Tuesday, August 13, 2013

Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto)


Ular sawa merupakan haiwan pemangsa yang sangat berbahaya kepada manusia. Ia mampu membelit dan menelan walaupun mangsa mempunyai saiz yang lebih besar daripadanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Melayukini.net – Gambar Ngeri Ular Sawa Telan Manusia (8 Foto) | Ular sawa merupakan antara ular yang berupaya menelan mangsa dalam jangka masa yang singkat. Tidak kiralah saiz mangsa itu sebesar mana. Tetapi kebiasaannya spesis ini memakan haiwan ternakan seperti rusa, kancil, kambing dan lain-lain lagi. Selain itu, manusia juga tidak terkecuali menjadi santapan ular sawa tersebut. Ular ini boleh mengesan getaran mangsa pada tanah melalui tulang yang menyebabkan kita berada dalam keadaan bahaya tanpa disedari. Serangan pertama adalah dengan membelit mangsa, sebelum ia menelan secara perlahan-lahan. Boleh lihat gambar di bawah ini.

sumber ;Melayukini.net - 
 Jika masuk ke dalam hutan tebal, perkara utama sekali kita perlulah berhati-hati bimbang jika bertemu dengan haiwan seperti ini. Belitan ular sawa bukanlah satu belitan yang biasa, tetapi ia seperti mempunyai satu kuasa yang mampu menyebabkan kita tidak boleh bergerak.

Perayaan Beri Makan Kepada Buaya



Pesta buaya adalah satu perayaan yang unik di Karachi, Pakistan. Ia adalah perayaan yang diadakan oleh kumpulan etnik yang dipanggil Sheedis. Adalah dipercayai bahawa Sheedis datang sebagai hamba dari Afrika. 



Festival itu diadakan di kuil di Manghopir sejak abad ke-13.Semasa perayaan ini Sheedis akan membuat ikrar di kuil. Ikrar ini kemudian diberikan kepada buaya melalui makanan iaitu daging kambing segar. 

Apabila buaya menerima daging tersebut ia akan dilihat sebagai tanda nasib yang baik. Mereka percaya bahawa buaya tidak akan menyerang kerana mereka adalah pengikut wali yang dikenali sebagai Khwaja Hasan. Sheedis juga akan menari dan menyanyi di pesta ini. 

Seorang bapa juga akan meletakkan bayi di atas rahang buaya untuk mendapat restu dan rahmat bagi bayi itu.




            

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...