Wednesday, August 14, 2013

EMPAYAR MONGOL-SIRI 3

Gengkhis Khan - Perintis Empayar Mongol



Mongolia ini berjaya disatukan. Akhirnya pada tahun 1206m persidangan ketua-ketua suku kaum Mongol dan para khan (chiefs) telah melantiknya sebagai Khan Agung dan digelar Genghis Khan iaitu Emperor of All Men.

Selepas perlantikan ini Genghis Khan mula bergerak ke arah negara jiran dengan jentera ketenteraannya. Suku kaum Mongolia memang telah terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir dan tentera yang garang. Beliau telah berjaya memerangi negeri di barat laut China, empayar Chin di utara China dan empayar Khawarizm Shah. Genghis Khan telah menyusun bala tenteranya dengan disiplin dan kepantasan. Dikatakan bala tenteranya mampu berjalan sejauh 440 km dalam masa 3 hari sahaja. Setelah melakukan serangan ke atas Rusia, Afghanistan dan utara India beliau telah kembali ke Mongolia pada tahun 1225m dan meninggal dunia di sana pada tahun 1227 M.

Selepas merasa letih dan merasai hampir saat kematiannya beliau telah membahagikan tanah jajahannya kepada empat orang anaknya daripada isteri pertama iaitu Gochi, Chagotay, Ogaday dan Toluy. Menjadi adat bangsa Mongol harta pesaka hanya terbatas kepada anak-anak isteri pertama sahaja


Genghis Khan telah membahagikan anak-anak lelakinya kawasan masing-masing :

1: Gochi : Negara Chipcak, Khawarizm, Bulghar dan Rusia.
2: Chagotay :menguasai Turkistan dan negara Ma Wara' an-Nahar.
3: Toluy: memerintah Khurasan dan Parsi
4: Ogaday: memerintah Mongol dan China serta dilantik menjadi Khan Agung.

Dari segi sejarah terdapat nama-nama yang memiliki kegilaan untuk keluar menguasai dunia dan telah berjaya memperoleh kejayaan yang memberangsangkan dengan menguasai wilayah seperti Alexander The Great, Genghis Khan, Napoleon Bonaparte dan Adof Hitler yang tidak boleh dilakukan oleh sebarangan orang. Namun Genghis Khan lebih hebat daripada mereka bertiga kerana beliau mengusai wilayah yang lebih besar daripada mereka dan pengaruhnya bertahan lebih lama. Napoleon dan Hitler dapat dikalahkan ketika masih hidup dan penaklukan mereka juga agak singkat. Adapun Alexander tidak dapat dikalahkan tetapi beliau tidak menamakan penggantinya dan empayarnya runtuh selepas kematiannya. Tetapi Genghis Khan berjaya menyusun penaklukannya dan anak cucunya mampu meneruskan penguasaan bahkan Mongol mampu mempertahan kuasanya beberapa abad selepas kematiannya.

Seperkara lagi, jika Christopher Columbus, Simon Boliver dan Thomas Edison tidak wujud mungkin ada orang lain yang akan menemui benua Amerika, membebaskan Amerika Selatan atau mencipta cahaya elektrik. Namun tanpa Genghis Khan penaklukan Mongol abad ke 13m mungkin tidak berlaku dan suku kaum Mongol tidak pernah bersatu sebelum abad 13 m serta mereka tidak pernah bersatu semula.

Bahkan dapat juga dikatakan bahawa Genghis Khanlah sebagai tokoh utama dalam sejarah serangan Mongol. Beliau telah melaksanakan satu kombinasi taktik ketenteraan dan perang urat saraf untuk mencantas kemungkinan adanya saingan terhadap kekuasaan Mongol.

EMPAYAR MONGOL-SIRI 2

Mongol dan Islam, Apa Yang Pembaca Perlu Tahu..

Bangsa Mongol adalah bangsa daripada Asia Tengah yang menetap di kawasan yang sekarang ini dikenali Mongolia. Namun, pada satu ketika dahulu, empayar Mongol mencecah hampir satu per tiga dunia.
Pada abad pertengahan, bangsa Mongol bangkit sebagai bangsa yang kuat dan berdisiplin ketika dalam peperangan. Mereka tidak bergantung sepenuhnya kepada teknologi terkini melainkan teknik dan kemahiran mereka menunggang kuda. Hampir setiap bangsa seperti Turki, Barber, Mamluk, Anglo-Saxon mahupun Franco di Eropah takut dan gerun dengan kehebatan dan kebengisan Mongol di saat pertempuran. Beberapa ulama dan cendikiawan membicarakan tentang bangsa Mongol ini sebagai bala Allah swt kepada negara-negara yang mereka perangi terutama sekali empayar Islam.
 

Bangsa Mongol bertanggungjawab terhadap kejatuhan Dinasti Abbasiyyah di Baghdad. Baitul Hikmah yang diasaskan oleh Khalifah Harun al-Rashid musnah dan beribu-ribu kitab dibakar dan dihanyut di Sungai Furat. Air Sungai Furat dikatakan bertukar menjadi kehitaman akibat dakwat yang mencair daripada kitab-kitab tersebut.
Dinasti Abbasiyyah musnah dan kesultanan Islam berpindah ke Mesir dan didominasi oleh Bani Mamluk dan ke Anatolia yang dipimpin oleh Bani Ottmaniyyah.
Hakikat yang perlu diketahui oleh umat Islam pada hari ini adalah Bangsa Mongol miskipun kelihatan agresif ketika di medan tempur namun hampir setiap pemimpin mereka bersikap bertolenrasi terhadap agama selain daripada agama anutan mereka. Hulagu Khan misalnya, miskipun terkenal sebagai seorang pemimpin yang bengis namun bertoleransi terhadap agama. Beliau mengahwini isteri yang menganut ajaran Kristian Nestorian.
Sikap mereka yang sangat bertolenrasi sebenarnya memudahkan pengislaman mereka. Beberapa pemimpin tertinggi Mongol diriwayatkan memeluk Islam bahkan mengenepikan semangat kebangsaan untuk membantu empayar Islam daripada terus rebah dilanda amukan Mongol.
Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa, Islam tersebar hampir ke pelusuk Asia Tengah dan Asia Timur atas peranan yang dilakukan oleh Bangsa Mongol ini.!
DIGITAL CAMERA
Peperangan Ain Jalut(1260 masihi) antara tentera Mamluk dan tentera Mongol adalah peperangan yang pertama diketahui menggunakan hand-cannon (digelar ‘midfa’ dalam bahasa Arab). Hand-cannon adalah perintis kepada penciptaan senapang patah(match-lock) oleh bangsa Eropah beberapa abad selepas itu. Dalam Peperangan Ain Jalut, tentera Mamluk berjaya menundukkan keangkuhan tentera Mongol dan seterusnya menyekat kemaraan bangsa yang berasal daripada Asia Tengah tersebut daripada terus mengganas di empayar umat Islam.
 ain_Jalut_map
Berke Khan(meninggal dunia pada 1266 masihi) adalah individu berbangsa Mongol pertama yang memeluk Islam. Beliau adalah cucu kepada Genghiz Khan dan sepupu kepada pemusnah dinasti Abbasiyyah, Hulagu Khan. Berke Khan mendapat hidayah setelah pertemuannya dengan seorang ulama dan ahli sufi di Khwarizm. Setelah memeluk Islam, beliau mengenepikan semangat kebangsaan yang ada dalam dirinya untuk membantu Islam dan Mamluk menentang tentera Mongol pimpinan Kitbuqa. Dalam peperangan tersebut, beliau berjaya membunuh Kitbuqa. Berke Khan terkenal sebagai muslim yang taat. Beliau melarang sebarang makanan berunsurkan haram seperti babi dan arak dalam keraian. Beliau juga diriwayatkan mencadangkan penyembelihan binatang secara Islam bagi memudahkan beliau untuk menikmati bersama-sama saudara-saudaranya yang belum Islam.
kypchakhorde1ud7 
Ahmed Tekuder(meninggal dunia pada 1284) adalah salah seorang daripada tiga orang anak lelaki Hulagu Khan. Tekuder dilahirkan sebagai seorang Kristian bermazhab Nestorian mengikut mazhab ibunya. Namun, setelah dewasa, beliau memeluk ajaran Islam dan menukarkan pemerintahannya kepada pemerintahan bercorak Islam. Ahmed Tekuder atau Sultan Ahmed tidak mendapat sokongan daripada beberapa pemerintah Mongol beragama Buddha terutama anak saudaranya, Arghun Khan. Pada 10 Ogos 1284, Ahmed Tekuder syahid di tangan tentera Arghun Khan dalam satu peperangan berat sebelah.
kypchak1tm6 
Anak lelaki sulung Arghun Khan, Ghazan(1271-1304) adalah pemerintah Mongol yang memeluk Islam miskipun bapanya adalah musuh ketat kepada Islam. Ghazan memeluk Islam pada 1295 di hadapan ulama Ibrahim bin Muhammad. Ghazan dilahirkan sebagai seorang Kristian dan kemudian membesar sebagai penganut Buddha. Selepas menganut ajaran Islam, beliau menukarkan namanya kepada Mahmud Ghazan. Pemerintahan empayar di bawah kekuasaan beliau turut ditukarkan kepada empayar ala-Islam.
Mahmud Ghazan dalam satu ilustrasi.
Mahmud Ghazan dalam satu ilustrasi.
Setelah Ghazan meninggal dunia pada 1304, adiknya, Oljeitu(1280-1318) menaiki takhta. Sepertimana abangnya, Mahmud Ghazan, Oljeitu lahir sebagai seorang Kristian dan membesar sebagai seorang penganut Buddha. Beliau kemudian memeluk Islam bersama-sama abangnya. Mereka bermazhab Hanafi. Walaubagaimanapun, pergaulan yang akrab antara beliau dengan ulama Syiah seperti al-Hailli dan Maitham al-Bahrani menyebabkan beliau menukarkan mazhabnya kepada mazhab Syiah. Tidak sepertimana abangnya yang bertelorensi terhadap agama dan mazhab lain, beliau melancarkan beberapa peperangan sehingga membunuh ramai orang Islam bermazhab Ahlul Sunnah wa Jamaah. Hubungan empayar Ilkhanate dengan Mamluk mula longgar semasa pemerintahan Oljeitu.
mongol12 
Anak Oljeitu, Abu Said Bahadur Khan(1305-1335) menaiki takhta setelah kematian bapanya. Abu Said adalah pemerintah Mongol pertama di empayar Ilkhanate yang menggunakan nama Arab sejak dilahirkan. Abu Said bermazhab Sunni. Hubungan dengan kerajaan Mamluk di Mesir diperbaiki. Beliau memberi ruang yang luas kepada ajaran mazhab ahli Sunnah. Walaubagaimanapun, hubungan dengan sebuah lagi empayar Mongol, Golden Horde menjadi semakin parah. Abu Said meninggal dunia semasa peperangan menentang tentera Golden Horde. Abu Said tidak meninggalkan waris dan menyebabkan empayar Ilkhanate beransur-ansur merudum.
timurid1405 
Setahun selepas kematian Abu Said Bahadur Khan, lahir seorang lagi pemimpin Mongol yang terkenal sebagai seorang yang bengis dan agresif. Beliau adalah Timurid(1336-1405). Timurid dilahirkan di Kesh(kini di Uzbekistan) sebagai seorang Islam yang taat. Ramai pendapat mengatakan beliau bermazhab Syiah namun ramai juga berpendapat beliau bermazhab Sunni(Hanafi). Timurid adalah pemimpin Mongol yang berusaha mengembalikan kegemilangan empayar Mongol setelah pepecahan yang teruk di kalangan pemimpin tertinggi mereka. Empayar Ilkhanate di Parsi mengalami saat genting setelah kematian Abu Said, begitu juga dengan beberapa empayar Mongol yang lain. Pada 1387, Timurid berjaya menawan seluruh Parsi dan mengembalikan kegemilangan Dinasti Ilkhanate. Timurid menghabiskan 35 tahun dalam hayatnya semata-mata untuk menakluk dan menawan hampir suku dunia. Timurid berjaya memujuk hampir keseluruhan pemimpin Borjigin(keturunan Genghiz Khan) untuk memeluk ajaran Islam. Beliau adalah moyang kepada Ulug Beg(1394-1449) dan Babur Beg(1483-1530),pengasas kerajaan Mughal di India.
Untitled
Salisilah awal bangsa Mongol.
Beberapa dekad selepas kematian Timurid, lahir pula seorang keturunan Mongol yang berjaya menawan benua kecil India. Beliau adalah Babur Beg(1483-1530). Beliau mengasaskan Dinasti Mughal yang mendominasi hampir keseluruhan India sehingga ke Pakistan(kini), Afghanistan(kini) dan Bangladesh(kini). Undang-undang syariah Islam dikuatkuasakan. Babur Beg mempunyai susur galur terus kepada Timurid melalui bapanya dan Genghiz Khan melalui ibunya. Agama Hindu yang sejak daripada dahulu mendominisi India dibayangi oleh Islam sehinggakan banyak ulama besar dilahirkan sepanjang pemerintahan Dinasti Mughal.
babur 
Dinasti Mughal melahirkan beberapa sultan yang celik al-Quran. Antaranya adalah Sultan Aurangzeb(1618-1707) atau nama sebenarnya Abul Muzaffar Muhi u’d-Din Muhammad Aurangzeb. Aurangzeb adalah sultan yang sangat taat kepada ajaran Islam dan seorang hafiz. Beliau menggunakan hasil titik-peluhnya menyalin al-Quran dan menjualnya untuk menampung sara dirinya. Beliau mengelak daripada menggunakan dana kerajaan kerana berpendapat dana tersebut lebih baik digunakan untuk pembangunan ummah. Aurangzeb adalah pemimpin yang lembut terhadap kaum Muslimin namun tegas terhadap kaum kafir yang menentangnya.
 Beberapa peperangan dicatatkan sehingga mengorbankan banyak nyawa semata-mata untuk mempertahankan kerajaan Islamik yang diasaskannya. Aurangzeb juga diriwayatkan melarang pencetakan ayat al-Quran pada syiling rasmi kerajaannya kerana syiling tersebut boleh dipijak dan dibuang merata-rata tanpa disedari. Aurangzeb meninggal dunia pada 1707. Selepas kematiannya, kerajaan Mughal perlahan-lahan mengalami kemerosotan. Selepas Aurangzeb, keturunan Mongol mahupun Mughal mula kehilangan ‘kuasa’ dan ‘kekuatan’ sepertimana nenek-moyang mereka.
385px-Aurangzebs_tomb 
takusahrisaublogsport

EMPAYAR MONGOL-SIR1 1

Hulagu Khan dan Kejatuhan Empayar Abbasiyah

Hulagu bersama Ratu Kerait Doquz Khatun

Hulagu Khan, juga dikenali sebagai Hulagu, Hülegü atau Hulegu (Mongolia: Хүлэгү, Khülegü; Chagatai/Parsi: ہلاکو - Halaku; Arab:هولاكو; c. 1217 – 8 Februari 1265), ialah cucu kepada Genghis Khan. Beliau adalah individu yang bertanggungjawab dalam penaklukan negara Parsi, dan menamatkan pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad. Beliau juga bertanggungjawab mewujudkan Pemerintahan Mongol II di Parsi. Selepas menguasai Aleppo dan Damsyik, tenteranya maju namun ditewaskan oleh Tentera Mamluk di Mesir pada tahun 1260.

Pada masa kekuasaannya dia berhasil menaklukan banyak wilayah di Asia barat daya atau yang sekarang lebih dikenal dengan Timur Tengah, dengan diikuti oleh kekejaman yang luar biasa pada setiap daerah yang ditaklukkannya termasuk penghancuran kota Baghdad yang pada saat itu terkenal sebagai pusat kebudayaan dan ilmu pengetahun dunia pada tahun 1258 yang diikuti oleh pembantaian besar-besaran penduduk yang tinggal disana. Hulagu adalah anak dari Tolui dan Sorghaghtani Beki seorang wanita Nasrani. Dia termasuk cucu dari Genghis Khan dan masih bersaudara dengan Arik Boke, Mongke dan Kublai Khan.

Latar Belakang Penyerbuan ke Wilayah Muslim

Pada tahun 1255, Hulagu dikirim oleh saudaranya Mongke, The Great Khan (1251-1258) untuk menakluk wilayah yang dikuasai kaum muslimin Lurs dan Hashashim di Timur Tengah, dan memerintahkan kepadanya agar tidak menghancurkan setiap daerah yang menyerah tetapi sebaliknya membumihanguskan setiap daerah yang memberikan perlawanan.
Hulagu bercadang hendak menakluk wilayah muslim Lurs (di daerah Iran) dan Hashashimkemudian beliau mahu menakluk Kota Abbasiyyah pula di Baghdad, seterusnya mahu menjatuhkan Kerajaan Ayyubi di Syria dan yang terakhir menundukkan Kerajaan Mamluk di Mesir.
Ada beberapa faktor yang mempengaruhi Hulagu untuk menaklukkan wilayah muslim dan kejam setiap kali dia berhasil menguasainya iaitu : Ibu Hulagu, istri dan sahabat dekatnya, Kitbuqa termasuk kristian fanatik yang memendam kebencian mendalam terhadap orang muslim. Juga para penasihatnya banyak yang berasal dari Parsi yang memang berharap dapat membalas dendam di atas kekalahan mereka satu abad sebelumnya ketika Parsi ditakluk oleh pasukan muslim pada zaman Khalifah Umar bin Khattab.

Menuju Baghdad

Hulagu memulakan ekspidisi peperangannya menuju ke wilayah Lurs dengan membawa pasukan yang mungkin terbesar yang pernah dikerahkan oleh Kerajaan Monggol yg dipimpin oleh panglima yang beragama Kristian, Kitbuqa. Dengan mudah dia dapat menghancurkan Lurs, dimana berita ini rupanya membuatkan penduduk Hashashim merasa takut sehingga mereka menyerah begitu saja tanpa berlawan padahal sebenarnya mereka mempunyai pertahanan benteng Alamut yang sangat kuat dan sulit ditembus sebelumnya. Dengan tertakluknya dua wilayah ini , keyakinan Hulagu untuk menakluk Baghdad lebih tinggi .

Pertempuran Baghdad

Tentara Monggol yang dipimpinan Hulagu tiba di luar kota Baghdad pada bulan November 1257. Hulagu mengirim utusan kepada khalifah Al-Musta'sim agar menyerah, tetapi khalifah menolak dan memberi peringatan kepada Hulagu bahawa mereka akan dimurkai Allah jika mereka tetap menyerang kerajaan yang dipimpinnya.
Banyak catatan sejarah yang menyebutkan bahwa ini adalah kesalahan dar Khalifah kerana membuat Hulagu marah dan mempunyai alasan untuk membumihanguskan Baghdad dan membantai warganya padahal khalifah waktu itu masih belum sempat untuk menyiapkan serangan, merekrut tentara mahupun memperkuat benteng disekitar Baghdad jadi beliau belum bersedia menghadapi serbuan bangsa Mongol.
Hulagu segera membagikan pasukannya menjadi dua bagian besar untuk menyerbu Baghdad iaitu dari Barat dan Timur sungai Tigris. Awalnya pasukan muslim berhasil mengalahkan serbuan dari barat, tetapi mereka berhasil dikalahkan di pertempuran berikutnya. Serangan bangsa Monggol ini berhasil menyusup ke garis belakang pasukan muslimin dan mereka tanpa belas kasihan membunuh tentera-tentera muslimin .
Pada tanggal 29 Januari 1258, kota Baghdad mulai dikepung dibawah pimpinan panglima Monggol , Guo Khan. Pada tanggal 5 Februari, mereka berhasil menguasai benteng disekitar baghdad. Khalifah berusaha berbincang dengan Hulagu tetapi ditolaknya . Akhirnya pada tanggal 10 Februari, Baghdad secara rasminya dikuasai oleh pihak Monggol .
Tentera Hulagu Khan ketika mengepung Kota Baghdad 1258.
Pasukan Monggol mulai memasuki kota pada tanggal 13 Januari 1258 , dimana minggu itu merupakan minggu yang sungguh tragis dan jerit tangis warga kota Baghdad . Penyiksaan , anak gadis diperkosa dan pembakaran terjadi dimana-mana. Bangsa Monggol menghancurkan Masjid, perpustakaan, istana , hospital , dan juga banyak bangunan bersejarah . Perpustakaan Kota Baghdad (saat itu Baghdad terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dunia) yang penuh dengan buku-buku sejarah, kedoktoran dan astronomi dan lainnya dipunggah dan semuanya dilempar ke sungai Tigris, para saksi mengatakan warna air sungai Tigris berubah menjadi hitam akibat daripada dakwat buku yang dibuang oleh pihak Monggol .
Khalifah Al-Mus'tasim ditangkap dan disuruh melihat rakyatnya yang sedang disembelih dijalan-jalan dan hartanya yang dirampas . Kemudian setelah itu Khalifah dibunuh dengan cara dibungkus dengan permadani dan diinjak-injak dengan kuda sampai mati. Semua anaknya dibunuh kecuali anak perempuannya yang dihantar ke Monggol untuk dijadikan hiburan .
Sejarawan Islam, Abdullah Wassaf mengatakan penyiksaan warga kota Baghdad mencapai beberapa ratus ribu orang. Ian Frazier dari majalah The New York Worker mengatakan jumlah rakyat kota abbasiyyah yang dibunuh sekitar 200 ribu sampai dengan 1 juta orang.
Setelah kehancuran ini, kota Baghdad tidak pernah lagi menjadi pusat Kebudayaan dan Ilmu Pengetahuan dunia.

Kekalahan Pasukan Hulagu

Pada Tahun 1259, Hulagu berjaya menakluk Kerajaan Ayyubi di Syria tanpa pertumpahan darah kerana mereka menyerah . Fokus Hulagu Khan ialah untuk ke Mesir menakluk Kerajaan Mamluk . Akan tetapi khabar kematian Mongke membuat Hulagu segera pulang kenegerinya dan menyerahkan komando pasukan sepenuhnya kepada Kitbuqa untuk menyerang Kerajaan Mamluk di Mesir.
Khalifah Mamluk Saifuddin Qutuz segera mengirim pasukan keluar untuk menghalang dan akhirnya mereka bertemu di palestin . Terjadilah pertempuran di Ain Jalut yang terkenal itu dimana Kitbuqa berhasil ditangkap dan dibunuh oleh pasukan muslim dan pasukannya tewas di tangan kaum muslimin dengan penuh keyakinan . Peperangan ini dianggap sangat penting karena setelah itu bangsa Monggol secara bertahap mengalami kemunduran dan bahkan dihalau dari Syria.
Pasukan Hulagu yang dikirim untuk membalas kekalahan dari Kerajaan Mamluk sebagian dihalang oleh pasukan Berke Khan, Khan yang menguasai wilayah Rusia dan Kaukasus yang sudah memeluk agama Islam dan bersekutu dengan Kerajaan Mamluk dalam menghadapi serbuan balasan ini. Terjadilah perang saudara, yang terkenal dengan sebutan perang Berke-Hulagu yang berakhir dengan kekalahan telak dari pasukan Hulagu. Sebagian pasukan Hulagu lainnya yang berhasil sampai di Syria bertempur dengan pasukan muslim dari Kaum Mamluk di bawah pimpinan Baibars dan berhasil dihancurkan juga.
Menurut sejarawan Rashid al-Din, pada saat kota Baghdad jatuh dan mendengar kekejaman Hulagu, sebenarnya Berke Khan sudah mengirim surat kritikan kepada Mongke atas kelakuan Hulagu tetapi dia tidak tahu bahwa Mongke sudah meninggal saat itu dalam perjalanan ke China. Banyak sejarawan mengatakan banyak jasa yang diberikan oleh Berke Khan sehingga menyelamatkan Timur Tengah dari pembalasan Hulagu.

Kematian Hulagu Khan

Hulagu Khan meninggal pada tahun 1265 dan dimakamkan di Pulau Kaboudi yang terletak di dalam Danau Urmia. Dia digantikan oleh anaknya, Abaqa yang tetap meneruskan peperangan dengan Berke.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...