PENGENALAN
DADAH
Dadah
merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal),
rohani (mental dan emosi) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan.
Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus
bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.
Pelbagai
dadah dikenali sebagai heroin, morfin dan ganja pada hakikatnya
merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang
dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang
berlebihan mendatangkan kesan yang mudarat.
Dadah adalah
satu-satunya masalah sosial paling rumit yang sedang dihadapi oleh
negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, tetapi
sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif. Mengikut
penilaian United Nations International Drug Control Program, dalam tahun
1993 sahaja, sebanyak 24 023 orang penagih dadah telah dikenal pasti di
Malaysia.
Daripada bilangan ini 59.3% adalah penagih yang
menagih semula manakala sebanyak 10 216 orang telah ditangkap kerana
kesalahan bersabit dadah. Masalah dadah sebenarnya adalah masalah
sejagat. Laporan menunjukkan aktiviti penghasilan pelbagai jenis bahan
dadah sentiasa meningkat.
PENGELASAN DADAH
Dadah boleh dikelaskan seperti berikut:
OPIAT : heroin, morfin, candu mentah, candu masak dan kodeina
KANABIS : ganja dan hasyis
PENEKAN : bahan sedatif – hipnotik (jenis barbiturat dan bukan barbiturat) dan trankuilizer
PERANGSANG: jenis amfetamin dan kokain
HALUSINOGEN: LSD, meskalina dan psilosibina
KAEDAH PENGGUNAAN
Dadah
atau heroin disuntik secara intravena untuk mendapatkan kesan
serta-merta. Dalam bentuk asetil, heroin mudah diserap ke dalam sistem
saraf pusat. Cara lain termasuk menghidu, suntikan intravaskular dan
penghisapan. Kaedah penghisapan adalah kaedah biasa di kawasan Asia
Tenggara kerana bekalan heroin yang tinggi ketulenannya. Kesan heroin
masih boleh dirasai walaupun 80% daripada kesan tersebut musnah apabila
dipanaskan.
JENIS DADAH DARI TUMBUHAN
NARKOTIK
Papaver somniferum – pokok popi yang boleh menghasilkan opiat
Istilah
narkotik dalam perubatan merujuk kepada bahan candu dan terbitan
daripadanya atau bahan sintetik yang bertindak seperti candu. Bahan
narkotik boleh digunakan dalam bidang perubatan sebagai sejenis ubat
penahan sakit bagi kesakitan yang teruk. Misalnya akibat patah tulang
ataupun semasa pembedahan. Selain itu, ia juga pernah digunakan bagi
merawat mata, meredakan batuk dan menghilangkan cirit-birit.
Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popi iaitu
papaver somniferum.
Pohon ini ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah,
Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan
mengeluarkan (getah sejenis alkaloid yang bernama opiat ) dan
kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu
mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang
kebanyakkannya berwarna perang. Kini candu mentah boleh dihasilkan
secara sintetik dengan mengeluarkan alkaloid tersebut daripada pokok
popi tua yang kering.
Candu mentah ini, boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 kumpulan alkaloid iaitu:
Kumpulan pertama : Morfin dan Kodeina
Kumpulan kedua : Papaverin dan Noskapin
Kumpulan kedua ini tidak banyak memberi kesan negatif berbanding dengan narkotik kumpulan pertama khususnya morfin.
JENIS NARKOTIK
Jenis
narkotik umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu jenis morfin dan
kodeina. Morfin merupakan alkaloid utama dalam candu. Kandungannya
terdiri antara 4% hingga 21%. Ia didapati dalam bentuk serbuk berwarna
putih. Kegunaan morfin terhad sebagai ubat penahan sakit dalam
perubatan. Alkaloid candu lain ialah kodeina. Kandungannya agak rendah
iaitu 0.7% hingga 2.5%. Kebanyakan kodeina kini diperolehi daripada
morfin dan didapati dalam bentuk pil, kapsul dan cecair. Kegunaannya
dalam perubatan agak meluas berbanding morfin khususnya sebagai ubat
batuk.
BAHAYA NARKOTIK
Penggunaan
narkotik bagi tujuan perubatan harus mendapat pengesahan pakar
perubatan. Penyalahgunaan dadah terjadi apabila narkotik disalahgunakan
dengan pelbagai kaedah yang merbahayakan. Ini termasuklah dengan
menyuntik ke dalam vena (intravena), dipanggil saluran utama oleh
penagih. Ada juga yang menyedut nya melalui hidung dan dihisap seperti
rokok.
Seseorang penagih itu boleh dijangkiti pelbagai penyakit
khususnya akibat perkongsian jarum suntikan yang kotor dan
berulang-ulang. AIDS, Hepatitis serta keracunan darah merupakan penyakit
yang sering berlaku. Apabila narkotik digunakan berulang kali ia
menyebabkan seseorang itu bergantung kepadanya dan memerlu
kannya setiap hari. Lama-kelamaan seseorang itu akan merasa terikat kepada narkotik tersebut dan seterus nya menjadi ketagih.
GANJA DAN HASHISH
Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat. Nama santifik tumbuhan ini ialah
Canabis sativa,
dan ada juga yang terdiri daripada jenis canabis indica. Ia juga
dikenali sebagai marijuana dan marihuana. Marijuana berasal daripada
perkataan Portugis iaitu mariguango yang bermaksud bahan memabukkan.
Pokok
cannabis banyak ditanam di kawasan negara Asia, mexico, Afrika dan
Timur tengah. Cannabis adalah bahan kompleks yang mengandungi 421 jenis
bahan kimia yang tergolong dalam 18 kelas berbeza. Antaranya ialah
kanabinol, kanabidiol, asid kanabinolodik dan sebagainya. Bahan yang
memberi kesan penagihan ialah tetrahidrokanabinol ataupun THC.
Pada
suatu ketika dahulu, dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai
ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan
sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan
(antigelugut), bila keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik
atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja
dalam perubatan. Pada masa inilah, ganja mula dikenalpasti sebagai
sejenis dadah yang boleh membawa kepada ketagihan.
Hashish pula
ialah nama dadah kanabis yang digunakan di negara-negara Asia Barat.
Kandungan THC adalah tinggi. Hashish diperbuat daripada bunga ganja dan
diedarkan dalam pelbagai bentuk termasuk bebola, ‘kek’ dan kepingan yang
berbentuk cecair likat yang terhasil daripada pengekstrakan kanabis.
BAHAYA KANABISKanabis
selalunya dihisap seperti ganja, daunnya dihancurkan dan digulung
seperti rokok. Apabila dihisap, asap ganja yang disedut itu akan turut
mempengaruhi paru-paru seperti juga asap rokok. Kesan awal pada penagih
ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit
dan mulut serta tekak akan berasa kering. Ini diikuti oleh rasa sejuk di
hidung, kaki dan tangan.
Pengambilan dos yang tinggi akan
menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan
subjektif yang mengasyikkan. Seterusnya mereka akan mengalami toxis
psychosis atau tidak siuman.
KOKAIN
Kokain adalah berasal daripada pokok
Erythroxylon coca
yang tumbuh 1000 kaki di atas lereng kawasan barat gunung Andes. Pada
zaman dahulu daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia, chile
dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan
Pes
yang diperolehi daripada daun coca ini dijadikan bahan asas yang
kemudiannya diproses menjadi kokain hidroklorida. Bentuk kokain yang
terhasil ialah daun koka, pes koka dan kokain.
Dalam bidang
perubatan kokain digunakan sebagai ubat bius serta untuk mengecutkan
saluran darah bagi mengurangkan pendarahan pada kecederaan serta
pembedahan kecil. Kes penyalahgunaan kokain kebanyakkannya berlaku di
Amerika Syarikat. Kokain yang dijual secara haram merupakan sejenis
serbuk putih yang telah dicampurkan dengan bahan lain seperti lactosa.
Biasanya dadah ini diambil dengan cara menghidu atau melalui suntikan.
BAHAYA KOKAIN
Lazimnya
dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan
akut. Di kalangan penagih, kokain dianggap sebagai dadah reaksi kerana
ia membolehkan pengguna berinteraksi dengan orang lain tanpa perasaan
malu. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke
badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri
untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan,
penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat
keracunan dan sesak nafas.
HALUSINOGEN
Dadah
Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah
pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’
hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Dadah
ini, terdiri daripada beberapa jenis dadah yang boleh diperolehi
daripada sumber semulajadi atau daripada tindakbalas kimia. Di antara
dadah ini termasuklah ganja, dadah dari cendawan Amantina dan
Psilocybes, biji pokok bunga kembang pagi (Ipomoea violacea), kulat
Claviceps purpurea, biji buah pala (Myristica frangrans) Atropa
belladona dan pokok kecumbung (Datura stramomium).
Dadah
Halusinogen yang utama ialah Lysergic acid diet hylamide (LSD). LSD
adalah bahan kimia sintetik yang terhasil melalui pencirian kimia ke
atas alkaloid ergot. Ergot adalah sejenis kulat Claviceps purpurea yang
tumbuh di atas tumbuhan Rye.
Kesan Halusinogen
oleh alkaloid ergot terhasil melalui penghalangan dadah semulajadi ini
ke atas sistem serotonin. Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu
mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan
oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam
rahim.
Dadah dari cendawan
Amanita muscaria dan
Psilocybes mexicana
telah digunakan sejak berzaman sebagai halusinogen. Dua jenis dadah
yang dikenalpasti terdapat dalam A. Muskaria iaitu moskimul dan asid
ibotenik. Ia juga mengandungi sejumlah kecil muskarin. Antara kesan
toksik muskarin termasuk rasa mual, muntah-muntah, pengecilan anak mata,
penurunan tekanan darah dan denyutan jantung.
Cendawan
dari kumpulan Psilocybes mexicana mengandungi bahan halusinogen yang
dikenali sebagai psilosen dan psilosibin. Psilosin dilaporkan mempunyai
kesan yang lebih kuat berbanding psilosibin. Kesannya adalah rasa mual,
mengantuk, penglihatan kabur serta kesan halusinasi.
Atropa
belladonna dan hyoscyanusniger mengandungi kandungan dadah atropina dan
scopolamin yang tinggi. Manakala pokok Kecubung (Datura stramonium)
yang tumbuh liar di seluruh dunia juga mengandungi dadah yang sama pada
kesemua bahagian pokok tersebut. Mereka yang mengambil dadah jenis ini
akan mengalami amnesia iaitu hilang daya ingatan serta berfikiran
keliru. Kesan halusinasi yang terhasil adalah akibat daripada tindakan
terhadap sistem saraf pusat.
Selaput dan biji
buah pala (Myristica fragrans) boleh menghasilkan kesan halusinasi yang
sederhana dan melalui bahan kimia yang dikenali sebagai miristisin dan
elemisin. Dos toksik buah pala dianggarkan sebanyak 5-15 gram (1-3 biji)
dan kesannya boleh dilihat 3-6 jam selepas dimakan. Kesannya termasuk
rasa mual, muntah dan ganguan terhadap sistem saraf pusat.
Pengambilannya yang berlebihan boleh menyebabkan penurunan suhu badan
yang banyak. Dalam masa 24jam seseorang akan menghadapi kesan
halusinasi yang tinggi.
Biji pokok bunga
kembang pagi (Ipomoea violacee) mengandungi ergine, iso-ergine dan
beberapa sebatian yang berkaitan. Kesan halusinogennya menyamai kesan
dari penggunaan LSD. Antara kesan-kesannya ialah penurunan tekanan,
midiriasis dan peningkatan degupan jantung.
Kaktus
Peyote (lophophorawilliamsii) pula mempunyai bahan kimia yang dikenali
sebagai meskalin. Ianya digunakan dalam bentuk segar ataupun yang telah
digunakan dan terdapat 6% meskalin di dalamnya. Penggunaannya akan
mengalami halusinasi pendengaran dan penglibatan. Taburan kaktus ini
hanya terdapat di benua Amerika dan Mexico.
Walaupun
bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun demikian kesan
yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih adalah hebat sehinggakan
penagih boleh menghadapi risiko gila akibat penagihan dadah ini.
KESIMPULANSecara
kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding
kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat
sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta
pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan
selamanya.
Sumber rujukan : http://www.scribd.com/doc/6781412/definisi-dadah