Sunday, November 11, 2012

HUTAN SIMPAN MATANG,PERAK




Jika dalam entry sebelum ini, cerita tentang Perak, saya paparkan Kellie’s Castle dan Gua Tempurung, jadi kali ini saya ingin paparkan pula satu lagi permata yang amat bernilai dari negeri Perak, iaitu Hutan Paya Laut Matang




Kunjungan saya ke Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang ialah pada tahun 2009. Jadi gambar yang saya paparkan di sini ialah gambar yang diambil pada tahun 2009. Saya mula berminat untuk mengenali Hutan Paya Laut Matang setelah mengetahui tentangnya daripada sahabat saya, bekas pegawai Jabatan Perhutanan yang kemudiannya bertukar kerjaya menjadi guru.

(jangan dilayan kera nanti anda akan 'didera' oleh sang kera)


Disebabkan kunjungan saya sekadar jalan-jalan dan bukannya bersifat kajian, jadi saya terpaksa mencari info dari sumber-sumber yang lain untuk dipaparkan di sini. Rasanya info/maklumat dari Universiti Putra Malaysia, merupakan info yang terbaik untuk saya paparkan di sini.

(antara chalet yang disediakan)

Hutan Paya Laut Matang(HPLM) terletak di Kuala Sepetang. Ia Merupakan hutan paya laut bakau diurus secara terbaik di dunia. Berkeluasan 40,446 hektar dan terletak dalam daerah Kerian, Larut dan Matang dan Manjung. Kawasan hutan ini berbentuk bulan sabit mempunyai kelebaran sejauh 13.5 km dan di bahagian tengah panjangnya pula ialah 51.5 km. Ia terdiri daripada 19 hutan simpan yang diwarta secara berasingan dan mempunyai sebanyak 108 kompartmen.



Hutan Paya Laut Matang mempunyai sejarah pengurusan yang panjang apabila rancangan kerja pertama disediakan oleh A.E. Wells dalam tahun 1904. Sambutan ulang tahun ke 100 dan disempurnakan oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada 13 Oktober 2004 lalu.

(antara chalet yang disediakan)

HPLM juga memberi sumbangan yang besar kepada industri perikanan di mana hasil tangkapan perikanan adalah berjumlah lebih kurang RM251 juta setahun. Ini termasuklah hasil tangkapan udang dan ikan, ternakan ikan dalam sangkar dan ternakan kerang. Ini menunjukkan bahawa pengurusan HPLM secara berkekalan amatlah penting supaya hasil tangkapan ikan dan udang serta hasil laut lain akan diperoleh secara berterusan dalam masa akan datang.




Di samping itu, nelayan yang dianggarkan seramai 4,909 orang dan bergantung hidup kepada industri perikanan dapat meneruskan hidup mereka pada masa akan datang. Ini secara tidak langsung boleh menjamin pendapatan yang berkekalan.








INFO TAMBAHAN:

Jika berminat untuk bermalam atau menginap di chalet.
Sila hubungi:

Pegawai Hutan Daerah
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak.
Tel. : 05-8072762

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...