SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIR
SEJARAH REALITI RAJA SIAM ISLAM TERAKHIR
DINASTI AYUTIA KE-33,TAHUN 1767
KHALIFAH SYARIF ABU BAKAR SYAH
YANG DI PERTUAN YANG MAHA MULIA BENUA ISLAM SIAM KEDAH
BERGELAR
BOROMORAJA V EKATAAT MAHA DAMMAIYAZA
“
Boromoraja” di dalam terjemahan bahasa Siam Islam Kedah bermaksud
“puak berpengetahuan penyebar dakwah agama Islam” dan
ekataat bermaksud,
“beta taat kepada allah dan rasul”. Gelaran
Raja Siam Cau Pija Sitammarat Maha Tammaraja (Boromokot) Raja Siam
Islam Dinasti Ayutia Ke-31 pula telah diberikan pada tahun
1758 selepas kemangkatan ayahandanya di Pulau Langkawi Kedah iaitu
Sultan Maulana Muhiyuddin Mansor Syah (rujuk UUK ms16,17) suami kepada
Puteri Raja China Hang Li Poh.
“Maha Dammaiyaza” pula bermaksud
“pembesar darah dari berlainan raja”.
Ini adalah disebabkan ayahanda Syarif Yang Di Pertuan Kedah adalah raja
siam Islam dan ibunya pula adalah berlainan darah dek kerana bondanya
adalah Puteri Raja China Hang Li Poh berasal dari
Dinasti Yuan yang berketurunan Raja China Khaisar Indo-China tahun
1294. Baginda digelar
Dammaiyaza sewaktu menjadi
Raja Siam Toung Oo di Burma (Myanmar) dan pada masa itu baginda tinggal di
Istana Mandalay
(rujuk artikel kami sebelum ini mengenai nama Raja Mandalika, tercatat
pada Batu Bersurat Trengganu). Terdahulu, Istana Mandalay ini telah
dibina oleh nenek baginda yang bernama
Aishah Begum Puteri Siputeh Bawinnoung, Puteri kepada
Raja Siam Dinasti Ayutia Rama Tibodi II Parameswara Melaka Sultan Rijaluddin (ibni) Mohammad Syah. Aishah Begum adalah permaisuri kepada
Khalifah Zahiruddin Mohd Bahador Syah Babur India Monghul yang bergelar
Maha Tammaraja Chief Dinasti Ayutia 1559.
Istana Aishah Begum diperbuat keseluruhannya dari kayu masih ada di Myanmar hingga ke hari ini.
Inilah peta Empayar Islam Benua Siam Kedah dalam tahun
1686
masihi (Ayuthia diserang Sukhothai tahun 1767) menurut rekod Perancis
yang membuat perhubungan perdagangan dengan Siam di zaman
Narai Tun Saaban memerentah di Ayuthia sebagai Syah Alam Yang Maha Mulia. Narai Tun Saaban menurut waris adalah adinda
Khalifatullah Akhirul Zaman Syah Alam Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Syah Melaka.
Kalau harapkan Inggeris atau kerajaan Thailand hari ini jangan mimpi
mereka akan mendedahkan peta sebegini kepada umum.(click untuk besarkan)
“As to history, the Malays had occupied a lot of land in Southeast Asia since time immemorial. Today, much of our land has become part of neighbouring countries, having been conquered or because of treaties entered into by the British. We should really go to war to regain our land especially as there are Malays living there.” Tun Dr Mahathir Mohammad,dari Blog Che Det, perkara 9, jawapan kepada Saudara Hanan.
Selepas serangan keatas
Mandalay, baginda Maha
Dammaiyaza telah diusir oleh tentera penjajah Raja Buddha Aluang Phraya
Burma Chakri Sokho Thai yang mana pada masa itu telah mula menubuhkan
Kerajaan Buddha Lanna Thai di
Luang Phra Bang, dalam negeri Siam sekitar tahun
1736. Baginda telah berpindah bersama pengikut-pengikutnya dari Istana Mandalay Toung Oo Siam ke
Kota Ayuthia Shahrul Nuwi.
Bukti pengusiran dapat dilihat di dalam buku sejarah “A history of
South East Asia; 1995; DGE Hall”. Manakala gelaran Syarif Yang Dipertuan
Yang Maha Mulia Benua Siam Islam Kedah pula boleh dilihat catatannya
dalam buku transliterasi Teks Undang- Undang Kedah yang diselenggarakan
oleh Mariyam Salim Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2005 pada muka
surat 42 dan 43 dan Sejarah Kerajaan Melayu Patani dimana baginda
disebut sebagai Raja Bakar @ Raja Nambang.
Raja
Bakar @ Raja Nam-bang bermaksud air telok jelas disebut sebagai
penguasa yang melantik beberapa orang raja daerah di Patani dalam
Hikayat Patani.
Pada tahun
1767 pula, Boromoraja V Ekataat Raja Siam
Islam Dinasti Ayutia Ke-33 telah diserang kali kedua oleh tentera Raja
Buddha Burma Aluang Phaya dari Kota Ayuthia dan baginda berundur ke
Istana Kota Raja Siam Cau Pija Si Tamrat Na Khun Si Tamrat Kota Ligur Nambang Siam
di Semenanjung Melaka. Beribu-ribu tentera telah terkorban dalam
serangan ke atas Ayuthia yang dikepung selama beberapa hari untuk
memutuskan bekalan makanan. Terdahulu, Kota Istana Cau Pija Si Tammarat
di Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat ini telah dibina oleh Raja Siam Cau
Pija Si Tamrat Mahatamaraja (Boromokot) Dinasti Ayutia Ke-31,
Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor Syah.
“Dalam tahun Masehi
1767 Kota Ayuthia pusat
pemerintahan Siam pada masa itu telah dapat ditawan oleh orang-orang
Burma menyebabkan sentisa berlaku kacau-bilau yang hebat dan orang-orang
Burma telah masuk memerintah Kota Ayuthia itu.” di petik dari Sejarah
Kerajaan Melayu Patani.
Di Nambang Na Khun Si Tammrat baginda Boromoraja Ekataat V di kenali dengan nama sebenarnya iaitu
Raja Bakar @ Raja Nambang (bermaksud air telok). Ayahanda baginda, Maulana Syah Alam Sultan Muhiyuddin Mansor Syah juga pernah tinggal di
Istana Kota Palas Gunung Raya Pulau Langkawi pada tahun
1668 Masihi. Catitan yang berkaitan boleh dilihat di dalam Buku Undang-Undang Kedah di muka surat 16 dan 17.
“Sekalian kerabat diraja dan orang-orang besarnya telah bermesyuarat
mencari persetujuan untuk memilih siapa yang patut dan layak menaiki
takhta kerajaan. Pada masa itu telah ada seorang pembesar yang tertua
bernama Raja Bakar duduknya di kampung Teluk yang layak sekali menjadi
pemerintah itu. Di dalam permesyuaratan yang tersebut masing-masing
telah bersetuju melantik Raja Bakar ini menjadi pemerintah lalu
dijemputnya menaiki takhta kerajaan Patani tetapi tiada berapa tahun
sahaja Raja Bakar memerintah di atas takhta kerajaan itu pun mangkat.”
Sila rujuk di sini, tapi awas Siam Islam di sebut sebagai thai Buddha,
http://www.geocities.com/prawat_patani/pengenalan.htm
Kota Palas hari ini telah ditukar namanya ke
Padang Madsirat bertempat di Pulau Langkawi Kedah. Istana Kota Palas ini asalnya dibina oleh Raja Siam Islam Dinasti Ayutia Khun Wara Wangsa (
1548)
Sultan Yaakob Jalil Syah yang dikenali juga sebagai
Raja Siam Langkasuka Benua Siam Islam Kedah.
Hari ini, Makam Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini berada di Kepala
Titi Limbung Kapal (pejabat TDC) Bandaraya Alor Setar Kedah Darulaman
dalam keadaan terbiar. Nama Almarhum Sultan Yaakob Jalil Syah ini ada
tercatit di dalam Buku Undang-Undang Kedah pada muka surat xi iaitu di
bahagian pendahuluan. Ketika Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah
menetap di Kota Naga,
Raja Jalil Putera menjawat
jawatan Syahbandar di Kota Setar Kedah. Catatan Naka dalam UUK Kedah
sebenar nya adalah Naga dan sekali gus mengesahkan bahawa Bandaraya Alor
Setar telah pun lama wujud dari yang telah diwartakan.
Sebagai tambahan di sini, di dalam peta semenanjung Siam Melaka pada tahun
1754
dari Perancis, ada ditandakan tiga Kota Siam Melaka yang telah dibina
oleh Raja Siam Islam Cau Pija Sitamrat Maulana Sultan Muhiyuddin Mansor
Syah. Kota yang pertama adalah
Kota Ligur Na Khun SiTamrat (asalnya Tammaraja), kota kedua adalah
Kota Kuala Kedah dan yang ketiga adalah
Kota Pagoh di Johor yang berada didalam wilayah Johor Riau Lingga, Empayar Islam benua Siam Kedah.
Berdasarkan bukti catitan dari Buku Undang-Undang Kedah pada muka
surat 43 dan 44, ianya menunjukkan bahawa Syarif Yang Dipertuan Yang
Maha Mulia Benua Islam Siam Kedah adalah penguasa di Semenanjung Siam
Melaka. Pemerintah Raja Siam Islam muthlak kemudiannya telah bertitah
kepada semua jemala Datuk Bendahara agar bermuafakat dengan semua
pegawai serta mengatur adat pada fasal aduran @ aduan hamba allah iaitu
pada hijrahnya Nabi Muhammad s.a.w
1199 bersamaan
1778 Masihi bertempat di Kota Istana Ligur Nambang Na Khun Si Tamrat. Kota Istana ini masih wujud lagi di
Na Khun Sitammarat (asalnya tammaraja) berdekatan
Segenting Kra, Thailand.
Datuk Bendahara pula pada ketika itu adalah Raja Siam Islam Negeri Champa @ Kemboja
Pho
Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah yang mana juga adalah
anak lelaki sulung Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Paduka Seri Maharaja Jalil Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan
Megat Terawis pula
anak lelaki kedua Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Anak ketiga
baginda ialah Raja Siam Negeri Chang Mai Koya Shuib Sultan
Megat Shuib Syah. Datuk Paduka Maharaja Koya Nai Chau
Megat Manja Abu
Kasim Raja Siam Negeri Tenasirim pula adalah anak lelaki keempatnya.
Negeri Tenasirim yang dimaksudkan di sini sekarang ini berada di dalam
Negara Burma (Myanmar).
“Keturunan Megat menguasai jawatan Orang besar Empat, diantara nama penyandang gelaran Bendahara ialah Megat Terawis, Megat Shuib, Megat Manja, Megat Iskandar,…”. Rujuk Cempaka Sari, Sejarah Kesultanan Negeri Perak, M.A Fawzi Basri,ms140.
Datuk Paduka Maharaja anak lelaki keempat Syarif Yang Dipertuan Yang
Maha Mulia ini dan Datuk Ku Raja Cenak Raja Siam bagi Negeri Songkhla
Sultan Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang (anakanda Datuk
Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah). Datuk Paduka Raja Sultan
Raja Siam Negeri Johor Riau Koya Fai Sultan (Megat Iskandar)Iskandar
pula adalah anak lelaki kelima baginda Syarif Yang Dipertuan Yang Maha
Mulia. Manakala Raja Seri Bongsu adalah adik ipar kepada Syarif Yang
Dipertuan Yang Maha Mulia ini. Gelaran untuknya adalah Raja Seri Bongsu
Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adil Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah.
Datuk Seri Raja Putera ialah Raja Siam Negeri Legeh Sultan Tengku Long
Putera Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin.
Bentara Seri Dewa Raja Siam Negeri Perlis pula adalah Nai Ta Syed
Mohammad Hatta Ibni Datuk Bendahara Sultan Mad Zafar Syah III Kedah
iaitu anak lelaki kedua kepada Syed Alang Alauddin (keturunan Raja
Perlis sekarang). Bentara Seri Indera Raja Siam Kota Setar Kedah Sultan
Syed Yahya Tajuddin Syah pula adalah anak lelaki ketiga kepada Datuk
Bendahara. Sejarah diputar belitkan dengan mengatakan bahawa Ahmad
Tajuddin Halim Syah (marhum Melaka) adalah Sultan Kedah, mungkin
tercelaru dengan nama Syed Yahya Tajuddin Syah seperti diatas. Pada muka
surat 40 dan 47 Buku Undang-Undang Kedah, jika diteliti dengan jelas,
Datuk Paduka Seri Bongsu hanyalah Datuk Paduka Seri Perdana Menteri Anak
Bukit. Paduka Seri Sultan Mohammad Jiwa Nai Nal Adilin jelasnya,
bukanlah Sultan Negeri Kedah (Paduka Seri Sultan adalah gelaran bagi
raja-raja daerah). Siapa pula yang menjadi raja ketika itu kalau sudah
ada Perdana Menterinya? Tak lain tak bukan ialah Yang Di Pertuan Kedah,
Khalifah Syarif Abu Bakar Syah.
Sebagai penambahan lagi di sini, Tun Pekerma Dewa Raja Siam Albani
Australia Nai Long Ena Sultan Dili Tengku Ali Ibni Sultan Mad Zafar Syah
III Kedah adalah Tun Pekerma Dewa Putera yang keempat. Sang Setia Lela
Raja Siam Manila Filipina Sultan Ismail Ibni Sultan Mad Zafar Syah III
Kedah adalah Sang Setia Lela Sultan Ismail Manila Filipina Putera yang
kelima.
Mengikut rujukan di muka surat 26 dan 27 Buku Undang-Undang Kedah,
jelas dikatakan bahawa Perdana Menteri Kedah iaitu Sultan Mohammad Jiwa
Nai Nal Adilin telah menghantar bunga emas kepada Raja Siam Dinasti
Ayutia Ke-33 iaitu Boromoraja V Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha
Mulia Benua Siam Islam Kedah di Benua Siam Kota Ligur Nambang Na Khun
Sitamrat pada tahun
1778 Masihi. Empat tahun selepas itu iaitu pada tahun
1782,
Kota Raja Ligor Nambang Na Khun Sitammarat telah diserang oleh Raja
Buddha Burma Aluang Phraya yang diketuai oleh General Chula Luak Rama I
Dinasti Chakri Sokho Thai iaitu selepas mereka berjaya merampas kuasa
daripada General Taksin di Ayutia Siam.
Serangan tentera musuh Chakri Sukho Thai tersebut telah ditewaskan
tentera Islam siam yang diketuai oleh Panglima Bukit Gantang Datuk Ku
Raja Cenak Syed Alang Alauddin, Raja Siam Songkhla. Kawasan tentera
Islam siam yang terkorban telah digelar
“cherat” dalam bahasa siam yang bermaksud
“tanah perkuburan para syuhada di Na Khun Sitamrat Thailand” dalam bahasa siam. Makam-makam mereka masih ada lagi hingga ke hari ini.
Pada tahun
1782 Masihi pula, Raja Siam Islam Kota Ligur Na Khun Sitammarat telah membina
Kota Meang Kuang @ Kota Negara Luas Benua Siam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah Darulaman Malaysia. Pada tahun
1788 Masihi
pula, tentera penjajah inggeris telah menyerang Raja Siam Albani
Australia iaitu Sultan Nai Long Ena Tengku Ali @ Sultan Dili Ibni Raja
Siam Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar Syah III Kedah.
Disebabkan peristiwa itu, Sultan Dili berundur bersama- sama umat
Islam Albani Australia ke Pulau Timor, Timor Leste Benua Siam Islam
Kedah. Australia Benua Siam Islam Kedah telah dijajah oleh penjajah
inggeris bermula pada tahun
1788 dan Australia itu
seperti dinyatakan sebelum ini adalah sebagai tempat buangan banduan
dari England, juga pada zaman Raja Siam Dinasti Ayutia Ke-33 Boromoraja V
Ekataat Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia tinggal di Istana Benua
Siam Kedah Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu Kedah
Darulaman Malaysia.
Jelas dari bukti peta Tallis bertarikh
1851 di atas,
puak sukhothai yang menjajah negeri Siam tidak menguasai Selatan
Thailand hari ini. Ketika itu dari Sergenting Kra ke bawah masih berada
di bawah jajahan Raja Siam Islam, Yang Di Pertuan Kedah Syed Alang
Alauddin Panglima Bukit Gantang (
1825-1862). Peta di
atas telah mula menyebut BANGKOK sebagai ibu negeri Siam kerana setelah
menawan Ayuthia mereka tidak lagi menjalankan pemerentahan dari situ.
Sekiranya begitu, raja siam manakah yang berjaya ditipu muslihat oleh
Tunku Anum kalau bukan raja siam Islam. Kenapa pengkhianat kepada Raja
Maha Besar diakui dan dikatakan wira dalam Sejarah Kedah?, dinamakan
sekolah atas namanya?, di mana pengiktirafan kita hari ini terhadap
Khalifah Syarif Abu Bakar Syah?(click untuk besarkan)
Peta tahun
1851 ini membuktikan bahawa mereka ketika
itu sibuk merampas semula wilayah siam Islam di Champa yang enggan
bernaung di bawah Raja thai Buddha. Mereka menangkap, menyiksa dan
membunuh raja-raja Islam yang enggan tunduk kepada mereka dan berjaya
berkuasa di sana sahaja, tidak di selatan Siam. Wilayah di Champa, Laos
ini kemudiannya dirampas oleh Perancis. Manakala Inggeris pula sudah
menguasai Semenanjung Melaka dan menukar nama semenanjung ini kepada
Semenanjung Tanah Melayu atau Malaya. Proses memelayukan pelbagai
masyarakat di sini pun bermula. (click untuk besarkan).
Pada tahun
1819 pula, pihak tentera raja inggeris
telah menyerang Timor Leste dan kemudiannya membunuh Sultan Riau Lingga
Sultan Dili dan juga membunuh adik Sultan Riau Lingga iaitu Sultan
Manila Filipina yang mana mereka berdua ini adalah cucu kepada Raja
Besar Benua Siam Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Pada tahun
1819 ini juga, penjajah inggeris telah bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengusir Sultan Iskandar dari Istana Raja Pagoh, Johor.
Selain itu, di dalam Buku Undang- Undang Kedah di muka surat 27 dan
28 telah tercatat “maka pada zaman Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin
Halim Syah Ibni Sultan Abdullah Mukaram Syah naik kerajaan pada tarikh
1222 tahun
alif, dilebihkan tinggi bunga emas dan bunga perak sebab baginda
sendiri mengadap Raja Maha Besar Benua Siam”. Dari catitan tersebut, ia
telah membuktikan Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah
diberikan pangkat di dalam kerajaan oleh Raja Maha Besar Benua Siam
Kedah Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia iaitu pada tahun
1812. Beliau telah dilantik sebagai Pemerintah Angkatan Laut Kedah yang
berjawatan Laksamana dan (bukanlah sebagai Sultan Kedah) bertugas di Kota Kuala Kedah untuk memungut cukai perdagangan.
Berkenaan dengan cukai perdagangan ini, cukai tersebut telah
disampaikan sendiri oleh Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
ke
Benua Siam Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus daerah
Kubang Pasu Kedah. Ini adalah disebabkan kedudukkan Kota Kuala Kedah dan
Kota Meang Kuang melalui jalan sungai dan laut adalah berdekatan. Malah
nama-nama tempat seperti Tanjung Pauh, Pedu, Anak Bukit, Naga yang
disebut dalam UUK di ms 25 masih ada lagi hingga ke hari ini di Kedah.
Pada tahun
1821, Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin
Halim Syah telah belot dan membawa masuk tentera-tentera musuh Chakri
Sokho Thai Raja Buddha Rama II secara senyap dan menyerang Kota Meang
Kuang Benua Siam Islam Kedah secara serang hendap. Khalifah Syarif Abu
Bakar Syah telah dibunuh di Istana Kota Meang Kuang. Dek kerana itulah
tahun serangan tahun
1821 digelar “tahun musuh bisik”,
ibaratkan musuh dalam selimut. Ini juga ada dicatit sebagai bukti oleh
ahli sejarah inggeris iaitu
Robert Adison.
Tentera-tentera Thai telah mencuri harta khazanah Syarif Yang Di Pertuan
seperti Bunga Emas dan membawa balik ke Bangkok. Dengan itu, hari ini
sejarah kita mengatakan bahawa Bunga Emas di hantar kepada mereka di
Bangkok, pada hal ia di rampas di Istana Kota Meang Kuang dalam tahun
1821.
Paduka Seri Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah telah mengikut jejak
langkah ayahnya Sultan Abdullah Mukarram Shah iaitu Raja Pulau Pinang
(bukan Sultan Kedah) menjadi pembelot Syarif Yang Di Pertuan Kedah.
Terdahulu, Sultann Abdullah telah membuat perjanjian sulit dengan
penjajah Inggeris untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada penjajah
Inggeris Francis Light pada tahun
1786 Masihi. Dia
berbuat demikian adalah kerana tamak dan inginkan pihak penjajah
inggeris mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Kedah iaitu di zaman Raja
Maha Besar Benua Siam Islam Kedah masih ada dan tinggal di Kota Meang
Kuang Benua Siam Islam Kedah di mukim Wang Tepus daerah Kubang Pasu
Kedah.
Antara yang menjadi mangsa musuh bisik oleh tentera Raja Buddha Chakri Sokho Thai Rama II pada tahun
1821 adalah seperti
Raja Maha Besar Benua Siam Islam Kedah Boromoraja V Ekataat Dinasti Ayutia Ke-33 Syarif Yang Dipertuan Yang Maha Mulia
yang dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kota
Setar Kedah bersama anak lelaki keduanya iaitu almarhum
Raja Siam Negeri Bangkok Koya Ngah Sultan Megat Terawis. Kedua, makam
Permaisuri Maha Raja Siam Tengku Suria Ibni Sultan Tengku Marin Langkat Sumatera Pasai (makamnya digelar makam Tok Jame berada di Alor Rambai Kota Meang Kuang Kubang Pasu Kedah).
Ketiga adalah makam
Sultan Marin Langkat Sumatera Pasai yang makamnya berada di Jeti Kuala Kedah yang digelar
makam Tok Pasai. Sultan Marin ini adalah cucu kepada
Tun Saaban yang bergelar
Iskandar Mahkota Alam semasa menjadi Raja Acheh (sebagai Laksemana ketika muda bergelar
Hang Tuah dan ketika menjadi Raja Ayuthia baginda bergelar
Narai).
Kemudiannya makam Sultan Johor Riau iaitu
Sultan Iskandar Koya Fai yang berada di Kota Meang Kuang mukim Wang Tepus Kubang Pasu Kedah. Makam Raja Siam Tenasirim Burma (Myanmar) iaitu
Sultan Koya Nai Chau Abu Kasim @ Sultan Datuk Maharaja Megat Manja Abu Kasim yang berada di Kampung Kubang Lintah Langgar Kedah pun menjadi mangsa musuh bisik. Antaranya termasuk makam
Raja Siam Chang Mai Sultan Koya Shuib @ Megat Shuib yang berada di Alor Raja Langgar mukim Langgar Kota Setar Kedah.
Seterusnya, makam Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan
Sultan Tengku Long Taha Ibni Sultan Tengku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana Alor Ganu Anak Bukit Kedah. Antara lain lagi adalah makam Raja Bang Nara Yala
Sultan Tunku Nong Chik Ibni Sultan Tunku Long Putera yang berada di Kampung Kota Sarjana juga. Makam Raja Mindanao
Sultan Koya Tunku Ali Ibni Sultan Tunku Long Putera berada di Kampung Kubang Besar mukim Tualang Kedah juga menjadi mangsa dan juga makam Perdana Menteri Benua Siam Islam Kedah
Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu Ibni Sultan Mohammad Jiwa Nainal Adilin yang berada di Kampung Kepala Bendang mukim Tualang Kota Setar Kedah.
Selain itu ialah makam
Laksamana Mad Sirat Tunku Mohammad Chan Keramat Tok Tekai Ibni Sultan Legeh Tunku Long Taha yang berada di Permatang Harimau mukim Lesong Kedah. Kemudiannya makam cucu Sultan Idris Jammu Patani Almarhum
Radin Megat Mad Ibni Radin Megat Tam Tunggal dan makam isterinya
Tunku Puteri Dayang Ibni Sultan Tunku Long Putera Laksemana Datu.
Terdapat juga lain-lain yang terlibat dalam perang dan mati syahid seperti makam Putera Sultan Idris Jammu Patani
Radin Megat Tam Tunggal yang berada di Tanjung Inggeris Pekan Langgar Kedah, makam Raja Siam Perlis
Nai Ta Sultan Syed Mohd Hatta Ibni Sultan Mad Zaffar Syah III Kedah yang turut berada di Tanjung Inggeris Langgar juga dan makam
Sultan Idris Jammu Patani dan
Puteri Majapahit yang berada di Masjid Kampung Sena Mukim Tobiar Pendang Kedah serta makam Raja Siam Kota Setar
Sultan Syed Yahya Tajuddin Syah yang berada di Kampung Alor Siam, Mukim Tajar.
Pada tahun
1821 ini lah juga tentera Raja Buddha Rama II Chakri Sokho Thai telah diserang balas dan diusir keluar dari Negeri Kedah oleh
Panglima Bukit Gantang Datuk Ku Raja Chenak Sultan Syed Alang Alauddin Panglima
Bukit Gantang yang mana ketika itu baginda menjadi Raja Siam Songkhla.
Baginda telah mendapat bantuan tentera china Manchu memandangkan baginda
adalah menantu kepada Maharaja itu. Kemudiannya angkatan tentera China
Manchu ini telah belayar ke Istana Bukit Chandan Perak untuk menjemput
Raja Champa Kamboja Pho Chan Koya Long Sultan Mad Zafar III Kedah (juga
disebut Putera Raja Siam Ligor) untuk datang bersemayam ke Kota Sarjana
Alor Ganu Kedah.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah ayahanda kepada Datuk Panglima
Bukit Gantang Raja Siam Songkhla Sultan Syed Alang Alauddin. Selepas
itu Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah ditabalkan menjadi Yang
Dipertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah. Wilayah pemerentahan baginda
adalah seperti peta semenanjung di atas. Pada ketika inilah Ahmad
Tajuddin Halim Syah melarikan diri ke Pulau Pinang dan dihantar oleh
Inggeris ke Melaka. Di sana sebagai penaung penulisan sejarah dan dengan
bantuan kewangan dari penjajah Inggeris (mereka membawa agenda
freemason), Ahmad Tajuddin Halim Syah telah bertindak menulis semula
Sejarah Melayu (agenda inggeris, tanpa pengarang), Hikayat Hang Tuah
dll. Beginilah kita semua mengetahui sejarah bangsa melayu hari ini,
tersasar dari hakikat sejarah Islam sebenarnya.
Antara senarai nama-nama bagi raja- raja negeri yang dilantik oleh Sultan Mad Zafar Syah III Kedah adalah
Ku Din Ku Meh bagi menjadi Raja Negeri Setoi (atau negeri Satun, bersebelahan Perlis hari ini). Kedua adalah
Tunku Mohammad Diah Kerabat Tok Bai yang dilantik menjadi Sultan Kelantan dan Terengganu atau dikenali sebagai Raja Legeh Kok Nanas Jeli Kelantan dengan gelaran
Sultan Mohammad I Kelantan. Antara lainnya adalah
Syed Harun Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Raja Negeri Perlis,
Nai Doi Ibni Sultan Datuk Maharaja dilantik menjadi Raja Kubang Pasu,
Nai Moreh (Tok Moreh) Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik menjadi Sultan Kota Setar,
Tunku Ibrahim Tunku Meh dilantik menjadi Raja di Kuala Muda,
Nai Long Abu Taha Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla dilantik menjadi Raja Selama termasuk Pulau Pinang,
Nai Long Jaafar Ibni Sultan Syed Alang Alauddin Raja Siam Songkhla yang dilantik menjadi Raja Siam di Larut Matang. Kemudiannya
Nai Long Ismail @ Sultan Ismail Kinta Ibni Sultan Syed Mohd Hatta yang dilantik sebagai Raja di Kinta dan
Raja Lumu anak saudara kepada permaisuri baginda Puteri Raja Bugis Sri Andalas pula telah dilantik sebagai Raja Negeri Selangor.
Sultan Mad Zafar Syah III Kedah telah mangkat pada tahun
1825 di Berahman Indera Balai Besar Alor Setar Kedah setelah memerentah selama
4 tahun
sahaja. Jenazah baginda telah dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung
Tualang mukim Tualang Kota Setar Kedah. Kemudian selepas kemangkatan
baginda, anak lelaki baginda iaitu Sultan Syed Alang Alauddin Datuk Ku
Raja Chenak Syed Alang Alauddin Panglima Bukit Gantang ketika itu
menjadi Raja Siam Songkhla ditabal menjadi Yang Dipertuan Yang Maha
Mulia Benua Siam Islam Kedah. Baginda menetap di Istana Kuning Berahman
Indera Alor Setar Kedah pada tahun
1825 dan memerentah sehingga tahun
1862 dan dimakamkan di Makam Diraja Siam Kampung Tualang Mukim Tualang Kota Setar Kedah. Anak lelaki baginda
Nai Long Jaafar kemudiannya kembali dari menjadi Raja Larut Matang dan ditabal menjadi Raja Besar Benua Siam Islam Kedah bergelar
Sultan Jaafar Mad Azam Syah dan baginda pula melantik Che Ngah Ibrahim menjadi menteri di Larut Perak pada tahun yang sama menggantikan tempatnya.
Pada tahun
1875, penguasa penjajah inggeris, J.W.W.
Birch yang mula menguasai negeri Perak telah dibunuh di Sungai Pasir
Salak oleh Datuk Maharajalela. Fikirkan lah saudara pembaca budiman,
arahan siapakah yang menyebabkan Datuk Maharajalela berani bertindak
sedemikian rupa? Penguasaan Inggeris di Perak bermula semenjak
Perjanjian Pangkor 1874 yang
mengenepikan peranan Yang Di Pertuan Kedah. Penjajah kemudiannya telah
memohon bantuan tentera penjajah Raja Rama V Chakri Sokho Thai Chula
Luang Khun agar menyerang Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah yang pada
masa itu berada di Istana Pulau Tiga Sungai Merbuk Kuala Muda Kedah.
Istana ini asalnya adalah istana lama milik Raja Iskandar Zulkarnain
Raja China Siamen. Selepas itu pada tahun
1876 Masihi,
Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah telah dibunuh oleh tentera Raja
Rama V Chakri Sukho Thai Chula Luang Khun di Gurun Kedah. Makam almarhum
kini berada di Makam Diraja Siam Kampung Tualang mukim Tualang Kedah.
Mayat baginda telah dibawa di dalam dulang besar (dalam keadaan
berkecai dipijak gajah) oleh tentera China Manchu dari Gurun ke Kampung
Tualang untuk dikebumikan. Penglibatan tentera China Manchu yang
beragama Islam adalah disebabkan ibu kepada Nai Long Sultan Jaafar Mad
Azam Syah adalah Puteri Raja China Manchu Siamen China dan tentera
Manchu Islam ini dihantar oleh Maharaja Cina Manchu untuk mengawal
baginda. Merekalah yang mengorek terusan Alor Cina di Kg Tualang Kedah
untuk tujuan pengairan air ke sawah padi. Keturunan tentera China Manchu
Islam hari ini masih ada di Kedah, tetapi hari ini mereka dikenali
sebagai Melayu kerana berkahwin dengan orang tempatan, dengan paras rupa
berwajah bujur sireh, berkulit putih kemerah-merahan. Kekecohan yang
dilakukan oleh Inggeris di China untuk menjatuhkan Maharaja China Manchu
itu kemudiannya tidak memungkinkan lagi Maharaja itu menghantar bantuan
ke Benua Siam.
Ahli sejarah Inggeris
Colonel James Low diminta
menjadi pencatat sejarah fantasi (dia bukan pakar) dengan bayaran
lumayan atas arahan Raja Thai Rama V Chakri Sokho Thai Thailand Chula
Luang Khun supaya tentera buddha Thailand dapat memusnahkan bahan bukti
Empayar Islam Benua Siam Kedah. Raja Thai ketika itu telah menjalankan
pemerintahan Tentera Buddha Thai dibawah seorang Raja Perempuan Thai,
Mak enche Manjalara di negeri Kedah selama lima tahun dari
1876 sehingga
1881. Mak Enche Manjalara ini kemudiannya berkahwin dengan
Sultan Abdul Hamid dan beliau pun dilantik menjadi Sultan Kedah.
Tentera-tentera thai telah ditempatkan di seluruh negeri kedah untuk
memastikan tiada siapa yang berani membuat penentangan terhadap wakil
Raja Thai, Sultan Abdul Hamid dan Mak Enche Manjalara. Pada masa ini
waris Raja-raja Siam Islam terpaksa mendiamkan diri bimbang ditangkap
dan dibunuh oleh tentera thai, hinggalah ke hari ini mereka bangun
menyuarakan wasiat yang dituntut oleh agama Islam. Keturunan tentera
thai ini masih ada di Kedah dan dikenali sebagai orang siam (beragama
Buddha) kerana orang siam Islam di Kedah sudah di Melayukan oleh
penjajah Inggeris. Lagi pun tentera-tentera ini datang dari negeri Siam
yang tidak ditukar namanya setelah dijajah oleh raja Thai dengan sebab
itu mereka masih lagi dipanggil orang-orang siam. Malahan di Kedah dan
Malaysia amnya, rakyat negara ini masih memanggil Thailand sebagai Siam.
Situasi yang sama berlaku di Patani di mana orang-orang Melayu Patani
begitu marah dengan tentera siam (pada hal mereka ini thai) kerana
mereka pun sudah pun di melayukan sepertimana kita yang berada di
Malaysia.
Antara yang dimusnahkan tentera thai sewaktu zaman penjajahan ini (
1876-1881)
adalah istana-istana Ayutia Raja Siam Islam Kedah, makam-makam dan juga
masjid-masjid yang bersejarah dan tinggalan sejarah di sekitar Lembah
Bujang, Kedah. Kebijaksanaan orang-orang kedah dahulu pula antara
lainnya mereka telah bertindak menimbus makam Sultan Syeikh Abdul Kadir
ibni Hussein Syah Alirah bertarikh
904 masihi di Tanjong Inggeris, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah di Kota Palas Pulau Langkawi.
Malangnya, makam Maulana Sultan Muhiyuddin Mansur Syah kini dikenali
sebagai “makam purba milik seorang perempuan” walaupun nama baginda ada
disebut dalam Undang-Undang Kedah dan dimaklumkan kedudukkan makam
tersebut oleh warisnya hari ini melalui penulisan di blog ini. Terkini,
saudara pembaca sakelian para penyelidik dari USM, Pulau Pinang
menjumpai lagi 3 tapak kesan tinggalan bangunan sejarah yang
diterbalikkan dan dikambus di zaman dahulu oleh penjajah Inggeris dan
thai sewaktu Kedah dijajah. Lokasinya hanya 2-3km saja dari makam Raja
Merong Mahawangsa yang bergelar
Sultan Madzaffar Syah I.
Istana Ayutia dan masjid- masjid yang dibina di zaman Raja Iskandar Zulkarnain Raja China Saimen di
Pulau Tiga Sungai Merbuk daerah
Kuala Muda Kedah Darulaman telah diletupkan dan dicampak ke dalam
Sungai Merbok. Yang tinggal hanyalah candi kubu tentera China Siamen
Raja Iskandar Zulkarnain (lihat artikel kami sebelum ini) yang
dikelilingi gok membuat arang daripada kayu-kayu bakau dari zaman Raja
Maha Besar Benua Siam Kedah Nai Long Sultan Jaafar Mad Azam Syah untuk
kegunaan kapal- kapal. Tempat-tempat bersejarah lain yang hanya tinggal
nama di Kedah antaranya, Kota Sarang Semut, Kota Meang Kuang, Kota
Sarjana, daerah Kota Kuala Muda, Kota Aur dll.
Pembaca yang dihormati semua, bukan lah tujuan kami untuk mengaibkan
sesiapa. Sejarah harus diceritakan semula dengan niat kebenaran
mengatasi segalanya. Sejarah realiti ini hanya boleh diriwayatkan semula
oleh waris-warisnya yang menanggung pelbagai kesusahan, siksaan, dihina
dan dikeji, tohmahan termasuk dipadam langsung dari sejarah bangsa
Melayu hari ini, mereka hilang pengiktirafan oleh sejarawan dan
pentadbiran kerajaan Malaysia semenjak negara kita mula merdeka lagi.
Kami sebagai waris tidak perlu takut disebut derhaka kerana kami kini
ada manuskrip Undang Undang Kedah, kami dari golongan yang melantik
mereka-mereka dahulu sebagai raja-raja daerah walaupun kemudiannya
mereka belot dan bersubahat dengan penjajah untuk mendapatkan kuasa dan
kekayaan lantas mengenepikan undang-undang Islam. Orang kebanyakkan
tidak menerima wasiat dan kefahaman sejarah mereka amatlah terhad
(dengan maaf) jadi amat sukar untuk mereka meriwayatkan semula sejarah
realiti, mungkin dituduh derhaka dsbnya. Raja-raja daerah zaman dahulu
telah bertindak megenepikan Maharaja Benua Islam Siam yang bergelar
Khalifah, Kaifa dan Maulana sepertimana tercatat dalam Undang-Undang
Kedah. Sehingga hari ini, sejarah negara kita masih ditulis dalam acuan
penjajah dan mereka-mereka yang engkar terdahulu. Jadinya, sejarah
bangsa Melayu hari ini hanya mengikut betul mereka sajalah.
Saudara pembaca sekelian, sama-samalah kita insaf dan merafak sembah
berdoa kehadrat Allah swt semoga roh-roh pejuang islam dahulu di
masukkan dalam golongan para syuhadah kerana mereka sanggup menempah
maut dalam memperjuangkan kebenaran agama islam. Haruslah kita sedar
bahawa dengan hilangnya bukti-bukti keagungan sejarah islam di negara
Kedah, orang-orang melayu kita hari ini kehilangan zaman kegemilangan
empayar Islamnya, kewibawaannya, manakala sejarahnya telah dicaturkan
semula oleh penjajah, pada hal
di suatu masa dahulu kita semua adalah bangsa yang disanjung tinggi oleh kawan dan lawan. Renungkanlah.
anaianai