KELIHATAN
TENTERA ISLAM CHINA SEDANG KELUAR DARI KOTA ISLAM CHINA DI TAHUN 1598 YANG MANA
BANGUNAN ISLAM INI SUDAH PUN TIDAK
WUJUD DAN IA ANTARA RIBUAN KOTA ISLAM YANG DI BOM OLEH TENTERA KOMUNIS CHINA
ATAS ARAHAN KAFIR MAO TZE TONG
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda : Tuntutlah Ilmu walaupun
terpaksa ke negara China … ianya Hadis Hasan sebagaimana perkataan Imam Al-Mizi iaitu kawan karib Ibnu Taimiyyah. Ibnu
Taimiyyah (1263 – 1328) juga salah
seorang ulama besar yang menjadi mangsa orang yang tidak menghormati ulama,
beliau mati di dalam penjara Damsyik di tangan raja-raja Arab yang mengaku
layak menjadi Khalifah bagi Umat di masa itu. Hadis ini juga diriwayatkan dari jalan Abu ‘Atikah
al-Bashri, dari Anas bin Malik. Imam Tarmizi juga ada meriwayatkan tentang hadis
mengenai nagara China ini. Di zaman
Rasulullah s.a.w. bangsa Arab sangat mengenali negera China kerana rakyatnya
merupakan pakar ahli pernigaan dan adalah tidak pelik akan perkara ini karena
China adalah sebuah negara tua yang sudah lama masyhur di pentas dunia. Kehebatan, bijak di dalam hal ehwal
perdagangan dan ketinggian peradaban masyarakatnya ini ternyata sudah
terdengar di negara Arab dan bangsa ini sudah lama berdagang dengan rakyat China 500 tahun sebelum kelahiran nabi Isa a.s. lagi. Sebelum sampai
ke negara China pula, para pelaut dan saudagar-saudagar Arab akan melintasi
kapalnya ke Laut Kedah atau Selat Malaka dahulu
sebelum sampai ke pelabuhan Zaitun atau Guangzhou yang merupakan pusat perdagangan dan pelabuhan utama China. Ketika Islam sudah berkembang dan Rasulullah s.a.w. mendirikan
pemerintahan di Madinah menurut catatan
sejarah, China sudah
mengetahui adanya agama Islam di Timur Tengah. Mereka menyebut pemerintahan
Rasulullah s.a.w. sebagai al-Madinah. Kota Xian
sebelum berpindah ke Beijing sekarang bermaksud Kedamaian di
Sebelah Barat . China dan gelarannya di dalam penulisan moden
sebagai Sian tapi pada sejarah realiti nama lamanya
adalah Cháng'ān. Di zaman raja Iskandar Zulkarnain pula ia di kenali
itu sebagai Negara Siamen. Ia salah satu kota
tertua di China tempat pemerintahan Shiekh Huang Ti Rom Ching Ser Wong . Dan kota ini telah
menjadi pusat pemerintahan bagi banyak
dinasti-dinasti yang paling berpengaruh. Di situ terdapat Masjid Khen Jang yang di bina oleh Maharaja Shiekh Huang
Ti Rom Chin Ser Wong atas arahan ayahandanya iaitu Maharaja Tai Zhong . Bandaraya Xi'an adalah bandaraya titik paling timur dari Silk Road atau Jalan Sutera. Xi'an sudah 3100 tahun memiliki sejarah hebat dan merupakan penempatan khas pemerintahan Raja Iskandar Zulkarnain.
Bangsa Siam ketika itu adalah merupakan satu bangsa di negeri China yang
menetap di kota ini. Dan kota ini dikenal sebagai ibu kota dari 4 Kota Purba China
bagi Dinasti Tang, Dinasti Zhou, Qin, Han dan Sui yang mengguna ibukota Siam
Lama ini sebagai ibunegara mereka.
BUNGA TERATAI DI KUBAH MASJID XIAN YANG MERUPAKAN
SIMBOL MELAYU TUA KEKHALIFAHAN SHAH ALAM KESULTANAN KEDAH PASAI MA
Kota Xian memiliki dasar tanah seperti di dasar tanah Kedah yang mempunyai
artifak yang berharga di Sungai Batu, Lembah Bujang serta Pangkalan Bujang. Di
Xian dasar buminya terdapat beribu artifak purba, antaranya ialah Patung
Perajurit Purba yang berlainan wajah seperti di sumpah menjadi batu di kenali sebagai
Panglima Terakota. Di dalam bahasa Indonesia China bermaksud Tiongkok manakala di dalam bahasa Arab pula
di sebut Sien dan dalam bahasa bangsa Monggol Turki di gelar Cina. Di dalam
bahasa Siam Melayu ia di gelar “China” (Chi Na) bermaksud Chi ialah
‘Petunjuk’ dan ‘Na’ ialah Datuk. Dalam
bahasa mudahnya “Datuk Yang Memberi Petunjuk” iaitu ‘ Pendakwah Islam yang
memberi petunjuk ke jalan Allah yang lurus. Tai Zhong
yang merupakan Tabien dan salah seorang anak murid Penakluk Agung empayar Parsi
dan seorang sahabat besar nabi s.a.w. sesudah beriman telah membina Masjid Raya
Xian yang sangat besar dan
unik terletak di kota Xian. Ia di anggap salah satu masjid dengan arsitektur
paling indah di dunia. Pada tahun 1988 pemerintah China menetapkannya sebagai
salah satu bangunan bersejarah terpenting di China. Ia mempunyai halaman
berkeluasan seluas 12.000 – 13.000 m2 manakala bangunan masjidnya mempunyai
keluasan lebih dari 6.000 m2. Ia berbentuk empat persegi panjang, memanjang
dari Timur ke Barat. Selepas siap di bina ramailah orang-orang dari Arab dan
Persia mendatangi China melalui Jalur Sutera singgah di situ. Dari Kota Xian
ini sesetengah dari mereka berpindah pula ke beberapa kota seperti Zaitun,
Quanzhou, Hoangzho, Yangzhou, dan seluruh China. Selain berdakwah mereka juga
bermuamalat dengan orang tempatan seperti berniaga, berternak dan lain-lain
sambil meninjau tempat yang perlu guna menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk
setempat. Aktiviti utama Masjid Agung Xi’an iaitu Dakwah ila Allah menjadi salah
satu jejak asas aktifitas dakwah mereka. Kerajaan China selepas kematian Mao
Tze Tong telah menjaga masjid ini dengan teliti dan ia disenaraikan pula sebagai bandar bersejarah lama yang terkenal
oleh UNESCO manakala kotanya pula diiktiraf sebagai sebuah daripada 4 buah ibu
negara purba yang terkenal di dunia, bersama-sama dengan Athens, Rome dan
Kahirah. Ini kerana Xian merupakan ibu negara China sepanjang 13 dinasti pada
sejarah zaman purbanya.
PETA PENGHIJRAHAN PENAKLUK EMPAYAR PARSI SAAD BIN ABI
WAQAS, USMAN BIN AFFAN DAN PARA SAHABAT R.HU KE HABSYAH YANG BETUL-BETUL
BERHADAPAN LAUT MERAH TEMPAT SAUDAGAR-SAUDAGAR ARAB MEMBAWA BARANG-BARANG
PERNIAGAAN MEREKA DAN EMPAYAR ROM KE CHINA
Selepas menerima Islam, China
mengalami zaman emasnya iaitu selepas ia menerima agama Islam dengan jujur dan
saksama di dalam kehidupan rakyatnya. China terus menjadi salah satu daripada
tamadun yang paling maju di dunia dari segi teknologi, sastera dan kesenian.
Zaman Dinasti Tang adalah zaman permulaan keemasan China dengan budaya
kosmopolitan yang hebat dan ianya berlarutan daripada kurun ke 7 sehinggalah
kurun ke 14 masihi. Peristiwa pengislaman Negara China berlaku dalam 3
peringkat dan ianya merupakan satu rahmat kepada dunia di sebelah timur dan
pengislaman masyarakat China di dahului oleh bangsa Melayu Tua. Mari kita
perhatikan kronologi ini…
Tahap Pertama :
Semasa peristiwa penghijrahan
pertama para sahabat pada tahun 614 sehingga 615 masihi, Rasulullah s.a.w.
telah mengizinkan iaitu pada tahun ke-5 kerasulan, buat pertama kalinya para
pengikut baginda s.a.w. berhijrah.
Seramai 12 orang lelaki dan 4 wanita telah berhijrah ke Habsyah. Tidak lama
kemudian, penghijrahan kali ke-2 ke Habsyah berlaku, dimana seramai 83 orang
lelaki dan 11 orang wanita. Kesemuanya 110 orang-orang muslimin dan muslimat
telah selamat berhijrah ke Habsyah termasuklah Ruqayyah r.ha anak perempuan Nabi s.a.w. bersama suaminya
tercinta Usman bin Affan ( 576-656 ) dan sejumlah sahabat lainnya r.hum ajmain.
Setelah bermukim di Habsyah sesetengah dari mereka ini termasuk Saad bin Abi
Waqqas termasuk tiga sahabatnya berlayar ke China dari Habsyah atau
Ethopia mengikut rombongan kapal-kapal
yang selalu berlayar ke Timur. Mereka setelah menaiki kapal belayar ke China
(Canton) pada tahun 631M untuk cuba menyebarkan agama Islam di sana. Beliau dan
rombongan beserta Usman r.hu telah singgah di Pelabuhan Melaka yang berkeluasan
300 km ketika itu sudah masyhur dan beragama Islam Hanif Ibrahim a.s. Di negeri
(Semenanjung) Melaka inilah mereka beristirehat sebelum menunggu pertukaran
angin monsun berikutnya untuk belayar ke Pelabuhan Zaitun atau Canton, China.
Agama Islam yang kita sangka di anuti oleh orang China dahulu sebelum bangsa
Melayu sebenarnya di anuti dahulu oleh bangsa Melayu kerana mereka mempunyai
Kota Pelabuhan Mega yang berkeluasan 300 km dengan gunung Jerainya sebagai
rumah api yang berhadapan pula dengan kawasan lindungan angin Pulau Pinang dan
Pulau Langkawi Ulu Malaka. Ini merupakan
jasa besar dari Saidina Usman r.hu dan Panglima Agung Saad bin Abi Waqas dan
kawan-kawannya r.hum berdakwah di sini.
DI DINDING RUMAH
ANA TERMAKTUB KALIGRAFI CHINA ‘ HUBBUL WATAN MINAL IMAN ‘ HASIL KARYA TOKOH
KHAT TERKENAL CHINA YANG BERNAMA ABDUL HAKIM
Setelah berjaya sampai di daratan China, Saad bin Abi Waqqas dan para
sahabat r.hum menyebarkan Islam kepada masyarakat di Zaitun Guangzhou bersama-sama
orang Melayu yang beragama Islam dengan gigihnya. Bangsa Melayu di China ini
ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan di kenali dengan gelaran “Hui-Hui”
, “Ta-Shih Kueh” dan “P’o-Si” iaitu
keturunan Melayu campuran Arab-Parsi. Puak-puak Melayu campuran ini pula
bergabung dengan puak-puak China yang telah beriman seperti “Hui-Chi”, Ching
Jen dan Ch’ing Jen Jiao. Ini menjadikan ilmu mempertahankan diri atau Ilmu
Persilatan Melayu di China dikenali sebagai “Kuntau Wushu” atau silat Gayong. Kelompok
Melayu dan orang-orang Islam yang lainnya telah berkembang pesat di China
sehingga dikenali dengan beberapa gelaran lagi seperti Da’-Syman, Mu-Su-Lu-Man
dan Bu-Syu-Man. Ini berlaku pada masa pemerintahan Dinasti Sui berkuasa (581 M
– 618 M). Pelabuhan Zaitun atau Canton selepas itu menjadi salah satu pusat
perkembangan Islam. Bandaraya Zaitun juga ramai dikunjungi penziarah Muslim
dari Arab sekarang ini karena wujudnya makam suci dua orang sahabat Rasullullah
s.a.w. di situ. Dalam bahasa China, sahabat ini bernama Sa-ke-zu dan Wu-ko-su.
Sekarang ini terdapat lebih kurang 10 ribu makam orang Arab dengan nama
keluarga Guo di Pulau Baiqi, Quanzhou. Turut di hiasi di makam-makam ini
tulisan huruf Cina dan Arab. Pada masa pemerintahan Islam Abbasiyyah (751M)
bidang ketenteraan di China pada masa pemerintahan Dinasti Tang di kuasai oleh
orang Islam. Semasa berlaku pemberontakan terhadap pemerintahan Islam di China
oleh Jeneral An Lu-Shan ianya telah dapat di patahkan dengan bantuan tentera
Islam “Kuntau Wushu” iaitu gabungan Arab-Parsi-Melayu-Cina Islam . Kumpulan
Melayu ini yang raja mereka di Nusantara akhirnya terpilih segagai Khalifah
Amirul Mukminin Kota Star di gelar oleh orang tempatan sebagai para pendekar
“Semutar Hitam”. Pihak kerajaan berjaya
menawan kembali Bandar Kota Si-ngan-fu (Sianfu) dan Ho-nan-fu (Hananfu) dengan
bantuan dari kumpulan para pendekar “Semutar Hitam” ini.
SESUNGGUHNYA PENGLIBATAN MELAYU TUA DI DALAM
PERKEMBANGAN ISLAM DI CHINA BERSAMA-SAMA TUAN MEREKA KESULTANAN KEDAH TUA YANG
DI ASASKAN OLEH PUTERA HEBAT DARI KOTA XIAN, CHINA CUBA DI TUTUP OLEH
MUSUH-MUSUH ALLAH
Selepas peristiwa tersebut semakin ramailah mereka ini datang dan menetap
di China serta berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di sekitar Kansu
dan Shensi pada tahun 814-847 masihi. Sebenarnya
khimat yang di berikan mereka ini kepada Kerajaan China adalah simbolik
kerjasama sumbangan permulaan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah
Ahlul-Bait Ajam Syah Alam kepada mereka.
Sumbangan tentera dan kadir-kadir dakwah ini sebenarnya bukan kepada
China sahaja tapi berlanjutan bila tertubuhnya empayar Monggol India Delhi dan
Monggol Turki Usmaniyyah di barat. Tetapi takdir Allah mengatasi
segala-galanya agar bangsa Melayu ini kembali ke kampung halaman masing-masing
setelah lama berkhidmat sebagai wakil Khalifah Ajam Timur Kesultanan Kedah
Pasai Ma juga untuk menguatkan Islam di Nusantara apabila di tahun 877 masihi
orang-orang Islam keturunan Melayu telah mengalami sejarah hitam pahit apabila
terpaksa lari keluar dari negara China akibat masalah agama dan perkauman.
Ketika itu di China pada tahun 876 masih berlaku pemberontakan di Tenggara
China pimpinan Hwang Chau dan tentera Islam tewas. Maka ramailah
saudagar-saudagar Islam yang telah ratusan tahun bermukim di sana di bunuh
beramai-ramai. Di anggarkan 200.000 ribu terkorban dan melarikan diri daripada
serangan puak Pemberontak Kafir Harbi yang melawan kerajaan empayar Islam China
ke bumi Tanah Melaka, Palembang dan Champa. Kemudian menjadi titik tolak
perkembangan Islam dan penyebaran ilmu agama yang kukuh di bawah panji-panji
al-Jefri Ajam Quraisy di timur. Walaupun pemberontakan itu telah berjaya di
padamkan ia muncul semula pada kali kedua bernama Pemberontakan Yong Chow di tahun
900 masihi tapi tidaklah seteruk di tahun sebelum itu. Korban pemberontakan
kali ini ialah sekitar 5 ribu jiwa sahaja. Ini mempercepatkan lagi kepulangan
orang-orang Melayu ke Nusantara untuk berkhidmat kepada cicit DYMM Merong Maha Wangsa yang ketika itu
berada di utara negeri Melaka. Cicit
DYMM Merong Maha Wangsa itu ialah KHALIFAH AMIRUL
MUKMININ KOTA STAR Hussain Syah AlAM 904 masihi DARI KESULTANAN KEDAH PASAI MA.
KEGIGIHAN RAJA TAI ZHONG YANG MERUPAKAN SEORANG TABIEN
MENYEBARKAN AGAMA DARI PARA SAHABAT R.HUM MENYEBABKAN AGAMA ISLAM MENJADI KUAT
DI SEBELAH TIMUR
Tahap Kedua :
Semasa Usman bin Affan r.hu
menjawat jawatan Khalifah , Saad Bin Abi Waqqas
bapa saudara Nabi s.a.w. sebelah ibunya telah diutuskan sebagai seorang
perwakilan rasmi berdiplomatik dengan Raja Daerah
China Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) pada 650 M
di Bandaraya Xian. Saidina Ustman bin Affan, yang memerintah selama 11 tahun di
Madinah al-Munawwarah sungguh mengambil berat akan hal ini kerana pengalamannya
pernah berada di sana semasa zaman mudanya. Dan menurut catatan Lui Tschih,
penulis Muslim China pada abad ke 18 dalam karyanya Chee Chea Sheehuzoo
(Perihal Kehidupan Nabi), Islam dibawa ke China oleh rombongan yang dipimpin
Saad bin Abi Waqqas iaitu lebih kurang dari dua puluh tahun selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w.
Kedatangan Rombongan Panglima Saad bin Abi Waqqas yang bermujahadah melalui
jalan darat untuk menyebarkan agama Allah Jalla Jalalah telah melalui Jalan
Sutera melalui daerah Khurasan, Samarqand, Sinkiang dan terus ke Bandaraya Xian
telah di sambut baik oleh Maharaja China. Jemaah Saad bin Abi Waqas ini datang
dengan membawa hadiah dan diterima dengan baik oleh Sai Tee Sung @ Tai Zong ( 599-651 ) yang ketika itu memerintah China semenjak tahun 626 lagi. Ia memeluk Islam
di tangan Saad Bin Abu Waqqas r.hu. dan merupakan datuk kepada YTM Merong Maha
Wangsa berketurunan nabi Allah Iskandar Zulkarnain. Setelah rombongan dakwah
ini menyempurnakan kerjanya dengan baik di Kota Xian, rombongan
ini dan penakluk empayar Parsi ini Saad Abi Waqas Saad Bin Abi Waqas ( 595-664 ) belayar pulang ke Kota Madinah
al-Munawwarah melalui jalan laut dan telah sampai ke Nusantara kira-kira pada
575 masihi dan telah singgah di Pelabuhan di kawasan Pasir Putih dan Besut/ Setiu yang pada masa itu
merupakan salah satu pelabuhan Melayu Tua kuno di sempadan Kelantan dan
Terengganu yang boleh di mudiki 3 jam terusannya ke pelabuhan Kuala Krai
melalui pelabuhan Batu Rakit dan di “Lima Pulau”. Berkat kesinggahan beliau di
Pelabuhan Kuala Besut yang mengadap Pulau Perhentian yang merupakan pelabuhan wajib
para pelaut berhenti di dalam safar mereka sebelum ke China seperti yang pernah
di ceritakan oleh Ibnu Batutah, maka semakin ramailah orang Melayu memeluk agama Islam.
MASJID HUAISHENG DI BANDARAYA ZAITUN ATAU CANTON
MERUPAKAN LAMBANG KEISLAMAN MELAYU DI NUSANTARA SEBELUM SAHABAT-SAHABAT NABI
S.A.W. SAMPAI KE CHINA DARI JALAN LAUT
Tahap Ketiga :
Setelah 21 tahun Saad Bin Abi Waqqas r.hu berada di Tanah Arab, beliau
kembali lagi ke China setelah kunjungan bersejarahnya dulu. Datangnya kali ini
dengan membawa salinan al-Quran. Khalifah Usman r.hu pada masa kekhalifahannya memang
menyalin al-Quran dan menyebarkannya ke berbagai nagara, demi menjaga kemurnian
kitab suci ini. Pada kedatangannya pada ke tiga kali ini ia belayar menuju ke
pelabuhan laut kesukaannya iaitu pelabuhan Zaitun. Menurut manuskrip purba
bertarikh 1216 mencatatkan Saad bin Abi Waqqas r.hu telah datang dan membina
masjid untuk kegiatan dakwahnya di situ yang bernama Masjid Huaisheng yang
menjadi salah satu tonggak artifak sejarah Islam paling berharga di China. Di
bandar ini, mereka iaitu para sahabat nabi s.a.w. Saad Bin Waqqas r.hu dan anak
buahnya dari kalangan orang-orang Melayu
telah menamakan masjid Huai-Sheng yang bergelar “Masjid Rindukan Nabi
Muhammad”. Ia juga adalah salah satu masjid tertua di China ini mempunyai Menara yang tinggi lebih kepada rumah api bagi kapal-kapal
yang mudik ke pelabuhan bandaraya Zaitun seperti Menara Kota Portugis di Bandar
Hilir Melaka yang menjadi panduan pada kapal-kapal sebelum mudik masuk ke
terusan Kota Muar Johor. Dari Kota Muar ini kapal-kapal itu akan mudik pula
sehingga ke Hilir Pahang ke laut Champa atau Laut China Selatan. Kerana
rindunya para sahabat r.hum kepada nabi s.a.w.
maka dinamakan demikian kerana untuk mengubati rasa rindu hati mereka
terhadap nabi s.a.w yang jauh mereka tinggalkan di Madinah, maka masjid yang
mereka dirikan diberi nama berkenaan. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada
di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun. Kemudian masjid ini di
perbesar dan di perbaharui masjidnya ini pada tahun 1350 di masa Dinasti Yuan
di bawah pemerintahan Zhizheng (1341-1368) dan kemudian di bangun lagi di tahun
1695 di bawah Raja Kangzi pada masa Dinasti Manchu atau Qing ( 1644-1911 ). Ianya teletak di jalan Guang Ta Lu. Masjid ini terus bertahan melewati
berbagai monomen sejarah China dan saat ini masih berdiri tegak dan masih
seindah dahulu setelah diperbaiki beberapa kali. Baru-baru ini mesjid ini di
perbaiki sekali lagi dengan melibatkan pembesaran ruangan sembahyang apabila
pihak pengurusan masjid membeli sedikit ruangan bahagian belakang masjid.
PANGLIMA ISLAM HULAGU KHAN MEMPUNYAI ADIK BONGSU YANG
BERNAMA KUBLAI KHAN SEORANG RAJA ISLAM CHINA YANG TERKENAL DI DALAM
PEMERINTAHAN ISLAM DI CHINA JUGA CUBA DI TUTUP KEISLAMANNYA OLEH MUSUH-MUSUH
ALLAH YANG MEMPUNYAI AGENDA MERENDAH-RENDAHKAN PENGUASAAN ISLAM DI TIMUR
Sekarang ini
masjid berkenaan menjadi pusat aktiviti
orang-orang Islam untuk proses akad nikah, mengurus jenazah, mendamaikan orang
yang berseteru dan lain-lain. Ianya menjadi masyhur dan di sekitar masjid ini
terdapat tempat-tempat penjualan makanan, menjual makanan “Islami” seperti
sayur-mayur dan daging. Masjid yang di asaskan oleh 4 orang sahabat ini
mempunyai Menara bertingkat, tingginya 36 meter dari permukaan bumi dan
membolehkan kita melihat pemandangan seluruh bandaraya Zaitun. Dan seperti di
masjid Xian, masjid ini
juga mengandungi seni bina
Arab dan China tulen. Saad bin Abi Waqqas telah menghabiskan sisa hidupnya
dengan mengabdikan diri di sana dan meninggal dunia di Zaitun atau Guangzhou,
China pada tahun 664 masihi. Kuburannya dikenal sebagai Geys’ Mazars dan
menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari seluruh pelusuk dunia. Sampai
di Guangzhou adalah tidak sah bagi kita orang Islam kalau tidak menjejakkan
kaki ke kubur Sahabat agung ini. Kesan dakwah beliau di sana sekarang ini
menyebabkan sekarang terdapat 4 masjid yang kesemuanya digunakan untuk
sembahyang berjemaah. Paling ramai jemaah adalah pada hari Jumaat:
1. Masjid
Huai Sheng Guang Ta - 1500 jemaah
2. Masjid
Maqam Saad - 1500 jemaah
3. Masjid
Hao pan - 600 jemaah
4. Masjid
Xiao Dong Yin - 500 jemaah
Semasa
Baghdad dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu
Khan yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh
ajaran sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu
dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan adik bongsunya iaitu
Kublai Khan ( 1215-1294 ) telah
berjaya memegang tampuk pemerintahan di China. Tetapi semasa berlakunya perang
saudara di China agama Islam tetap unggul di bawah raja-rajanya yang Islam.
Semasa pelayaran hebat Ibnu Baitutah ( 1304-1369 ) ke China beliau ada mencatatkan
telah berlaku peperangan yang hebat saudara antara Raja Kha Khan dan sepupunya
Fairuz Khan. Akibat Perang Saudara itu menyebabkan Ibnu Batutah lari pulang ke
Tanah Arab. Peperangan itu berjaya di menangi oleh Fairuz Khan dan Raja Kha
Khan untuk terus unggul menjadi Maharaja Islam bagi empayar Islam di China.
PAHLAWAN ISLAM CHINA, ILMU
PERSILATAN MELAYU KUNTAU WUSHU DAN TERATAI ISLAM MERUPAKAN KETAMADUNAN YANG DI
TAKUTI DAN DI GERUNI OLEH MUSUH-MUSUH ALLAH
Kisah anak cucu cicit Raja Albani di kepulauan Oceana kerajaan Siam Melayu Merong Islam Albani Australia iaitu Laksamana Haji Cheng Ho ( 1371-1435 ) juga sungguh mempesonakan. Syed Cheng Ho yang merukan cucu kepada Putra Albani yang mana anak kepada Raja Zainal Abidin Kerajaan Melayu Papua Indonesia iaitu adalah hasil dari perkahwinan baginda dengan anak raja China. Setelah dewasa putera Raja Papua iaitu Zainal Abidin yang bernama Putra Albani telah mengadap datuknya Maharaja China dan baginda pula telah dikahwinkan dengan salah seorang Puteri Raja Islam China. Setelah berkahwin mereka pun berhijrah untuk membuka negeri Albani di Perth, Australia dan setelah kemangkatan baginda di Australia pemerintahan baginda diganti oleh puteranya yang sulung bernama Raja Chulan Man Bau atau nama Islamnya Putra Osman. Setelah itu pemerintahan Kerajaan Islam Albani di teruskan oleh Saidina Ali ( 1350-1400 ) yang yang menjadi raja Albani Australia. Manakala adik Saidina Ali yang bernama Saidina San Bau telah berkhidmat di Negara China dan menggunakan nama China iaitu Cheng Ho. Sebenarnya khimat yang di berikan Syed Anjal Cheng Ho kepada Kerajaan China adalah lambang kerjasama sumbangan tentera Khalifah Siam Melayu atau wakil Khalifah Ahlul-Bait Ajam kepada empayar Islam China. Ketika baginda Cheng Ho di lantik sebagai Laksamana bagi armada laut empayar Islam China baginda Haji Cheng Ho sering berulang alik ke rantau ini terutamanya ke kerajaan Melayu Albani iaitu bumi tumpah darahnya serta tempat moyangnya dan abangnya Saidina Ali memerintah. Nama penuh baginda Laksamana Cheng Ho ialah Saidina Syed Mahmud Syam Anjal San Bau ibni almarhum Raja Chulan Man Bau atau bergelar Osman Putra ibni almarhum Albani ibni almarhum Zainal Abidin Syah. Haji Cheng Ho mempunyai 2 orang adinda perempuan dan salah seorang puteri Panglima Syed Cheng Ho atau Syed Hj. Mahmud Sham ( 1371-1435 ) itu berkahwin dengan Preston John atau Pertuan Johan dari zuriat Syarifah Maryam al-Jefri Binti Syed Jamal al-Jefri Ahlul-Bait iaitu Yang Di Pertuan Raja Siam Rama Tibodi atau di gelar orang Khalifah Syah Alam Sultan Muhammad Syah III Rijaluddin Johan Syah Berdaulat ibni Tuanku Muhammad Chan ( 1424-1448 ) yang di akui oleh sejarawan dan raja-raja purba Eropah sebagai makmur, mewah dan bijaksana.