PUSAT PEMULIHAN ORANG
UTAN SEPILOK
|
|||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||
Pusat
Pemuliharaan Orang Utan ini telah ditubuhkan pada tahun 1964 bagi
memberikan pemulihan kepada anak orang utan yang hidup terbiar. Hutan
Simpan Sepilok terletak di pantai timur Sabah lebih kurang 24 km dari
bandar Sandakan. Hutan simpan Kabili-Sepilok ini meliputi kawasan hutan
hujan tropika seluas 4,300 hektar, di mana ia di bawah pentadbiran Jabatan
Hidupan Liar Sabah. Pusat ini telah menarik para pelancong dan penyelidik
dan memberikan mereka peluang untuk melihat orang utan secara dekat di
dalam habitat semula jadinya. Laluan berpapan akan membawa pelancong ke
galeri tontonan dan pentas untuk memberikan makanan. Di sana para
pelancong akan dapat menyaksikan bagaimana haiwan ini diberikan susu dan
pisang sebanyak dua kali sehari pada setiap pukul 10.00 pagi dan 3.00
petang oleh renjer yang bertugas. Semasa pemberian makanan, monyet berekor
panjang juga turut datang ke kawasan itu.
Para
pelawat ditegah daripada melalui laluan pejalan kaki. Meskipun ada di
antara orang utan yang telah biasa dengan pelawat, akan tetapi anda
ditegah daripada menyentuh haiwan ini. Haiwan ini secara semula jadinya
amat pemalu dan lembut, namun begitu, ada sebahagiannya yang agak nakal
lalu merampas kamera atau topi anda. Sekiranya hal tersebut berlaku, anda
perlu memaklumkan kepada pihak renjer kerana anda tidak boleh menangkap
sendiri haiwan seberat 200 paun ini.
Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan binatang yang hanya terdapat di hutan
rimba iaitu :
lebih
kurang 217 spesis burung, 70 spesis mamalia
dan sekurang-kurangnya
400 spesis pokok kayu.
Pusat
Pemulihan Orang Utan Sepilok di bawah senggaraan Jabatan Hidupan Liar,
bertujuan mengembalikan orang utan yang dipelihara sebagai haiwan
peliharaan secara haram ke alam semulajadi mereka. Binatang lain yang
dilindungi yang hidup bebas di pusat ini adalah seperti Kelawar, Kera,
Beruang, Kucing Hutan dan Buaya.
Pengangkutan
Para
pelancong boleh menaiki kapal terbang untuk penerbangan jangka pendek dari
Lapangan Terbang Kota Kinabalu ke Sandakan.
Dengan
menaiki teksi atau bas yang tersedia di Bandar Sandakan. Pengangkutan
Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis Perbandaran Sandakan
bermula dari jam 6.00 pagi ke atas. Tambang dikenakan ialah RM2.10
sehala dan berhenti di simpang yang menghala ke pusat itu dan perlu
berjalan sejauh setengah km ke dalam.
Bayaran
Masuk RM10.00 seorang (Bayaran dibuat di Pusat Pendaftaran)
Cara ke Sana
Sekiranya anda tidak menggunakan mana-mana perkhidmatan pelancongan, anda
boleh menaiki bas atau teksi yang tersedia di bandar. Sandakan.
Pengangkutan Syarikat Bas Jalan Labuk berlepas dari depan Majlis
Perbandaran Sandakan atau MPS bermula dari pukul 6.00 pagi ke atas.
Tambang yang dikenakan ialah RM2.10 secara sehala, dan hanya akan berhenti
di simpang yang menghala ke pusat itu. Anda perlu berjalan sejauh setengah
km lagi ke dalam. Anda juga boleh menyewa teksi untuk perjalanan
ulang-alik sekitar RM100.00 (boleh dirundingkan). Anggaran jarak antara
bandar dengan pusat tersebut ialah sejauh 23 km.
TAMBANG
PENGANGKUTAN DARI BANDAR SANDAKAN
Masa Dibuka
Yuran Kemasukan
Pemegang Mykad Dewasa RM 5.00 Di bawah 18 tahun RM 2.00 Lain-lain Dewasa RM30.00 Di bawah 18 tahun RM15.00Penggunaan kamera, kamera perakam, telefon berkamera dsb. akan dikenakan bayaran RM10.00
Keterangan Lanjut
Alamat
Batu 14, Jalan Labuk WDT200, 9009 Sandakan Sabah
Tel: +6089531180
Faks: +6089 531189 E-mel : soutan@po.jaring.my Laman Web: http://www.sabah.gov.my/jhl/ |
Sunday, November 11, 2012
PUSAT SANTUARI ORANG UTAN SEPILOK,SABAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment