Monday, October 22, 2012

ISLAM DI BENUA KECIL INDIA

Kehebatan Islam di India

Definisi India

India yang dimaksudkan di sini meluputi negara India sekarang, Pakistan, Bangladesh, Maldives, Sri Lanka dan Kashmir.

Islam sampai ke India

Islam telah sampai ke India dengan cara berdakwah, melalui pedagang Muslim dari Yaman, serta pembukaan kota-kota oleh pejuang Islam. Percubaan untuk membuka India telah dimulakan sejak zaman Umar Al-Khattab lagi. Tetapi semuanya tidak berjaya. Pada zaman Khilafah Umayyah, Hajjaj bin Yusuf At-Thaqafi telah mengetuai kempen pembukaan negeri-negeri di Asia Timur. Dalam salah kempen tersebut, di bawah pimpinan Panglima Muhammad bin Al-Qasim, muslimin telah berjaya membuka negeri Sindh ( Pakistan sekarang ), dan ketika itu beliau baru berumur 17 tahun!

Pada zaman Khilafah Abbasiah, Hisyam bin Amru At-Taghlabiy telah berjaya membuka Kashmir. Dan pada kurun ke-12, Khilafah Abbasiah menjadi lemah lalu banyak negeri-negeri di India memerdekakan diri.



Kesultanan Islam Delhi

Kesultanan Delhi’ merujuk kepada 5 Kesultanan Islam monarki yang pendek hayatnya yang menjadikan Delhi sebagai ibu kota, dan kebanyakannya berasal dari keluarga bangsa Turki

1. Kesultanan Mamluk ( 1206 – 1290 )
Qutbuddin Aibak mengasaskan Kesultana Mamluk di India



2. Kesultanan Khilji ( 1290 – 1320 )


3. Kesultanan Tughlaq ( 1320 – 1414 )


4. Kesultanan Sayyid ( 1414 – 1451 )


5. Kesultanan Lodi ( 1451 – 1526 )
Antara kejayaan besar Kesultanan Lodi adalah berjaya mematahkan serangan Monggol terhadap India. Tetapi menyebabkan Kesultanan Lodi lemah, dan memudahkan Zahiruddin Mohd Baibar menawan dan menubuhkan Kesultanan Mughal

Kesultanan Islam di lembah Deccan

Ia merujuk kepada 5 Kesultanan Islam yang memerdekakan diri dari Kesultanan Bahmani yang berpusat di dataran Deccan

Kesultanan Bahmani ( 1347 – 1527 )



1. Kerajaan Ahmadnagar ( merdeka tahun 1490 M )
2. Kerajaan Bijapur (merdeka tahun 1490 M )
3. Kerajaan Berar ( merdeka tahun 1490 M )
4. Kerajaan Golkanda ( merdeka tahun 1518 M )
5. Kerajaan Bidar ( merdeka tahun 1528 M )



Pada kurun ke – 17, semua wilayah Kesultanan Deccan telah ditawan oleh penguasa Kesultanan Mughal ke – 6, Aurangzeb

Kesultanan Islam Mughal

Diasaskan oleh Zahiruddin Mohd Baibar pada tahun 1526 M. Nasab keturunan pemerintah berasal dari keluarga Timurlank di sebelah bapa, dan mempunyai kaitan darah dengan Gengis Khan di sebelah ibu. Beliau yang sebelum ini telah bertapak di Kabul, meluaskan pembukaan kota dan berjaya mengalahkan Sultan Ibrahim II dari Kesultanan Lodi. Setelah itu, beliau mengisytihar jihad terhadap musuh-musuh Hindu dan Rajput dan berjaya memenangi beberapa siri peperangan dengan pihak kuffar tersebut.

Pada zaman anaknya, Hemayun ( 1530 - 1556 ), banyak pemberontakan berlaku di wilayahnya, termasuk Kabul sendiri. Di zamannya juga, Tentera Salib dari Portugal berjaya menyerang dan mendarat di Goa pada tahun 1536 M, namun Hemayun mendapat bantuan armada laut dari Khilafah Uthmaniyyah yang ketika itu dipimpin Sulayman Al-Qanuni dan berjaya menghalau Portugal dari pantai India.

Peningkatan dan Kemuncak

Setelah anak Hemayun, Jalaluddin Mohd ( 1556 - 1605 )naiki takhta, berlaku perluasan wilayah yang hebat sekali. Beliau digeruni dan digelar Akbar Shah, ( Penguasa Terbesar )

Jahangir ( 1605 - 1627 ), anak kepada Akbar Shah menggantikan beliau dan memerintah dengan cemerlang. Setelah itu, anak kepada Jahangir, Shahabuddin Muhammad ( 1605 - 1658 ) atau lebih dekenali sebagai Shah Jahan menaiki takhta. Beliau sangat suka pada pembangunan dan pada zaman beliaulah Taj Mahal di bina.


Pada era Muhyiddin Muhammad atau Aurangzeb ( 1627 - 1707 ), Kesultanan Islam Mughal mencapai kemuncaknya dengan perluasan wilayah hampir seluruh India. Aurangzeb berjaya menawan seluruh wilayah kesultanan Deccan. Antara kehebatan Aurangzeb adalah berjaya mengalahkan Syarikat Hindia Timur British ( SHTI )ketika 'Child War' meletus antara SHTI dan Kesultanan Mughal pada 1686, dan SHTI diminta memohon maaf secara rasmi oleh Aurangzeb.

Kejatuhan

Selepas kematian Aurangzeb pada 1707, Kesultanan Mughal mulai lemah. Penggantinya, Muhammad Shah ( 1707 - 1748 ) tidak dapat mengalahkan musuh kuffar dari Rajput dan Hindu menyebabkan beberapa wilayah terlepas ke tangan mereka.

Revolusi Industri pada kurun ke-18 juga menyebabkan SHTI bertambah kaya dan kuat dan akhirnya Shah Alam II terpaksa meminta tolong SHTI menghadapi pemberontak pada 1757. Dan ini menandakan berakhirnya penguasaan Kesultanan Mughal terhadap wilayahnya sendiri.

Selepas itu, Sultan Mughal terus dijadikan boneka oleh SHTI sehinggalah 'Pemberontakan India 1857' di mana pekerja dan askar India-Muslim yang bekerja untuk SHTI meminta British untuk mengembalikan Sultan Bahadur Shah II ( Sultan Mughal ketika itu ) untuk kembali berkuasa. SHTI yang merasakan ancaman terhadap 'boneka'nya itu lalu membuang Sultan Bahadur ke Myanmar pada tahun yang sama. Maka tamatlah riwayat Kesultanan Mughal secara rasmi.

Runtuhnya Masjid Babri



Pada tahun 1992, satu kejadian yang targis telah berlaku kepada ummat Islam. Beribu-ribu ekstrimis Hindu telah berkumpul di kawasan Masjid Babri dan telah meruntuhkannya.

Masjid Babri terletak di wilayah Uttar Pradesh, dibina oleh Zahiruddin Baibur pada tahun 1528 selepas beliau berjaya menawannya daripada musuh Hindu. Walaupun jumlah muslim di wilayah tersebut berjumlah 31 juta, namun mereka tak mampu mengekang kemaraan eksrtimis tersebut.

Ekstrimis Hindu mendakwa Zahirudin Baibur telah meruntuhkan kuil Rama dan membina masjid di atas tapaknya, dan dakwaan ini tidak pernah mempunyai bukti yang kukuh. Walaupun telah di halang oleh Mahkamah India, malah oleh pemimpin mereka yang beragama Hindu sendiri, ekstrimis terus meruntuhkanya dan hilanglah satu mercu tanda Islam di India.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...