Thursday, November 8, 2012

RIZAB HIDUPAN LIAR KRAU,PAHANG

Mandi sungai bersama gajah

SERONOK...mandi bersama gajah menyeronokkan dan mengujakan.
SERONOK...mandi bersama gajah menyeronokkan dan mengujakan.
TAMAN adalah destinasi pilihan popular bagi mereka yang ingin beristirahat dan lari dari kesibukan kota.
Namun, pasti ramai tidak tahu mengenai Rezab Hidupan Liar Krau iaitu kawasan perlindungan tertua di Malaysia serta kawasan perlindungan hidupan liar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
   
  • Foto MESRA...pengunjung disambut mesra oleh semua penghuni Deerland Park.
  • Foto MANJA...aksi Muda mengujakan pengunjung.
  • Foto BECOK...burung kakaktua yang peramah.
  • Foto CANTIK...kecantikan ekor merak membuatkan pengunjung terpesona.
Dengan berkeluasan 62,395 hektar dan hampir menyamai keluasan Singapura, Rezab Hidupan Liar Krau yang diselenggara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) menyimpan khazanah alam yang cukup bermakna.

Ditubuhkan pada 1923, Rezab Hidupan Liar Krau juga adalah tempat tinggal kepada 125 spesies mamalia, 305 spesies burung, 87 spesies amfibia dan reptilia, 68 spesies ikan serta lebih 1,508 spesies tumbuh-tumbuhan yang dikenal pasti.

Selain itu, pelbagai flora dan fauna yang terdapat di situ antaranya kelawar bahu putih, harimau belang, kambing gurun, seladang, petai liar, bunga Rafflesia dan banyak lagi.

Di Rezab Hidupan Liar itu terdapat Institut Biodiversiti dan Pusat Konservesi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Selatan Rezab dengan laluan masuk melalui Lanchang, Pahang.

Anda boleh melihat pelbagai hidupan liar seperti beruang, ular sawa serta rusa di Deerland Park dan mandi serta menunggang gajah di Pusat Konservesi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Penulis yang mengikuti Program Kembara Bersama Media anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berpeluang menikmati peluang menarik itu, baru-baru ini.


> Dekati si liar di Deerland Park
Dibuka sejak 15 tahun lalu iaitu pada 1996 dan mempunyai keluasan lebih kurang 2.5 hektar, Deerland Park menjanjikan kelainan dan pengalaman yang sukar dilupakan.

Pengunjung bukan saja dapat melihat hidupan liar seperti rusa dan beruang tetapi bermesra dengan haiwan di situ.

Pemilik taman itu, Abdullah Ahmad Mahmud, membawa kami ke kandang rusa.

Semua bagaikan terpinga-pinga namun selepas diberi ubi yang menjadi makanan mereka, haiwan itu tanpa rasa takut mendekati untuk meminta makan.

Selesai di kandang rusa, kami singgah di mini zoo menempatkan haiwan eksotik seperti burung kasawari dan burung merak.

Kami berpeluang melihat burung itu mengembangkan ekornya yang cantik itu, memang teruja melihat dari dekat.

Di kandang ular sawa yang jinak, bernama Jessy, penulis sempat merakam gambar bersama teman.

Selepas itu, kami melawat dan membelai beruang madu bernama Muda berusia 13 tahun. Ada dua lagi beruang di Deerland Park iaitu Hitam, 5 tahun dan Dayang 8 tahun.

Dengan memberi Muda campuran madu dan susu pekat, kami membelai serta bergambar dengannya.

Kesuntukan masa menyebabkan kami tidak sempat bermesra dengan haiwan lain di Deerland Park. Namun, kunjungan itu pengalaman manis yang jarang dapat ditemui ketika bercuti.

Bayaran masuk ke Deerland Park ialah RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak bawah 12 tahun). Ia beroperasi setiap hari kecuali Jumaat (10.30 pagi hingga 5.30 petang).

Keterangan lanjut, hubungi Abdullah di talian 013-9676242 atau 09-2797249 (pejabat) serta e-mel: kraunaturepark@yahoo.com.m


> Mandi bersama Gajah
Beberapa minit dalam bas, kami tiba di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, kira-kira lima kilometer (km) dari Deerland Park.

Walaupun kunjungan itu kedua penulis sejak empat tahun lalu, pengubahsuaian dibuat terutama kewujudan Kompleks Pelawat membuatkan penulis terpegun.

"Banyak yang sudah berubah" detik hati penulis.

Kami diberi taklimat oleh Ketua Unit Gajah, Nasharuddin Othman aktiviti di pusat itu termasuk penangkapan dan pemindahan gajah liar.

Sebelum memulakan aktiviti, gajah-gajah dibawa ke sungai sebelum ke pentas utama. Semua pengunjung memenuhi ruang dewan utama untuk melihat aksi gajah-gajah dari Malaysia, Thailand dan Myanmar.

Di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah itu, pengunjung tidak dikenakan bayaran. Namun, bagi yang mahu mandi, memberi makan atau menunggang gajah, mereka perlu mendapatkan pelekat kuning. Setiap hari hanya 100 hingga 120 keping pelekat dikeluarkan.

Jika mendapat pelekat berwarna merah, anda tidak dapat mandi atau menunggang gajah tetapi boleh mendekati haiwan itu termasuk memberi makan.

Tarikan lain di sini ialah Denai Gajah yang memberi peluang pengunjung menunggang haiwan itu menyusuri denai sambil melihat keindahan flora dan fauna kira-kira 1.5 kilomter.

Bagaimanapun, Denai Gajah belum dibuka kepada orang ramai dan kami kumpulan pertama melalui denai itu.


>Bagaimana ke sana:

> Ke Deerland Park
- Deerland terletak di Bukit Rengit, Lanchang, kira-kira 110 km dari Kuala Lumpur. Untuk ke sana, dari Kuala Lumpur, pandu melalui Lebuhraya Karak menuju ke Kuantan dan ambil susur keluar selepas tol Lanchang.

Dari sini, pandu terus menghala ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan pandu lapan kilometer sebelum ambil kanan dan ikut papan tanda untuk ke Bukit Renggit dan Deerland Park.

>Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
- Hanya lebih kurang 15 km dari Lanchang dan 14 km dari persimpangan bertingkat Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) di laluan Karak-Temerloh.

Memandu dari ibu kota hanya mengambil masa lebih kurang Kuala Gandah satu setengah jam perjalanan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Ambil susur keluar ke tol Lanchang. Ambil kiri dan ikut papan tanda ke pusat ini.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamua'laikum.

Dalam ni diceritakan untuk ke deerland dan gajah kuala gandah. jadi, rizab krau itu termasuk kedua-dua tempat inikah?

rizab krau tu mcm mana pula ya?

kami pelajar UMK jurusan sains gunaan sumber asli ingin membuat field trip bg subjek wildlife management. so, kiranya kalau ke kawasan ini, deerland-gajah kuala gandah-krau national park berdekatan la tempatnya ya? krau wildlife reserve tu bayaran masuknya bagaimana ya?

stay kat mana yg bersesuaian untuk pelajar ya? maaf banyak tanya.
alhamdulillah, terima kasih atas maklum balas pihak saudara.

boleh email ke : asfarinaismail@gmail.com

Unknown said...

WKSLM..TEMPAT TU DI KENALI SEBAGAI RIZAB HUTAN SIMPAN KUALA KRAU..DI DALAM NYA MENGANDUNGI PUSAT KONSERVASI GAJAH KUALA GANDAH DAN TAMAN RUSA..SELAIN ITU ADA JUGA BEBERAPA SPESIS YANG DI PELIHARA..TENTANG BAYARAN TU MASIH PERCUMA..CUMA HENDAK MASUK KE TAMAN RUSA DI KENAKAN BAYARAN MASUK RM 3..MASA SEKARANG INI ADMIN X PASTILA..ADAKAH BAYARAN DIKENAKAN ATAU TIDAK..UNTUK MAKLUMAT LANJUT..RUJUK..www.wildlife malaysia.gov.my.atau klik google..carian taman rizab liar kuala gandah..dalam blog tu admin ceritakan pengalaman admin je.kalau yang selanjutntnya..rujuk maklumat lanjut dari sumber yang sahih.harap maklum

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...