Sarawak wartakan hutan bakau
KUCHING 9 Ogos � Sarawak melaksanakan pelbagai usaha untuk mewartakan beberapa hutan bakau di negeri ini untuk dijadikan kawasan terlindung sepenuhnya, kata Pengarah Hutan negeri, Len Talif Salleh.Beliau berkata, ketika ini, habitat hutan bakau meliputi kawasan seluas 134,300 hektar atau 15 peratus daripada keseluruhan kawasan hutan di negeri ini.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri berkata, ini bermakna kawasan-kawasan ini diurus dan dijaga agar kewujudannya dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.
��Antara hutan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan sepenuhnya atau dalam kategori estet hutan simpan kekal ialah Kuching Wetland National Park dengan kawasan seluas 6,610 hektar, Rajang Mangrove National Park Mukah (9,374 hektar) dan Sibuti Wildlife Sanctuary Miri (678 hektar).
��Dua lagi membabitkan kawasan cadangan iaitu Taman Negara Batang Lassa (22,000 hektar) dan Hutan Paya Bakau Limbang (4,290 hektar) masih dalam peringkat awal pewartaan sebagai Taman Negara,� katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program kesedaran Projek Penanaman Pokok Bakau dan spesies-spesies lain di pesisiran pantai negara di Pasir Putih, Selabat dekat sini, semalam.
Turut hadir Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber negeri, Mohd. Naroden Majais dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Dr. Abdul Rahman Abdul Rahim.
Dalam pada itu, Len Talif memberitahu, kira-kira 80 peratus habitat hutan bakau terletak di kawasan pantai barat selatan negeri ini iaitu di Kuching dan Mukah.
Katanya lagi, sebanyak lima peratus lagi terletak di bahagian utara iaitu di Limbang, manakala selebihnya bertaburan di Sri Aman, Sibu, Sarikei dan Miri.
No comments:
Post a Comment