Sunday, November 11, 2012

PUSAT SANTUARI HARIMAU ,KRAU,PAHANG

Hutan Simpan Krau biak harimau

TEMERLOH 21 April - Hutan Simpan Krau dekat sini akan dijadikan tempat perlindungan habitat harimau belang bertujuan menjadi kawasan pembiakan dan pemuliharaan haiwan itu daripada kepupusan.
Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Dr. Salehuddin Ishak berkata, kawasan seluas 80 hektar berhampiran Pusat Pemuliharaan Gajah di Kampung Kuala Gandah Lanchang dikenal pasti sebagai tempat perlindungan dikenali sebagai Lembah Harimau.
Menurutnya, pihaknya sedang menjalankan kajian termasuk faktor keselamatan sebelum dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK-10).
��Kawasan yang dicadangkan itu akan dilaksanakan di bawah Kementerian Pelancongan dan didapati sangat sesuai kerana hutannya yang tebal, beriklim sejuk, mempunyai beberapa anak sungai serta alam flora dan fauna yang menarik sesuai untuk haiwan tersebut,� katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut beliau, setakat ini, terdapat 20 ekor harimau belang berjaya dikesan di kawasan hutan tersebut.
Kata beliau, apabila dibuka nanti kawasan itu menjadi tarikan baru pelancong ke daerah ini selain pusat pemuliharaan gajah yang menerima kehadiran 40,000 pelancong.
Tambahnya, cadangan itu secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat dalam menjalankan pelbagai perniagaan di situ nanti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...