Ikan yu paus, 
Inggeris piawai whale shark, nama saintifik 
Rhincodon typus, adalah sejenis 
ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet 
pemakanan bertapis,
 ia juga merupakan spesies ikan yang besar dan gergasi. Menurut 
perkiraan, saiz ikan dalam spesies ini yang terpanjang berukuran 
12.65 meter (41.50 ka). Manakala yag terberat adalah lebih dari 36 tan 
(79,000 lb),
[2] tetapi tuntutan laporan yang dibuat ini tidak dapat dipastikan dengan tepat. Haiwan ini berada dalam 
genus Rhincodon dan 
famili, 
Rhincodontidae (dipanggil Rhinodontes sebelum tahun 1984), ia termasuk dalam sub-kelas 
Elasmobranchii yang berada dalam kelas 
Chondrichthyes.
 Ikan yu paus mudah untuk dijumpai di kawasan lautan beriklim tropika 
yang purata suhu airnya sekitar 25 C hingga 30 C. Dan purata umur 
hidupnya dalam keadaan ini boleh mencecah sehingga 70 tahun.
[3]
 Spesies ikan gergasi ini telah dianggarkan menetap hidup di bumi sejak 
60 juta tahun yang lalu. Yu paus jantan pada kebiasaannya memiliki saiz 
mulut yang lebih besar berbanding saiz mulut betina. Makanan utamanya 
adalah 
plankton, haiwan dan tumbuhan seni bersaiz mikroskop. Menurut rancangan BBC, yakni filem 
Planet Earth, yu paus turut memakan sekumpulan ikan kecil.
[4]
Spesies yu paus ini mula dijumpai pada April 1828, menerusi suatu kajian biologi marin yang dibuat di 
Table Bay, 
Afrika Selatan4.6-
meter (15.1 
ka). 
Andrew Smith, seorang doktor tentera yang bernaung di bawah pasukan tentera British di 
Tanjung Harapan yang menjalankan kajian sejak sekian tahun lamanya.
[5]
 Beliau telah menghasilkan lebih banyak deskripsi kajian dan penerangan 
berkaitan spesies ii pada tahun 1849. Nama "yu paus" datang dari bentuk 
fisiologi ikan tersebut yang besar seakan 
ikan paus dan mengamalkan diet pemakanan bertapis.
 Habitat
Ikan yu paus pada kebiasaannya menetap di jaringan perairan yang beriklim tropika dan dan lautan bersuhu panas. Asasnya di 
pelagic, kawasan pemakanan yang terletak di selatan dan timur 
Afrika Selatan; Gladden Spit di 
Belize; 
Terumbu Karang Ningaloo di 
Australia Barat; 
Ćtila di 
Honduras; 
Donsol, 
Pasacao dan 
Batangas di 
Filipina; luar pesisir pantai 
Isla Mujeres dan 
Isla Holbox di 
Yucatan Mexico; 
Pulau Tenggol; luar pantai 
Terengganu, 
Malaysia, 
Taman Negara Ujung Kulon di 
Indonesia; 
Nosy Be di 
Madagascar, luar pantai 
Terumbu Karang Tofo berdekatan 
Inhambane di 
Mozambique, dan Kepulauan 
Tanzania di 
Pulau Mafia, 
Pemba, 
Zanzibar; 
Kepulauan Seychelles, 
Maldives, 
Sri Lanka, 
Pulau Galapagos, 
Laut Merah, perairan pantai 
Yemen dan 
Oman dan, amat jarang kelihatan di, 
Eilat, 
Israel.
 Malah ikan ini juga boleh dilihat dikebanyakan pantai tropika yang 
berhampiran dengan daratan, berhampiran lagun, dan atol terumbu karang, 
juga dapat dilihat di kawasa muara sungai yang bersih, jernih dan dalam.
 Kedalaman terbaik untuk ia mudah berenang adalah sekitar kedalaman 
latitud ±30° (30 meter dalam). Ikan ini boleh berenang sehingga 
700 meter (2,300 ka) dalam, dan ia suka berhijrah dan bermigrasi.
[3]
  
Anatomi tubuh
Sebagai haiwan dan ikan yang mengamalkan etika diet bertapis atau 
memilih jenis makanan, secara amnya mulut haiwan ini akan lebih besar 
sehingga 1.5 m (4.9 ka) luas dan mempunyai kira-kira 300 hingga 350 
batang gigi kecil.
[6]
 Ia mempunyai 5 pasang insang yang besar. 2 (dua) biji mata yang 
terletak di hadapan, dan mempunyai keadaan / bentuk kepala yang rata. 
Badannnya biasanya berwarna kelabu dan perutnya putih; tiga bonjolan 
jelas menjalar sepanjang setiap sisi dari kulit haiwan dan ditandai 
dengan beberapa tompokan kuning pucat dan garis-garis. Setiap tompokan 
adalah unik dan istimewa untuk setiap ekor ikan kerana ia berguna untuk 
menentu identiti ikan dan menyeragamkan kiraan dalam populasi. Tebal 
kulit boleh mencapai sehingga 10 
sentimeter (3.9 
in) . Yu ini ini mempunyai sepasang 
sirip dorsal dan 
sirip pektoral. Ekor Juvenil adalah besar pada bahagian atas dan bawah dan ekor ikan dewasa akan menjadi bentuk semi-
lunar (ekor berbentuk sabit). 
Ventilator pula hanya terletak di belakang mata bagi mengawal suhu badan agar kekal sejuk.
Ikan yu paus bukanlah perenang yang cekap kerana ia menggunakan 
seluruh badannya (perkara yang luar biasa bagi ikan) untuk mencapai 
purata kelajuan sekitar 5 
km/j (3.1 
bsj). Spesimen yu paus terbesar ditangkap pada 11 November 1947, berdekatan 
Pulau Baba, di 
Karachi, 
Pakistan. Panjangnya 12.65 m (41.50 ka), beratnya lebih 21.5 t (47,000 lb), dan lilitannya 7 m (23.0 ka).
[7]
Diet
Ikan yu paus adalah ikan yang mengamalkan diet pemakanan bertapis, 
maka ia adalah salah satu hidupan yang memilih makanannya dan pada 
kebiasaanya hanya memakan hidupan mini dan bersaiz seni. Salah satu dari
 ikan yu yang dikenal pasti mempunyai etika diet seperti ini selain 
ikan yu basking dan 
ikan yu mulut gergasi. Ia biasanya memakan 
alga-makro, 
plankton, 
udang kecil, larva 
ketam merah Pulau Krismas,
[8] dan hidupan 
nekton yang kecil seperti 
sotong kecil, atau 
ikan
 kecil. Banyaknya bilangan gigi kecil sebenarnya tidak memainkan peranan
 dalam mengunyah makanan dan menangkapnya; sebenarnya ia bertindak untuk
 mengurangkan ruang kosong dalam mulut ikan yu ini agar lebih kemas dan 
gusi dan bibir tidak mudah menggelebeh. Ikan yu paus, banyak menyedut 
masuk air masin kedalam mulutnya, dan mengeluarkan lebihan air menerusi 
insangnya yang terbuka besar. Secara teknikal, ketika mulutnya terbuka 
air yang masuk akan membawa banyak haiwan seni masuk bersama, dan 
apabila keluarnya air menerusi insang, haiwan mini tersebut akan 
terperangkap antara penapis insang, ini memudahkan ikan yu ini hanya 
memakan sisa haiwan yang terlekat pada penapis insangnya (yakni bahagian
 
dermal dentikal) yang sebaris dengan insang dan 
farink.
 Insang nipis da halus ini boleh memerangkap makanan yang bersaiz atas 2
 hingga 3 milimeter (0.079 hingga 0.12 in) dalam diameter. Bahan yang 
terperangkap akan terjerat di insang ketika ia menguap. Apabila yu paus 
batuk, ini secara mekanikal membantu paus tersebut membuang sebarang 
habuk dan kekotoran serta benda tersekat di insang dan kerongkong nya. 
Ikan yu paus adalah pemigrasi (penghijrah) dan berupaya untuk mencari 
makanan dan bertelur.
[3][9][10]
Ikan yu paus adalah pemakan yang aktif, dan biasanya haya mencari dan
 memakan plankton, udang kecil, alga atau ikan kecil yang mempunyai 
kosentrasi yang tinggi. Tempat terbaik untuk mencari kawasan pemakanan 
adalah kawasan yang kaya dengan terumbu karang. Berbeza dengan ikan yu 
basking, ikan yu basking tidak boleh menyedut air dan hanya berenang 
bergantung kepada daya arus air yang mengalir menerusi insangnya, tetapi
 untuk ikan yu paus perkara ini amat mudah utuk dilakukan kerana 
badannya yang besar dan penyedut air selain mulut dan insangnya yang 
lebar dan besar.
[3][9]
 Tingkah laku bersama penyelam
Spesies yu ini hanyalah besar, tetapi ia tidak berbahaya kepada 
manusia, malah bersifat lemah lembuh dan mudah berenang bersama manusia 
tanpa perlu rasa bimbang.
[11]
 Ikan yu paus biasanya sangat bersikap lembut, Penyelam dan ikan lain 
bebas berenang dan menyelam tanpa rasa curiga atau berisiko untuk 
diserang. Cuma penyelam perlu berjaga akan ekor ikan ini yang panjang 
dan berbentuk sabit kerana ia boleh melibas dengan kuat.
[12]