*fakta-fakta penting*
1.Tahun di wartakan:2001
2.luas taman negara:6 235 hektar
3.tinggi gunung:963 meter
4-sistem gua ; no-5 terpanjang di asia dikenali "sistem gereja besar hijau-gua penyu"
Gunung Buda dalam bahasa Iban bererti Gunung Putih. Hal ini juga terlihat dari figure Gunung Buda yang terbentu dari batuan granit yang berwarna putih, tebing-tebing yang terdiri di sekelilingnya semakin memperjelas gambar sebuah Gunung Buda. |
Gunung Buda boleh didatangi melalui Nanga Medamit dengan pengangkutan sungai ke Mentawai dan seterusnya berjalan kaki merentasi hutan sebelum memasuki Gunung Buda Jungle Resort |
Mentawai
Bagi mereka yang sukakan
sukan lasak seperti JungleTracking, berkayak, Mentawai adalah tempat
yang sesuai bagi menjalankan aktiviti ini. Mentawai merupakan sebuah
tempat pelancongan yang boleh dilalui melalui jalan darat dan jalan
air. Perjalanan melalui Bandar Limbang menggunakan kereta ke Medamit
mengambil masa lebih kurang sejam setengah dan dari Medamit ke Mentawai
lebih kurang 6 jam perjalanan menggunakan perahu panjang. Keadaan alam
sekitarnya masih belum tercemar dipenuhi dengan flora dan fauna serta
batu kerangan dan air yang jernih.
Melalui Mentawai kita boleh ke
Gunung Buda dan seterusnya Taman Negara Mulu melalui Kuala Terikan yang
hanya mengambil masa 30 minit menggunakan pelampong menyelusuri batu
kerangan ataupun boleh juga melalui jalan kecil. Kebanyakan pelancong
dari Negara luar khususnya dari Eropah lebih suka ke Taman Negara Mulu
melalui Limbang.
|
No comments:
Post a Comment