Friday, November 9, 2012

TAMAN NEGARA BUKIT LAMBIR,SARAWAK



LHNP
foto:superpages.com.my
Lambir Hills National Park (Taman Negara Gunung Lambir)
foto:superpages.com.my

Taman Negara Bukit Lambir


Bukit Lambir sangat popular di kalangan ahli ekologi dan para penyelidik. Taman negara ini mempunyai keluasan 7,000 hektar dan kawsan seluas 52 hektar mengandungi 1,050 spesis pokok dan setiap pokok menampung 1,000 spesis serangga!

LHNP
foto:superpages.com.my

Ahli ekologi berpendapat bahawa terdapat banyak lagi spesis tumbuhan dan serangga di taman negara ini yang masih belum dikenalpasti. Taman negara yang menakjubkan ini adalah taman yang paling senang di kunjungi di Sarawak di mana ianya hanya 30 minit perjalanan dari Miri.


Dalam keghairahan anda untuk melawat Mulu atau Niah anda tidak harus melepaskan peluang melawat Lambir. Hutan Lambir menjadi tempat tinggal pelbagai jenis haiwan termasuk ungka, kera hantu, babi hutan, tupai terbang, rusa, 157 jenis burung dan harimau dahan yang cantik.


Anda akan melihat hidupan liar sambil anda meneroka laluan-laluan trek hutan di taman negara ini. Laluan trek hutan ini merupakan yang terpanjang dan paling lasak menuju ke puncak Bukit Lambir (465 meter), namun pemandangan hebat hutan hujan di bawahnya membuatkan pendakian ini sangat berbaloi.


Di sini terdapat sebuah menara pokok setinggi 40m di mana anda boleh melihat nadi kehidupan di dalam hutan secara dekat. Taman ini juga adalah sesuai untuk aktiviti memerhati burung.

LHNP
foto:superpages.com.my

Kedudukannya yang berhampiran dengan bandar Miri membuatkan taman negara ini destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari tetapi jika anda ingin memerhati hidupan liar mengikut kesenangan anda, tempat penginapan boleh ditempah di ibu pejabat taman.


Tips:


Bawa bersama pakaian mandi anda kerana taman ini mempunyai kolam tempat berenang di kaki air terjun yang hebat dan mudah dikunjungi. Ia adalah cara terbaik untuk menyegarkan diri anda di dalam hutan yang mempunyai cuaca panas lembap.

View
foto:superpages.com.my

Top
Pengangkutan:
Kereta


Taman ini terletak hanya setengah jam dari Miri dan mudah untuk ke sini. Ibu pejabat taman ini terletak berhampiran jalan Miri-Niah. Anda hanya perlu menaiki bas ke Bintulu atau Bakong di Miri. Anda juga mungkin memilih untuk menyertai lawatan berpandu yang bertolak dari Miri pada waktu awal pagi dan kembali selepas tengahari. Penginapan semalaman juga boleh diatur jika anda mahu. Anda juga boleh menyewa teksi untuk membawa anda ke sana.


Top
Talian Untuk Dihubungi:


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my


Top
Penginapan


Terdapat sebuah rumah rehat di taman negara ini. Anda juga mempunyai pilihan untuk bermalam di bandar Miri yang menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan hanya 45 minit dari taman negara tersebut.
 
sumber:http://www.nusantaraku.org/

TAMAN NEGARA KUBAH,SARAWAK


lokasi1

PELANCONGAN


Taman Negara Kubah

Terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar raya Kuching dan beberapa minit perjalanan dari Kampung Matang, Taman Negara Kubah yang memiliki hutan semula jadi merangkumi kawasan seluas 2,230 hektar.

Sebahagian besar taman ini diliputi dataran tinggi batu pasir termasuklah Gunung Serapi, Gunung Selang dan Gunung Sendok.


Dengan ketinggian antara 150 hingga 450 meter, dataran ini diselang-selikan dengan terbentuknya batu kapur yang sudah menjadi keras dan deruan air terjun yang jernih dan mampu menggamit kedatangan pengunjung.


Kawasan ini meliputi hutan lanar, hutan campuran bertanah rendah (dipterocarp), hutan kerangas (kesihatan), hutan ‘submont’ dan hutan sekunder.


Lokasi taman yang berhampiran dengan garisan pantai, hutan bakau serta ciri-ciri semula jadi lain menjadikan Kubah sebagai kawasan hidupan liar seperti babi hutan, Kenyalang, pelanduk, tupai dan pelbagai jenis amfibia serta reptilia.


Taman Negara Kubah juga menjadi tempat melatih Orang Utan yang tidak mempunyai ibu bapa tentang cara hidup berdikari di dalam hutan.


Apabila berada di sini, pengunjung dapat melihat banyak Orang Utan terutama ketika haiwan-haiwan ini diberi makan selain berkesempatan melihat beruang Madu, rusa Sambar, musang Civet dan tiga buah rumah burung yang menempatkan helang Laut, burung Kenyalang dan burung-burung lain di Sarawak.


Di sini, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti rentas hutan dengan melalui empat trek yang disediakan.


Jika melalui trailPitcher, ia biasanya mengambil masa kira-kira dua jam manakala trail sungai Rayu memerlukan

masa kira-kira tiga hingga empat jam.


Sekiranya melalui trail sungai Senduk, masa yang diperlukan untuk merentas hutan biasanya lebih kurang satu jam dan tambahan sejam lagi jika melalui trail sungai Buluh.


Kemudahan penginapan seperti khemah dan chalet yang dilengkapi katil, peralatan memasak, kipas, tab mandi, elektrik serta tempat meletak kereta dan kantin juga disediakan di taman negara ini


Bagi pengunjung luar yang ingin melihat gelagat pelbagai jenis haiwan dan menikmati alam semula jadi di Taman Negara Kubah disarankan menyewa kereta atau pun menaiki teksi kerana masa perjalanan bagi pengangkutan awam di sini agak terhad.


Dari pusat bandar raya Kuching, perjalanan menuju ke sini lazimnya mengambil masa sekitar 45 minit hingga sejam bergantung kepada keadaan jalan raya.


Dari pusat bandar, pengunjung perlu memandu ke Jalan Satok dan merentasi jambatan (jalan raya) yang menjadi laluan utama bagi menghubungkan penduduk kawasan utara (seberang sungai) dan selatan, Kuching.


Sampai sahaja di simpang bulatan simpang empat, pengunjung perlu membelok ke kiri untuk masuk ke Jalan Matang.


Dari sini, perjalanan perlu diteruskan kira-kira setengah jam dengan melalui jalan utama Matang sebelum sampai ke Taman Negara Kubah. (KK6: 21 Julai 2010 – Oleh: Noraini Mahyan)


dari sumber:
Perpustakaan Desa Kampung Matang Batu 10 93050 Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang.

TAMAN NEGARA BATANG AI,SARAWAK

LUBOK ANTU, 1 April (Bernama) -- Malahan sebelum pelancongan berasaskan ekologi atau eko-pelancongan menjadi perkataan popular, penduduk di Batang Ai sudahpun terdedah kepada dunia luar hasil daripada tradisi Iban 'bejalai' atau pergi mengembara.


Berikutan pembinaan empangan hidro elektrik pertama di Sarawak iaitu di Batang Ai, yang siap pada 1985, kawasan itu yang sebelumnya terpencil kini sudah dihubungkan dengan jalan raya dari jetinya, hingga ke persimpangan lebuh raya Pan Borneo dan seluruh negeri ini.


Tasik buatan manusia yang sungguh mengagumkan itu, merentasi lembah antara Engkari dan Ai, dan Taman Negara Batang Ai, yang menjadi tempat tinggal Orang Utan dan kira-kira dua jam perjalanan dengan bot, adalah sebahagian daripada kompleks empangan hidro elektrik itu.


Dengan pusat peranginan Hilton Batang Ai Longhouse Resort di pantainya, penduduk di kawasan sekelilingnya turut mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi yang dibawa oleh industri hospitaliti, serta promosi produk pelancongan berasaskan kebudayaan, pengembaraan dan alam semulajadi (CAN).


Pengurus Pelanggan/Aktiviti Hilton Batang Ai Longhouse Resort Christopher Kiding berkata penduduk setempat dibabitkan dalam usahasama berdasarkan perkongsian keuntungan dalam membawa pelanggan hotel ke rumah panjang Iban di kawasan itu, selain diambil bekerja sebagai kakitangan hotel.


"Lawatan ke rumah panjang adalah paling popular di kalangan pelancong Eropah yang gemarkan alam semulajadi, yang biasanya akan melawat rumah panjang Mengkak, kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot, dan kemudiannya pergi ke hulu sungai untuk melawat rumah panjang Nanga Sumpa yang terletak di hujung taman negara," katanya kepada Bernama semasa lawatan ke pusat peranginan itu.


Baru-baru ini, pusat peranginan itu menerima anugerah 'Sarawak Hornbill Tourism Appreciation Awards 2008' bagi sumbangan cemerlang terhadap pelancongan bagi kategori hotel harga pertengahan terbaik.


Untuk ke pusat perangingan itu, pelawat boleh menggunakan bot yang memakan masa 20 minit perjalanan dari jeti empangan itu atau kira-kira empat jam perjalanan mengikut jalan darat atau 275km dari ibu negeri, Kuching.


Terletak di kawasan seluas 70 hektar, Kiding berkata lawatan termasuk 45 minit menyusuri Nature Trail atau lima jam bagi Smugglers' Trail, diberi nama sempena urus niaga sistem tukaran barang di sepanjang Sarawak-Kalimantan, Indonesia, untuk meninjau hidupan liar seperti burung kenyalang, babi hutan, tenggilin atau malahan Orang Utan.


Beliau berkata sejak beberapa tahun lepas, pusat peranginan 98 bilik itu merekodkan purata penginapan 40 peratus, terutamanya pada musim puncak antara Mei dan Oktober, dengan pelanggan, kebanyakannya dari Scandinavia, Amerika Syarikat, Jerman, Singapura dan Malaysia.


Jeti empangan Batang Ai terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bazar sempadan Lubok Antu, pusat pentadbiran daerah, yang begitu sibuk menjelang pilihan raya kecil kerusi Batang Ai pada Selasa ini.
sumber:http://www.bernama.com/-- BERNAMA




Image
 
Taman Negara Batang Ai yang diwartakan pada tahun 1991, ialah tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan liar.



Ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahanan air bagi sebuah tasik buatan yang membentuk empangan hidroelektrik Batang Ai.


Tasik ini merangkumi kawasan Lembah Engkari dan Lembah Ai di mana permandangannya yang indah melengkapkan suasana tenteram dan aman di sini.


Oleh kerana kemudahan di kawasan taman negara ini adalah terhad, cara terbaik untuk menikmati kawasan ini ialah dengan mengambil bahagian dalam lawatan ke rumah panjang.


Anda berpeluang bertemu dengan kaum Iban dan mempelajari cara hidup mereka di rumah panjang.


Saksikan juga kaum Iban berinteraksi dengan alam semulajadi dalam hidup seharian mereka tanpa mencemar atau memusnahkannya.


Tips:


Lawatan ke rumah panjang merupakan pengalaman yang sungguh menarik, terutamanya masyarakat Iban yang terkenal dengan keramahan mereka.


Pengangkutan:

Kereta, Van

Taman Negara Batang Ai terletak hanya beberapa jam perjalanan dari bandaraya Kuching. Sekiranya lawatan anda telah dirancang bersama dengan pengusaha pelancongan, maka kemudahan pengangkutan akan dimasukkan di dalam pakej lawatan tersebut.


Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my

Penginapan


Selain dari resort bertaraf 5-bintang yang terdapat di taman negara ini, pengendali pelancongan anda juga boleh mengaturkan penginapan di rumah panjang Iban yang berdekatan.

sumber:http://www.kurauking.com/

TAMAN NEGARA GUA NIAH,SARAWAK









Keistimewaan
Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Taman Negara Gua Niah
Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.
Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom Harrisson dan isterinya Barbara Harrison. Tom ialah kurator Muzium Sarawak . Beliau berminat dengan arkeologi walaupun tidak ada asas arkeologi. Beliau telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah, yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden (Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras di mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal pendudukan manusia di Borneo.
Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000 tahun dahulu.
Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang, selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya era Holocene sekitar 10,000 dahulu.
Laluan ke Taman Negara Niah
Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun bandar Bintulu. Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira 90 km melalui Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam).
Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari bandaraya Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang disewa yang terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu. Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara Niah.
Kemudahan di Gua Niah
Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di kawasan luar penginapan

TAMAN NEGARA GUNUNG MULU,SARAWAK

GUA MULU, SARAWAK







Taman Negara Gunung Mulu yang terletak di sebelah utara negeri Sarawak, merupakan salah satu daripada destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia, khasnya di Sarawak.
Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar and burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui
Taman Negara Mulu turut memiliki bentuk geografi yang unik, yang terdiri daripada gua batu kapur, lingkaran air batu yang jernih serta dilitupi oleh hutan dara tropika, Taman Negara Mulu merupakan tempat yang bukan hanya sesuai untuk orang-orang yang inginkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk kota metropolitan bahkan juga amat sessuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan yang lasak.

Taman Negara Mulu boleh dituju melalui pesawat dari Miri dan terus ke Taman Negara Mulu atau bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dengan menggunakan jalan lain iaitu dengan menggunakan bot express dari Kuala Baram, Miri ke Marudi dan kemudian ke Taman Negara Mulu.

TAMAN NEGARA GUNUNG GADING,SARAWAK





Taman Negara Gunung Gading merupakan salah satu keistimewaan yang terdapat di daerah Lundu. Hal ini kerana, Taman Negara Gunung Gading mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu Bunga Rafflesia; bunga terbesar di dunia. Selain itu, Taman Negara Gunung Gading juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Asia untuk melihat bunga Rafflesia berkembang. Terdapat 17 spesies bunga Rafflesia dan ada segelintirnya telah diancam kepupusan. Tiga spesies bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu; ‘Rafflesia Pricei’ , ‘Rafflesia Arnoldi’ dan ‘Rafflesia Tuan-Mudae”. Cuma satu spesies bunga Rafflesia sahaja yang dijumpai di Taman Negara Gunung Gading iaitu ‘Rafflesia Tuan-Mudae’.


Gunung Gading telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 1 Ogos 1983 untuk memberi kawasan pemuliharaan  untuk melindungi bunga Rafflesia yang hampir pupus. Pada tahun 1994, Taman Negara Gunung Gading telah dibuka kepada orang awam supaya pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia iaitu bunga rafflesia. Selain daripada itu, Taman Negara Gunung Gading juga mempunyai tarikan yang lain seperti air terjun, laluan pejalan  kaki, beberapa tempat mandi-manda  serta pemandangan hutan simpan yang indah untuk dikunjungi. Taman Negara ini juga merupakan habitat semulajadi bagi beberapa flora dan fauna.

Papan Masuk ke Taman Negara Pejabat Pengurusan Kawasan Pendaftaran Pejabat Pengurusan


Disebabkan kawasannya yang strategik menjadikan Taman Negara Gunung Gading sesuai dijadikan sebagai tempat beriadah. Di samping pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga Rafflesia dengan mata sendiri, pengunjung juga dapat berkelah bersama kaum keluarga di sepanjang laluan air terjun yang menjanjikan panorama yang indah disertakan dengan kedinginan air gunung yang belum tercemar.

Papan Tanda Taman Negara Kolam Mandi Kolam Mandi Laluan Air Terjun




TAMAN NEGARA TANJUNG DATU,SARAWAK



Taman Negara Tanjung Datu terletak di daerah kecil Sematan. Taman Negara Tanjung Datu mungkin merupakan Taman Negara yang terkecil di Sarawak; kerana hanya mempunyai keluasan 14 kilometer persegi sahaja tetapi ia juga mempunyai keindahannya yang tersendiri. Taman ini dikelilingi oleh hutan simpan yang indah serta pantai dan pasirnya yang putih; air laut sejernih kristal serta kepelbagaian batu karang yang menakjubkan.

Pantainya yang belum tercemar, batu karang yang belum terusik serta laluan hutan yang belum diterokai menjadikan Taman Negara Tanjung Datu sangat istimewa. Ia menjanjikan habitat semulajadi bagi flora dan fauna yang jarang dijumpai termasuklah pokok Putat kembang-malam (barringtonia asiatica), yang menghasilkan bunga berwarna merah jambu dan putih yang bersaiz bola tennis serta bunga kembang pagi yang banyak terdapat di pesisir pantai. Selain itu, Tanjung Datu juga kaya dengan kepelbagaian spesies haiwan termasuklah burung kenyalang serta merak dan beratus-ratus lagi spesies haiwan dan serangga.


Disebabkan air sejernih kristal yang belum tercemar dari Laut China Selatan memberikan linkungan yang luas bagi kehidupan marin dan juga batu karang yang banyak tumbuh hampir dengan pesisir pantai. Ini menjadikan Tanjung Datu kawasan yang sesuai untuk aktiviti menyelam serta ‘snorkeling’, walaupun aktiviti menyelam belum lagi dikomersialkan di sini.




TAMAN NEGARA BAKO,SARAWAK

Bako National Park
Lokasi: Kuching
Sebuah Taman Negara yang beroperasi sejak 1957, Bako menjanjikan pengenalan tepat mengenai hidupan liar dan alam semulajadi yang boleh didapati di Sarawak. Taman ini merangkumi bahagian utara Semenanjung Muara Tebas seluas 27 km persegi. Walaupun agak kecil, Bako menempatkan pelbagai jenis tumbuhan – hutan paya, hutan belukar, hutan bakau,hutan dipterokarpa, tumbuhan cerunam bukit dan banyak lagi. Malah, di Bako anda boleh menjumpai hampir kesemua jenis tumbuhan yang terdapat di Borneo.Bako juga menempatkan pelbagai jenis hidupan liar serta kawasan persisiran pantai yang menarik. Taman Negara ini juga dipenuhi trek jarak dekat dan jauh yang mana ada diantaranya mengambil masa selama sehari untuk dihabiskan. Tidak seperti Taman Negara lain, anda pasti akan dapat melihat hidupan liar di Bako. Monyet-monyet macaque dan monyet daun perak amat mudah dijumpai, babi hutan juga merupakan antara yang mudah untuk dilihat kerana sering berkeliaran di pusat kawalan serta biawak dan tupai juga banyak di sini. Anda juga berpeluang menyaksikan monyet proboscis jika memilih trek seperti Telok Paku atau Telok Delima, lebih-lebih lagi jika anda pergi pada lewat waktu tengah hari. Peluang untuk berjumpa dengan haiwan-haiwan liar ini lebih cerah sekiranya anda peka dan senyap ketika berjalan. Sebagai contoh, anda akan dapat mendengar bunyi buah yang jatuh dari pokok dan di situ kemungkinan terdapat beberapa monyet proboscis.

Kehidupan tumbuhan di Bako adalah indah dan mudah dilihat. Setiap trek memiliki pelbagai jenis tumbuhan, dari pokok dipterokarpa setinggi 80-meter sehinggalah ke hutan bakau yang tebal. Pokok Pitcher sejenis tumbuhan karnivor juga boleh dilihat di trek Lintang.

Bako juga memiliki kawasan pantai yang indah sesuai untuk dijadikan tempat istirehat diantara trek. Pantai terbaik di Bako merupakan Telok Pandan Kecil. Selepas kira-kira sejam perjalanan dari trek Teluk Pandan Kecil, anda akan tiba di sebuah kawasan berbatu. Pemandangan indah dari puncak serta keinginan untuk terjun ke dalam air yang jernih cukup untuk merenggangkan otot-otot yang keletihan akibat berjalan jauh. Perjalanan selama 20-minit pun bakal menjadi lebih menarik. Pantai-pantai di sini disempadani oleh batu kapur dan tebing curam batu pasir yang mempunyai formasi menarik hasil pergerakan air laut seperti formasi Sea Stack yang amat terkenal.

Sekiranya anda berjalan ketika matahari terbenam di pantai Telok Assam berdekatan pusat kawalan utama, anda akan berpeluang melihat burung layang-layang yang hinggap di sarang mereka di atas batu di hujung pantai. Jangan tinggalkan pantai sebaik selepas matahari terbenam di belakang Gunung Santubong. Tunggu kira-kira 20 minit kerana masa itulah warna langitnya akan berubah secara dramatic dengan penuh warna-warni berlatarbelakangkan Gunung Santubong yang tersergam indah.

NOTA : Ada kalanya trek yang jauh di Bako ditutup sementara. Ini adalah kerana mereka perlu memastikan terdapat kawasan yang tidak diganggu oleh manusia dalam masa tertentu agar dapat memelihara kehidupan semulajadi di sini. Sila dapatkan maklumat dari pejabat tempahan National Parks & Wildlife tentang trek yang ditutup sementara.
GOOGLE MAP

View Beach, Nature & Wildlife in a larger map

TAMAN WARISAN SELANGOR-SIRI 2

Taman Warisan Negeri Selangor

Kawasan yang bertanda hijau gelap menandakan kawasan seluas 108,300 hektar yang telah di  gazetkan sebagai Taman Warisan Negeri Selangor yang telah di rasmikan oleh perdana menteri Malaysia dan menteri besar Selangor pada bulan Ogos 2005.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...