Apa perasaan anda jika menyaksikan upacaran pembakaran ini..di sini saya kongsikan beberapa gambar yang agak ngeri kepada pembaca blog setia..semoga dapat menambahkan pengetahuan kita bersama..alangkah indah agama ISLAM..mayat di di muliakan..dan di semadikan dengan tertib dan sopan..ngerikan ...
Thursday, February 7, 2013
MELARUTKAN MAYAT DALAM KIMIA CARA BARU MENGGANTIKAN BAKAR MAYAT?
Melarutkan jenazah mereka dalam air kimia....tunggu dulu..dilarutkan dalam air kimia??
Ya anda tidak salah dengar, menghancurkan jenazah ini tidak dengan cara dibakar, namun jenazah akan ditempatkan di dalam sebuah tabung berisi air dan asam sampai seluruh jenazah ikut mencair. Pembuat UU di California merancang mengesahkan Undang-undang yang akan melegalkan rumah mayat menggunakan cairan Alkaline Hydrolysis untuk melarutkan jenazah. California Assemblyman Jeff Miller salah satu pengusung RUU ini menganggap cara ini lebih ramah lingkungan atau mesra alam.
Prosesnya sendiri adalah dengan mencampur air dengan Potassium Hydroxide yang dipanaskan selama 3 jam, organ tubuh dan jaringan akan larut dalam air, sementara tulang akan menjadi abu mirip seperti membakar mayat biasa. Air sisa akan diolah dan kemudian dibuang ke saluran pembuangan.
Masalahnya adalah banyak orang merasa mencairkan jenazah lalu membuang air sisanya seperti membuang jasad ke sungai. Patrick McGee, jurubicara Roman Catholic Diocese of Manchester, mengatakan kepada Associated Press bahawa cara ini tidak bermartabat.
Ketika ini baru 4 lokasi yang menggunakan teknik ini iaitu
1. The University of Southern California,
2. The University of Florida
3. The Mayo Clinic in Minnesota.
4. Edwards Funeral Service in Columbus, Ohio
MACAM HARITH ISKANDAR LA PULAK |
Penjenayah Yang Menggemparkan Malaysia
- Botak Chin
Botak Chin
Perjalanan mereka pada malam itu hanya untuk satu tujuan ‘gila’. Daripada situlah bermulanya satu kisah besar dalam sejarah negara dicatatkan. Sasaran mereka adalah sebuah kereta dinaiki pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam.
Sebaik menjumpai kereta dinaiki pegawai polis itu, mereka mengekori rapat sambil mengintip peluang yang sesuai untuk melaksanakan tindakan mereka. Warga kota sekitar Jalan Davis-Jalan Pekeliling, masih meneruskan kegiatan masing-masing tanpa mengesyaki satu kejadian menggemparkan pada malam itu.
Setiba di lampu isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun ber kenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang mereka ekori. Sebaik merapati kenderaan dinaiki pegawai kanan polis itu dan melihat peluang yang dinanti terbuka luas, 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ Kulasingam.
Dentuman demi dentuman dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka.
Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam.
Sebaliknya pegawai polis itu masih berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu.
Keesokannya, terpampang pada dada akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Botak Chin atau nama sebenarnya Wong Swee Chin, yang mengepalai rancangan itu naik angin apabila mengetahui musuh ketatnya hanya cedera.
Amarahnya memuncak mengingatkan kehadiran polis kerap mendatangkan masalah kepada aktiviti haramnya. Kegiatan mengutip wang perlindungan daripada tempat perjudian haram sekitar Kuala Lumpur yang dikuasainya cuba dilumpuhkan pasukan itu.
Kegiatan rompakan bersenjata dan pembunuhan yang dilakukan menyebabkan dia dan ahli kumpulan menjadi buruan. Banglo di Bukit Kenny yang disewa dengan bayaran RM1,200 sebagai tempat persembunyian hanya bertahan selama tiga hari sebelum polis berjaya menghidu markas baru mereka itu.
Malah, dia sendiri nyaris ditahan polis pada September tahun itu apabila kereta curi yang dinaikinya bersama beberapa anggota dikesan pihak berkuasa itu. Selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti di Segambut Dalam dan Botak Chin segera menyelinap ke kawasan setinggan. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk revolver .38.
Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya meloloskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.
Pada bulan sama juga, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi kematian tidak menakutkannya, dia terus melakukan rompakan.
Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Lelaki itu berbahaya terhadap negara.
Usianya baru pada awal 20-an tetapi dalam usia smuda itu, namanya sudah tercatat dalam sejarah jenayah negara sebagai penjenayah ganas paling dikehendaki.
Tindak-tanduknya sentiasa mendatangkan bahaya yang besar kepada ke amanan negara.
Lalu satu pasukan khas ditubuhkan polis. Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin, tempat yang sering dikunjungi dan sarang persembunyian.
16 Februari 1976. Selepas beberapa bulan menjejak penjenayah kejam dan paling dikehendaki itu, akhirnya episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Operasi besar diatur dan pelan dirangka sebaik mungkin.
Polis mula mengepung kilang berkenaan dan dalam kegelapan malam, mereka menunggu kemunculan Botak Chin. Detik demi detik berlalu dengan penuh debaran.
Akhirnya, sebuah kereta Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain memiliki dua bom tangan.
Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Botak Chin tidak menyedari bahawa kawasan itu sudah dikepung.
Beberapa pengikut penjenayah itu yang ditugaskan mengawal kawasan kilang berkenaan masih leka dan selesa dengan aktiviti masing-masing seolah-olah ketenangan malam itu akan terus dinikmati dengan aman.
Ketika itulah polis bertindak, empat pasukan menggempur masuk ke kawasan kilang menyebabkan pengawal leka yang diharap menjadi mata dan telinga Botak Chin lari lintang pukang meninggalkan ketua mereka dan tempat persembunyian itu.
Daripada dalam pejabatnya, Botak Chin dan dua orang kanannya iaitu Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Hiew Foo Khen (Ah Keong) yang berasa ‘sesuatu yang tidak kena’ berlaku di luar mula menyedari mereka sudah dikepung polis.
Beberapa ketika kemudian, berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis dengan masing-masing melepaskan tembakan. Polis melepaskan kira-kira 500 das tembakan selain gas pemedih mata dalam drama tembak menembak itu.
Pangkor Chai dan Ah Keong membalas tembakan selain melemparkan sebutir bom tangan ke arah polis. Pertempuran begitu sengit dan meruncing.
Dalam kelam-kabut itu, Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Dalam kesakitan, dia merangkak mencari dua pengikut kanannya itu tetapi mendapati kedua-dua mereka sudah kaku tidak bernyawa.
Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu.
Botak Chin ditahan selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.
Disebabkan peguamnya membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council, Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 tetapi dia tetap didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan ditolak.
Botak Chin
Ketika
menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya
apabila menyerang dan mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan
senjata tajam sebanyak dua kali.
11 Jun 1981, kepalanya disarung dengan kain hitam. Dalam kegelapan, dia dibawa menuju ke satu lokasi dalam Penjara Pudu itu. Botak Chin diminta berdiri di atas platform dan beberapa ketika kemudian kedengaran gear ditarik.
Platform di bawah kakinya terbuka, tubuhnya terjatuh ke bawah, tali gantung menjerut lehernya sehingga patah dan riwayatnya selaku penjenayah muda yang ganas dan paling dikehendaki polis akhirnya tamat.
11 Jun 1981, kepalanya disarung dengan kain hitam. Dalam kegelapan, dia dibawa menuju ke satu lokasi dalam Penjara Pudu itu. Botak Chin diminta berdiri di atas platform dan beberapa ketika kemudian kedengaran gear ditarik.
Platform di bawah kakinya terbuka, tubuhnya terjatuh ke bawah, tali gantung menjerut lehernya sehingga patah dan riwayatnya selaku penjenayah muda yang ganas dan paling dikehendaki polis akhirnya tamat.
Botak Chin
Kronologi Botak Chin: Hasil rompakan diguna beli senjata api di Thailand
1967 – Mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah kecil seperti mencuri.
19 April 1969 – Melakukan rompakan bersenjata pertama bersama tiga rakan.
September 1969 – Memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.
November 1974 – Dibebaskan daripada penjara. Cuba memulakan kehidupan baru sebagai insan biasa tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya.
April 1975 – Kurang setahun selepas dibebaskan, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai).
Mei 1975 – Pergi ke Thailand dengan bantuan rakan untuk membeli senjata api.
2 Jun 1975 – Merompak RM5,800 daripada sebuah pusat perjudian haram di Sentul. Hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan senjata api dan peluru di Thailand. Berlatih menembak dengan menjadikan anjing liar sebagai sasaran di kawasan bekas lombong di Kepong. Semakin berani apabila mempamerkan senjata api di tempat terbuka iaitu Pasar Sentul.
20 Julai 1975 – Merompak RM95,000 dari sebuah bank di Jalan Imbi, Kuala Lumpur. Tidak lama selepas itu, beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga di sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer, Kuala Lumpur. Merampas tiga pistol milik tiga anggota polis. Merampas senjata api milik pengawal keselamatan dalam rompakan sebuah bar di Sentul. Mencabar sesiapa saja di Kelab Kereta Api Sentul untuk beradu kehandalan menembak ala koboi dalam rompakan di situ.
26 Oktober 1975 – Rompakan terbesar dilakukannya apabila melarikan RM218,000 dan menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil rompakan sekali lagi digunakan untuk membeli senjata api di Thailand. Dia kemudian memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Menyedari kedudukannya sebagai ketua mula terancam kerana ada yang cuba mencabarnya, Botak Chin bertindak. Ketua geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek dan anggota gengnya sendiri iaitu Ah Wong, kemudian ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom.
22 November 1975 – Cuba membunuh pegawai kanan polis yang memburunya tetapi gagal.
16 Februari 1976 – Ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Dua pengikut kanannya terbunuh dalam pertempuran dengan polis.
11 Jun 1981 – Maut di tali gantung di Penjara Pudu.
Pelukis kartun Nabi mati dijilat api
Dalam laporan siasatan, akhbar Arab, yang diterbitkan dari Arab Saudi, telah mendakwa bahawa Kurt Westergaard, kartunis Denmark, telah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran.
Pihak berkuasa Denmark telah cuba sedaya upaya mereka untuk menyembunyikan kematiannya, yang telah menemui sebarang petunjuk tentang bagaimana kebakaran berlaku dan mengapa hanya di dalam bilik di mana blasphemer Kurt tetap telah rosak. Siasatan awal menunjukkan bahawa kartunis, yang melakukan kekufuran dengan melukis karikatur menhinakan Nabi,beliau telah menerima banyak ancaman dari seluruh dunia selepas umat Islam telah marah kerana penerbitan yang berulang-ulang karikatur di akhbar Eropah.
Kurt Westergaard, lelaki yang melukis kartun Nabi Muhammad S.A.W dengan niat untuk menghina Islam suatu ketika dulu. Allah S.W.T telah bakar lelaki ini dalam api. Banyak cubaan untuk membunuh lelaki ini tetapi ramai yang mati ditembak oleh polis yang mengawal lelaki ini. Dengan kuasa Allah S.W.T, walaupun dijaga rapi oleh pihak polis. Api yang datang entah dari mana, telah membakar lelaki ini. AllahuAkbar!
Laporan siasatan berkata kejadian itu berlaku beberapa hari kembali di mana Westergaard telah dibakar dan mati di tempat kejadian, tetapi media antarabangsa tidak memberitahu tentang kematian. Laporan itu juga mendakwa bahawa beberapa orang saksi juga disediakan untuk memberi keterangan mengenainya.
Akhbar Saudi berkata kematian Kurt menunjukkan bagaimana berkuasa Allah SWT, kerana walaupun pengaturan keselamatan foolproof, tiada dapat menyelamatkan dia dari akhir tragis.
Kisah Mangsa R-ogol 2012 Yang Cantik Di India,Menggemparkan Dunia...
Pada 16 Disember
lalu, seorang pelajar wanita berusia 23 tahun dan teman lelakinya keluar
menonton wayang gambar “The Life of Pi” di pusat beli-belah sebelum
menaiki bas yang disangka akan membawa mereka pulang.
Serangan terhadap
pasangan itu bermula apabila teman lelaki mangsa menjadi bahan cemuhan
mengenai mengapa seorang wanita yang belum berkahwin berada di luar
rumah pada lewat malam.
Setelah itu teman lelakinya dibelasah dan mangsa dirogol beramai-ramai di dalam bas tersebut sebelum dicampak keluar.
Selepas 10 hari
berada di hospital di New Delhi, mangsa yang namanya tidak didedahkan,
diterbangkan ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk menerima
rawatan lanjut.
Keadaannya bagaimanapun semakin teruk berikutan kecederaan otak dan serangan jantung.
Kecederaan yang
dialaminya terlalu parah memaksa beliau diterbangkan ke Singapura untuk
rawatan intensif tetapi meninggal dunia sewaktu dirawat.
Beberapa jam
selepas mangsa meninggal dunia, polis India mendakwa enam lelaki yang
ditangkap berkaitan dengan serangan itu atas tuduhan membunuh.
Jurucakap Jabatan
Polis New Delhi, Rajan Bhagat berkata keenam-enam suspek berdepan
hukuman mati jika sabit kesalahan di dalam kes yang mencetuskan tunjuk
perasaan di seluruh negara.
Identiti pelajar
perempuan itu juga masih tidak didedahkan sehingga kini, namun dia
dikenali sebagai Nirbhaya (Berani) dan Damini (Kilat), gelaran yang
diberikan orang ramai serta media berdasarkan semangat juangnya yang
tinggi untuk terus hidup.
Namun ketika ini sudah tersebar beberapa keping foto dalam internet yang mendakwa itulah wajah sebenar Damini.
Tetapi ia
bukanlah isu di sini. Damini mungkin secantik Aishwarya Rai atau macam
hantu Mak Limah, tetapi perbuatan rogol dan bunuh itu sendiri TERLALU
KEJAM – biar ke atas siapa pun mangsanya!
Rogol boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang serius, termasuk juga kehamilan, dan jangkitan penyakit sebaran seksual.
Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi.
Oleh kerana
sifat-sifat seksual yang sensitif tentang jenayah rogol, mangsa-mangsa
biasanya akan mengalami renjutan emosi psikologi yang serius.
Ini memang benar
di kalangan masyarakat-masyarakat yang mempunyai adat-adat kelamin,
umpamanya, seorang perempuan, terutamanya seorang anak dara yang telah
dirogol, dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang “rosak”.
Mangsa-mangsa
akan terpaksa menderita seorang diri dan dilarang berkahwin, ataupun
mungkin akan diceraikan sekiranya dia sudah berkahwin.
Mangsa rogol juga mungkin berasa “kotor” ataupun berasa bahawa dia yang bersalah di sepanjang hidupnya.
Bersamalah kita
membanteras jenayah yang keji dan hina ini, jangan ia terkena pada anak
atau ahli keluarga, atau pada batang hidung sendiri, baru kita nak
sedar.
Ketika itu semuanya sudah tidak berguna lagi! – Mynewshub.my
10 tempat pesamaan dalam cerita dogeng....
Apakah Anda pernah ingin pergi ke negeri dongeng? Ngiri dengan
kehidupan para Hobbit atau Harry Potter? Atau tercengang-cengang dengan
keistimewaan negeri padang pasir dalam Star Wars? Tempat-tempat ini akan
membuat anda bingung apakah anda baru saja melangkah ke negeri sihir
dan fantasi. Dengan alam yang tidak biasa, pemandangan yang tidak nyata
serta arsitektur negeri dongeng, tempat-tempat ini akan membuat anda
masuk ke dunia yang tidak anda kenal.
1. Colmar, Perancis
Daerah Colmar di Perancis telah dinyatakan sebagai kota yang paling
indah di Eropa, seakan baru keluar dari negeri dongeng. Kota Kecil di
Alsace ini terkenal bukan hanya karena arsitektur kota tuanya yang
berwarna-warni. Colmar, terletak di jalur Wine (anggur) Alsatian,
disebut sebagai “Pusat Alsatian Wine”. Kota ini mempunyai iklim yang
hangat dan kota terkering kedua di Perancis tentu saja merupakan kota
ideal untuk perkebunan anggur.
Seolah-olah sebagai Ibu Kota Anggur tidak cukup sebagai sebutannya,
Colmar, dengan bangunan, taman, air mancur dan kanal-kanal-nya disebut
sebagai “Venesia Kecil” (La Petite Venise). Kota ini juga merupakan kota
kelahiran dari Frédéric Bartholdi yang merupakain desainer Patung
Liberty yang terkenal di New York juga kota dari pelukis Martin
Schongauer.
2. Pulau Faroe
Tidak ada yang akan menyalahkan anda kalau anda mengira dari pertama
kali melihat bahwa pulau ini memang dihuni oleh para Hobits dan Elves
dari “The Lord Of The Rings”. Pulau ini berlokasi di antara Iceland dan
Norwegia, di tengah-tengah Gulf Stream pada Samudera Atlantik Utara.
Terdiri dari 18 pulau, Pulau Faroe benar-benar adalah sebuah rumah dari
pemandangan indah dan dramatis dari puncak Volkanik serta ombak samudera
yang menghantam garis pantainya yang berbatu-batu. Pulau ini
benar-benar sangat magis serta misterius dengan pemandangannya yang
membuat kita terbawa jauh ke dalam dunia fantasi daripada dunia nyata.
3. Kastil Neuschwanstein, Jerman
Kalau anda berpikir bahwa ini adalah Istana Disneyland, anda pasti
salah meskipun istana ini terlihat seperti dihuni Putri-putri cantik
berambut emas. Pada kenyataannya, istana ini adalah Neuschwanstein
Castle yang lebih nyata daripada yang anda pikirkan. Dikonstruksi di
atas sebuah bukit pada abad ke-19 untuk Ludwig II, namun isi dari kastil
ini sangatlah revolutioner pada waktu itu: bangunan ini mempunyai air
yang mengalir terus menerus dengan toilet yang otomatis flushing di
setiap lantainya serta dilengkapi dengan sistem penghangat (yang dijaman
itu sudah sangat MEWAH sekali). Saat ini, Neuschwanstein terletak di
perhentian utama perjalanan romantic, menyusuri sejarah Bavaria dengan
kota-kota dan kastil-kastilnya yang melegenda.
4. Cappadocia, Turki
Jika memang ada sebuah dongeng tentang negeri magis yang berdasar dari
tanah liat, dan pasti tempat itu berasal dari Cappadocia. Daerah yang
terkenal ini terletak di tengah Turki dan sangat terkenal dengan
kerajinan pot serta formasi batu yang unik dimana para rakyat zaman
dahulu mengukir rumah mereka dan gereja di batu-batu tersebut. Daerah
ini juga terkenal karena batu aneh dengan formasi yang disebut “Cerobong
Peri” yang bisa ditemukan dalam berbagai bentuk seperti Cone, jamur,
kolom dan batu lancip. Tradisi kerajinan tanah liat dan keramik di Turki
merupakan kerajinan paling tua di dunia yang bermula dari abad ke-8.
5. Hoi An, Vietnam
Jika anda sudah pernah ke Vietnam, anda pasti tidak akan melewatkan Hoi
An. Kota kecil yang sangat penuh warna, magis serta luar biasa indah
dan lebi terlihat seperti rumah bagi lentera sutra. Terletak di pantai
Laut Cina Selatan, kota ini pada dulunya merupakan pelabuhan penting dan
pusat perdagangan. Saat ini, banyak traveler dan backpacker menemukan
keindahan negeri dongeng pada kota ini dan tidak bisa mengalihkan diri
dari pesonanya. Atmosfir Hoi An merupakan sebuah gabungan yang indah
dari keramahan para penduduknya serta arsitektur-nya yang seperti keluar
dari negeri dongeng dan tidak heran kalau kota ini menjadi salah satu
kota tujuan paling diincar di Asia Tenggara.
6. Greenland
Tidak tersentuh, terpencil dan sulit dijangkau, Greenland adalah sebuah
alam liar dimana banyak jalan yang belum ada, pemandangan yang belum
terjamah dan tentu saja akan membuat anda tercengang. Dengan tidak
adanya pohon dan jalan serta hampir tidak ada orang, pulau ini tentu
saja akan membuat anda berpikir bahwa lebih banyak Dwarf dibandingkan
dengan manusia. Meskipun dingin, Greenland adalah sebuah tempat yang
tidak terlupakan dengan auroranya yang magis dan rumah-rumahnya yang
berwarna-warni.
7. Venice, Italy
Keindahan kota venesia sangat sulit ditandingi. Arsitektur yang membuat
kita tercengang, kanal-kanal yang unik serta percampuran dari
pemandangan fantastis dan atmosfir luar biasa yang tidak dimiliki oleh
sembarang tempat. Keindahan Venesia seperti diimpor dari dimensi lain
meskipun Koran New York Time mendeskripsikannya sebagai “Tidak diragukan
sebagai kota paling indah yang dibangun oleh manusia.” Terletak
sepanjang 117 pulau kecil, Venesia mempunyai 455 jembatan, ratusan kanal
dimana gondola romantis mengayuh perahu mereka melalui kota. Tentu saja
ini adalah rumah dari Karnival venesia yang terkenal, Venice Biennale
dan the Venice Film Festival.
8. Kathmandu, Nepal
Indah dan Spiritual, ibukota Nepal, Kathmandu, benar-benar merupakan
sebuah tempat magis bagi anda. Dikelilingi oleh gunung-gunung besar,
kota ini diisi dengan atmosfir indah, suara dan wangi eksotis dan
kuil-kuil yang membuat anda terkagum-kagum. Meskipun Kathmandu adalah
kota terbesar di negara tersebut, kota ini memelihara aura fantasi dari
kuil-kuil kuno, altar serta arsitektur tradisitonalnya. Nampaknya tidak
sia-sia Katmandu dipanggi “Tanah Para Dewa”, dikarenakan Kathmandu tidak
terlihat seperti berada dan berasal dari di dunia ini.
9. Hutan Bambu, Jepang
Meskipun berlokasi di Kyoto, Jepang dan tidak berhubungan dengan film,
pemandangan Hutan Bambu menyerupai latar di film Crouching Tiger, Hidden
Dragon or House of Flying Daggers. Tidak heran kalau anda membayangkan
menjadi Samurai dan berkelana di hutan ini dengan pedang. Hutan ini
adalah sebuah contoh dari beratus-ratus hutan yang mengagumkan di Asia
Tenggara. Bambu memang memainkan sebuah peranan penting dalam budaya
asia yang mana sebagai lambang dari umur panjang di Cina, simbol
persahabatan di India dan di Jepang, dan banyak kuil Shinto dikelilingi
oleh hutan Bambu yang dianggap sebagai penghalang suci untuk menghalau
roh jahat.
10. Sintra, Portugal
Haiwan Peliharaan Orang-Orang Africa...pelik
Ritual Pelik:Rela Dipijak Lembu Untuk Kemakmuran Kampung
Penduduk tempatan yang mengambil bahagian dalam upacara tahunan India mereka - secara sukarela dipijak oleh lembu .
Untuk meraikan majlis rohani Ekadeshi, kaum lelaki, di Badnagar, Madhya Pradesh, tengah India, sambil membaringkan diri mereka di jalan-jalan, supaya kawanan lembu memijak diatas tubuh mereka.
Penduduk tempatan setiap tahun akan menghiasi lembu mereka dengan inai dan bunga yang berwarna-warni dan membiarkan mereka berjalan melalui bandar.
dengan cara ini telah di lakukan sejak bekurun yang lalu,tujuan ritual ini di lakukan supaya kampung meraka sentiasa aman dan makmur...
You
Subscribe to:
Posts (Atom)