Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia.dengan keluasan kira2 647 hektar dengan dataran lumpur berkeluasan 800 hektar Ia juga yang satu-satunya terletak di perairan Johor.
Pulau Kukup juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status 'Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Konvenysen Ramsar di Geneva.
Suatu
legenda tempatan menceritakan kisah Pulau Kukup yang pernah menjadi
tempat kediaman lima puteri bunian. Pada satu hari, salah seorang puteri
itu jatuh cinta dengan seorang pelayar. Mereka melarikan diri dan satu
sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup.
Pulau
itu ditenggelamkan oleh air laut. Setelah beberapa lama, pulau itu
muncul kembali tapi kini ia diliputi kawasan paya bakau. Ramai yang cuba
menduduki tempat ini, tetapi semuanya gagal. Ada yang mengatakan ini
kerana pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib.
Hari
ini, Pulau Kukup menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan
fauna. Antaranya termasuk monyet yang cerdas, ikan belanak yangi hutan
senyap, atau babi hutan yang sibuk bersama anak-anaknya.
Nikmati
kecantikan taman negara ini, dan saksikan sendiri kecantikan ekosistem
alam semulajadi paya bakau yang tidak didiami terluas di Johor!
No comments:
Post a Comment