Kongkang (
bahasa Inggeris:
Slow Loris) ialah salah satu daripada
haiwan yang terdapat di
Malaysia. Kongkang merupakan salah satu dari tiga spesies
loris yang dikelaskan dalam genus
Nycticebus:
Kongkang Sunda (
Nycticebus coucang),
Kongkang Bengal (
Nycticebus bengalensis) dan
Kongkang Kerdil (
Nycticebus pygmaeus). Primate
Strepsirhini bergerak perlahan ini terdapat dari
Borneo dan selatan
Filipina di
Asia Tenggara, sepanjang
Bangladesh,
Vietnam,
Indonesia,
India (Timur laut India, Bengal), selatan
China (kawasan
Yunnan), dan
Thailand.
Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, yang bernilai dalam
perubatan tradisi tempatan, menjadikan mereka dalam daftar spesies
terancam.
[1] Nama Indonesia adalah
malu malu.
[2] Spesies Kerdin disenaraikan sebagai terancam oleh Perkhidmatan Haiwan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat.
[3] International Union for Conservation of Nature and Natural Resources Red List of Threatened Species mengelaskan Kongkang Jawa sebagai spesies terancam dan semua spesies kongkang lain sebagai lemah.
[sunting] Ciri-ciri fizikal
Kongkang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan
benda hidup,
alam haiwan,
bertulang belakang (vertebrat), kelas
Mamalia.
Dalam aturan, tergolong dalam keluarga Lorisidae. Kongkang adalah
haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu
di badan.
Kongkang adalah sejenis binatang yang pemalu dan bentuknya menyerupai
monyet kecuali di bahagian mata. Saiz matanya agak besar dan agak
menakutkan. Biasanya kongkang menyorokkan diri di celah-celah rimbunan
daun-daun. Kongkang tidak mempunyai keluarga yang ramai atau tidak
bergerak dalam kumpulan yang ramai. Pergerakan di atas dahan juga agak
perlahan. Matanya sedikit kemerahan.
Kongkang dewasa bersaiz antara 21 hingga 38 cm (8.3 hingga 15 in),
bergantung kepada spesies, dan berat sehingga 2 kg (4.4 lb). Ekornya
hanya kontot, dan kaki dan tangannya hampir sama panjang. Bulu kongkang
yang pendek dan tebal boleh memiliki pelbagai warna, tetapi yang paling
biasa adalah kelabu kemerah-merahan dengan bahagian bawah putih.
Kongkang memiliki ibu jari yang bersetentangan maju, yang digunakan bagi
mencekam dan mengenggam dahan, dan belakang yang amat lentur. Salur
darah tersusun khas pada pergelangan tangan dan buku lali (
rete mirabile) menghalang kekejangan otot dan membenarkan kongkang untuk mencekam untuk tempoh masa yang panjang. Mereka memiliki
cakar berdandan
pada satu kaki. Matanya luas dan mengarah kehadapan dan juga ke atas,
dan penglihatan warna adalah minima. Telinga mereka kecil dan hampir
tersorok dalam bulu. Kongkang biasanya lebih kuat berbanding
slender loris, dan memiliki deria bau yang kuat.
Kongkang Kerdil betina (Nycticebus pygmaeus) berpaut pada lengan
Bentuk tempurung kongkang sebagaimana yang dijangka, menyerupai
tempurung kepala suborder Strepsirhini/Prosimii. Sebagai contoh, kamar
otaknya rendah dan berbentuk bujur; kedua-dua bahagian hadapan
(""frontal lobe" mahupun belakang ("occipital lobe") banyak berkembang.
Tambahan lagi, rekahan hadapan ("frontal suture" jelas kelihatan dan
tulang lacrimal terletak di luar soket mata. Tabiat kongkang aktif malam
("nocturnal") menghasilkan mata yang agak besar. Kongkang memiliki
postorbital closure, tetapi tidak memiliki "orbital closure" lengkap.
Hubungan ruang spatial antara cecincin tympanic dan bulla pada kongkang
dikelaskan sebagai bersambung di bahagian dalam. Tidak seperti
sebahagian besar ahli kepada subordor Prosimii, kongkang tidak memiliki
bulla yang kembung. Foramen magnumnya terletak di kedudukan lebih di
belakang ("posterior position"). Bergerak ke dalam bahagian tengkorak
("cranium"), terdapat pemisahan antara dua mesial incisors yang
menyerupai moist rhinarium yang terdapat pada Strepsirhinis. Ciri-ciri
berbeza antara dua superkeluarga Lemuroidea dan Lorisoidea adalah hidung
seperti paip, pendek kongkang. Akhir sekali, sebagaimana dijangka,
splanchnocranium bagi
N. coucang adalah pada tahap yang sama seperti neurocraniumnya.
Sama seperti bentuk tengkorak ("cranial"), bentuk gigi ("dental
morphology" bagi kongkang adalah serupa dengan kumpulan Strepsirhines
yang lain. Rahangnya berbentuk V dan tidak bercantum dan formula
pergigian adalah
.
Sungguhpun memiliki jumlah gigi yang sama, gigi rahang atas "maxilla"
mempunyai aturan yang agak berlainan berbanding yang pada bahagian
rahang. Terdapat ruang antara kebanyakan gigi seri mesial dan ke
empat-empat gigi serinya adalah amat kecil. Pada bahagian rahang, gigi
seri dan taringnya adalah selari. Bentuk gigi taring menyerupai gig seri
(incisiform). Sambungan melintang kesemua bentuk enam gigi ini
membentuk sisir gigi. Kehadiran sisir gigi tersebut disebabkan oleh tiga
bentuk kegunaan yang berbeza: diet, sosial, dan pertahanan. Akibat
kehadiran gigi taring pada sisir gigi, P2 juga berubah bentuk dan
menyerupai taring (kaniform). Kondilus mandibular bagi kongkang adalah
hampir pada tahap yang serupa dengan permukaan gigi berpadu
("occlusal"), yang menyebabkan gigi belakang berpadu sebelum gigi
hadapan.Kehadiran proses glenoid mengawal pergerakan rahang. Oleh kerana
kongkang merupakan primate frugivoris, puncak giginya adalah rendah dan
mulat, tidak tajam dan runcing.
Sifat semulajadi kongkang yang bergerak perlahan menggunakan keempat
anggotanya membentuk anatomi tengkorak belakangnya ("postcranial ").
Bergerak cara ini memerlukan badan yang melentur (kelenturan menegak dan
pusingan tulang belakang) dengan gengaman kukuh. Pemanjangan vertebra
lumbalis membantu membina badan kongkang yang mudah melentur. Tambahan
lagi, selain itu scapulas terletak amat melintang ("laterally") dan
lebar. Ini membantu
N. coucang yang sering memanjat. Oleh kerana
tiada pasangan anggotanya yang menguasai pergerakan, tangan dan kaki
belakangnya adalah hampir sama panjang; indeks intermembralnya
menghampiri 1.Dua ciri kongkang yang menonjol bagi kesemua kongkang
adalah kaki dan tangannya. Tangannya memiliki telapak yang lebar dan
keupayaan mencapah ("pollex") 180º berbanding jejari lain. Jari II
menjadi amat berkurangan, dengan itu membenarkan genggaman yang lebih
luas dan kuat. Tangannya ketiadaan jaringan antara jari ("interdigital
webbing") antara jari III, IV, dan V, yang membenarkan jari melebar
lebih luas. Kakinya sama dengan tangannya, kecuali hallux adalah lebih
besar berbanding pollex. Pada kaki terdapat satu cakar; kesemua jari
lain memiliki kuku. Keupayaan mengenggam ini membenarkan memanjat dan
bergayut yang merupakan ciri-ciri pergerakan kongkang.
Kongkang mampu untuk menghasilkan
toxin
yang which they mix with their saliva to use as protection against
enemies. Mothers will lick this toxin onto their offspring before
leaving them to search for food. The toxin is produced by glands on the
insides of their elbows. The lorises suck it into their mouths and
deliver it when they bite or lick.
[4] Loris bites cause a painful swelling, and the toxin is mild and not fatal. Cases of human death have been due to
anaphylactic shock.
[5]
If the toxin does not deter a predator, the slow loris will often drop
from the branch to the ground and roll into a protective ball.
Kongkang merupakan maserba yang memakan daging apabila berpeluang,
biasanya memakan serangga, siput, mengkarung, burung kecil, telor, dan
haiwan bertulang belakang yang lain. Dengan gerakan perlahan dan senyap,
mereka mengendap mangsa dan menangkapnya dengan menyambar menggunakan
kedua belah tangan. Apabila daging tiada, mereka makan buah, daun muda,
dan getah pokok. Kadar metabolis kongkang adalah 40% lebih rendah
berbanding anggaran berasaskan saiz.
Kongkang merupakan poligami
[6]
dan membiak sepanjang tahun. Selepas tempoh gestasi sekitar 190-hari,
kongkang betina melahirkan seekor (atau jarang sekali dua) anak.
Kongkang biasanya terhad pada satu atau dua anak setahun. Bagaimanapun,
kongkang kerdil (
Nycticebus pygmaeus) memiliki tabiat mengawan bermusim. Kongkang betina mula subur pada
Februari dan
March,
dan bayi dilahirkan pada akhir musim panas. Kongkang kerdil turut
memiliki bilangan anak yang besar. Sekurang-kurangnya 50% sarang
memiliki lebih dari satu anak, dan terdapat dokumen di mana empat anak
direkodkan dalam satu sarang. Kongkang yang baru dilahirkan menggenggam
erat pada perut ibunya (atau kadang-kala pada bapanya). Anak kecil
dilahirkan agak berkembang, dan siibu akan meletakkan mereka di dahan
pada waktu malam ketika mencari makanan. Anak kongkang mula makan
makanan pejal ketika berusia empat minggu dan berhenti menyusu ketika
berusia enam bulan. Kematangan seksual dicapai pada sekitar 10 hingga 24
bulan. Jangka hayat kongkang adalah sekitar 14 tahun hidup liar dan 26
tahun dalam kurungan.
Kebiasaannya, Kongkang makan pisang ataupun buah-buahan yang lembut
isinya. Kebiasaannya ia gemarkan buah-buahan manis. Kongkang juga
menggemari serangga kecil seperti ulat, cengkerik dsbnya.
Kongkang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.