada tanah ini kerana ianya bukan milik saya, tetapi milik rakyat saya. Rakyat saya telah membentuk serta mengekalkan Empayar ini dengan pengorbanan dan darah, dan kami akan mempertahankannya dengan darah kami sebelum menyerahkannya kepada sesiapapun. Biarlah yahudi-yahudi itu menyimpan sahaja wang mereka yang berbilion-bilion itu. Jika sekiranya Empayar ini berpecah, maka mereka boleh mengambil Palestin secara percuma. Tetapi mestilah dilangkah mayat kami dahulu, dan saya tidak akan membenarkan ianya berlaku atas sebab apapun.."
Sultan Abdul Hamid digulingkan pada tahun 1908. Pada tahun itu juga , pejabat pertama zionis di buka di Palestin dibawah firma Rohschilds. Maka berakhirlah empayar Othmaniah walaupun ia masih belum secara rasmi sehingga tahun 1924.

Written by;
Maulana Rafidi Hashim

SAMIRI YANG MISTERI: SIAPA SAMIRI?

Dalam surah Thaahaa ada menyatakan kisah Nabi Musa dan kaumnya yang disesatkan oleh seorang lelaki misteri bernama Samiri semasa Nabi Musa pergi bermunajat kepada Allah swt di Gunung Sinai. Samiri digambarkan dalam al-Quran sebagai lelaki yang bertanggungjawab mengukir patung sapi emas untuk menjadi bahan sembahan kaum Bani Israil. Patung sapi betina yang diukir oleh Samiri memiliki ‘kuasa’ ajaib sehingga mampu mengeluarkan kata-kata dan suara. Akibat tertarik dengan patung tersebut, hampir seluruh kaum bani Israil lupa terhadap pesanan Nabi Musa untuk kekal menyembah Allah yang Esa. Kesesatan kaum Bani Israil bagaimanapun tidak mampu ditangani oleh adik kandung Nabi Musa iaitu Nabi Harun. Diriwayatkan, sebelum Nabi Musa pergi ke Bukit Sina untuk bermunajat kepada Allah swt, Nabi Harun telah diamanahkan oleh Nabi Musa untuk membimbing kaumnya. Namun kedegilan kaum yang paling banyak diceritakan dalam al-Quran ini tidak mampu dinasihati oleh Nabi Allah Harun. Bahkan, Harun as diherdik dan dicerca oleh kaumnya sendiri. Bergitulah hebatnya tipu helah Samiri yang mampu memperok-perandakan keimanan kaum Bani Israil. Maka, siapakah Samiri ini?
Ayat al-Quran yang menyatakan Samiri
Dalam surah Thaahaa, ada merakamkan dialog dengan nada agak keras daripada Nabi Musa as terhadap lelaki kufur bernama Samiri. Digambarkan, Samiri adalah lelaki yang cukup berani dan pandai berkata-kata sehingga dialog antara mereka berdua tidak menampakkan sebarang kekakuan Samiri. Samiri melontarkan kata-katanya dengan cukup yakin dan obsesi terhadap ilmunya.
95. Berkata Musa: “Apakah yang mendorongmu (berbuat demikian) hai Samiri?”
96. Samiri menjawab: “Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, maka aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya, dan demikianlah nafsuku membujukku.”
97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
Surah Thaahaa ayat 95-97
Penjelasan Surah Thaahaa ayat 95-97

Ancaman Musa as

Dalam ayat 95, Nabi Musa telah bertanya kepada Samiri dengan nada yang keras dan bersifat mengancam.
Kemudian, pada ayat 96, ahli tafsir muktabar seperti Ibnu Kathir(1301-1373) dan Ath-Tabari (838–923) berpendapat bahawa Samiri telah mendedahkan rahsia ilmu sihirnya. Pada ayat ‘Aku mengetahui sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya’ , Ibnu Kathir dalam tafsir ulungnya telah memberi penjelasan bahawa Samiri telah melihat Jibrail as datang dengan kuda tunggangannya, Haizum untuk membinasakan Firaun sedangkan kaum Bani Israil tidak melihatnya.
Besar kemungkinan ia terjadi semasa Nabi Musa dan Bani Israil melarikan diri secara besar-besaran daripada bumi Mesir. Akibat kekalutan tersebut, kaum Bani Israil yang beribu-ribu orang tidak menyedari kehadiran Jibrail yang menyerupai manusia.

Terbina patung sapi betina daripada jejak kuda Jibrail as

Pada ayat “aku ambil segenggam dari jejak rasullalu aku melemparkannya”, Ibnu Kathir memberi penjelasan yang antara lain membawa maksud bahawa jejak rasul tersebut adalah jejak kuda tunggangan Jibrail as. Ia diterima secara umum oleh ahli-ahli tafsir lain selepas Ibnu Kathir.
Manakala, apa dimaksudkan dengan “segengam dari jejak rasul” itu adalah Samiri telah mengambil segenggam tanah yang dipijak oleh kuda Jibrail as. Menurut ulama tafsir terkemuka, Mujahid, segenggam tanah bererti sepenuh tapak tangan dan genggaman itu dengan menggunakan ujung jari-jarinya. Samiri kemudian menggunakan ilmu sihirnya untuk membentuk sapi emas yang mampu mengeluarkan suara.
Samiri dilaknat oleh Allah swt
Dalam ayat 97, ada ayat yang berbunyi, “Janganlah menyentuh (aku)”. Menurut Ibnu Kathir, Samiri telah diusir daripada khalayak ramai sehingga beliau tidak mampu menyentuh orang lain dan orang lain pula tidak mampu menyentuhnya kerana kuatir akan menimbulkan kemudratan kepada kedua-dua pihak.
Besar kemungkinan Samiri telah dilaknat Allah swt dengan Allah swt telah menurunkan penyakit memberhaya kepadanya seperti penyakit kusta atau wabak yang berjangkit. Menurut ulama tafsir lain seperti Ibnu Ishq dan Ath-Thabari, Samiri telah dihukum oleh Allah swt atas kekafirannya dengan seksaan di dunia dan di akhirat. Tambah mereka lagi, hukuman di akhirat pasti lebih dashyat dengan seksaan api neraka buat selama-lamanya.
Siapakah Samiri?
Penyusun kitab Siratu Rasulullah, Muhammad Ibnu Ishaq(704M-767M) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas ra, beliau mengatakan, “ Samiri adalah seorang penduduk Bajarma dan dia berasal daripada kaum yang menyembah berhala. Dalam dirinya telah tertanam kecintaan kepada penyembahan terhadap patung dan berhala sapi. Samiri menampakkan dirinya adalah pengikut Musa as(Islam) di hadapan kaum Bani Israil namun hatinya bergelojak dengan kepercayaan nenek-moyangnya. Menurut Muhammad Ibnu Ishaq, Samiri adalah nama panggilan bagi seorang individu kufur bernama Musa bin Zhufar.”
Qatadah ibnu al-Nu’man, salah seorang sahabat besar Rasulullah saw daripada golongan Ansar telah berkata, “Samiri berasal daripada negeri Samir(Sumaria).”
Bagi ahli sejarah ketemporari, mereka berpendapat bahawa Samiri telah menyesatkan kaum Bani Israil dengan membina samaada patung Hathor atau Hapis. Kedua-dua patung tersebut adalah berhala sembahan masyarakat Mesir Purba.
Hathor adalah dewa perempuan yang menjadi sembahan turun temurun masyarakat Mesir Purba. Hathor digambarkan sebagai sapi betina dengan kepalanya dihiasi dengan cakera matahari.

Patung Hathor

Manakala Hapis adalah patung sembahan berupa lembu jantan yang menjadi alat sembahan masyarakat Mesir Purba di wilayah Memphis. Berhala Hapis telah pun disembah sejak Dinasti Kedua kerajaan Mesir Purba.
Patung Apis
Samiri adalah Dajal?
Terdapat dakwaan mengatakan Samiri adalah dajjal yang datang untuk menyesatkan kaum Bani Israil. Pendapat ini pertama kali disuarakan oleh pengarang buku terkenal, Muhammad Isa Dawud. Identiti Samiri yang misteri dan dikatakan memiliki ilmu sihir yang tinggi membolehkan ia dikaitkan dengan al-Masih Dajjal. Sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut tidak dapat dipastikan kerana samaada al-Quran atau hadis tidak terdapat satu pun yang mengatakan Samiri adalah Dajjal laknatullah.
Samiri versi kitab Taurat

Dalam kitab Taurat, Samiri yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah nabi Harun sendiri. Dalam kitab tersebut, Bani Israil dikatakan meminta nabi Harun untuk ‘mencipta’ tuhan untuk mereka. Untuk memenuhi hasrat mereka, nabi Harun kemudian menyuruh bani Israil mengumpul subang emas untuk dileburkan menjadi sapi emas. Nabi Harun kemudian membina altar di hadapan sapi emas tersebut bagi tujuan penyembahan.
32:1 Ketika bangsa itu melihat, bahwa Musa mengundur-undurkan turun dari gunung itu, maka berkumpullah mereka mengerumuni Harun dan berkata kepadanya: “Mari, buatlah untuk kami allah, yang akan berjalan di depan kami sebab Musa ini, orang yang telah memimpin kami keluar dari tanah Mesir–kami tidak tahu apa yang telah terjadi dengan dia
Genesis 32:1
Sepertimana kisah Samiri dalam al-Quran, nabi Harun telah dikatakan menyesatkan kaumnya sendiri dengan mengadakan pesta besar-besaran dihadapan sapi emas ajaib tersebut. Versi kitab Taurat ditolak bulat-bulat ajaran Islam. Ajaran Islam menolak versi tersebut kerana ia terang-terang menidakkan martabat seorang Rasul Allah.
Batu yang terbentuk bagaikan sapi ini
dianggap sebagai sapi yang dicipta oleh Samiri.
Sejak turun-temurun, orang Islam mempercayai bahawa sebuah formasi batuan seperti lembu di Mesir adalah patung yang diukir oleh Samiri. Benarkah ia adalah patung yang diukir oleh Samiri?
Dalam al-Quran, Allah swt telah jelas memberitahu dalam surah Thaahaa ayat 97 bahawa Nabi Musa as telah membakar patung tersebut menjadi keping-kepingan dan membuangnya ke dalam lautan.
97. Berkata Musa: “Pergilah kamu, maka sesungguhnya bagimu di dalam kehidupan di dunia ini (hanya dapat) mengatakan: “Janganlah menyentuh (aku)”. Dan sesungguhnya bagimu hukuman (di akhirat) yang kamu sekali-kali tidak dapat menghindarinya, dan lihatlah tuhanmu itu yang kamu tetap menyembahnya. Sesungguhnya kami akan membakarnya, kemudian kami sungguh-sungguh akan menghamburkannya ke dalam laut (berupa abu yang berserakan).
Maka, kepercayaan turun-temurun umat Islam terhadap formasi batuan tersebut sangat jelas menyalahi apa yang diperkatakan di dalam kitab suci al-Quran. Ternyata kepercayaan umat Islam secara keseluruhannya selama ini tidak berfakta dan hanya mendengar cerita lisan masyarakat setempat tanpa merujuk al-Quran. Waallahualam.

Bruce Lee Mati Kerana Silat Melayu? 

 

Note: Ulasan saya berdasarkan kajian saya di internet tidak semestinya benar kerana mungkin ada tokok tambah.

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.

Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.

Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, tetapi jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.

Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim

Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.

Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.

Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.

Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.

Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.

Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.

Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.


Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. (Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.

Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.

Dicky Zulkarnaen

Dia bertarung dengan Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yang top sekitar awal 80-an). Dicky bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.


Beberapa Hari Sebelum Kematian
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita-berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.

Beberapa Jam Sebelum Kematian
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.

Beberapa Minit Sebelum Kematian
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.

9 DAERAH DAN BANDAR DI AMERIKA YANG AKAN BANKRUP 

9 DAERAH DAN BANDAR DI AMERIKA YANG AKAN BANKRUP | Berikutan dari kejatuhan matawang Dolar Amerika dan bebanan hutang, 9 daerah dan bandar di Amerika dikhabarkan akan bankrup. Ini kerana jumlah hutang dinyatakan dalam 247WallSt.com melebihi pendapatan perkapita tahunan. Langkah kerajaan Amerika? Tak tau la pulak. Mungkin kerajaan akan membantu daerah dan bandar yang terjejas teruk akibat melesetan ekonomi ini. Apa yang penting diharap negara kita dapat mengekalkan produktiviti negara akan terhindar dari perkara seperti ini berlaku. Antara dareah dan bandar yang terjejas adalah:
1. Central Falls, RI
Kedudukan Kredit: Caa1
Pendapatan 2009 : $ 17.601.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 18.753.000
Purata pendapatan isi rumah : $ 33.520
Pada bulan Ogos 2011, Central Falls diisytiharkan muflis sebahagian besarnya kerana pelan pencen di bandar ini, yang menjanjikan $80 juta pada faedah persaraan. Menurut New York Times, “dana pencen mungkin akan kehabisan wang pada bulan Oktober, memberikan Central Falls perbezaan menjadi perbandaran yang kedua di Amerika Syarikat untuk ekzos dana pencen, selepasPrichard, Ala.” Ini $ 80 juta kira-kira lima kali ganda bajet dana agung bandar.
2. Pontiac, MI
Kedudukan Kredit: Caa1
Pendapatan 2009 : $ 46.183.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 99.115.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 32.199
Punca masalah Pontiac sama seperti di Detroit. General Motors, yang menjadi muflis semasa kemelesetan, majikan terbesar di bandar ini dan pembayar cukai. Bandar ini telah dalam penerimaan sejak 2009. Juga pada tahun 2009, bandar ini menjual stadium Silverdome, yang menelan belanja lebih $ 55 juta untuk membina, dengan harga $583.000. Konsesi itu belum cukup untuk meningkatkan penarafan bandar.
3. Jefferson County, AL
Kedudukan Kredit: Caa1
Pendapatan 2009: $ 309.440.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 1.337.233.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 44.718
Hutang Jefferson County, yang kedua terbesar dalam senarai ini, berasal dari membaikpulih $3.2 bilion sistem pembetung daerah serta siri berisiko, tawaran bon kontroversi yang bertujuan untuk membantu membayar daerah untuk kerja-kerja pembetung. Beberapa pegawai-pegawai bandar telah dihantar ke penjara atas tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan projek tersebut. “Ia merugikan hampir $3.5 juta pada tahun 2008 – kelalaian terbesar dalam sejarah perbandaran,” menurut Moody. Lebih buruk lagi, tahun ini, Mahkamah Agung Alabama tidak sah cukai pekerjaan daerah, yang menyumbang satu perempat daripada jumlah hasil daerah.
4. Harrison, NJ
Kedudukan Kredit: Ba3
Pendapatan 2009 : $ 32.763.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 92.613.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 49.596
“Harrison mengeluarkan sejumlah besar hutang untuk memupuk pembangunan semula, dan terus mengumpul hasil yang ketara kurang dari perkembangan daripada unjuran,” Moody menjelaskan. Salah satu projek terbesar ialah sebanyak $200 juta, Arena Red Bull, yang dibuka pada Mac 2010 dan kos bandar $39 juta dalam hutang tetapi masih belum gagal untuk mempunyai pulangan yang dijangka. Untuk membantu menyelesaikan masalah hutang, bandar yang mempunyai penduduk seramai 13.620, merancang untuk melepaskan beberapa pegawai polis dan anggota bomba.
5. Detroit, MI
Kedudukan Kredit: Ba3
Pendapatan 2009: $ 1.280.791.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 2.449.480.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 29.447
Detroit telah mengalami lebih teruk daripada kemelesetan daripada mana-mana bandar AS lain. Kesan keadaan ekonomi bandar dicerminkan dalam penarafan kredit. Banyak syarikat-syarikat Detroit terbesar seperti General Motors dan Chrysler, diisytiharkan muflis. Ia meletakkan “tekanan signifikan” di bandar, menurut Moody. Detroit bergantung kepada industri auto asas cukai, dan penguncupan industri telah menyakiti bandar besar. Bandar ini menjadi “peminjam nota biasa,” bergantung kepada pelabur untuk menutup jurang bajet.
6. Salem, NJ
Kedudukan Kredit: Ba3
Pendapatan 2009: $ 7.059.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 10.098.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 28.397
Bon jaminan yang dikeluarkan Salem untuk membiayai pusat bandar bangunan pejabat. Bandar yang dirancang untuk membayar bon dengan hasil yang diperolehi daripada pajakan ruang pejabat di dalam bangunan. Walaubagaimanapun, hasil jatuh pendek apa yang dijangka apabila kelewatan pembinaan disebabkan kelewatan bayaran pajakan. “Hutang perkhidmatan projek kumpulan wang rizab telah menarik turun berkali-kali,” laporan Moody. “Sebaik sahaja kumpulan wang rizab telah habis, bandar ini mempunyai kewajipan untuk membayar khidmat hutang untuk kehidupan bon.”
7. Riverdale, IL
Kedudukan Kredit: Ba2
Pendapatan 2009: $ 8.358.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 9.350.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 40.659
Riverdale telah menjalankan defisit operasi untuk beberapa tahun berturut-turut, didorong terutamanya oleh penurunan dalam jumlah kampung bergantung kepada pembiayaan hutang. “Kampung dibiayai sendiri dengan meminjam wang dari dana pembetung dan air, dan kini membawa kira-kira dana operasi -52,1% daripada hasil. ” Bandar, seperti yang lain dalam senarai ini, adalah amat kecil, dengan jumlah penduduk hanya lebih 14,000.
8. Strafford County, NH
Kedudukan Kredit: Ba2
Pendapatan 2009: $ 36.204.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 23.866.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 58.363
Kedudukan rendah Strafford County adalah sebahagian besarnya kerana sebuah rumah kejururawatan kehilangan wang, di mana daerah menghabiskan dua perlima daripada bajet. Hanya di bawah 85% daripada pesakit di Rumah Rehat Riverside layak untuk ubat-ubatan, namun pembayaran balik negeri ke daerah terus berkurangan, menurut Moody. Antara 2004 dan 2009, rumah jagaan kejururawatan kehilangan $36 juta. Daerah tidak mengharapkan untuk mendapatkan kembali wang yang digunakan untuk menutup defisit ini.
9. Camden, NJ
Kedudukan Kredit: Ba2
Pendapatan 2009: $ 181.257.000
Hutang 2009 ($ 000s): $ 103.284.000
Pendapatan isi rumah purata: $ 25.418
Camden mengalami pengangguran yang tinggi, kemiskinan yang tinggi dan asas cukai yang lemah. Pendapatan isi rumah median di bandar ini adalah kurang daripada separuh pendapatan median negara dan yang paling rendah semua majlis-majlis perbandaran di dalam senarai ini. Moody telah menyatakan bahawa “lebih daripada separuh hartanah Camden dikecualikan cukai, menghalang pungutan cukai yang telah lemah.” Bandar ini mempunyai gred perkadaran kredit spekulasi sejak tahun 1998. Tiga daripada lima Camden datuk bandar yang lalu telah dihantar ke penjara kerana rasuah, yang paling terkini pada tahun 2001.

Peperangan akhir Yakjuj dan Makjuj

Assalamualaikum wbt Apa khabar? Diharap para pembaca semua sihat walafiat serta sentiasa dirahmati Allah swt hendaknya. Saya percaya, tentu anda seringkali terdengar mengenai perihal kedasyatan bangsa Yakjuj dan Makjuj serta bencana besar yang akan dilakukan oleh mereka pada masa akan datang. Akan tetapi, adakah kita semua tahu bagaimanakah sejarah asal-usul mereka?

Mengapa mereka akan memakan apa sahaja yang berada di hadapan mereka? Apakah yang menyebabkan tubuh badan mereka lebih kuat dan hebat berbanding bangsa-bangsa yang lain? Adakah mereka ini termasuk di dalam golongan manusia? Untuk entri kali ini, saya akan merungkaikan secara amat terperinci mengenai sejarah asal usul bangsa Yakjuj dan Makjuj sebagai santapan pengatahuan buat anda semua!

Sedutan Daripada Kitab Kasyful Ghoibiyah

Bermulalah kisah Nabi Nuh a.s mempunyai 4 orang anak lelaki iaitu Sam, Ham, Kan'an dan Yafis.

  1. Sam menurunkan bangsa Arab Romawi dan Ajam.
  2. Ham menurunkan bangsa Habsyi dan Zangi yang berkulit hitam.
  3. Yafis menurunkan bangsa Turki Barbar, Mongol, Yakjuj dan Makjuj.
  4. Kan'an pula tidak sempat menghasilkan zuriat kerana mati ditenggelami banjir.
Dari kiri adalah bangsa Arab Romawi, tengah adalah bangsa
Zangi, manakala kanan pula adalah bangsa Mongol (Yakjuj)

Ham dikatakan telah menjadi raja di Mesir, Yafis telah menjadi raja di Hindustan dan Sam pula mungkin menjadi rakyat biasa sahaja. Yafis mempunyai anak yang bernama Aaj, Aaj pula mempunyai anak bernama Auj dan Auj pula mempunyai anak bernama Unuk.

Kini bermulalah kisah kehidupan anak istimewa yang bernama Unuk ini. Unuk merupakan kanak-kanak yang menghidapi penyakit terlebih hormon tumbesaran tubuh badan (penyakit ini masih lagi wujud sehingga ke hari ini).

Oleh kerana saiz tubuh badan manusia pada zaman dahulu adalah besar-besar, maka saiz badan Unuk pula adalah berkali-kali ganda lebih besar berbanding saiz badan manusia yang lain! mungkin ketinggian badan Unuk lebih tinggi daripada menara Burj di Dubai (wallahualam).

Ada satu lagi penyakit yang dihidapi oleh Unuk iaitu penyakit down syndrome iaitu tidak mampu berfikiran matang seperti mana orang dewasa. Cara pemikiran Unuk sentiasa seperti pemikiran kanak-kanak di dalam lingkungan usia 7-12 tahun.

Untuk pengatahuan semua, Nabi Nuh a.s mempunyai umur yang sangat panjang iaitu mengjangkau 950 tahun! Menurut riwayat, ketika zaman Nabi Nuh a.s, Unuk inilah yang ditugaskan untuk mengambil kayu terbesar di negara Mesir untuk dijadikan bahan binaan bahtera Nabi Nuh a.s. Menurut riwayat lagi, ketika terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh, Unuk dikatakan tidak tenggelam (wallahualam).

Unuk hanya perlu memanjat sedikit sahaja gunung tinggi untuk menyelamatkan diri sedangkan putera Nabi Nuh a.s sediri yang bernama kan’an pun tenggelam ditelan banjir walaupun berada di puncak gunung! Sungguh besar sekali badan Si Unuk ini. Ketika banjir sedang berlaku, hanya puncak gunung Ararat di Turki sahaja yang timbul dari permukaan air bah.

Di khabarkan berita bahawa bahtera Nabi Nuh akhirnya berlabuh di puncak gunung tersebut dan Unuk pula meninggal dunia ketika zaman Nabi Musa a.s.

Mungkin beginilah keadaannya ketika Unuk ingin
berjima' dengan patung gadis tersebut.

Setelah kesemuanya menetas dari kepompong, lalu mereka berasa sangat lapar dan dahaga lalu mereka pergi mencari makanan. Dengan melalui liang kemaluan patung itulah merupakan pintu gua tempat mereka keluar dan masuk.

Mereka keluar dan memakan apa sahaja yang mereka temui terutama binatang ternakan penduduk di situ. Setelah itu, pada zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain, ditutuplah pintu gua itu dengan tembok besi lalu mereka tidak dapat keluar mengganggu lagi.

Sebagaimana keterangan di dalam entri Fakta Mengenai Yakjuj Dan Makjuj, pada saat kiamat hampir tiba, mereka akan keluar setelah tembok tutupan mereka hancur di korek mereka. Menurut hadis, ketika zaman Nabi Muhammad SAW, saiz lubang yang telah dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj adalah sebesar bulatan yang berdiameter lebih kurang 3-inci!

Agaknya sebesar manalah saiz bulatan yang telah dikorek oleh mereka ketika ini ya? Sesetengah pengkaji Islam telah menyatakan bahawa mereka sudah lama terbebas ke dunia luar. Mereka adalah dari kalangan suku kaum Mongolia (Yakjuj) dan juga suku kaum Khazar (Makjuj) di selatan Russia! (wallahualam).

Gambar rajah Tembok Besi Zulkarnain di Fergana yang kini
telah pun dikorek oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj

Apa-apa pun, pegangan yang paling tepat sekali hanyalah Al-Quran dan Hadis kerana itulah sumber yang paling sahih.

Senarai rujukan yang digunakan oleh penulis. Entri ini merupakan
sinopsis terhadap buku-buku ini

Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kedatangan Yakjuj Dan Makjuj

Berbalik semula kepada tajuk asal, sebelum munculnya Yakjuj dan Makjuj untuk membuat kekacauan di dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa aneh yang akan berlaku sebelum kedatangannya itu.

Di antara perstiwa-peristiwa tersebut adalah, keluarnya asap dukhan yang memenuhi timur dan barat bumi (tanda kiamat yang pertama), kemudian munculnya Imam Mahdi, munculnya si laknat Dajjal, dan turunnya kembali Nabi Isa a.s untuk membunuh si laknat Dajjal lalu mencorakkan kembali dunia yang telah rosak akibat dari perperangan Armageddon iaitu perperangan di antara tentera Khilafah pimpinan Imam Mahdi dengan tentera Freemason pimpinan si laknat Dajjal.

Si laknat Dajjal merupakan pemimpin terhadap anggota kumpulan Freemason/Illuminati,
manakala Imam Mahdi pula adalah pemimpin terhadap anggota kumpulan Khilafah.

Setelah Nabi Isa a.s berjaya membunuh si laknat Dajjal di pintu gerbang Kota Lud/Lydda iaitu di Lapangan Terbang Ben Gurion di Israel. Maka malapetaka masih lagi terus menimpa umat Islam!

Kini terdapat mata-mata yang sedang mengintai dunia melalui pergunungan-pergunungan tinggi di wilayah utara bumi iaitu di banjaran Himalaya, banjaran Caucasus, banjaran Tien Shan dan banjaran-banjaran lain yang berdekatan dengannya.

Musuh kali ini ternyata lebih hebat dan dasyat berbanding si terkutuk Dajjal bersama para pengikutnya (Freemason dan Zionis) sehinggakan Nabi Isa a.s sendiri dan seluruh kaum muslimin pun tidak mampu untuk melawannya!

Lapangan Terbang Ben Gurrion atau Gerbang Lud. Di sinilah tempat
si laknat Dajjal akan dipancung oleh Nabi Isa kelak

Cuba bayangkan betapa dasyatnya malapetaka akhir zaman kelak (harap ia tidak lagi berlaku semasa hayat kita ini). Ketika bangsa Yakjuj dan Makjuj telah memunculkan dirinya, dunia ketika itu dikatakan baru sahaja hampir pulih daripada kesan tanda kiamat besar yang pertama iaitu kemunculan asap dukhan yang menyelubungi timur dan barat bumi.

Asap itu dikatakan akan mengakibatkan orang kafir (tidak berpuasa dan solat) boleh menghidapi penyakit radang manakala orang yang beriman (yang bersolat dan selalu berpuasa) pula hanya menghidapi penyakit selsema sahaja. Asap dukhan itu dikatakan akan menyelubungi bumi dalam tempoh masa yang agak lama, kemungkinan besar asap itu datangnya dari meteor yang akan terhempas ke bumi (wallahualam).

Menurut sumber rujukan, pada akhir zaman kelak segala kecanggihan teknologi akan musnah sama sekali. Segalanya adalah berpunca daripada kesan asap dukhan yang menyelubungi dunia ketika itu (tanda kiamat yang pertama) dan orang kafir pula banyak yang akan mati akibat dari perperangan, wabak penyakit serta kebuluran.

Asap dukhan itu dipercayai akan merosakkan segala hasil pertanian dan penternakan sedikit demi sedikit sehinggalah menjadi kurang! Ini adalah kerana, asap dukhan itu akan menghasilkan hujan asid yang berlarutan sehingga membawa kepada ketandusan dunia. Lihatlah hadis di bawah ini:

  • “Tidak akan datang hari kiamat sehingga hujan turun secara merata kepada manusia tetapi bumi tidak menumbuhkan tumbuhan sama sekali” (Musnad Ahmad 3:140)
Pada zaman akan datang, segala kecanggihan teknologi dikatakan akan lumpuh lalu
kehidupan manusia kembali semula menjadi masyarakat di zaman dahulu
kala (zaman Rasulullah saw).

Kenapa Yakjuj Dan Makjuj Terselamat Dari Malapetaka?

Menurut sumber rujukan, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya telah lama terbebas di muka bumi ini (wallahualam). Mereka terdiri daripada suku bangsa Scythian iaitu suku kaum di Mongolia (Xiongnu, Mongol dan Tartar) dan juga suku kaum di wilayah selatan Russia (Khazar, Aryanomad, Hun Alan).

Mungkin orang akan tertanya-tanya iaitu kenapa pada waktu ini masyarakat di sana tidak sedikit pun membuat kekacauan terhadap dunia? Menurut pendapat para pengkaji Islam, Yakjuj dan Makjuj sebenarnya adalah manusia biasa (cucu-cicit Nabi Adam) maka sudah tentu ianya tidak adil jika Allah swt menjadikan mereka seperti haiwan tetapi di akhirat nanti mereka akan dihukum seperti manusia lain. Jadi kesimpulannya, kehidupan Yakjuj dan Makjuj pada masa kini adalah sama sahaja seperti kita iaitu mempunyai pegangan agama, patuh pada undang-undang negara dan sebagainya.

Untuk pengatahuan semua, masyarakat Mongol dan Khazar (Yakjuj dan Makjuj) sejak turun temurun lagi mengamalkan corak pemakanan yang amat bebas. Mereka akan makan apa sahaja yang mereka mahu seperti ulat, anjing, kucing, labah-labah, katak, ular, kura-kura, daun pokok, usus beruang dan lain-lain (sumber: National Geographic).

Kesan daripada corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa ini telah menyebabkan keadaan mereka menjadi agak berlainan sedikit berbanding bangsa-bangsa yang lain. Sifat mereka dikatakan agak sensitif dan tubuh badan mereka pula jauh lebih kuat berbanding bangsa lain tetapi mudah dihinggapi penyakit.

Salah satu corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh
bangsa-bangsa di asia tengah

Lihatlah semasa wabak penyalit H1N1 dan SARS melanda dunia suatu ketika dahulu, negara merekalah yang paling ramai terkena jangkitan! Amalan pemakanan bebas ini telah mengakibatkan sistem keimunan tubuh mereka menjadi sangat-sangat lemah.

Selain bangsa Mongol dan Khazar, mungkin terdapat banyak lagi bangsa lain yang mengamalkan corak pemakanan bebas contohnya seperti masyarakat di Papua New Guinea, Vietnam, Kemboja, Indonesia, China dan lain-lain. Akan tetapi, pada masa akan datang mungkin mereka akan mati akibat keracunan Asap dukhan atau mungkin Imam Mahdi telah mengislamkan mereka (wallahualam).

Pernahkah anda terfikir bagaimanakah keadaan bangsa Khazar dan Mongol (Yakjuj dan Makjuj) apabila dilanda masalah kebuluran?

Keluarnya Yakjuj Dan Makjuj Membawa Kemusnahan Yang Dashyat!

Ketika Asap dukhan (tanda kiamat yang pertama) sedang melanda dunia, masyarakat dikatakan akan mengalami masalah kebuluran yang amat kriktikal tetapi mereka dapat menghadapinya dengan baik namun berbeza pula dengan kaum Khazar dan Mongol, mereka dikatakan akan menjadi sangat ganas dan dashyat lalu mereka mengamalkan semula cara hidup kuno mereka iaitu Nomad Gasar seperti merompak dan membunuh!

Setelah sumber makanan mereka telah kehabisan, maka bermulalah episod huru-hara yang maha dashyat! Mereka dikatakan akan berkumpul beramai-ramai lalu memanjat tembok-tembok semula jadi ciptaan Allah swt yang merupakan banjaran-banjaran tinggi. Dari situ, mereka akan meluru turun di dalam keadaan lapar dan dahaga terus menunju ke Tasik Tiberia di Palestin lalu meminumnya sehingga kering.

Tasik Tiberia di Palestin yang dikatakan akan diminum oleh
bangsa Yakjuj dan Makjuj sehingga kering

Ketika Yakjuj dan Makjuj sedang melakukan kemusnahan yang dashyat di muka bumi ini seperti membaham binatang liar, binatang ternakan, manusia, serangga, tumbuh-tumbuhan, memusnahkan bandar-bandar, meminum air tasik/sungai sehingga kering, membuang air kecil/besar merata-rata, penduduk di dunia dikatakan tidak mampu untuk melawan mereka.

Terlalu ramai penduduk yang telah terkorban ketika berperang dengan mereka. Kaum muslimin ketika itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkurung di dalam rumah sahaja di samping berdoa dan bertawakal tanpa henti.

Kekuatan bangsa Yakjuj dan Makjuj sangatlah luar biasa sehinggakan
Nabi Isa sendiri pun tidak mampu menghadapinya

Pada waktu itu, negara China dan India dikatakan telah pun hancur dimamah Yakjuj dan Makjuj. Sebelum Yakjuj dan Makjuj tiba di timur tengah, Nabi Isa mendapat laporan daripada kaum muslimin bahawa negeri mereka telah pun dihancurkan oleh mereka. Setelah mendengar laporan itu, Nabi Isa a.s segera memohon petunjuk dari Allah swt lalu Allah swt memerintahkan Nabi Isa a.s supaya bersegera membawa kaum muslimin berlindung di Bukit Tursina, Mesir.

Kemudian Nabi Isa a.s memohon lagi pertolongan daripada Allah swt agar seluruh umat Islam dilindungi dari kejahatan Yakjuj dan Makjuj lalu Allah swt menghantar binatang merayap (iaitu sejenis virus berbentuk ulat) untuk menyerang leher dan belakang mereka sehingglah keseluruhan bangsa itu binasa dan mati.

Bukit Tursina, Mesir yang dikatakan sebagai tempat persembunyian
Nabi Isa dan kaum muslimin di bawah perintah Allah

Menurut pendapat para pengkaji Islam, binatang merayap yang dimaksudkan itu adalah sejenis virus yang boleh berjangkit. Ia dipercayai datangnya dari corak pemakanan bebas yang diamalkan oleh bangsa Yakjuj dan Makjuj seperti memakan daging mentah serta minum air sungai.

Untuk membersihkan bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di sana-sini, lalu Allah swt menghantar burung bersaiz unta untuk membawa bangkai tesebut ke daerah yang diperintahkan-Nya. Kemudian Allah swt telah menurunkan hujan yang amat lebat membasahi keseluruhan tempat sehingga bumi menjadi benar-benar bersih seperti kilauan cermin (putih seperti pasir pantai).

Maka setelah itu, bumi dikatakan akan kembali menjadi subur dan menghijau. Nabi Isa a.s pula dikatakan akan memerintah dunia selama 40 tahun sehingga aman dan makmur dan beliau sempat menjalani ibadat haji dan umrah sebelum beliau wafat.

Para pengakaji Islam percaya bahawa 'ulat merayap' yang akan menyerang
leher dan belakang Yakjuj dan Makjuj itu merupakan sejenis virus atau
bakteria yang mudah berjangkit.

Bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan akan dibersihkan sendiri
oleh Allah swt melalui burung dan hujan lebat

Maka dengan itu, diisytiharkan bahawa tamatlah segala episod mengenai Yakjuj dan Makjuj.

Segala kebenarannya hanya Allah swt sahaja yang maha mengatahui. Jika diberi kesempatan, insyaallah saya akan update lagi entri-entri yang menakjubkan khas buat anda semua. Segala kebenaran datangnya dari Allah swt, manakala sebarang kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...