A.
Latar Belakang Negeri
China
China atau Tionghua
atau Republik Rakyat China (Cina
Tradisional: 中國; Cina Ringkas: 中国; pinyin: Zhōngguó; Wade-Giles:
Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri, negara dan budaya yang telah wujud
selama kira-kira 3,500 tahun dahulu di Asia Timur.
China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun. China ialah sebuah negara yang paling ramai penduduknya di
dunia dengan diduduki lebih 1300 juta orang (Bancian terkini oleh China
National Bureau Of Statistic dan dilaporkan oleh United Press International di http://www.upi.com.my ialah 1.341 Juta),
iaitu kira-kira satu perlima daripada manusia di bumi. China diperintah oleh
Parti Komunis China di bawah sistem satu parti.[1]
China mempunyai 22 wilayah (provinsi), lima kawasan berautonomi, empat
perbandaran tadbiran secara langsung (Beijing, Tianjin, Shanghai, dan
Chongqing), dan dua kawasan pentadbiran khas yang berautonomi tinggi (Hong Kong
dan Macau). Ibu negara China ialah Beijing. [2] Luas
China ialah 9.6 juta kilometer persegi atau 3.7 juta batu persegi. Negara kedua
terbesar dari segi keluasan daratan dan ketiga terluas di dunia dari segi keluasan
keseluruhan. Lanskapnya terdiri dari
hutan steppe dan gurun di
bahagian utara yang kering bersebelahan dengan Mongolia dan Siberia di Rusia,
hingga ke hutan-hutan subtropika di bahagian selatan yang lembap bersebelahan
dengan negara-negara Vietnam, Laos, dan Myanmar.
Bentuk muka bumi di sebelah barat tinggi dan berceranggah, dengan
banjaran-banjaran Himalaya dan Tian Shan yang membentuk sempadan semula jadi
China dengan India dan Asia Tengah, berbeza sekali dengan pinggiran laut timur
tanah besar China yang bertanah dan digarisi pantai sepanjang 14,500 kilometer (9,010
batu) di tepi Laut China Selatan arah tenggara dan Laut China Timur di timur
yang juga terletaknya Taiwan, Korea, dan Jepun.
_______________________
[1] Walton Greg. bab: “Executive
Summary”, China's golden shield:
Corporations and the development of surveillance technology in the People's
Republic of China. 2000. hlm. 4
Tamadun Cina
purba antara tamadun-tamadun terawal di dunia yang berkembang di lembangan
subur Sungai Kunming yang mengalir merentasi Dataran China Utara. Selama lebih
4,000 tahun, sistem politik China berasaskan sistem raja turun-temurun (juga
dikenali sebagai dinasti). [3] Dinasti pertamanya ialah Xia
(kira-kira 2000 SM), tetapi pada zaman Dinasti Qin barulah lahirnya negara
China yang bersatu pada 221 SM. Dinasti terakhir, iaitu Dinasti Qing, berakhir
pada tahun 1911 dengan penubuhan Republik China (ROC) oleh pejuang nasionalis
Kuomintang (KMT). [4]
Separuh pertama
abad ke-20 menyaksikan China dalam kancah pecah belah dan perang saudara yang
membahagikan negara kepada dua paksi politik, iaitu Kuomintang dan komunis.
Pada 1949, pertempuran besar-besaran berakhir dengan kemenangan dalam perang
saudara oleh pihak komunis mengasaskan Republik Rakyat China di tanah besar
China. [5]
China pada umumnya adalah sebuah negara ateis (tidak beragama) tetapi
kepercayaaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh kerajaan.
Mengikut sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama merupakan
agama-agama utama masyarakat Cina, dan masih diamalkan oleh masyarakat Cina di
luar kawalan secara langsung daripada Republik Rakyat.
Mengikut kajian penulis terdapat 5 agama utama yang diamalkan di China
iaitu:
1.
Taoisme -
jumlah sebenar tidak diketahui
2.
Buddha -
jumlah sebenar tidak diketahui [lebih kurang 8%]
3.
Kristian - 2 ke
4% (diperoleh daripada kajian Barat, hasil kajian China rasmi menunjukkan
kurang daripada 1%)
4.
Islam - 1% ke
2% ( dianuti oleh 10 etnik minoriti)
5.
Falun Gong -
jumlah sebenar tidak diketahui (tidak mengakui dirinya sebagai
"agama", meskipun menurut pandangan akademik merupakan amalan
kerohanian. Jumlah pengikut Falun Gong yang yang sebenar tidak dapat
dipastikan.[6]
__________________
[3] Walton Greg. bab: “Executive Summary”, China's golden shield: Corporations and the
development of surveillance technology in the People's
Republic of China. 2000. hlm. 5
[4] Ibid.
[5] Ibid., hlm. 6
B.
Teori Kedatangan Islam Ke
China
i. Perkembangan Islam
Semasa Dinasti Sui dan Dinasti Tang (581 – 907M)
China
merupakan antara negara paling awal menerima Islam. Perkembangan Islam di China
dikatakan berlaku sejak Rasulullah SAW lagi. Ini adalah berdasarkan catatan
Dinasti Sui (581 – 618 M) dan Dinasti Tang (618 – 905M) Sebelum misi dakwah
Islamiah ke China oleh Saad bin Abi Waqas (r.a), dikatakan Saad bin Lubayd yang
pernah menyertai rombongan ke Habsyah pada tahun 619 M telah berdakwah ke China
pada tahun 630 / 631M. Beliau dan para sahabat (antaranya Yusuf) telah
berdakwah di Chuan Chow, Chang Chow dan Canton. Mereka juga dikatakan telah
mendirikan Masjid Kwang Tah Se dan Masjid Chee Lin Se.
Terdapat
juga sejarah yang mengatakan bahawa Islam telah dibawa ke China pada zaman Thai
Sung (627-655M) dan orang Islam yang pertama sampai di China ialah Abu Hamzah
Ibn Hamzah (anak kepada Hamzah bin Abi Talib, sepupu baginda Rasulullah SAW).
Beliau bersama 3000 orang muhajirin telah berhijrah ke China dan menetap di San
Gan Foo.
Selain
itu, orang-orang Arab dan Parsi telahpun sampai ke China untuk berdagang. Kapal
dagang China juga telah sampai di Teluk parsi pada tahun 5M. Maknanya hubungan
dagang di antara China dan Arab-Parsi telah lama berjalan.
Terdapat
pendapat yang menyebutkan bahawa orang Arab yang digelar Dashi [7] (sebutan
Cina, Tazi). Mereka telah mula menyebarkan Islam kepada orang-orang awam di
Chang’an (kini Xian) dan Guangzo. Mereka telah membuat penempatan di situ di
antara tahun 618-907M [8] Mereka datang ke China melalui Jalan
Sutera menuju ke Chang’an dan Guangzo. Mereka menjalankan urusan perniagaan
dengan orang-orang Hui. Hubungan perniagaan di antara orang-orang Arab dan Hui
telah merapatkan hubungan mereka. Orang-orang Hui tertarik dengan cara
orang-orang Dashi berniaga.
_________________
[7] Israeli,
Raphael. Islam in China. 2002. Hlm.
291
[8] Ibid
Mereka
mengamalkan konsep keadilan, kejujuran dan sikap amanah yang tinggi.
Orang-orang Arab Islam menjaga ketepatan timbangan dan sukatan, tidak menipu
dengan menjual barang-barang rosak. Orang-orang Hui tertarik dengan akhlak
Islam dan dari situ mereka menerima Islam sebagai agama anutan mereka.
Pendapat yang lebih kuat
dan telah diperhalusi oleh sejarawan mengatakan bahawa Islam datang ke China melalui
Saad Ibn Abi Waqas, seorang Panglima Perang Laut Islam. Menurut catatan rasmi
Dinasti Tang (618-905M) Islam telah dibawa ke China pada Tahun 651/652M (Kurun
ke 7M) apabila satu utusan Islam yang dikirim oleh Khalifah Uthman Affan (r.a) iaitu
Saad Ibn Waqqas (r.a) bersama rombongan.
Catatan ini juga
terdapat dalam buku
A Brief Study of the Introduction of Islam to China karya Chen Yuen, Islam
pertama kali datang ke China sekitar tahun 30 H atau 651 M. [9] Lui
Tschih, penulis Islam China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Shee huzoo
(Perihal Kehidupan Nabi), juga mengatakan bahawa Islam dibawa ke China oleh
rombongan yang dipimpin Saad bin Abi Waqqas (r.a). [10]
Saad
bin Abi Waqqas (r.a) berlayar melalui Samudera Hindi ke Laut China menuju
pelabuhan laut di Guangzhou. Kemudian ia berlayar ke Chang'an atau kini dikenal
degan nama Xi'an melalui ruote yang
kemudian dikenal sebagai Jalan Sutera. Bersama para sahabat, Saad bin Abi
Waqqas (r.a) datang dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh
Maharaja Dinasti Tang, Kao-Tsung (650-683). Namun Islam sebagai agama tidak
langsung diterima oleh maharaja. Setelah melalui proses penyelidikan, maharaja
kemudian memberikan izin bagi pengembangan Islam yang dirasanya sesuai dengan
ajaran Konfusius.
Namun
maharaja merasa bahawa kewajiban sembahyang lima kali sehari dan puasa sebulan
penuh terlalu berat baginya hingga akhirnya ia tidak jadi memeluk Islam. Namun
begitu ia mengizinkan Saad bin Abi Waqqas (r.a) dan para sahabat untuk
mengajarkan Islam kepada masyarakat di Guangzhou. Oleh orang Cina, Islam
disebut sebagai Yi si lan Jiao atau agama yang murni. Sementara Makkah disebut
sebagai tempat kelahiran Buddha Ma-hia-wu (atau Muhammad Rasulullah SAW).
_______________
[9] Danial
Zainal Abidin. Minda Islam Super.
2000. Hlm. 9
[10] Ibid
Saad
bin Abi Waqqas (r.a) kemudian menetap di Guangzhou dan ia mendirikan Masjid
Huaisheng [11] yang menjadi
salah satu tonggak sejarah Islam paling berharga di China. Masjid ini menjadi
masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun.
Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan sebagai tugu
sejarah China dan sehingga kini masih kukuh dan indah dahulu setelah diperbaiki
beberapa kali.
Masjid Huaisheng
Masjid
Huaisheng ini kemudian dijadikan Masjid
Raya Guangzhou Remember the Sage, atau masjid untuk mengenang Nabi Muhammad
SAW. Masjid ini juga dikenal sebagai Masjid Guang Ta, kerana masjid dengan menara elok ini yang letaknya di
Jalan Guangta. Ta bererti menara,
kerana menurut sejarahnya menara masjid ini adalah yang tertinggi pada awal
pembinaannya berbanding bangunan lain. [12]
Sebahagian
percaya bahawa Saad bin Abi Waqqas (r.a) telah menetap dan wafat Guangzhou, China pada usia 80 tahun. Sebuah pusara
diyakini sebagai makamnya dan menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari
seluruh pelusuk dunia. Sesungguhnya kedatang Islam di China telah menyumbangkan
kepada perkembangan ketamadunan China dalam pelbagai aspek seperti pembangunan
insaniah, politik, ekonomi, pendidikan, hubungan luar, binaan, sains perubatan
dan sebagainya.
___________________
[11] Jonathan
Neaman Lipman. A history of Islams in
Northwest China.1997. Hlm. 7
[12] Ibid
ii. Perkembangan Islam
Semasa Dinasti Song (960-1279M)
Pada zaman
Dinasti Song, agama Islam dianggap lebih mulia oleh rakyat China, agama Islam
telah mulai berkembang dengan pesat di China dan kawasan kediaman
penduduk beragama Islam lebih luas. Ramai orang asing yang beragama Islam tinggal di bandar
Guangzhou di bahagian Guangdong dan bandar Quanzhou di Bahagian Fujian
secara berkumpulan. Beberapa masjid telah dibina. Di antara masjid yang masih kekal
hingga sekarang ialah masjid “Qing Jing Si” di bandar
Quanzhou. Pada masa pemerintahan Dinasti Song, umat Islam mula mempunyai impak
yang lebih besar terhadap ekonomi dan pengaruh ke atas negara China. Semasa Dinasti Song (960-1279M),
umat Islam di
China menguasai perdagangan
asing dan industri import dan eksport ke
selatan dan barat.
[13] Sesungguhnya, jawatan Ketua Pengarah Penghantaran
untuk pelabuhan China
Quanzhou adalah konsisten
dipegang oleh Islam dalam tempoh ini. [14]
Buku The Chinese Materia medica 52 (diterbitkan semula pada tahun
1968-1975) telah disemak semula di bawah Dinasti Song
pada tahun 1056
dan 1107 termasuk
bahan, terutamanya 200 ubat, diambil
dari Ibn Sina (Pakar
Perubatan Islam). [15]
Sementara itu di sebelah barat, cerita-cerita
penglipur lara dalam Bahasa Arab telah dialihbahasakan. Ini termasuk kisah
Seribu Satu Malam
dan yang paling terkenal adalah cerita Aladdin.
Cerita-cerita dongeng dalam Bahasa Arab yang lain
digunakan China pada waktu itu termasuk
“Qamar al-Zaman dan Budur ","
Kisah Puteri Sayf
al-Muluk ", dan"
The Hunchback's Tale". [16]
Pada
tahun 1070M, Maharaja Song, Shen-Tsung
(Shenzong) telah menjemput 5,300 orang Arab
dari Bukhara untuk
menetap di China. Maharaja
menggunakan orang-orang ini dalam kempennya menentang Empayar Liao di timur
laut. Pada tahun 1080M, 10,000 orang
Arab dan wanita
yang berhijrah ke China dan menetap di semua
wilayah utara dan
timur laut. [17]
____________
[16] Ulrich
Marzolph, Richard van Leeuwen, Hassan Wassouf. The Arabian Nights Encyclopedia.
ABC-
CLIO. 2004. Hlm. 521
[17]
Israeli, Raphael. Islam in China. 2002.Hlm. 284
iii.
Perkembangan Islam Semasa Dinasti Yuan (1240 – 1368M)
Sewaktu bangsa Mongol memerintah Negara China, kerajaannya dikenal
dengan Nama Dinasti Yuan. Kerajaan itu telah mengamalkan dasar pemerintahan
yang memihak kepada umat Islam.
Selain diberikan kebebasan untuk berdagang, beberapa pemimpin Islam juga
dilantik sebagai pejawat kerajaan. Pada 1244M, Kubilai Khan telah melantik
Abdul Rahman Sebagai ketua kewangan Dinastinya, Syeh Ajall dan Umar Shamsuddin,
kedua-duanya berasal Bukhara, dilantik sebagai ketua kewangan dan Gabenor
Yunnan pada tahun 1259M. Syeh Ajjal telah diberi gelar sebagai “ Sai Tien Che “
Perlantikan itu menunjukan bahwa umat Islam memegang kedudukan sosial
dan politik yang tinggi dan mendapat sambutan yang istimewa dari kerajaan. Hal
ini juga ada hubungannya dengan pihak Mongol terhadap negara-negara Islam di
Timur tengah. Setelah berhasil menaklukan Baghdad 1253M, pihak pemerintahan
Mongol telah mengundang tentara Islam dan keturunan Arab/Parsi Untuk membangunkan
Dinastinya di China . Tentara itu telah menetap di China dan melakukan perkahwinan
dengan masyarakat setempat. Salah satu tentara Islam yang terkenal ialah Chi
Zanshi al-Din telah di angkat sebagai panglima perang di Yunnan.
iv.
Perkembangan Islam Semasa Dinasti Ming (1368-1644M)
Apabila Dinasti Yuan berakhir, ramai orang-orang Mongol dan juga Islam yang datang bersama mereka
kekal di China. Kebanyakan dari keturunan
mereka mengambil nama Cina dan menjadi sebahagian dari dunia pelbagai budaya
China.[18] Pada masa ini orang-orang Islam mula mengambil budaya
Cina. Ramai daripada mereka menjadi fasih berbahasa Cina dan menggunakan nama
Cina. Ibu kota Nanjing, menjadi pusat pembelajaran
Islam. Hasilnya, orang-orang Islam menjadi "luaran tidak dapat
dibezakan" berbanding orang-orang Cina.[19]
______________
[18] Ulrich
Marzolph, Richard van Leeuwen, Hassan Wassouf. The Arabian Nights
Encyclopedia. ABC-
CLIO. 2004. Hlm.
521
[19] Israeli, Raphael. Islam
in China. 2002.Hlm. 292
Ketika pemerintahan Dinasti Ming jumlah penduduk Islam merosot dengan
pantas di bandar pelabuhan utama. Ini disebabkan penutupan kesemua perdagangan
ke dunia luar melalui jalan laut kecuali perdagangan yang dikawal dengan ketat
oleh kerajaan.
Orang-orang Islam di China menjadi semakin terasing dari dunia Islam
yang lain dan perlahan-lahan diserap, mengambil bahasa dan pakaian Cina. Orang-orang
Islam mula menggunakan nama keluarga Cina. Ramai orang Islam berkahwin dengan
wanita Cina Han dan menggunakan nama isteri. Orang-orang Islam yang lain, yang
tidak menjumpai nama keluarga Cina yang serupa dengan nama mereka, mengambil
huruf Cina yang menyerupai nama mereka - Ha untuk Hasan, Hu untuk Hussain dan
Sa'I untuk Said dan sebagainya. Nama keluarga Cina yang biasa di kalangan
keluarga orang-orang Islam adalah Mo, Mai, dan Mu - nama yang diguna pakai oleh
orang-orang Islam yang memiliki nama keluarga Muhammad, Mustafa dan Masoud.
Budaya pakaian dan makanan orang-orang Islam turut mengalami perubahan
dengan budaya Cina. Mod pakaian Islam dan peraturan permakanan masih dikekalkan
dalam bidang kerangka budaya Cina. Masakan Islam Cina banyak dipengaruhi oleh
hidangan Beijing, dengan hampir keseluruhan cara memasak adalah serupa, dan
berbeza hanya dari segi bahan yang digunakan disebabkan syarat agama. Hasilnya,
hidangan Islam utara sering kali dimasukkan sebagai sebahagian hidangan
Beijing.
Semasa Dinasti Ming, tradisi penulisan Islam Cina
mula berkembang, termasuk amalan menulis bahasa Cina menggunakan skrip Arab
(xiaojing) dan bentuk Cina tersendiri bagi tulisan khat hiasan.[20]
Skrip ini digunakan secara meluas di masjid di timur China, dan pada
sesetengah peringkat di Gansu, Ningxia, dan Shaanxi. Seorang penulis seni khat
Cina tersohor adalah Haji Noor
Deen Mi Guangjiang.
Seni bina masjid mula mengikut seni bina Cina. Contoh terbaik adalah Masjid
Agung Xi'an, sejak Dinasti Ming. Masjid China barat lebih
berkemungkinan memiliki kubah dan menara sementara masjid China timur lebih
kelihatan seperti pagoda.[21]
_____________________
Maharaja Dinasti Ming yang pertama iaitu Maharaja Hongwu juga dikenali
sebagai Zhu Yuanzhang (adalah pengasas dan maharaja
pertama (1368–98) Nama era beliau, Hongwu, bermakna "kuasa besar
tentera" Beliau adalah bekas pemberontak Islam dan berkahwin dengan wanita
keturunan Islam Ma. Maharaja Hongwu mengarahkan pembinaan beberapa masjid di selatan China,
dan menulis Seratus perkataan Epilog 100 huruf pujian bagi Islam, Allah dan rasul Muhammad. Dia mempunyai 10 jeneral Islam
dalam tenteranya. Maharaja membina masjid di Nanjing, Yunnan, Guangdong dan Fujian.[22] Zhu membina
semula masjid Jin Jue di Nanjing dan sejumlah besar Islam Hui berpindah ke
Nanjing semasa pemerintahannya.[23] Dia memerintah ukiran yang
memuji Nabi Muhammad diletakkan di masjid.
Maharaja Yongle memerintah penubuhan dan
pembaikian masjid semasa pemerintahannya. Dua masjid dibina olehnya, satu di Nanjing dan yang lain di Xi'an dan ia masih berdiri sehingga
hari ini. Pembaikan digalakkan dan masjid tidak dibenarkan ditukar untuk
kegunaan lain.[24][25]
Era Ming melihat Nanjing menjadi pusat pendidikan Islam penting. Dari
sini Wang Daiyu menulis Zhengjiao zhenquan (Ulasan berkenaan Kepercayaan
Ortodok "Orthodox Faith"), sementara penggantinya, Liu Zhi,
menterjemah Tianfang xingli (Falsafah Islam) Tianfang dianli (Amalan Islam) dan
Tianfang zhisheng shilu (Nabi Terakhir Islam). Sarjana lain, Hu Dengzhou
memulakan sekolah Islam yang pesat di Nanjing, yang mengajar hadith, Al Quran, dan perundangan Islam.
Sekolah ini berkembang menjadi sistem empat belas bidang, dengan kelas
dalam bahasa Arab dan Parsi. Apabila masyarakat Islam Hui menjadi semakin
bercampur. Sarjana Cina bekerja kuat untuk menterjemah teks ke dalam bahasa
Cina untuk memberikan lebih banyak teks kepada orang-orang Islam bagi
menyakinkan golongan pemerintah elit Han bahawa Islam tidak kurang berbanding
Konfucianism.
_________________
[22] Tan Ta Sen, Dasheng Chen. Cheng Ho and Islam in Southeast Asia. 2000. Hlm. 291.
[23] Shoujiang Mi, Jia You.. Islam in China. 2004. Hlm. 20
[24] Bruce
Gordon Doar, Susan Dewar.China archaeology and art
digest, Volume 3, Issue 4. Art Text
(HK) Ltd. 2000.Hlm.28.
[25] Dru C. Gladney Muslim Chinese: ethnic nationalism in the People's Republi. 1996. Hlm. 5
Terdapat ramai orang-orang Islam yang menjadi ahli kepercayaan kerajaan
Ming. Contohnya Li Nu
(pedagang dan
sarjana) dan Jeneral Lan Yu tetapi kemudiannya dibunuh oleh Maharaja kerana
dilihat sebagai berpotensi mengancam waris penggantinya.[26] Jeneral
Islam Dinasti Ming yang lain termasuk Mu Ying, Feng
Sheng, Ding
Dexing dan Hu
Dahai.
Dinasti Ming turut memberi kebangkitan
kepada Cina Islam termashyur, Laksamana Cheng Ho atau lebih dikenali sebagai Zheng He. Beliau adalah seorang pakar
penjelajah, pelaut, duta, dan laksamana armada. Dia dilahirkan pada 1371, di
wilayah Yunnan. Dia berkhidmat sebagai
penasihat kanan kepada Maharaja Yongle China (memerintah 1403–1424), maharaja ketiga bagi Dinasti Ming. Antara 1405 dan 1433,
kerajaan Ming membiayai siri lapan ekspedisi laut, dipimpin oleh Zheng He ke Lautan India, dan sejauh sehingga ke
Afrika Timur. Sejarahwan Gavin
Menzies mendakwa bahawa Zheng He mengembara ke Afrika
Barat, Amerika Utara dan Amerika Selatan, Greenland, Antartika dan Australia dan kebanyakan dunia lain.
Sesungguhnya perkembangan Islam sangat pesat di China pada masa
Pemerintahan Dinasti Ming. Orang-orang Islam mendapat kedudukan yang tinggi
dalam pelbagai jawatan dalam kerajaan. Keadaan ini menyebabkan rasa marah dan
dengki di kalangan penentang Islam terutamanya
v.
Perkembangan Islam Semasa Dinasti Qing (1644-1912M)
Kerajaan Qing memusuhi Umat
Islam terutamanya mereka yang bukan berketurunan Cina. Penindasan kepada umat
Islam telah mulai berlaku. Banyak masjid ditutup dan dimusnahkan. Umat Islam
juga didiskriminasikan daripada jawatan dalam kerajaan. Umat Islam dilarang
beribadat, menyembelih daging korban, merayakan aidilfitri dan aidiladha,
menunaikan haji dan tidak boleh menjalankan kegiatan keislaman.
Kekejaman kerajaan Qing
kepada umat Islam menyebabkan mereka bangkit menentang dan memberontak. Di
antara pemberontakan mereka dikenali sebagai Pemberontakan Panthay atau dalam bahasa Cina sebagai
Du Wenxiu Qiyi berlaku pada tahun 1856 hingga 1873.
_______________
[26] Dun J. Li The Ageless Chinese (Charles
Scribner's Sons: 1971). Hlm. 276
Antara tahun 1648 dan 1878, lebih daripada 12 juta orang Islam Hui dan Uyghur terkorban dalam 10
pemberontakan terhadap dinasti Qing.[27] Salah seorang pemimpin pemberontakan
itu ialah Ma Dexin tetapi akhirnya tunduk kepada kerajaan Qing pada tahun 1861.[28]
Para pegawai tinggi Qing secara rahsia mendorong kumpulan perusuh untuk
menyerang orang Panthay yang kaya, yang mencetuskan kekacauan anti-orang Islam,
dan memulakan satu konflik agama yang membawa kepada pemusnahan masjid-masjid.[29]
Satu siri penentangan berjaya
menawan bandar Dali yang menjadi pangkalan bagi
operasi orang Islam Panthay, dan mereka mengisytiharkan diri mereka sebagai
entiti politik yang terpisah daripada China. Orang Islam Panthay juga mengepung
bandar Kunming beberapa kali: dalam tahun-tahun 1857, 1861, 1863 dan 1868. Ma
Rulong, seorang pemimpin pemberontak Hui dari selatan Yunnan, telah mengepung
bandar tersebut pada tahun 1862, tetapi berpaling tadah kepada tentera kerajaan
pusat setelah ditawarkan dengan satu jawatan tentera.
Akhirnya pemberontakan itu ditumpaskan apabila tentera Qing membunuh dan
memenggal kepala 'sultan' itu. Jasad beliau disemadikan di Xiadui. Walaupun sudah hampir
dilupakan, Pemberontakan Panthay berdarah itu telah menyebabkan kematian
sebanyak satu juta orang Islam di Yunnan.[30]
Ramai pelarian Hui yang terselamat melarikan diri ke negara-negara jiran
seperti Burma, Thailand dan Laos, lalu membentuk asas populasi minoriti Cina Hui
di negara-negara tersebut.
______________
[28] Gernet, Jacques. A History of Chinese Civilization. 2. New York: Cambridge
University
Press, 1996.
[29] Anderson. Islam and the abolition of slavery. 1876 (Online Book). Hlm. 233
[30] Bradley Maynew. Lonely Planet China. 2005. Hlm. 142
vi. Perkembangan Islam Semasa Republik China
(1911 -1946M )
Selepas kejatuhan Dinasti Qing, Dr. Sun Yat Sen iaitu seorang
yang beragama Kristian dan fahaman demokrasi telah menubuhkan
Republic Of China (RC), serta-merta mengisytiharkan bahawa negara ini milik bersama
Han (Cina), Man (Manchu), Meng (Mongol), Hui
(Muslim), Tsang(Tibet),
dan orang-orang Miao.
Sepanjang pemerintahan, RC telah cuba membawa rakyat China ke arah perkongsian
kuasa dan peluang yang sama dalam pelbagai bidang. [31]
Pemerintah Republik China telah membuka
kembali kebebasan beragama kepada rakyat Cina. Ini telah memberikan peluang
kepada umat Islam untuk kembali bersinar di China setelah 268 tahun dalam
tekanan Dinasti Qing. Umat Islam dapat beribadat dengan aman dan boleh
mengerjakan ibadat haji di Makkah. Sekolah-sekolah agama mulai ditubuhkan di
samping beberapa pertubuhan seperti Chinese Muslim Federation dan The Chinese
Muslim Promotion Club.
Semasa pemerintahan Parti
Kuomintang, orang Islam kembali diberikan peluang untuk
menjawat jawatan penting dalam kerajaan seperti panglima perang
Islam, Gabenor Tentera di wilayah Qinghai, Gansu
dan Ningxia. Contohnya Bai Chongxi iaitu seorang
Ketua Islam dan Menteri
Pertahanan China pada masa itu.
vi. Perkembangan Islam Semasa Republik Rakyat
China (1949 - Kini)
Kejatuhan
Pemerintah Republic Of China dan Parti Koumintang pimpinan Dr Sun Yet Sen ke
tangan Parti Komunis Republik Rakyat China (RRC) pimpinan Mao Zedung, sekali
lagi membawa umat Islam di China dalam keadaan tekanan.
_______________
[31] Aliya Ma Lynn. Muslim In China. 2005. Hlm. 9
Kebebasan
beragama telah disekat kembali dan pihak pemerintah mewajibkan seluruh
rakyatnya mempelajari fahaman komunis Karl Marx. Banyak Masjid ditutup dan
dijadikan kandang khinzir dan imam-imam serta guru-guru agama dipaksa bekerja
sebagai penyelia kandang khinzir. Banyak monumen Islam telah dihapuskan
termasuk buku-buku agama yang ditulis oleh para ulama tersohor. [32]
Pada
tahun 1976M, Mao Zedung mati. Revolusi Kebudayaan tamat dan kebebasan beragama
kembali wujud di China tetapi dalam kawalan dan pemantauan yang ketat oleh
pihak kerajaan.
Semenjak tahun 1953 Persatuan
Islam China ditubuhkan di Beijing. Persatuan ini merupakan pertubuhan
kebangsaan yang berfungsi untuk memastikan pelaksanaan dasar bebas beragama
kerajaan dipatuhi, memupuk semangat patriotik di kalangan umat Islam,
menyebarkan ajaran dan amalan agama Islam, melindungi hak dan kepentingan umat
Islam yang sah, mengukuhkan perpaduan bangsa, dan mengekalkan kestabilan
sosial, penyatuan negara dan kedamaian dunia. Namun, dalam tempoh Revolusi
Kebudayaan yang dimulakan pada tahun 1966, semua aktiviti keagamaan terpaksa
dihentikan, masjid-masjid di merata tempat juga menghadapi ancaman yang teruk.
Setelah Revolusi Kebudayaan berakhir pada tahun 1976, kerajaan China bukan
sahaja menyusun semula dasar yang berkaitan dengan isu-isu etnik minoriti dan
keagamaan, malah menjalankan semula dasar bebas beragama untuk menggalakkan
perkembangan pelbagai agama.
Jumlah umat Islam meningkat
dengan pesat di China bermula pada hujung tahun 1960-an. Menurut banci penduduk
yang dijalankan di seluruh negara pada tahun 2006, jumlah umat Islam di Tanah
Besar China lebih daripada 20 juta orang.
_______________
[32] Aliya Ma Lynn. Muslim In China. 2005. Hlm. 9
Sekarang ini, di mana sahaja ada
kawasan kediaman masyarakat Islam, di situ terdapatlah 30 ribu masjid yang
berbeza-beza saiznya. Menurut statistik rasmi, di China sekarang ini terdapat
lebih daripada 17 ribu buah kuil dan biara agama Buddha, lebih daripada 1500
buah kuil pengikut fahaman Tao, lebih daripada 4600 buah gereja Katholik dan
lebih daripada 12 ribu gereja Kristian.
Selain membina masjid yang baru,
kerajaan China juga memperuntukkan dana untuk membina semula atau membesarkan
masjid yang sedia ada di pelbagai tempat untuk menampung lebih ramai penganut
yang melaksanakan ibadat bersama-sama. Dengan ekonomi yang berkembang pesat di
China, taraf hidup rakyat semakin meningkat. Begitu juga dengan taraf hidup
umat Islam. Kini ada penganut Islam yang sudah mampu berbelanja untuk membina
masjid. Contohnya, Pengerusi Lembaga Pengarah syarikat Kumpulan Farmaseutikal
Xiuzheng, Xiu Laigui dan isterinya, iaitu pasangan penganut agama Islam yang
telah melabur lebih 4 juta Yuan RMB untuk membina Masjid Tonghua di Bahagian
Jilin. Masjid yang luasnya lebih daripada 1400 meter persegi itu siap dibina
pada tahun 2006.
Pada tahun-tahun kebelakangan
ini, jumlah umat Islam China yang mampu menunaikan fardu haji ke Mekah juga
terus meningkat. Jumlah tersebut mencecah 10 ribu orang buat kali pertamanya
pada tahun 2007. Menurut pegawai dari Jabatan Agama Provinsi Gansu, umat Islam
di sana yang menunaikan fardu haji ke Mekah dengan menyertai jemaah haji dari
China pada tahun 1985 hanya berjumlah lebih 10 orang sahaja. Manakala pada
tahun ini, jumlah mereka telah mencecah hampir 2500 orang, mencipta rekod baru
dalam sejarah wilayah itu. Persatuan Islam China telah menubuhkan jabatan khas
untuk menguruskan hal ehwal jemaah haji demi memberikan bantuan kepada umat
Islam China yang menunaikan fardu haji ke Mekah. Persatuan itu bukan sahaja
menyediakan penterjemah dan doktor untuk mengiringi jemaah haji, malah
menghantar petugasnya ke Mekah lebih dulu untuk mengatur penginapan dan
kemudahan pengangkutan untuk memastikan umat Islam China dapat menunaikan fardu
haji dengan lancar di sana.
Selain itu, budaya Islam juga
berkembang dengan baik di China pada masa ini. Muzium Etnik Hui China—muzium
pertama yang mempamerkan budaya Islam di China telah dibuka di Wilayah Autonomi
Hui Ningxia pada bulan September lalu. Sejarah etnik Hui, agama, budaya, adat
resam, tokoh dalam sejarah dan perkembangan etnik Hui serta maklumat tentang
sejarah dan budaya agama Islam di dunia dipamerkan di muzium itu menerusi
gambar, tulisan, artifak, arca, audio dan video.
C.
Etnik Islam di China
Penduduk Islam China terdiri
daripada 10 etnik minoriti yang menyumbang kepada jumlah umat Islam di China
seramai lebih kurang 20 juta orang. Etnik tersebut adalah seperti berikut:
i.
Etnik
Dongxiang
Etnik Dongxiang berjumlah lebih 370
ribu orang, dan kebanyakan mereka menetap di Kaunti Autonomi Etnik Dongxiang
Provinsi Gansu, Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia dan Wilayah Autonomi Etnik
Uygur Xinjiang. Bahasa etnik Dongxiang hampir sama dengan bahasa Mongol tetapi
tidak mempunyai tulisan sendiri. Penduduk etnik itu boleh bertutur bahasa
Mandarin.
ii. Etnik Hui
Etnik Hui adalah salah satu etnik
minoriti yang teramai di China. Berdasarkan banci pada tahun 1990, penduduk
etnik itu berjumlah lebih 8.6 juta orang, menduduk tempat ke-4 teramai antara
etnik-etnik minoriti di China. Kawasan penempatan penduduk etnik Hui sangat
luas, hampir semua kawasan di China terdapat penduduk etnik itu. Penduduk etnik
Hui tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, Provinsi
Gansu, Qinghai, Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang, Provinsi Henan, Hebei,
Shangdong dan Yunnan. Penduduk etnik Hui biasanya tinggal secara berkelompok di
kawasan yang terdapat masjid.
iii. Etnik Kirgiz
Etnik Kirgiz berjumlah lebih 140 ribu
orang, kebanyakannya tinggal secara berkelompok di bahagian barat daya Wilayah
Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China. Kawasan penempatan etnik itu di sebelah
barat kawasan pergunungan, terdapat sungai besar dan padang rumput yang subur
di kawasan tersebut. Penduduk etnik itu mengusahakan penternakan sejak
turun-temurun, terdapat sebahagian penduduk etnik itu juga bekerja dalam bidang
pertanian.
iv. Etnik Salar
Etnik Salar berjumlah lebih 80 ribu
orang, kebanyakannya tinggal secara berkelompok di tebing Sungai Kuning di
bahagian timur Provinsi Qinghai. Iklim di kawasan penempatan etnik itu sangat
baik dan sesuai untuk menanam padi, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Etnik Salar mempunyai bahasa sendiri, tetapi tidak mempunyai tulisan. Oleh
sebab penduduk etnik banyak bergaul dengan etnik Han, Hui dan Tibet di kawasan
penempatan mereka, maka ramai penduduk etnik itu fasih bertutur bahasa
Mandarin. Etnik Salar beragama Islam, adat resam etnik itu hampir sama dengan
Etnik Hui China.
v. Etnik Tatar
Etnik Tatar China berjumlah lebih 40
ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di Bandar Yining, Tacheng dan
Urumqi di Wilayah Autonomi Etnik Vygur Xinjiang China. Etnik Tatar juga
dikenali sebagai etnik "Dadan". Pada pertengahan abad ke-15, etnik
itu menetap di kawasan aliran Sungai Volga dan Kama. Pada awal abad ke-20,
etnik Tatar berhijrah ke Wilayah Xinjiang dan menjadi salah satu etnik minoriti
China. Etnik Tatar mempunyai bahasa sendiri, tulisannya berasaskan tulisan
bahasa Arab. Oleh sebab etnik itu menetap bersama-sama etnik Vygur dan etnik
Kazak sejak turun temurun, maka bahasa dan tulisan kedua-dua etnik itu juga
sering digunakan dalam kehidupan penduduk etnik Tatar.
vi. Etnik Uygur
Etnik Uygur berjumlah lebih 7.2 juta
orang, penduduk etnik itu tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Etnik Uygur
Xinjiang China, kebanyakan mereka menetap di sebelah selatan Gunung Tianshan di
wilayah itu. Entik Uygur wujud pada abad ke-3 sebelum Masihi. Nenek moyang
etnik Uygur terutamanya bekerja sebagai penggembala. Setelah tahun 840,
sebahagian penduduk etnik Uygur berhijrah ke kawasan Xinjiang China dan kawasan
Asia Tengah, mereka belajar pertanian daripada penduduk asal di kawasan
tersebut. Buah-buahan yang diusahakan oleh etnik itu seperti tembikai hami,
anggur, delima dan epal sangat terkenal di China sejak turun-temurun.
vii. Etnik Uzbek
Etnik Uzbek berjumlah lebih 10 ribu
orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di bahagian selatan dan utara
Wilayah Autonomi Etnik Uygur Xinjiang China, mereka tinggal dengan aman
bersama-sama penduduk etnik lain seperti Etnik Uygur dan Kazak di kawasan itu.
Sejarah Etnik Uzbek bermula pada abad ke-14. pada abad ke-15, ramai saudagar
dari Uzbek berniaga ke Tanah Besar China melalui Laluan Sutera, sebahagian
saudagar tersebut menetap di kawasan Xinjiang, lama-kelamaan, etnik Uzbek telah
membuka penempatan di kawasan tersebut.
viii. Etnik Bonan
Penduduk etnik Bonan berjumlah lebih
12 ribu orang, etnik itu menetap secara berklompok di Provinsi Gansu dan
Qinghai. Tanah di kawasan penempatan etnik Bonan sangat subur dan terkenal
mengeluarkan gandum, jagung, pic dan walnut yang sedap. Etnik Bonan pernah
disebut etnik "Huihui" atau "Baoanhui". Setelah China baru
ditubuhkan pada tahun 1949, kerajaan China menetapkan nama etnik itu sebagai
etnik "Bonan" berdasarkan hasrat etnik itu sendiri.
Etnik Bonan mempunyai bahasa sendiri
tetapi tidak mempunyai tulisan, kebanyakan penduduk etnik Bonan fasih berbahasa
Mandarin. Etnik Bonan beragama Islam, upacara perkahwinan dan kematian etnik
itu diadakan berdasarkan peraturan agama Islam, adat resam dan keadaan sosial
etnik itu hampir sama dengan etnik beragama Islam yang lain di kawasan itu,
pesta penting bagi etnik itu ialah Hari Raya dan Hari Raya Korban.
ix. Etnik Kazak
Penduduk Etnik Kazak berjumlah lebih
1.1 juta orang, mereka tinggal secara berkelompok di Wilayah Autonomi Uygur
Xinjiang, sebahagian lagi tinggal di provinsi Gansu dan Qinghai. Kawasan
kediaman etnik Kazak merupakan padang rumput yang subur dan sesuai untuk
dijadikan kawasan penternakan. Kebanyakan penduduk etnik Kazak kerja sebagai
penggembala sejak turun-temurun, sebahagian kecil penduduk etnik mengusahan
pertanian dan menanam tumbuh-tumbuhan. Pada masa dahulu, jarang terdapat
penduduk etnik Kazak berniaga, tetapi sekarang, ramai penduduk etnik itu
berniaga. Etnik Kazak beragama Islam dan mempunyai bahasa dan tulisan sendiri.
Tulisan mereka sekarang berasas tulisan Jawi.
x. Etnik Tajik
Penduduk etnik Tajik berjumlah lebih
30 ribu orang, etnik itu tinggal secara berkelompok di bahagian barat daya
Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, iaitu bahagian timur dataran tinggi
Pamir. Kawasan penempatan etnik Tajik berhampiran puncak gunung kedua tertinggi
di dunia, iaitu Godwin Austen, puncak gunungnya diliputi salji, di kaki gunung
itu ialah padang rumput dan ladang. Penduduk etnik Tajik tinggal di kawasan itu
sejak turun temurun.
D. Sumbangan
Islam Ke Atas Tamadun China
Sumbangan umat Islam di China memang
tidak dapat dinafikan. Bahkan pencapaian umat Islam dalam banyak bidang telah
mempercepatkan kemajuan dan ketamadunan China. Di antara sumbangan Islam di
China adalah seperti berikut:
i.
Pembinaan
makmal kaji bintang semasa pemerintahan Dinasti Yuan. Tokoh utama dalam ilmu
astronomi ialah Tcha Ma Lou Tin ( Jamaludin)
ii.
Jamaludin
telah mencipta berbagai alat kaji bintang dan cuaca serta kalendar (Takwim Man
Nien Li). Ia dijadikan sebagai takwim rasmi kerajaan mulai Tahun 1265 hingga
1281 M
iii.
Dalam
bidang Matematik, pada zaman Dinasti tang dan Song, masyarakat Islam
memperkenalkan kaedah pengiraan Arab (Xiyi Lishu), Kaedah 60 darjah (Chiu Ji
Li), Algebra dan Trigonometri.
iv.
Dalam
bidang pelayaran, Laksamana Islam Cheng Ho telah membantu perkembangan pembinaan kapal
dan menggerakkan usaha pelayaran. Turut dimajukan ialah kepakaran astronomi,
kompas dan kaedah ukuran air
v.
Kaedah
perubatan Arab dibawa masuk dan digabungkan dengan ilmu perubatan China
vi.
Ilmu
perubatan Ibnu Sina telah dibawa masuk pada zaman Dinasti Tang dan Dinasti Song
serta dipelajari oleh tabib-tabib Cina
vii.
Menggabungkan
elemen senibina Islam dan tempatan. Contoh Masjid Niukie yang berusia 700 tahun
dan masjid huaje Lane di Sian (Xian)
viii.
Ilmu
peperangan oleh panglima tentera Islam dan Kung Fu adalah warisan dari
pendekar-pendekar Islam dan diwarisi sehingga sekarang.
ix.
Dalam
bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya
falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau
Classic of songs yang mengandungi 305
lagu.
x.
Pemerintahan
Dinasti Song (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang
digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil
cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada
kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam
xi.
Sanjungan
kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang
menghasilkan sejumlah karya besar termasuk dalam bidang-bidang undang-undang,
bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan
peradaban China yang tiada tolok bandingnya.
E. Cabaran
Umat Islam China Hari Ini
Nasib
sebahagian daripada umat Islam di China tidak diketahui oleh ramai orang. Salah
satu etnik minoriti yang terdiri daripada orang Uygur di Barat China dalam
Wilayah Xinjiang mula tertindas sejak tahun 1990-an. Adalah terlalu perit untuk
menyatakan penderitaan orang-orang Islam Uygur yang diseksa dan dibunuh namun
kebenaran tidak dapat dikaburi di mata dunia.
Perlu
diketahui, Xinjiang adalah salah satu dari wilayah autonomi Islam di negara
China yang sering berlaku pergolakan akibat penindasan politik dan agama.
Selain Xinjiang, Tibet juga mendakwa ditindas oleh pihak pemerintah. Wilayah
Xinjiang sebenarnya tidak memperoleh pembangunan yang sekata dari pihak
pemerintah.
Ekonomi
mereka dipegang oleh kaum China Han yang turut sama menindas apabila memilih
mereka yang boleh berbahasa Mandarin sahaja untuk memegang jawatan-jawatan
dalam sektor tersebut. Rentetan dari permasalahan ini, wujudlah kumpulan
pejuang pemisah yang berusaha membela nasib dan masa depan kaum Uyghur iaitu
Parti Turkestan Timur.
Sejak
tahun 1955 hingga kini dan terbaru pada bulan Julai 2009, beratus-ratus orang
Islam terbunuh secara tragis dan beribu-ribu lagi yang cedera dalam pertempuran
dan tembakan rambang oleh pihak polis. [33]
________________
[33] Berita Harian Online, 7
Julai 2009
F. Penutup
Perkembangan Islam di China
menelusuri zaman yang begitu panjang iaitu kira-kira 1360 tahun lamanya iaitu
dari tahun 651M hingga sekarang. Tempoh yang begitu lama sudah tentu Islam di China mempunyai catatan
sejarah yang sangat banyak. Mungkin kisah perjalanan Islam di negara Komunis
itu terlalu sukar untuk dikesan apatah lagi untuk mencari monumen-monumen
sebagai bukti kerana banyak daripadanya telah dihapuskan oleh Kerajaan Qing
yang memerintah China lebih daripada 260 tahun.
Sejak kebelakangan ini, nasib umat
islam di beberapa wilayah autonomi semakin gelap dan penindasan umat Islam
semakin berleluasa. Penghapusan etnik berlaku dalam diam kerana tidak dapat
dihebahkan kepada dunia luar. Antara harapan dan realiti nasib umat Islam di
China tidak banyak dipersoalkan kerana propaganda barat yang pandai
berselindung di atas kata-kata memerangi keganasan dan pengganas sebagaimana
yang berlaku di Iraq, Afganistan, Moroco, Libya dan beberapa negara Islam yang
lain. Amat membimbangkan kerana Islam di China yang dianuti hanya oleh etnik
minoriti akan terus dilumpuhkan tanpa pembelaan yang sewajarnya. Satu hari
nanti, angka jumlah umat Islam di negara itu bukannya bertambah tetapi
berkurangan. Jasa umat Islam satu ketika dahulu yang telah bersama-sama
menyumbang kepada peradaban China akan dilupakan dalam lipatan sejarah.
Diharapkan dengan adanya
persatuan-persatuan Islam di China seperti Persatuan Muslim China akan dapat
memainkan peranan yang besar bagi mempastikan nasib umat Islam di negara itu
dapat dibela sepenuhnya. Penulis yakin, umat Islam China mampu bersaing dengan
bangsa lain di China jika diberikan peluang sama rata dalam pelbagai bidang.
Akhir sekali, catatan sejarah Islam di China harus di pandang positif oleh
dunia luar dan mengambil iktibar bahawa perkembangan Islam di China mengajar
umat Islam seluruh dunia supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mengamalkan
sikap bertoleransi bagi mewujudkan sebuah negara yang aman makmur dan tenteram.