Thursday, November 8, 2012
TAMAN WARISAN SELANGOR-SIRI 1
HULU KLANG: Taman Warisan Selangor yang merangkumi kawasan seluas 108,000
hektar dan diwartakan sebagai taman negeri, diberi jaminan akan kekal
hijau buat selama-lamanya dan tidak akan dibangunkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata jaminan itu
dibuat serentak dengan pengisytiharan kawasan meliputi Hulu Langat ke
Hulu Selangor itu sebagai Taman Warisan.
Ia akan diuruskan Perbadanan Taman Negeri Selangor, badan yang
diwujudkan melalui peruntukan Enakmen Perbadanan Taman Negeri Selangor
2005.
Beliau berkata, penubuhan taman negeri itu bertujuan memastikan sumber
asli dan khazanah semula jadi terjamin, selaras dengan hasrat kerajaan
negeri dalam menerajui konsep pembangunan mampan melalui Projek Strategi
Pembangunan Mampan dan Pelaksanaan Agenda 21 Selangor.
"Kawasan hutan di sepanjang bahagian timur negeri ini terletak dalam
daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, ialah kawasan sensitif alam
sekitar.
"Ia dikenal pasti sebagai pelindung sumber alam semula jadi, terutama
bekalan air terpenting bagi Lembah Klang dan empat sungai utama di
Selangor iaitu Sungai Bernam, Sungai Buluh, Sungai Klang dan Sungai
Langat berpunca dari kawasan yang kini dikenali sebagai Taman Warisan
Selangor.
"Ini menjadikan kawasan ini tidak boleh diteroka, bagi menjamin ia
menjadi kawasan tadahan air utama Lembah Klang," katanya sempena
Pelancaran Taman Warisan Selangor oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Mohd Najib Razak.
Majlis pelancaran di Taman Rekreasi, Empangan Klang Gate, Taman
Melawati, di sini, semalam, diadakan sempena sambutan pencapaian status
maju bagi negeri Selangor.
Pengekalan kawasan itu sebagai taman negeri juga bertujuan melindungi
kawasan tanah tinggi, habitat unik, pencegahan banjir di kawasan hilir
dan melindungi cerun curam.
Selain itu, ia penting bagi melindungi sumber kepelbagaian biologi,
flora dan fauna negeri Selangor serta potensi untuk pelancongan alam dan
pelbagai peluang ekonomi.
"Dalam memastikan sumber air bagi penduduk Selangor bersih daripada
pencemaran, Kerajaan Negeri akan memindahkan semua rumah berhampiran
sungai.
"Walaupun tidak banyak setinggan mendiami tepi sungai, kita akan
pindahkan secara berperingkat-peringkat," katanya.
Beliau berkata, pengwujudan taman negeri yang akan dibuka kepada orang
ramai itu bukan saja satu lagi mercu tanda pembangunan yang menjadi
kebanggaan Selangor, malah juga terhadap negara.
Sementara itu, Mohd Najib ketika melancarkan taman negeri itu berkata,
kerajaan Selangor perlu menubuhkan struktur pengurusan yang mampu
menyedia dan melaksanakan Kerangka Perancangan dan Tindakan Pengurusan
Taman yang cekap dan berkesan supaya semua fungsi dan matlamatnya
tercapai.
"Kerangka itu harus memandang jauh ke depan dan mengambil kira
perubahan genetik, dinamik landskap semula jadi, faedah dan kesan
aktiviti penyelidikan saintifik dan sosio-ekonomi," katanya.
Kajian saintifik mendapati, kawasan Taman Warisan Selangor kaya dengan
spesies semula jadi merangkumi 3,140 spesies tumbuhan vaskular, 114
spesies mamalia, 355 spesies burung, 104 spesies ikan, 202 spesies
reptilia dan amfibia, 357 spesies kupu-kupu dan lebih 1,000 spesies
rama-rama.
Taman Warisan Selangor turut memiliki Permatang Kuarza sepanjang 14
kilometer di Klang Gate, antara permatang kuarza terpanjang di dunia.
Ia membabitkan hampir 100 peratus mineral kuarza yang membuatkannya
kelihatan sebagai satu jasad timbul putih yang menyerlah di kaki langit.
SENARAI TAMAN NEGARA DI MALAYSIA
Semenanjung Malaysia
- Taman Negara
- Taman Negara Endau-Rompin
- Taman Negara Gunung Stong
- Taman Negara Royal Belum
- Pusat Perlindungan Hidupan Liar Krau
[sunting] Johor
- Taman Negara Endau-Rompin
- Gunung Ledang
- Taman Negara Tanjung Piai
- Taman Negara Pulau Kukup
- Taman Negara Mersing
[sunting] Pulau Pinang
[sunting] Perlis
- Taman Negara Perlis
- Hutan Simpan Wang Pinang
[sunting] Selangor
- Taman Warisan Selangor
- Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungai Dusun
- Taman Templer
[sunting] Sarawak
- Taman Negara Bako
- Taman Negara Mulu
- Taman Negara Niah
- Taman Negara Lambir
- Taman Negara Similajau
- Taman Negara Gunung Gading
- Taman Negara Kubah
- Taman Negara Batang Ai
- Taman Negara Loagan Bunut
- Taman Negara Tanjung Datu
- Taman Negara Talang Satang
- Taman Negara Bukit Tiban
- Taman Negara Maludam
- Taman Negara Poko Bakau Rajang
- Taman Negara Gunung Buda
- Taman Negara Pulong Tau
- Taman Negara Kuching Wetlands
- Hutan Simpan Gua Angin
- Pusat Perlindungan Hidupan Liar Samunsam
- Hutan Simpan Stutung
[sunting] Sabah
- Taman Kinabalu
- Taman Negara Tunku Abdul Rahman
- Taman Negara Kepulauan Penyu
- Taman Negara Pulau Tiga
- Taman Negara Bukit Tawau
- Taman Negara Crocker Range
10 PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR DI MALAYSIA
PEMBIAKAN DAN KONSERVASI EX-SITU DI PUSAT-PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR
Bahagian Konservasi Ex-situ juga bekerjasama dengan Jabatan PERHILITAN negeri di dalam program pembiakan dan konservasi yang melibatkan Pusat-pusat Konservasi Hidupan Liar yang disenaraikan seperti di bawah. Ia bertujuan untuk menambahkan bilangan spesies hidupan liar di dalam kurungan. Selain daripada program pembiakan, program-program kesihatan juga dikoordinasi dan dilaksanakan oleh bahagian ini di dalam membantu pengurusan hidupan liar di dalam kurungan. Senarai Pusat-Pusat Konservasi Hidupan Liar:
1.Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat, Perlis
Selain daripada Napuh (Tragulus napu), Pelanduk (Tragulus javanicus) dan Kijang (Muntiacus muntjac) juga dipelihara di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Batu Pahat ini. Semua Pelanduk dan Napuh dipelihara dan dibiakkan di dalam sangkar pembiakan. Manakala Kijang pula ditempatkan di dalam sangkar pembiakan yang berasingan. Keluasan keseluruhan kawasan untuk projek ini adalah 27 hektar tetapi hanya 3 hektar atau 9 % sahaja dari keseluruhan kawasan dibangunkan untuk program pembiakan hidupan liar di kawasan tersebut. Sehingga kini, bilangan hidupan liar yang terdapat di PKHL ini adalah sebanyak 42 ekor Pelanduk, 37 ekor Napuh dan 10 ekor Kijang.
2.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah
Selain daripada PKHL Bota Kanan, Perak, sebuah lagi Pusat Konservasi Hidupan Liar bagi spesies Tuntung terdapat di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah. Pusat ini ditubuhkan dalam tahun 1981 dan memelihara dua spesies Tuntung iaitu Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis). Tidak banyak perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua spesies ini kecuali pada cengkerang dan bahagian kepalanya. Walau bagaimanapun, bilangan Tuntung Sungai adalah lebih banyak terdapat di dalam peliharaan pusat ini. Sehingga kini, bilangan Tuntung yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak 302 ekor. Sebagai menyokong usaha konservasi, Tuntung ini dilepaskan semula ke sungai secara berperingkat. Sebagaimana pembiakan Tuntung di Bota Kanan, telur-telur Tuntung diperolehi dari peraih-peraih berlesen pada setiap kali musim bertelur. Semua telur ini akan dieram di dalam pasir secara semula jadi sepanjang tempoh 75 hingga 100 hari sebelum ianya menetas. Anak-anak yang baru menetas akan dikutip dan dipelihara di dalam kolam khas yang telah ditetapkan, berasingan daripada Tuntung dewasa
3.Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak
Terletak di dalam Rezab Hidupan Liar Sungai dengan keluasan 2468 hektar, Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai adalah salah satu pusat konservasi yang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan PERHILITAN. Tujuan Pusat Konservasi Ex-situ ini ditubuhkan adalah sebagai salah satu usaha konservasi Jabatan untuk spesies Burung Kuang, Seladang dan Rusa. Kemudahan yang terdapat di pusat ini termasuklah sangkar pembiakan spesies Burung Kuang, padok Rusa dan padok Seladang. Selain itu, terdapat juga makmal yang menyediakan kemudahan bilik yang dilengkapi dengan peralatan seperti inkubator untuk membantu pengeraman dan penetasan telur. Di sini, terdapat 77 ekor Rusa Sambar (Cervus unicolor) iaitu 15 ekor Rusa Sambar Semenanjung dan 62 ekor Rusa Sambar Borneo serta terdapat juga 20 ekor Seladang (Bos gaurus hubbacki). Terdapat enam spesies Burung Kuang iaitu Merak Pongsu (Polyplectron malacense), Merak Hijau (Pavo muticus), Merah Mata (Lophura erythropthalma), Kuang Raya (Argusianus argus), Kuang Cermin (Polyplectron inopinatum) dan Ayam Pegar (Lophura ignita).
4.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan, Perak
Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis) merupakan spesies Reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan. Spesies Tuntung ini dipelihara dan dibiakkan bagi mengelak kepupusan akibat aktiviti-aktiviti pengambilan pasir-pasir sungai yang tidak terkawal. Pasir sungai merupakan komponen utama di dalam habitat semula jadi spesies ini. Pusat Konservasi Hidupan Liar Bota Kanan merupakan pusat Tuntung yang terbesar dengan bilangan yang mencapai 463 ekor. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies Tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara terutamanya bagi pelajar-pelajar yang meminati spesies hidupan liar ini. Telur-telur Tuntung yang diperolehi pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat. Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat sepuluh buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung tertua yang terdapat di sini berusia 37 tahun
. 5.Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor
Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun ini siap sepenuhnya pembinaan pada bulan April 2000 dengan kos pembinaan sebanyak RM3,600,000.00. Tujuan asal pembinaan ialah bagi projek konservasi Badak Sumatera yang merupakan antara spesies yang diancam kepupusan di negara ini Pada tahun 2004, pusat konservasi ini tidak lagi menjalankan pemuliharaan Badak Sumatera tetapi tumpuan dijalankan terhadap projek konservasi Badak Cipan (Tapirus indicus). Sebagai permulaan tiga ekor Badak Cipan telah ditempatkan dalam kandang-kandang yang sedia ada. Dalam bulan Mac 2005, seekor anak Badak Cipan jantan telah dilahirkan. Pada Mei dan Jun 2007, sepasang anak kembar Badak Cipan telah dilahirkan dalam bulan yang berasingan, daripada ibu yang sama di pusat ini. Ia merupakan rekod pertama dunia yang bersejarah di PKHL Sungai Dusun. Ini kerana ia adalah anak kembar pertama spesies ini yang dilahirkan di dalam kurungan Sehingga kini, selain daripada Badak Cipan, spesies hidupan lain seperti Buaya Julung-julung (Tomistoma schlegeliidan) juga dipelihara dan terlibat dalam program konservasi ex-situ di sini. Program Konservasi Hidupan Liar Landak Raya (Hystrix brachyura) juga dijalankan di sini bagi menyokong program Pembiakan Komersial Landak Raya oleh penternak. Sehingga kini, bilangan Landak Raya yang terdapat di pusat ini telah mencapai 150 ekor
. 6.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bangas, Johor
Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2000 dan menjalankan program konservasi terhadap spesies Kijang. Dua spesies Kijang yang terdapat di pusat ini adalah Kijang Semenanjung (Muntiacus muntjac) dan Kijang dari Borneo (Muntiacus atherodes). Pusat ini bermula dan beroperasi sepenuhnya pada bulan Februari 2003 dengan lima ekor Kijang dari baka berlainan iaitu baka Semenanjung dan Borneo. Baka Semenanjung diperolehi dari Zoo Taiping, manakala baka Borneo diperolehi dari Jabatan PERHILITAN Perlis. Kelahiran pertama dua ekor anak Kijang di pusat konservasi ini ialah pada bulan April dan Mei 2004. Sehingga kini, terdapat 40 ekor Kijang kesemuanya
. 7.Pusat Konservasi Hidupan Liar Jemaluang, Johor
Tujuan penubuhan pusat ini ialah untuk menjadikan ia projek kedua pemuliharaan Burung Kuang selepas Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak. Bilangan spesies Kuang yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak lima spesies yang terdiri dari Merak Pongsu (Polyplectron malacense), Merak Hijau (Pavo muticus), Merah Mata (Lophura erythropthalma), Kuang raya (Argusianus argus) dan Pegar (Lophura ignita). Sehingga kini, terdapat 11 ekor Kuang Raya, 4 ekor Merah Mata, 28 ekor Merak Pongsu dan 4 ekor Merak Hijau. Kesemua Burung-burung Kuang ini ditempatkan di dalam sebuah sangkar besar di mana terdapat 22 sangkar kecil berasingan mengikut spesies di dalamnya. Setiap spesies dipelihara secara berpasangan bagi menjayakan program pembiakan
. 8.Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang
Pusat konservasi ini ditubuhkan dalam tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan haram merupakan antara faktor yang mengancam populasi. Dari tahun 1982 hingga tahun 2004 Jabatan telah menangkap empat ekor Seladang jantan dan dua ekor Seladang betina dari habitat liar sebagai perintis program pembiakan spesies ini. Keenam-enam ekor Seladang ini diperolehi melalui operasi tangkapan baka Seladang yang dijalankan di seluruh Semenanjung Malaysia bagi menangkap Seladang-seladang yang terancam akibat pembukaan kawasan hutan yang tidak terurus. Kelahiran pertama anak Seladang dalam kurungan pada 12 April 1985 menandakan kejayaan bagi program konservasi spesies hidupan liar ini. Dari tahun ke setahun, bilangan ini bertambah dan pertambahan bilangan spesies ini menarik perhatian masyarakat untuk melihat hidupan liar ini dengan lebih dekat lagi. Sehingga kini, bilangan Seladang ialah 43 ekor kesemuanya. Seladang-seladang ini dipelihara secara berkumpulan termasuk ibu dan anak, berpasangan atau individu mengikut keperluan. Selain itu, Jabatan PERHILITAN juga telah mengadakan program kerjasama dengan pihak MARDI dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (Aplikasi Bioteknologi di dalam Konservasi dan Pembiakan Hidupan Liar yang Bernilai Komersil) pada 3 Oktober 2005. Di mana, ia melibatkan program pembiakan spesies Seladang di Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang. Ini secara langsung akan menumpu kepada penambahan bilangan Seladang di dalam kurungan dengan kaedah-kaedah aplikasi pembiakan biotek terkini.
9.Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan
Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang ini terletak di sebuah kawasan dataran yang dikelilingi oleh hutan-hutan serta bukit-bukit batu kapur. Spesies yang diperkenalkan di kawasan projek ini ialah Rusa Sambar (Cervus unicolor). Pusat ini merupakan Pusat Konservasi Hidupan Liar yang terdapat bilangan Rusa yang terbanyak disamping Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak. Sehingga kini, bilangan Rusa Sambar yang terdapat dalam pemuliharaan pusat ini ialah sebanyak 71 ekor
. 10.Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu
Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Paloh, Terengganu juga merupakan pusat Tuntung di bawah Jabatan PERHILITAN. Tuntung Sungai (Batagur baska) merupakan spesies Tuntung yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di pusat ini. Telur-telur Tuntung yang diperoleh daripada peraih-peraih berlesen pada setiap musim bertelur akan dieramkan secara semula jadi di dalam kawasan berpasir yang terdapat di sekitar kawasan pusat tersebut Tempoh masa pengeraman telur-telur Tuntung ini adalah di antara 75 hingga 100 hari. Terdapat lapan buah kolam pembiakan Tuntung, di mana setiap kolam pembiakan ini memelihara Tuntung mengikut peringkat umur masing-masing bermula daripada umur sehari penetasan sehingga umur dewasa. Tuntung induk dipelihara di kolam berasingan. Sehingga kini, terdapat 1456 ekor Tuntung Sungai yang dipelihara di pusat ini. PEMBIAKAN KOMERSIL Sehingga kini, dua spesies hidupan liar; Pelanduk dan Landak Raya telah mula dibiak di bawah program pembiakan komersil. Program pembiakan komersil secara sistem pawah telah bermula bagi spesies Pelanduk (Tragulus javanicus). Pada tahun 2006, Jabatan PERHILITAN telah mengadakan satu lagi program kerjasama dengan pihak ABI ke atas spesies Landak Raya dengan waran (daripada ABI) berjumlah RM1.25 juta. Program–program penyelidikan bersama juga dijalankan dengan pihak universiti-universiti tempatan dan luar negara. Bagi Landak Raya (Hystrix brachyura), dua projek telah dimulakan bersama orang awam. Projek ini telah dimulakan pada awal tahun 2005 di Negeri Sembilan dan sehingga kini terdapat 20 ekor Landak jantan dan 30 ekor Landak betina. Pada tahun 2006, sebuah lagi projek pembiakan Landak Raya dijalankan di Banting, Selangor. Sebanyak 32 ekor Landak yang dipelihara. Projek ini diteruskan dan sehingga kini, lebih daripada 10 projek Pembiakan Komersial Landak Raya telah dijalankan. Kesemua landak ini telah dipasang dengan mikrocip bagi tujuan pengesanan. Pegawai Veterinar dan Pegawai Hidupan Liar Jabatan akan memberi khidmat nasihat di samping memantau perlaksanaan projek tersebut. Status terkini Projek Pembiakan Komersil Landak Raya ialah pada peringkat pengurusan dalam kurungan dan pembiakan. Sebuah buku bertajuk Ternakan Komersil Hidupan Liar Malaysia Landak Raya (Hystrix brachyura) telah diterbitkan dan boleh dijadikan panduan kepada bakal-bakal penternak yang berminat. Objektif utama program ini adalah untuk memastikan pertambahan yang tinggi bagi populasi hidupan liar di dalam kurungan yang boleh diperolehi melalui sistem pembiakan yang teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan terkini. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek aplikasi bioteknologi di dalam spesies ini yang perlu dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan, dan skop genetik molekul, nilai-nilai tambah yang lain juga perlu dibangunkan bagi memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari. Program pembiakan komersil ini juga telah mengambil kira kepentingan konservasi sesuatu spesies dan penggunaannya secara lestari.

RIZAB HIDUPAN LIAR KRAU,PAHANG
Mandi sungai bersama gajah
SERONOK...mandi bersama gajah menyeronokkan dan mengujakan.
Namun, pasti ramai tidak tahu mengenai Rezab Hidupan Liar Krau iaitu kawasan perlindungan tertua di Malaysia serta kawasan perlindungan hidupan liar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
- MESRA...pengunjung disambut mesra oleh semua penghuni Deerland Park.
- MANJA...aksi Muda mengujakan pengunjung.
- BECOK...burung kakaktua yang peramah.
- CANTIK...kecantikan ekor merak membuatkan pengunjung terpesona.
Ditubuhkan pada 1923, Rezab Hidupan Liar Krau juga adalah tempat tinggal kepada 125 spesies mamalia, 305 spesies burung, 87 spesies amfibia dan reptilia, 68 spesies ikan serta lebih 1,508 spesies tumbuh-tumbuhan yang dikenal pasti.
Selain itu, pelbagai flora dan fauna yang terdapat di situ antaranya kelawar bahu putih, harimau belang, kambing gurun, seladang, petai liar, bunga Rafflesia dan banyak lagi.
Di Rezab Hidupan Liar itu terdapat Institut Biodiversiti dan Pusat Konservesi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Selatan Rezab dengan laluan masuk melalui Lanchang, Pahang.
Anda boleh melihat pelbagai hidupan liar seperti beruang, ular sawa serta rusa di Deerland Park dan mandi serta menunggang gajah di Pusat Konservesi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
Penulis yang mengikuti Program Kembara Bersama Media anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berpeluang menikmati peluang menarik itu, baru-baru ini.
> Dekati si liar di Deerland Park
Dibuka sejak 15 tahun lalu iaitu pada 1996 dan mempunyai keluasan lebih kurang 2.5 hektar, Deerland Park menjanjikan kelainan dan pengalaman yang sukar dilupakan.
Pengunjung bukan saja dapat melihat hidupan liar seperti rusa dan beruang tetapi bermesra dengan haiwan di situ.
Pemilik taman itu, Abdullah Ahmad Mahmud, membawa kami ke kandang rusa.
Semua bagaikan terpinga-pinga namun selepas diberi ubi yang menjadi makanan mereka, haiwan itu tanpa rasa takut mendekati untuk meminta makan.
Selesai di kandang rusa, kami singgah di mini zoo menempatkan haiwan eksotik seperti burung kasawari dan burung merak.
Kami berpeluang melihat burung itu mengembangkan ekornya yang cantik itu, memang teruja melihat dari dekat.
Di kandang ular sawa yang jinak, bernama Jessy, penulis sempat merakam gambar bersama teman.
Selepas itu, kami melawat dan membelai beruang madu bernama Muda berusia 13 tahun. Ada dua lagi beruang di Deerland Park iaitu Hitam, 5 tahun dan Dayang 8 tahun.
Dengan memberi Muda campuran madu dan susu pekat, kami membelai serta bergambar dengannya.
Kesuntukan masa menyebabkan kami tidak sempat bermesra dengan haiwan lain di Deerland Park. Namun, kunjungan itu pengalaman manis yang jarang dapat ditemui ketika bercuti.
Bayaran masuk ke Deerland Park ialah RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak bawah 12 tahun). Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat (10.30 pagi hingga 5.30 petang).
Keterangan lanjut, hubungi Abdullah di talian 013-9676242 atau 09-2797249 (pejabat) serta e-mel: kraunaturepark@yahoo.com.m
> Mandi bersama Gajah
Beberapa minit dalam bas, kami tiba di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, kira-kira lima kilometer (km) dari Deerland Park.
Walaupun kunjungan itu kedua penulis sejak empat tahun lalu, pengubahsuaian dibuat terutama kewujudan Kompleks Pelawat membuatkan penulis terpegun.
"Banyak yang sudah berubah" detik hati penulis.
Kami diberi taklimat oleh Ketua Unit Gajah, Nasharuddin Othman aktiviti di pusat itu termasuk penangkapan dan pemindahan gajah liar.
Sebelum memulakan aktiviti, gajah-gajah dibawa ke sungai sebelum ke pentas utama. Semua pengunjung memenuhi ruang dewan utama untuk melihat aksi gajah-gajah dari Malaysia, Thailand dan Myanmar.
Di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah itu, pengunjung tidak dikenakan bayaran. Namun, bagi yang mahu mandi, memberi makan atau menunggang gajah, mereka perlu mendapatkan pelekat kuning. Setiap hari hanya 100 hingga 120 keping pelekat dikeluarkan.
Jika mendapat pelekat berwarna merah, anda tidak dapat mandi atau menunggang gajah tetapi boleh mendekati haiwan itu termasuk memberi makan.
Tarikan lain di sini ialah Denai Gajah yang memberi peluang pengunjung menunggang haiwan itu menyusuri denai sambil melihat keindahan flora dan fauna kira-kira 1.5 kilomter.
Bagaimanapun, Denai Gajah belum dibuka kepada orang ramai dan kami kumpulan pertama melalui denai itu.
>Bagaimana ke sana:
> Ke Deerland Park
- Deerland terletak di Bukit Rengit, Lanchang, kira-kira 110 km dari Kuala Lumpur. Untuk ke sana, dari Kuala Lumpur, pandu melalui Lebuhraya Karak menuju ke Kuantan dan ambil susur keluar selepas tol Lanchang.
Dari sini, pandu terus menghala ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan pandu lapan kilometer sebelum ambil kanan dan ikut papan tanda untuk ke Bukit Renggit dan Deerland Park.
>Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
- Hanya lebih kurang 15 km dari Lanchang dan 14 km dari persimpangan bertingkat Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di laluan Karak-Temerloh.
Memandu dari ibu kota hanya mengambil masa lebih kurang Kuala Gandah satu setengah jam perjalanan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Ambil susur keluar ke tol Lanchang. Ambil kiri dan ikut papan tanda ke pusat ini.
TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN(JOHOR/PAHANG)
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai jenis tumbuhan yang unik terdapat di sini seperti keruing, meranti, paku-pakis, periuk kera dan orkid hutan. Pada sekitar 1985, satu ekspedisi sains menemui 25 spesies tumbuhan yang baru.
Di Taman Negara Endau-Rompin juga terdapat banyak hidupan liar seperti harimau, gajah dan babi hutan serta bilangan badak sumbu Sumatera yang terbesar di dunia. Spesies tempatan yang lain termasuk binturung (bear cat) dan Ungka Tangan Putih (white handed gibbon) yang merupakan spesies mawas yang tunggal di kawasan ini. Di sini juga terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang jarang ditemui di tempat lain.
Terdapat juga banyak air terjun dan denai kecil di Taman Negeri ini. Air Terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan kawasan air terjun yang paling cantik. Ia ada lima tingkat dan mampu mengalirkan empat perpuluhan lima juta liter air seminit.
Kawasan ini juga penuh dengan mitos dan legenda dan telah menjadi sebuah kawasan rekreasi dan pelancongan yang mashyur di Malaysia. Ramai pelancong gemar menjejaki hutan ini, khususnya di habitat puak Jakun di mana mereka dapat mendengar cerita-cerita mitos hutan yang terpesona. Taman ini juga memberikan wawasan bernilai tentang budaya orang asli yang unik, teknik ketakatan serta kemahiran pemburuan dan pengesanan haiwan.
Perkhemahan merupakan penginapan yang paling popular. Terdapatnya empat tapak perkhemahan yang dapat menampung kira-kira 300 ratus orang, yakni di Kuala Jasin, Batu Hampar, Upeh Guling dan Kuala Marong. Pada waktu sekarang, Taman ini tengah merancang untuk memberikan lebih kemudahan kepada pelancong selaras dengan matlamat untuk membentukkan taman negara ini sebagai destinasi pelancong yang utama.
Taman Negeri Endau-Rompin ditutup semasa musim hujan dari November sehingga Mac. Memancing ikan tidak dibenarkan pada musim ikan bertelur dari September hingga Oktober.
[sunting] Cara ke sana
Perjalanan ke Taman Negeri Endau-Rompin bermula dari Kampung Peta, iaitu sebuah perkampungan orang Hulu. Dari Kampung Peta, pelancong boleh menaiki bot kecil selama 40 minit untuk sampai ke kawasan perkhemahan Kuala Jasin. Dari sini, mereka perlu berjalan kaki kira-kira enam jam untuk sampai ke kawasan Air Terjun Buaya Sangkut.[sunting] Lihat juga
TAMAN NEGARA KEPULAUAN MERSING,JOHOR
KEPULAUAN
Mersing akan menjadi destinasi percutian tumpuan pelancong dari
dalam
dan luar negara apabila Kerajaan Johor bersetuju mewartakan 13 pulau
di
daerah berkenaan sebagai Taman Laut.
Keputusan ini diumumkan Menteri Besar Johor,
Datuk Abdul Ghani Othman,
pada
pelancaran Projek Konservasi Samudera DiRaja Johor di Pulau Tinggi,
Mersing,
baru-baru ini.
Program dua hari itu dirasmikan Tengku Mahkota
Johor, Tunku Ibrahim
Ismail
Sultan Iskandar dan turut dihadiri Tengku Bendahara Johor, Tunku
Abdul
Majid Idris Sultan Iskandar.
Abdul Ghani berkata, dengan persetujuan ini,
semua pulau di daerah
Mersing
dengan perairannya diwartakan sebagai Taman Laut dan sekali gus
kawasan
daerahnya yang belum dikurniakan dan perairannya sebagai Taman
Negara
Johor (TNJ).
"Lokasi ini sejajar dengan hasrat
kerajaan negeri menjadikan perairan di
bawah
daerah Mersing sebagai kawasan pelancongan mapan serta mampu menarik
pelancongan
dalam negeri dan luar negara," katanya.
Tiga belas pulau yang diwartakan sebagai
kawasan Taman Negara Johor
ialah
Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Gual, Pulau Mensirip,
Pulau
Harimau, Pulau Tinggi, Pulau Mentigi, Pulau Besar, Pulau Tengah,
Pulau
Hujung, Pulau Sibu dan Pulau Sibu Hujung.
Matlamat utama projek itu adalah simbolik
kepada hasrat kerajaan untuk
memastikan
13 pulau berkenaan menjadi detinasi yang harus dilawati
pelancong
dari luar Johor.
Untuk menepati sasaran itu, tumpuan projek
menjadikan kepulauan Mersing
sebagai
Taman Negara Johor akan menjurus kepada:
* Menambah bilangan stok perikanan di
perairan TNJ, khususnya kepulauan
Mersing,
terutama sekitar Pulau Tinggi.
* Membaikpulih ekosistem terumbu karang di
perairan kepulauan Mersing
bagi
tujuan aktiviti selam.
* Menambah habitat pembiakan ikan dan sumber
laut di perairan kepulauan
Mersing
bagi tujuan rekreasi dan aktiviti memancing.
* Meningkatkan kesedaran awam terhadap
kepentingan kualiti alam sekitar
yang
bersih serta bebas daripada ancaman pencemaran.
* Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap
ancaman kepupusan penyu
yang
semakin kritikal.
"Jika semua ini berjaya dilaksanakan
mengikut perencanaan, kerajaan
negeri
percaya hasrat menjadikan kepulauan Mersing sebagai Taman Laut
paling
mapan dan dilawati ramai pelancong akan tercapai tidak lama lagi,"
katanya.
Antara pengisian projek berprestij itu ialah:
* Pembinaan tukun tiruan untuk pembiakan ikan
di dasar perairan Pulau
Tinggi.
* Pembersihan habitat batu karang daripada
sampah sarap dan haiwan
Mahkota
Berduri (crown of thorn starfish) yang menjadi ancaman
semulajadinya.
* Gotong-royong pembersihan pantai.
* Program penetasan penyu di Pulau Tinggi.
Pelaksanaan jentera penganjuran di Pulau Tinggi
membabitkan 300 peserta
dengan
100 penyelam mewakili Unit Taman Laut Malaysia, Tentera Laut DiRaja
Malaysia
Lumut, Kementerian Pertahanan, Coral Reef Ecology Support Team,
Malaysian
Nature Society Johor dan Persatuan Penyelam Malaysia.
Sementara itu, Ketua Cawangan Pemuliharaan
Sumber dan Rekreasi Jabatan
Perikanan
Malaysia,
Dr Sukarno Wagiman, berkata untuk menjadikan kepulauan
Mersing
tumpuan hidupan laut yang membabitkan 13 pulau itu, pihaknya
memberikan
tumpuan kepada projek penetasan penyu.
"Kita mengarahkan pihak yang terbabit
dengan program ini mengumpul semua
telur
penyu di semua pulau berkenaan untuk penetasan di Pulau Tinggi.
"Anak-anak penyu berusia tiga atau empat
bulan akan dilepaskan secara
berperingkat-peringkat
dengan hasrat menjadikan kawasan sekitar kepulauan
Mersing
sebagai tempat penyu bertelur terbesar pada masa akan datang,"
katanya.
Dr Sukarno berkata, beliau percaya kawasan
sekitar 13 pulau di daerah
Mersing
berupaya muncul antara destinasi pelancongan tumpuan pelancongan
dari
dalam negeri dan luar negara pada masa akan datang.
TAMAN NEGARA PULAU KUKUP,JOHOR
Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia.dengan keluasan kira2 647 hektar dengan dataran lumpur berkeluasan 800 hektar Ia juga yang satu-satunya terletak di perairan Johor.
Pulau Kukup juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status 'Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Konvenysen Ramsar di Geneva.
Suatu
legenda tempatan menceritakan kisah Pulau Kukup yang pernah menjadi
tempat kediaman lima puteri bunian. Pada satu hari, salah seorang puteri
itu jatuh cinta dengan seorang pelayar. Mereka melarikan diri dan satu
sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup.
Pulau
itu ditenggelamkan oleh air laut. Setelah beberapa lama, pulau itu
muncul kembali tapi kini ia diliputi kawasan paya bakau. Ramai yang cuba
menduduki tempat ini, tetapi semuanya gagal. Ada yang mengatakan ini
kerana pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib.
Hari
ini, Pulau Kukup menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan
fauna. Antaranya termasuk monyet yang cerdas, ikan belanak yangi hutan
senyap, atau babi hutan yang sibuk bersama anak-anaknya.
Nikmati
kecantikan taman negara ini, dan saksikan sendiri kecantikan ekosistem
alam semulajadi paya bakau yang tidak didiami terluas di Johor!
TAMAN NEGARA GUNUNG STONG,KELANTAN
Pemandangan
lanskap pokok tualang yang mencecah awan menjadi tarikan bagi siapa
saja yang menyukai aktiviti luar da aktiviti lasak. Dari
bukit-bukit kapur hingga ke jeram, dari hutan tropika yang tebal serta
kedinginan udara segar dari gua gua, Kelantan adalah pengalaman
menyeronokkan.
Cara
terbaik untuk menikmati keunikan gunung-ganang di Kelantan dan, pada
masa yang sama, boleh mejadi orang pertama di kehidupan desa khas,
dengan menaiki kereta api KTM - romantis sekali dikenali sebagai Jungle
Kereta Api dalam semangat petualangan dan eksplorasi - menembusi negara.
Salah satu perhentian keretapi di sepanjang jalan di desa kuno dari stesen Dabong, sekitar 155 kilometer dari Kota Bharu. Dabong
terletak di kawasan khas sebagai Mt.Stong State Park (sebelumnya
disebut Jelawang Jungle) dan terletak di pinggiran besar Titiwangsa
Malaysia. Latar belakang pegunungan
Hidupan hijau di puncak yang megah, menunggu untuk ditaklukkan - Gunung Ayam, Gunung Stong, Gunung Tera, Gunung Saji, Gunung Koh, Gunung Baha, Gunung Beirut, Gunung Che Tahir. (nama panggilan orang tempatan untuk gunung2 disana).
Salah satu tarikan utama di taman negara Gunung stong yang brukuran(1.422 meter ketinggian), sebuah kompleks granit berbentuk kubah lebih dari 100 juta tahun. ,Air Terjun gunung Stongtercatat antara tujuh air terjun bertingkat, terkenal yang tertinggi di Asia Tenggara, jatuh dari ketinggian sekitar 990 meter. Mencapai puncak yang jatuh memerlukan dua jam trekking selama sekitar satu kilometer di lereng curam dari 60 hingga 90 darjah.
The
Mt.Stong State Park, diistiharkan sebagai taman negara pada Oktober
2005 tercatat antara lima tujuan ekosistem unik di Malaysia. Ini merangkumi wilayah 21.950 hektar lahan dihiasi dengan puncak tinggi, pelbagai gua, sungai dan air terjun. hutan
tebal ini adalah rumah bagi gajah, harimau, beruang, owa, burung
enggang dan berbagai hidupan liar eksotic lain, serta pelbagai jenis
flora dan fauna termasuk bunga yang terbesar di dunia, Rafflesia spesies
Meyer kerii, dan endemik panjang -potong buluh, jenis ramuan ungu (didymocarpus gampingan) dan jenis palem yang unik (licuala stongesis).
Dengan
bantuan panduan trekking yang mahir dan berpengetahuan, perjalanan
sepanjang pendakian menjadi lebih bermakna kerana ia pemandu akan
menerangkan mengenai hidupan liar kelihatan di sepanjang jalan. Dalam
keadaan cuaca yang baik, seorang pemandu berpengalaman dapat mengambil
penumpang di sepanjang laluan pemandangan air terjun dari kaki Gunung
stong setidaknya setengah sebelum meneruskan pejalanan menaiki gunung ke
atas.Laluan
ini memaparkan air terjun cascading turun dari tempat yang sangat
tinggi sepanjang struktur batu granit pepejal, pemandangan
segar-kelihatan jelas untuk dinikmati.
selamat membuat pendakian!
rasai sendiri keindahan dan keunikan tanah air kita!
Gunung Stong serta Air terjunnya pada ranking ke-7 Asia itu
menanti kunjungan kalian!
Subscribe to:
Posts (Atom)