Kebangkitan Islam di Russia
Natijah Daripada Tekanan
dan Penindasan Russia
|
|
|
|
Penduduk Rusia menganggap Volga sebagai, "Ibu tercinta, sungai Rusia,"
sebuah imej yang kelihatan terhasil dari susun-atur bandar Kazan.
Terletak di tebing sungai ini yang membeku, bandar tua ini masih mampu
kelihatan seperti Rusia tua yang kurang dijaga. Pada tengahari Jumaat,
bagaimanapun, satu suara lantang bergema di seluruh Kazan. "Allahu akbar,
Allahu akbar!" Inilah suara keimanan yang sedang bangkit semula di
bumi yang dianggap tanahair oleh Slavs di Moskow dan Vladivostok.
Pada bulan Ramadan yang mulia ini, dalam suasana puji-pujian kepada Allah
memenuhi jalanan yang bersalji dari berpuluh-puluh menara masjid yang baru
dibina, seorang dari Moskow dengan mudah akan merasakan bahawa dia bukan
berada di Rusia lagi.
Malah, kaum Tatar, yang merupakan penduduk utama kawasan ini, tidak
memanggil sungai mereka Volga. Pada mereka, sungai ini adalah Idel,
nama yang digunakan mereka sejak zaman kegemilangan mereka ketika Tatarstan
ini merupakan Pemerintah Kazan. Pemusnahan ibu negara lama oleh 'Ivan
the Terrible' pada 1552, diikuti pula dengan berkurun-kurun di bawah Tsar
dan kemudian pemerintahan Komunis, tidak berjaya melenyapkan terus sebuah
identiti budaya yang mengalu-alukan kejatuhan rejim Soviet.
Walaupun kebanyakan daripada kaum Tatar ini tidak dapat bertutur dalam
bahasa mereka sendiri dan hanya segelintir yang boleh membaca al-Qur'an,
apa yang menarik perhatian mereka kini adalah apa yang sedang berlaku 1400
km di Selatan mereka, di bumi Caucasus. Walau apapun natijahnya nanti,
kebangkitan Islam yang melanda Russia kini banyak dibentuk oleh kekerasan
pihak Moskow kepada Chechnia yang menuntut kebebasan mereka.
Menurut Iskhak Lotfulla, seorang bekas pegawai tentera Soviet yang kini
merupakan Imam di masjid Zakabannaya, Kazan, "Chechnia adalah kehendak
Allah. Allah Yang Maha Kuasa mahu menunjukkan kepada kami bahawa
sekiranya kami tidak menguatkan iman kami, kami akan terhina sebagaimana
saudara-saudara kami terhina di Chechnia." Maka kini sudah tiba masanya
di mana hanya kata-kata Rasulullah SAW (hadith) menjadi sumber inspirasi
di kalangan penduduk minoriti Russia yang ingin kembali kepada cara kehidupan
asal mereka. Kira-kira 200 km di Timur Kazan, di bandar pembuatan
trak Naberezhnye Chelny, Fawziya Bairamova, 45 tahun, bersetuju dengan
perkara ini. Pemimpin Ittifak, sebuah parti nasionalis Tatar, ini
berkata, "Kami telah cuba mengajak kepada semangat kesatuan-Turki sebagai
faktor penyatu untuk semua rakyat Russia dari bangsa Turki, tetapi kami
gagal.
Sekarang, saya sedar, hanya denga Islam kami akan berjaya."
Bergantung kepada siapa yang menganggarkannya, Kesatuan Russia kini
mengandungi sejumlah dari 10 juta hingga 20 juta umat Islam; samada 10
juta atau 20 juta, merupakan bahagian yang besar daripada jumlah keseluruhan
penduduk Russia seramai 150 juta. Mereka menganjur dari bahagian-bahagian
Siberia ke dataran Volga, dari Utara Caucasus ke Moskow. Di Moskow
sendiri, peningkatan jumlah umat Islam yang sangat memberangsangkan telah
berlaku. Sejak 1989, jumlah umat Islam di Moskow telah meningkat
dari 250,000 orang ke 1 juta orang. Ketika tiga generasi umat Islam
disuap dengan fahaman tidak bertuhan dari segenap arah, di sekolah-sekolah,
di pejabat dan juga kehidupan harian, perkataan Islam hanya tidak lebih
dari sekadar lambang tanpa apa-apa makna kepada mereka yang mengaku Islam.
Akan tetapi rejim Boris Yeltsin telah membangkitkan gergasi yang tidur
ini dengan pengeboman yang hebat dan tidak berperi-kemanusiaan ke atas
Chechnia.
Pertembungan di antara Russia yang kuat itu dan Chechnia yang sangat
lemah membangkitkan semangat kesatuan di merata tempat. Penduduk
Chechnia yang secara tradisinya lebih mementingkan perundangan tradisi
mereka berbanding dengan Shariah Islam, bukanlah merupakan umat Islam yang
boleh dijadikan contoh. Namun hakikat ini mula berubah. Menurut
Igor Rotar, seorang penulis untuk Izvestia, "Suasana di Chechnia mengingatkan
saya kepada Tajikistan. Pada tahun 1992 dulu, pihak pembangkang memerangi
kerajaan di bawah panji-panji demokrasi di dalam perang saudara mereka.
Sekarang, selepas lebih 4 tahun berperang dengan sengit,
hanya panji-panji
Islam yang masih berdiri."
Tindakan Moskow yang seolah-olah mahu menghapuskan sama-sekali sebarang
bentuk kebangkitan yang ada ciri-ciri Islam mengingatkan umat Islam akan
sejarah mereka. Pejuang-pejuang Chechnia mungkin memulakan perjuangan mereka
sebagai perjuangan menentang kuasa Imperialis Russia tetapi hari ini, Islam
merupakan laungan peperangan mereka (Perlu diingat bahawa ratusan kalaupun
bukan ribuan para Mujahideen telah mara ke Chechnia dan mereka bukan sekadar
berperang tetapi juga membetulkan aqidah dan fahaman penduduk Chechnia
- ed). Menurut Alexei Malashenko, seorang professor di Insitut Pengajian
Oriental Moskow, "Bergantung kepada pandangan umat Islam sedunia.
Sekiranya peperangan di Chechnia dilihat mereka sebagai Jihad and para
pejuangnya sebagai Mujahideen, maka mereka ini dihormati." (Maka sebab
itulah kita lihat media-media kuffar berusaha keras menutup fakta-fakta
Jihad ini dari kita - ed).
Hakikat bahawa tentera Russia telah mengebom Chechnia sebegitu teruk
hingga menarik perhatian dunia merisaukan pihak kuffar tentang Dagestan
yang bersebelahan dengan Chechnia, yang juga majoriti penduduknya merupakan
umat Islam. Pada bulan lepas, pihak Russia telah menghancurkan sama-sekali
sebuah kampung bernama Pervomayskaya di Dagestan dalam usaha membunuh para
pejuang yang bersembunyi di situ dan perkara ini diiktiraf oleh Amerika
sebagai taktik yang baik. Namun kepada umat Islam di Dagestan, yang
melihat saudara-saudara mereka dilabel sebagai 'penjenayah' dan 'pengganas'
oleh Moskow, satu semangat baru mula menjalar di kalangan mereka.
Di Kazan, imam masjid, Lotfulla (53 tahun) yang bersara dari tentera Soviet
sebagai Leftenan Kolonel pada 1989, membuka sebuah madrasah. Di madrasah
ini, para pelajarnya kelihatan segak dan tegap. "Saya belikan mereka besi-besi
gymnasium dan dan lain-lain peralatan senama supaya mereka boleh bersenam
dengan baik," ujar Lotfulla. "Tetapi solat dan peningkatan rohani merupakan
prioriti utama."
Solat bukanlah satu-satunya cara peningkatan. Pada Oktober lepas,
Lotfulla memimpin satu demonstrasi besar dengan para pelajar beliau dan
juga bersama-sama dengan 1000 orang Islam lagi bagi menuntut kembali Muhammadiya,
kompleks yang merupakan Universiti Islam Kazan pada suatu masa dulu.
Menurut Lotfulla, "Apabila kami sudah muak dengan janji-janji, kami terus
masuk ke situ." Di sebuah bandar di mana jalan-jalannya masih bernama
Marx dan Lenin, umat Islam yang berdemonstrasi me'mati'kan lalu-lintas
selama 5 hari sehinggalah mereka bertempur dengan pihak polis. Pihak
berkuasa akhirnya berjaya mengamankan suasana, tetapi hanya setelah mereka
menyerahkan satu tingkat daripada kompleks Muhammadiya kepada umat Islam.
Mereka juga gerun dengan perkhabaran bahawa umat Islam yang berdemonstrasi
itu akan diperkuatkan lagi dengan umat Islam yang akan tiba dari perkampungan-perkampungan.
"Sebelum 1917 kami mempunyai 1400 buah masjid di sini," kata Gabdulla
Galiulla, mufti Tatarstan. "Menjelang 1988, hanya 30 buah yang tinggal
dan hanya sebuah yang masih boleh digunakan di bandar Kazan." Mufti
ini menyatakan sejarah. Beliau baru sahaja pulang dari lapangan-terbang
di mana beliau menyambut 10 orang imam dari Turki yang tiba untuk mengimamkan
umat Islam Kazan dalam solat Tarawih. Di Madrash Lotfulla, selain
latihan fizikal, para penuntutnya juga mempelajari bahasa Arab dan al-Qur'an
dengan bimbingan para guru dari Turki, Palestin dan Saudi Arabia. Manakala
di seluruh Tatarstan pula, 9 madrasah baru dan 630 buah masjid/surau telah
didirikan; sebahagian daripada era kebangkitan Islam dan pembinaan masjid
di Russia.
"Sungguh indah melihat tentera Chechnia berkawat sambil melaungkan,
'La ilaha illallah'," kata Ramai Yulshadev (25 tahun) pelajar Universiti
Kazan. "Mereka juga mempunyai seorang guru ugama pada setiap unit
tentera! Islam mereka kuat, kerana itu mereka dapat berperang dengan baik!"
Bairamova berharap pergerakan wanita Islam akan menanamkan Islam dalam
kehidupan kekeluargaan Tatar dan akhirnya ini akan menghancurkan Kesatuan
Russia.