Sunday, November 11, 2012

PAYA INDAH WETLANDS,SELANGOR


  
Paya Indah Wetlands merupakan kawasan utama ekopelancongan di Malaysia meliputi kawasan seluas 3100 hektar yang terletak di Daerah Kuala Langat, Selangor berhampiran dengan Dengkil dan lebih kurang 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Paya Indah menawarkan pelbagai tarikan dengan aktiviti lasak untuk semua peringkat umur. Ia juga sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan bagi pelajar sekolah dan biasa digunakan ketika musim cuti sekolah. Di sini kita boleh melihat badak air berendam di dalam kolam berpaya, buaya terbesar dan juga pelbagai jenis burung air. Lebih kurang 213 spesis burung boleh didapati di Paya Indah Wetlands. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
Paya Indah Wetlands,
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-8768 7616 / 03-8768 8726
Faks: 03-8768 8424
 

TAPAK RAMSAR TASIK BERA,PAHANG

 Tasik Bera


 
 
Kredit Gambar : kelabfotografismkrp.blogspot.com / pkhastementi.blogspot.com
 
Tasik Bera merupakan tanah lembab berkepentingan antarabangsa atau Tapak Ramsar semenjak tahun 1995. Keluasan yang dikhususkan sebagai Tapak Ramsar ialah 31,120 hektar. Tasik semulajadi terbesar di Malaysia ini terletak kira-kira 70 km dari Bandar Temerloh dan di hubungi oleh jalan raya. Orang Asli kaum Semelai merupakan penduduk utama di sini semenjak 600 tahun dahulu. Tasik, fauna, flora dan kaum Asli Semelai merupakan daya tarikan utama Tasik Bera untuk dikunjungi.

Info Pelawat : 
 
Penginapan

Pesona Lake Resort menyediakan kemudahan penginapan yang selesa dengan kadar bayaran yang berpatutan. Bagaimanapun pengunjung juga boleh berkhemah di tapak perkhemahan yang disediakan Jabatan.
 
Aktiviti

Pelbagai aktiviti berkonsepkan alam semulajadi dan kebudayaan disediakan disini seperti meredah hutan, memancing, memerhati burung, menyusur tasik dan sungai dengan perahu jalur, melawat taman herba dan kaum orang asli Semelai. Manakala untuk aktiviti kebudayaan yang melibatkan kaum Asli Semelai adalah seperti mencari dan mengambil damar pokok keruing, sewang, menuai padi dan kraf tangan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
Pengarah
Unit Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera
Mini Pos Bandar 32, 23350 Triang, Pahang

Tel:09-2556546
Faks: 09-2556546  

Pautan berkaitan :
 
Laman Web Rasmi PERHILITAN
 

PUSAT SANTUARI GAJAH KUALA GANDAH,PAHANG

PELUANG BERMESRA DENGAN GAJAH


SEEKOR gajah menunjukkan kebolehannya mendengar arahan jurulatih agar duduk semasa membuat persembahan.


GERAKAN lembut bak tarian tradisional yang dilakukan sekumpulan gajah seolah-olah melambangkan rasa gembira mereka dalam menyambut kehadiran pengunjung ke destinasi tersebut.
Ayunan badan ke kiri dan kanan secara tidak langsung membuatkan belalai haiwan itu turut beralun mengikut rentak. Persembahan permulaan di Santuari Gajah Kuala Gandah yang terletak di Lanchang, Pahang itu kemudian diiringi tepukan gemuruh pengunjung yang hadir.
“Tempat ini sangat menakjubkan. Para pengunjung bebas bermesra dengan gajah-gajah yang sungguh istimewa ini. Mereka sangat menghiburkan,” ujar Kelly Mackenzie, 29, seorang pelancong dari Cornwall, England yang datang bersama suaminya, Sam Mackenzie untuk mendekati haiwan herbivor itu.
Menurut Sam, kedatangan mereka ke negara ini adalah untuk berbulan madu. Kuala Gandah dipilih kerana mereka tertarik dengan artikel berkaitannya yang ditemui di internet iaitu pengunjung bebas untuk berinteraksi dengan gajah-gajah yang dipelihara di sana.
Malah, pasangan yang baru sahaja berkahwin itu turut memuji kehebatan pelatih-pelatih yang mampu memberi arahan dan mengajar gajah-gajah mereka berkomunikasi dengan pengunjung.
Selain menonton persembahan gajah, Kelly, Sam dan juga pengunjung lain berpeluang memberi makan kepada haiwan berkenaan dengan tangan sendiri, menunggang serta mandi bersama anak gajah yang comel.
Program lawatan media ke pusat konservasi gajah tersebut dianjurkan oleh Zespri International, syarikat peneraju pasaran buah kiwi antarabangsa sebagai inisiatif mempromosikan buah berkenaan.
Inisiatif tahunan Zespri
Dinamakan Buah Kiwi, Pengembaraan Menarik Cedokan Berkhasiat Harian Anda, aktiviti itu bertujuan untuk mempromosikan permulaan musim 2012 bagi buah kiwi yang merupakan hasil pertanian terpenting di New Zealand.
Pengurus Pemasaran Asia Tenggara Zespri International, Judy Lee berkata, mereka memilih untuk membawa kumpulan media berkunjung ke pusat itu kerana ia dilihat mempunyai signifikan dengan khasiat yang ada pada buah tersebut.
“Aktiviti ini merupakan acara inisiatif media tahunan kami untuk memperkenalkan kebaikan buah kiwi. Justeru, Santuari Gajah Kuala Gandah ini merupakan destinasi terbaik untuk menggambarkan bahawa walaupun gajah sejenis binatang yang besar dan gagah, tetapi buah kiwi yang kecil ini juga sama gagahnya dalam aspek khasiat yang dimiliki,” jelas Judy.
Sementara itu, pemandu pelancong, Mohd. Ruslim Idrus yang turut menyertai lawatan tersebut sempat memberi pesanan kepada para wartawan, penulis dan jurugambar yang hadir agar cuba untuk meletakkan makanan di dalam mulut gajah itu sendiri.

PERNAHKAH anda terfikir untuk bermesra serapat ini dengan kumpulan gajah sehingga dapat memandikan mereka.


“Masukkan buah kiwi atau makanan lain yang ingin diberi di dalam mulut gajah. Letak di atas lidahnya. Jangan bimbang kerana mereka tidak akan menggigit tangan anda,” kata Ruslim sambil disambut dengan jeritan kecil menandakan rasa takut oleh ahli media yang hadir.
Tidak gigit manusia
Menurut Ruslim, ia satu pengalaman menarik yang harus dilakukan setiap pengunjung. Tambahnya, apabila meletakkan sesuatu makanan di dalam mulut gajah itu, mereka tidak akan mengunyahnya selagi tangan kita tidak ditarik keluar.
“Ini kerana gajah adalah sejenis haiwan herbivor yang hanya memakan tumbuh-tumbuhan. Justeru, ia tidak akan menggigit, sebaliknya mencederakan manusia jika rasa diri terancam,” jelas beliau lagi mengenai santuari yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pegawai Hidupan Liar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Santuari Gajah Kuala Gandah, Isma Hamidah Ismail memberitahu, sehingga kini terdapat 26 ekor gajah yang dipelihara di pusat tersebut.
“Ia terdiri daripada tujuh ekor gajah jantan dan 16 ekor gajah betina. Kesemua haiwan itu telah diselamatkan dari habitat mereka dan dihantar ke sini bagi tujuan konservasi atau pemuliharaan.
“Gajah paling muda berusia tiga tahun yang diperoleh dari India, manakala paling tua berusia 78 tahun. Setiap hari kesemua gajah ini memerlukan kira-kira 900 kilogram makanan seperti buah-buahan, rumput dan palet,” tutur Isma sambil memberi tip agar pengunjung tidak berdiri di belakang gajah kerana tindakan itu boleh mencederakan mereka.
Pada majlis itu juga, Zespri International telah menyumbang RM1,500 kepada pihak Santuari Gajah Kuala Gandah sebagai tanda sokongan mereka terhadap pusat tersebut.
Ditubuhkan pada tahun 1989 oleh Perhilitan, pusat itu berperanan untuk melindungi serta menempatkan semula gajah-gajah luar yang habitatnya telah diganggu.
Selain itu, ia bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan haiwan tersebut.

PUSAT SANTUARI KELAH TASIK KENYIR,TERENGGANU

Santuari kelah sungai petang..

Tasik kenyir adalah salah satu tarikan yang menjai kunjungan setiap pelancong yang datang ke Terengganu.Namun Tasik yang luas ini sebenarnya mempunyai pelbagai lagi tempat yang boleh dikunjungi.Bukan sahaja terdapat pulau-pulau kecil..Air terjun yang cantik malah turut terdapat santuari di sini yang diwujudkan untuk memulihara alm fauna yang terancam.

Antaranya ialah Santuari Kelah yang terletak di Sungai Petang,Tasik Kenyir.Anda boleh datang ke sini dari Pengkalan Gawi yng memakan masa 40 minit masa perjalanan.Tetapi jarak perjalanan akan lebih dekat jika anda dari Pengkalan Jenagor

Di santuari ini,terdapat pusat penyelidikan,pusat pembenihan ,galero dan akuarium yang terletak di Kompleks Santuari Kelah.Ianya sesuai untuk mereka yang ingin menjalankan kajian tentang ikan kelah.Malah,orang ramai juga dapat menimba ilmu tentang kelah.

Iakan Kelah adalah spesies ikan yang cepat menghilangkan diri apa bila terdengar bunyi atau terlihat bayangan manusia dan haiwan.Tetapi berbeza di sini.Ikan kelah di sini bagaikan menyambut kehadiran tetamu yang datang melwat mereka.Mereka menanti untuk diberikan pelet makanan.Malah ikan di sini sangat jinak sehingga anda dapat memegang malah mencium nya sekali.

PUSAT SANTUARI GAJAH TASIK KENYIR,TERENGGANU

Santuari Gajah Di Tasik Kenyir

Santuari Gajah merupakan tarikan baru di Tasik Kenyir selain Santuari Kelah, air terjun, gunung dan Gua Bewah. Santuari yang berkeluasan 15,000 hektar terletak di Sungai Ketiar, Hulu Terengganu. Jarak perjalanan dari Bandaraya Kuala Terengganu ialah 140 km ( 2 jam), Kuala Berang (86 km), Pengakalan Gawi ( 56 km) dan sempadan negeri Terengganu-Kelantan di Felda Aring ( 11 km).
Santuari ini berfungsi untuk menempatkan gajah-gajah liar yang ditangkap di tempat lain dan menjinak gajah untuk membuat persembahan. Gajah ini dilatih untuk membawa orang, memberi hormat dan menerima arahan. Bahasa yang di gunakan untuk berkomunikasi ialah bahasa Mymar untuk perkataan duduk, bahasa Thailand untuk tunduk hormat dan bahasa Melayu untuk makan.
Dua ekor gajah yang bernama Seri berumur 3 tahun dan Suria berumur 10 tahun. Seri berasal dari Felda Keratong, Pahang dan Suria berasal dari Kampung Pak Kancil, Setiu. Santuari ini dibuka pada setiap hari dari jam 11 pagi - 1 petang dan 3 petang - 5 petang. Waktu menunggang pada jam 3 petang - 4 petang.
Untuk melihat dan menunggang gajah adalah percuma. Berat gajah tersebut antara 1.3 tan - 1.5 tan dan memerlukan makan 100 kg sehari. Makanan untuk pagi ialah roti, tengahari - tebu dan petang - buah-buahan seperti betik dan tembikai.
Santuari ini diurus oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN), Daerah Hulu Terengganu 09 681 1831/www.wildlife.gov.my.

Kunjungilah Santuari Gajah yang Hebat.

INFO UNTUK KE SINI

Keterangan Lanjut
 
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- 09 623 4122/627 4153
 
Pusat Penerangan Pelancong
- 09 626 7788/ 666 8498

Lokasi
Santuari Gajah ini  terletak di Sungai Ketiar, Tasik Kenyir, Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu menuju ke arah Lebuh Raya Tasik Kenyir dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di  Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
140 km dari Kuala Terengganu

56 km dari Pengkalan Gawi
11 km dari Felda Aring, Gua Musang
86 km dari Kuala Berang


Penginapan

Kenyir Sanctuary Resort
Pulau Poh, Tasik Kenyir,
D/A Box 24, Pej Pos Kuala Berang,
27100 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-8244360, 019-9836105
Faks: 09-8241504

Lake Kenyir Resort and Spa
Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir,
P.O. Box 32,
27100 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6668888
Faks: 09-6668343
Laman Web: http://www.lakekenyir.com
Emel: resort@lakekenyir.com

Lake Land Resort
Pulau Lata Terap,
Terengganu
Tel: 019-2828586, 011-349248, 019-2782939
Faks: 09-6633011
Emel: enquiry@lakelandmalaysia.com

Musang Kenyir Resort
895 L, Persiaran Hakim 2, Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6231888, 019-2782939
Faks: 09-6231888

Petang Island Resort
Bangunan Pusat Penerangan Pelancongan,
Pengkalan Gawi Tasik Kenyir,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6221276, 013-2860681
Faks: 09-6221276
Laman Web: http://www.pirkenyir.com.my
Emel: info@pirkenyir.com.my

Rumah Peranginan Persekutuan Tasik Kenyir
Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu.
Tel: 019-2828586, 013-9216363, 019-2828586
Laman Web: http://www.peranginan.bph.gov.my
 
Tanjung Mentong Resort
Tel: 09-6236684
Faks: 09-6316684
Jabatan PERHILITAN
Taman Negara Terengganu, Tanjung Mentong,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6227751
Emel: tnterengganu@wildlife.gov.my
 
Uncle John Resort
Near Lasir Waterfall
Tel: 09-6262020
Faks: 09-6262022
Emel: patrvl@tm.net.my 
 
Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online


3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Sepanjang perjalanan ke santuari anda akan melihat panorama  Tasik Kenyir yang cantik dan menarik.

PUSAT SANTUARI TUNTUNG BOTA,PERAK

Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung terletak di Kampung Bota Kanan Daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Pusat yang ditubuhkan pada 1968 adalah sama dengan majlis yang berlangsung pada tahun 1630an di mana Sultan Perak ketika itu Sultan Mudzaffar Shah II melepaskan tuntung ke Sungai Perak. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memulihara Tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. 
Info Pelawat : 
 
Aktiviti
 
Pelancong yang datang boleh melawat kolam-kolam tempat dikumpulkan ibu-ibu tuntung juga kolam yang didiami anak-anak tungtung berusia kurang 2 tahun. Selain itu,pelancong boleh melawat pusat intepretasi dan menonton video yang memaparkan pelbagai maklumat mengenai tuntung dan usaha konservasi yang dilakukan. Bagi pelancong yang bertuah mereka mungkin berpeluang melepaskan anak-anak tuntung ke habitat asal di Sungai Perak. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : 
 
Ketua
Pusat Konservasi Hidupan Liar Tuntung
Jabatan PERHILITAN, 32600 Bota Kanan, Perak 
 
Tel: 05-3762726

PUSAT SANTUARI BURUNG KUALA GULA,PERAK


  
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen. Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air/berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini. 
 
Info Pelawat :
 
Infrastruktur
 
Terdapat sepuluh buah chalet untuk pelancong yang datang ke santuari ini. Chalet tersebut disediakan pada kadar sewa yang berpatutan untuk pelancong-pelancong yang berminat untuk bermalam di Kuala Gula. Bot-bot kepunyaan orang kampung di sini boleh disewa untuk tujuan memancing, memerhati hidupan liar/burung dan lain-lain dengan kadar harga yang berpatutan.
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
 
Pengarah PERHILITAN Negeri Perak
Tkt. 3, Wisma Persekutuan
Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown, 30450 Ipoh, Perak 
 
Tel: 05-243 6645 
 
  
Pautan berkaitan :
 
Laman Web Rasmi PERHILITAN
 

PUSAT SANTUARI BADAK SUMBU,SABAH

BERTUBUH pendek, tegap, berwarna keperangan dan berkaki kontot merupakan antara ciri-ciri fizikal badak sumbu Sumatera yang semakin dihimpit kepupusan. Ia merupakan satu satu daripada lima spesies badak sumbu yang kini semakin diancam kepupusan.

Empat lagi spesies ialah badak putih, hitam, India dan Jawa. Badak sumbu Sumatera berbulu halus merupakan yang paling kecil dalam keluarga badak. Malah ia juga berada dalam kategori paling terancam sehingga hanya terdapat kira-kira 150 ekor sahaja mamalia berkenaan di Sumatera, Indonesia. Manakala kurang daripada 40 ekor terdapat di Borneo.

Punca utama bilangan haiwan itu makin berkurangan ialah dibunuh oleh pemburu-pemburu haram yang mahu mendapatkan tanduknya. Kononnya tanduk badak sumbu yang terbentuk daripada fiber keratin mampat mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.

Walaupun tidak ada kajian saintifik yang menyokong dakwaan itu, namun badak-badak sumbu di seluruh dunia terus diburu dan dibunuh walaupun ada negara yang mengenakan hukuman cukup berat terhadap pemburu haram.

Salah satu cara untuk memastikan kelangsungan atau survival mamalia unik itu ialah dengan mewujudkan pusat perlindungan.

Salah satunya ialahhasil inisiatif kerajaan Sabah yang mewujudkan Santuari Badak Sumbu Borneo melalui kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta.

Matlamatnya ialah memastikan spesies ini tidak pupus.

Salah satu NGO yang menyokong usaha kerajaan Sabah itu ialah Yayasan Sime Darby yang baru-baru ini telah membawa sekumpulan petugas media meninjau pusat perlindungan yang terletak di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin, kira-kira 45 kilometer dari pekan Lahad Datu, Sabah.

Terdapat tiga ekor badak sumbu Sumatera yang menghuni Santuari Badak Sumbu Borneo. Ketiga-tiganya diberi nama Kertam atau Tam, Puntung dan Gelogob.

Peluang mendekati dan bermesra dengan mamalia mamalia herbivor tersebut turut mengubah persepsi terhadap haiwan berkenaan.

Jika dilihat pada fikizalnya, memang agak menggerunkan. Sebab itu ramai yang menyangka ia dari spesies haiwan yang ganas. Lebih-lebih lagi apabila melihat tanduk atau sumbu yang terletak di bahagian hidungnya.

Tetapi setelah didekati ternyata ia tidak seperti yang disangka. Badak sumbu, terutama yang terdapat di Santuari Badak Sumbu Borneo amat.

Satu persatu makanan yang dihulur bergilir-gilir oleh kumpulan media yang hadir, dimakan sambil sesekali terdengar dengusan kuat ketika haiwan tersebut bernafas.

Tam yang seberat 708 kilogram (kg) memikul tanggungjawab untuk memastikan kesinambungan dan kelangsungan spesies berkenaan.

Ia merupakan penghuni pertama di pusat perlindungan itu setelah diselamatkan pada Ogos 2008.

Tam ditemui berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Pusat Perlindungan Hidupan Liar Tabin dengan kecederaan di bahagian badan dan kaki.

Puntung pula yang mengalami kecacatan di bahagian kaki kiri akibat terkena jerangkap samar mula dipantau di persekitaran semulajadinya sejak 2007. Bagaimanapun, selepas beberapa tahun ia didapati bersendirian di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran pusat berkenaan.

Pada hujung Disember tahun lalu, Puntung yang berusia 12 tahun dibawa ke pusat berkenaan berkenaan dengan menggunakan helikopter. Gelogob pula telah dibawa ke pusat perlindungan berkenaan dari Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 2010.

Selain Yayasan Sime Darby, antara yang terlibat secara langsung dalam program pemuliharaan badak sumbu Sumatera di pusat itu ialah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Borneo Rhino Alliance (Bora) dan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Pengarah Eksekutif Bora, Datuk Dr. Junaidi Payne berkata, haiwan tersebut kini berhadapan dengan masalah kepupusan kerana sering diburu bagi mendapatkan tanduknya. Tetapi ancaman paling serius ialah mamalia itu kini tidak lagi membiak.

"Jumlah mamalia ini amat kecil dan ia telah dikategorikan sebagai spesies haiwan paling terancam di dunia.

"Berbanding dahulu di mana badak sumbu Sumatera diburu kerana tanduknya, tetapi kini masalah utama yang dihadapi spesies ini adalah ia tidak membiak lagi," katanya.

Masalah itu katanya, semakin serius kerana kekurangan badak sumbu Sumatera betina yang mempunyai tahap kesuburan untuk membiak kerana dimamah usia atau berkeliaran bersendirian tanpa kumpulan. Katanya, dianggarkan kira-kira lima atau enam ekor badak sumbu Sumatera betina sahaja yang subur di Borneo untuk pembiakan bagi memastikan kelangsungan hidup spesies berkenaan.

Bagaimanapun, penemuan Puntung memberi harapan baru bagi merealisasikan kelangsungan hidup badak sumbu Sumatera dengan menyatukannya bersama Tam.

Pengurus Lapangan Bora yang bertindak sebagai pakar veterinar, Dr. Zainal Zahari Zainuddin, berkata, pemantauan perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum menyatukan Puntung bersama Tam.

"Teknologi terkini seperti penggunaan gelombang ultra bunyi, pengambilan sampel darah, penggunaan pewangi dan sebagainya mampu memastikan tahap keberkesanan pembiakan spesies badak sumbu Sumatera.

"Selain itu, ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru dalam menyatukan kedua mamalia ini. Jika dipaksa kedua-duanya akan bertindak agresif antara satu sama lain atau Puntung mungkin akan menghindarkan diri dari Tam," katanya.

Buat masa ini, Dr. Zainal Zahari berkata, Puntung menunjukkan reaksi positif. Tambahnya, badak sumbu Sumatera betina akan mencecah kematangan mengawan antara usia enam hingga tujuh tahun. Manakala badak sumbu jantan pula adalah pada usia 10 tahun.

Proses pembiakan badak sumbu Sumatera pula mengambil masa kira-kira 15 hingga 16 bulan. Setiap badak sumbu betina yang subur mampu melahirkan anak setiap tiga tahun sekali.

Namun sayangnya, Gelogob yang sudah dimamah usia (kini 30 tahun) tidak boleh membiak lagi dan turut cacat penglihatan.

Secara purata menurut Dr. Zainal Zahari, jangka hayat mamalia tersebut hanya mampu mencecah 35 hingga 40 tahun. Setiap daripadanya mampu membesar sehingga 1.5 meter tinggi dan tiga meter lebar serta mencapai berat 950 kilogram apabila meningkat dewasa.

PUSAT SANTUARI HARIMAU ,KRAU,PAHANG

Hutan Simpan Krau biak harimau

TEMERLOH 21 April - Hutan Simpan Krau dekat sini akan dijadikan tempat perlindungan habitat harimau belang bertujuan menjadi kawasan pembiakan dan pemuliharaan haiwan itu daripada kepupusan.
Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Salehuddin Ishak berkata, kawasan seluas 80 hektar berhampiran Pusat Pemuliharaan Gajah di Kampung Kuala Gandah Lanchang dikenal pasti sebagai tempat perlindungan dikenali sebagai Lembah Harimau.
Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan kajian termasuk faktor keselamatan sebelum dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10).
��Kawasan yang dicadangkan itu akan dilaksanakan di bawah Kementerian Pelancongan dan didapati sangat sesuai kerana hutannya yang tebal, beriklim sejuk, mempunyai beberapa anak sungai serta alam flora dan fauna yang menarik sesuai untuk haiwan tersebut,� katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, setakat ini, terdapat 20 ekor harimau belang berjaya dikesan di kawasan hutan tersebut.
Kata beliau, apabila dibuka nanti kawasan itu menjadi tarikan baru pelancong ke daerah ini selain pusat pemuliharaan gajah yang menerima kehadiran 40,000 pelancong.
Tambahnya, cadangan itu secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dalam menjalankan pelbagai perniagaan di situ nanti.

PUSAT SANTUARI ORANG UTAN SEPILOK,SABAH

PUSAT PEMULIHAN ORANG UTAN SEPILOK
 
 
Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00 petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Para pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap sendiri haiwan seberat 200 paun ini.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan rimba iaitu :
lebih kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia
dan sekurang-kurangnya 400 spesis pokok kayu.
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar, bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka.  Binatang lain yang dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera, Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.
Pengangkutan
Para pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.
Dengan menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan bermula dari jam 6.00 pagi ke atas.   Tambang dikenakan ialah RM2.10 sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu berjalan sejauh setengah km ke dalam. 
Bayaran Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)
Cara ke Sana
Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan. Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan atau MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas. Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.

TAMBANG  PENGANGKUTAN DARI  BANDAR  SANDAKAN
Teksi
Bas
RM100.00 (ulang-alik) 
RM2.10 sehala

Masa Dibuka
Pagar Keselamatan
Setiap hari
8.00 pagi – 5.00 petang
Kaunter Tiket
Setiap hari
9.00 pagi – 11.00 pagi
2.00 ptg   -    3.30 ptg
Dewan Pameran
Setiap hari (kecuali Jumaat)
9.00 pagi  -  4.30 petang

Pagar Keselamatan :
Setiap hari bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Kaunter Sambutan dan Tiket :
Setiap hari bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi dan 2.00 petang hingga 3.30 petang
Dewan Pameran :
Setiap hari (kecuali Jumaat) bermula 9.00pagi hingga 4.30 petang
Pusat :
Setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00petang

Jumaat - 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, 2.00 petang hingga 4.00 petang

Yuran Kemasukan

Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00
Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00
Keterangan Lanjut
Alamat
Batu 14, Jalan Labuk
WDT200, 9009 Sandakan Sabah
Tel: +6089531180
Faks: +6089 531189
E-mel : soutan@po.jaring.my
Laman Web: http://www.sabah.gov.my/jhl/

PUSAT SANTUARI BUAYA PASIR GUDANG,JOHOR

Santuari Buaya Tembaga Pertama Di Malaysia Di Sarang Buaya Pasir Gudang Johor


Destinasi perlancongan pada kali ini adalah di Sarang Buaya Pasir Gudang. Pusat bandar Pasir Gudang terletak di sebelah timur bandaraya Johor Bahru. Cara yang mudah untuk kesana adalah melalui pengangkutan awam atau memandu sendiri yang mengambil masa 40 minit dengan anggaran jauh lebih kurang 35 kilometer. Pasir Gudang terkenal sebagai bandar industri di negeri Johor yang berasaskan kepada industri berat, kimia, minyak kelapa sawit dan sebagainya.

Lokasi Sarang Buaya ini terletak berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Langsat yang berkeluasaan 8 ekar. Ia dibina dalam kawasan habitat paya bakau. Pada masa ini terdapat sebanyak 12 buah kolam telah dibina bagi menempatkan pelbagai saiz buaya tembaga. Ia akan menempatkan sebanyak 592 ekor buaya tembaga dan telah mendapat kelulusan dari Jabatan Perhilitan melalui permit khas. Kini, sebanyak 144 ekor buaya telah diperolehi dan ditempatkan di 6 buah kolam yang berukuran 1’6 inci hingga 10 kaki dan pelbagai peringkat umur buaya dari 1.5 tahun hingga 15 tahun.

Sarang Buaya Pasir Gudang adalah santuari buaya tembaga yang pertama Di Malaysia kerana haiwan ini dilindungi oleh Jabatan Perhilitan dibawah Akta 76 1972 yang hanya membenarkan kepada yang mempunyai permit khas sahaja boleh memelihara haiwan ini. Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

PUSAT SANTUARI PENYU RANTAU ABANG,TERENGGANU


Pusat Santuari Penyu ini terletak di Rantau Abang, Dungun. Di Pusat Santuari Penyu, pelancong boleh melihat dan mempelajari lebih lanjut mengenai haiwan ini dan mengetahui tempat terbaik untuk melihat penyu bertelur. Majlis Penasihat Santuari Penyu Negeri Terengganu bertanggungjawab bagi segala bentuk perlindungan, pemuliharaan dan pengurusan penyu di Negeri Terengganu Darul Iman.


Mengikut statistik, Pusat Penerangan Penyu telah dikunjungi seramai 8,116 orang pada tahun 2008. Manakala pada tahun lepas seramai 9,979 pelancong melawat pusat penerangan itu iaitu 8,959 pelawat tempatan dan 1,020 pelawat luar negara.


Menurut Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan Penyu Belimbing di Pantai Rantau Abang semakin menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003, sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 (5), 2005 (1), 2006 (5) dan tiada pendaratan pada 2007.

Namun sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan Penyu Belimbing di pantai tersebut. Manakala bagi Penyu Agar pula, jumlah pendaratan pada 2003 adalah 1,479, 2004 (2,118), 2005 (1,037), 2006 (2,371) dan 2007 (2,047).

Jumlah pendaratan Penyu Karah juga semakin berkurangan iaitu 2003 (6), 2004 (9), 2005 (8), 2006 (4) dan 2007 (18), manakala tiada langsung pendaratan Penyu Lipas dari tahun 2003 hingga 2007. Melihat kepada rekod jabatan itu mengenai jumlah pendaratan penyu di negeri itu sahaja sudah mampu mencetuskan perasaan resah bahawa haiwan itu sedang mengalami ancaman kepupusan yang kritikal.


Bagaimana Untuk Ke Rantau Abang....

Sekiranya anda ingin ke Rantau Abang dari Kuala Terengganu, anda boleh menaiki bas ke Dungun dari Hentian Bas MBKT. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit dari Bandar Kuala Terengganu. Sekiranya anda dari Bandar Dungun, anda boleh menaiki bas ke Kuala Terengganu dari Hentian Bas di Dungun. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit dari Bandar Dungun.

Anda juga boleh datang ke Rantau Abang dengan teksi. Sila rujuk senarai Perhentian Teksi di Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Kuala Terengganu ke Rantau Abang ialah 62km.

Dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuantan. Cari arah perjalanan ke Kuala Terengganu atau Kemaman. Selepas tiba di Kemaman, cari arah papan tanda untuk ke Dungun. Jarak perjalanan di antara Kuala Lumpur dan Rantau Abang ialah lebih kurang 420 km.

Sekiranya anda dari Pulau Pinang, anda boleh menggunakan Lebuhraya Timur-Barat menghala ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu, anda perlu mencari arah perjalanan ke Besut dan seterusnya ke Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pulau Pinang ke Rantau Abang ialah lebih kurang 892km.

Dari Johor, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Plaza Tol Yong Peng. Dari Yong Peng, ambil lebuh raya ke Labis dan Segamat. Dari Segamat, anda boleh menuju ke Kuantan, Kemaman dan seterusnya Dungun.


Info Penyu

Pengenalan

Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour. Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin.

Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.


Kitaran Hidup

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu Betina akan mengawan dengan Penyu Jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu Betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1–3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor Penyu Betina boleh bertelur di antara 4-6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8–15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2-8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan Penyu Betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga.


Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas (30°C ke atas) akan menghasilkan anak Penyu Betina dan suhu sejuk (26–278°C) menghasilkan anak Penyu Jantan. Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman. Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini, anak-anak penyu dikatakan mengalami proses “imprinting” yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak.


Ada ahli saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor Penyu Betina atau seekor Penyu Jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Jenis-Jenis Penyu

Penyu Belimbing

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin pupus. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya (cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600 kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400 m hingga 1,200 m.


Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya menghasilkan telur antara 60–120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah Mac hingga Ogos. Di Malaysia, tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga di Paka dan di Pahang. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat 5–6.5 sm.

Penyu Agar

Penyu Agar juga dikenali sebagai “penyu hijau" mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135–270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April–September dan menghasilkan 100–140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembut dengan ukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Karah / Sisik


Penyu ini juga dikenali sebagai Penyu Sisik. Ianya mempunyai karapas yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70–90 sm dengan berat badannya di antara 35–75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan Terumbu Karang.

Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan Terumbu Karang. Musim bertelurnya adalah Mac–Jun dengan purata bertelur sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembut dan berukuran garis pusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu Lipas

Penyu Lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0–6.5 sm dengan berat yang biasanya di antara 35–50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac–Jun dan menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih, berkulit lembut dan bergaris pusat lebih kurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan diancam kepupusan.

HUTAN SIMPAN MATANG,PERAK




Jika dalam entry sebelum ini, cerita tentang Perak, saya paparkan Kellie’s Castle dan Gua Tempurung, jadi kali ini saya ingin paparkan pula satu lagi permata yang amat bernilai dari negeri Perak, iaitu Hutan Paya Laut Matang




Kunjungan saya ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang ialah pada tahun 2009. Jadi gambar yang saya paparkan di sini ialah gambar yang diambil pada tahun 2009. Saya mula berminat untuk mengenali Hutan Paya Laut Matang setelah mengetahui tentangnya daripada sahabat saya, bekas pegawai Jabatan Perhutanan yang kemudiannya bertukar kerjaya menjadi guru.

(jangan dilayan kera nanti anda akan 'didera' oleh sang kera)


Disebabkan kunjungan saya sekadar jalan-jalan dan bukannya bersifat kajian, jadi saya terpaksa mencari info dari sumber-sumber yang lain untuk dipaparkan di sini. Rasanya info/maklumat dari Universiti Putra Malaysia, merupakan info yang terbaik untuk saya paparkan di sini.

(antara chalet yang disediakan)

Hutan Paya Laut Matang(HPLM) terletak di Kuala Sepetang. Ia Merupakan hutan paya laut bakau diurus secara terbaik di dunia. Berkeluasan 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung. Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.



Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Sambutan ulang tahun ke 100 dan disempurnakan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 13 Oktober 2004 lalu.

(antara chalet yang disediakan)

HPLM juga memberi sumbangan yang besar kepada industri perikanan di mana hasil tangkapan perikanan adalah berjumlah lebih kurang RM251 juta setahun. Ini termasuklah hasil tangkapan udang dan ikan, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan kerang. Ini menunjukkan bahawa pengurusan HPLM secara berkekalan amatlah penting supaya hasil tangkapan ikan dan udang serta hasil laut lain akan diperoleh secara berterusan dalam masa akan datang.




Di samping itu, nelayan yang dianggarkan seramai 4,909 orang dan bergantung hidup kepada industri perikanan dapat meneruskan hidup mereka pada masa akan datang. Ini secara tidak langsung boleh menjamin pendapatan yang berkekalan.








INFO TAMBAHAN:

Jika berminat untuk bermalam atau menginap di chalet.
Sila hubungi:

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak.
Tel. : 05-8072762

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...