Ketakutan Filipina: ISLAMISASI SEMAKIN MENULAR
Ketakutan kerajaan Filipina semakin menjadi-jadi terutama ketakutan terhadap Islamisasi yang melanda umat Kristian Visaya dan Tagalog di Manila hari ini. Ribuan penganut Kristian yang terdiri dari kalangan bawahan sehinggalah kepada golongan kaya termasuk golongan artis atau selebriti telah mula menganut Islam.
Di Filipina, sesiapa yang menganut Kristian sebelum ini kemudian menganut Islam, mereka dipanggil sebagai "Balik Islam". Bermaksud "Telah kembali kepada agama asal iaitu Islam".
Hal ini adalah hakikat dari kewujudan kekuasaan Sulu-Brunei ketika dulu
ke atas semua wilayah kepulauan yang bermula dari Suluwesi (Sulawesi)
sehingga ke Luzon sebelum kedatangan Spanyol.
Seorang
artis terkenal Filipina bernama Robin Padilla sangat gembira dan
bertuah setelah kembali kepada Islam. Menurut beliau, nenek moyang
mereka sebelum kedatangan Spanyol adalah beragama Islam. Sekiranya kita
menulusuri sejarah kita akan dapat mengesahkan hakikat ini, Tausug
Taguimah dari Basilan sehingga ke Jolo telah pun menerima Islam seawal
kurun ke-7 (lebih awal dari Brunei) yang dibawa dari China era
pemerintahan Dinasti Tang (650-700 Masihi).
Hari ini, para Jesuit
masih meneruskan program "mengkristiankan" umat Islam Sulu dan Mindanao.
Sebahagian kecil dari Tausug telah berjaya mereka kristiankan tetapi
muslimin tidak berdiam diri. Malah hari ini berlaku sebaliknya, umat
Kristian Filipina berduyun-duyun menganut Islam. Mereka bangga menjadi
Islam kerana sudah jadi "saudara" Tausug di Jolo. Sebab itu Robin
Padilla datang ke Jolo dan beliau disambut dengan meriah oleh Tausug
disana sebagai Saudara Seaqidah dengan Tausug.
Beberapa orang pemimpin Kristian termasuk Madre (Nun) dan Padre (Priest) Katolik Filipina memeluk Islam.
Kebanyakan Madre dan Padre kembali kepada Islam adalah kerana peranan Tausug di Jolo. Video di atas salah satu buktinya.
Antara
kaedah muslimin melawan kristianisasi dan berjaya menarik umat Kristian
Filipina masuk Islam ialah dengan mengekalkan budaya nenek moyang iaitu
"Bangga menjadi Tausug" dan "Bangga menjadi Ummat Muhammad SAW". Kebangsaan dan Agama tidak boleh dipisahkan oleh Tausug.
Bangga
Menjadi Tausug, adalah satu slogan bukannya di mulut tetapi perlakuan.
Di Manila sehingga ke Cebu dan Visaya, Tausug dipanggil Joloano
bermaksud "Orang Jolo". Kebanggan sebagai Tausug adalah kerana
keberanian "mempertahankan Aqidah dan hak" sehingga ketitisan darah yang
terakhir. Bangga Menjadi Tausug bermakna bangga terhadap sifat dan
sikap yang menjadi budaya.
Sebagao contoh,
apabila ada orang Islam dianiaya oleh umat Kristian di Filipina, adalah
dayus sekiranya Tausug tidak membelanya. Sebab itu peperangan di Jolo
hari ini, Tausug bangkit bersama-sama bela-membela sesama mereka.
Meminta sedekah, Mencuri, Memeras ugut dan menipu dalam perjanjian
bukanlah sikap Tausug. Kerana kalau berlaku maka jelas telah mencalar
maruah, ia perlu dibayar dengan darah dan perang saudara atau
selama-lamanya menjadi buah mulut yang memalukan.
Bangga
Menjadi Ummat Muhammad SAW, iaitu Tausug meneggakkan maksud dua kalimah
syahadat dalam dirinya. Mengasihi Muhammad SAW dan para keluarganya
serta mengasihi sekelian sahabatnya. Anak-anak wajib mengaji
sekurang-kurangnya boleh membaca Al-Quran. Mencintai Muhammad SAW
dizahirkan dengan mengadakan Maulidurrasul di sepanjang bulan Maulid
setiap tahun. Mereka mengadakan pembacaan Kitab Al-Barzanji dan menjamu
fakir miskin bermula dari selepas Isyak sehingga menjelang solat Subuh.
Kemeriahan malam-malam Maulid begitu menggembirakan. Kemeriahan yang
lebih meriah berbanding Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Budaya ini
masih berlangsung sejak abad ke-15 lagi sehingga hari ini. Ini adalah
SIMBOL Tausug yang menjadi kekuatan mereka bertahan berabad-abad diasak
oleh Spanyol tetapi masih melawan sehingga tidak terkalah.
Kalau
pun mereka secara majoriti begitu jahil Syariat, tetapi dengan
mengamalkan budaya seperti di atas bagi mereka sudah mencukupi menjadi
seorang Islam. Hal ini terjadi adalah peperangan yang panjang lantaran
pengajian Fiqh begitu jarang dipelajari secara menyeluruh. Apa yang
diperlukan oleh generasi muslim Tausug hari ini ialah menggiatkan
pengajian Islam dengan menghantar anak-anak mereka ke Mesir, Yaman,
Aceh-Indonesia, bila kembali ilmu Islam akan mereka kembangkan di sana.