LUBOK
ANTU, 1 April (Bernama) -- Malahan sebelum pelancongan berasaskan
ekologi atau eko-pelancongan menjadi perkataan popular, penduduk di
Batang Ai sudahpun terdedah kepada dunia luar hasil daripada tradisi
Iban 'bejalai' atau pergi mengembara.
Berikutan
pembinaan empangan hidro elektrik pertama di Sarawak iaitu di Batang
Ai, yang siap pada 1985, kawasan itu yang sebelumnya terpencil kini
sudah dihubungkan dengan jalan raya dari jetinya, hingga ke persimpangan
lebuh raya Pan Borneo dan seluruh negeri ini.
Tasik
buatan manusia yang sungguh mengagumkan itu, merentasi lembah antara
Engkari dan Ai, dan Taman Negara Batang Ai, yang menjadi tempat tinggal
Orang Utan dan kira-kira dua jam perjalanan dengan bot, adalah
sebahagian daripada kompleks empangan hidro elektrik itu.
Dengan
pusat peranginan Hilton Batang Ai Longhouse Resort di pantainya,
penduduk di kawasan sekelilingnya turut mendapat manfaat daripada
pembangunan ekonomi yang dibawa oleh industri hospitaliti, serta promosi
produk pelancongan berasaskan kebudayaan, pengembaraan dan alam
semulajadi (CAN).
Pengurus
Pelanggan/Aktiviti Hilton Batang Ai Longhouse Resort Christopher Kiding
berkata penduduk setempat dibabitkan dalam usahasama berdasarkan
perkongsian keuntungan dalam membawa pelanggan hotel ke rumah panjang
Iban di kawasan itu, selain diambil bekerja sebagai kakitangan hotel.
"Lawatan
ke rumah panjang adalah paling popular di kalangan pelancong Eropah
yang gemarkan alam semulajadi, yang biasanya akan melawat rumah panjang
Mengkak, kira-kira 45 minit perjalanan dengan bot, dan kemudiannya pergi
ke hulu sungai untuk melawat rumah panjang Nanga Sumpa yang terletak di
hujung taman negara," katanya kepada Bernama semasa lawatan ke pusat
peranginan itu.
Baru-baru
ini, pusat peranginan itu menerima anugerah 'Sarawak Hornbill Tourism
Appreciation Awards 2008' bagi sumbangan cemerlang terhadap pelancongan
bagi kategori hotel harga pertengahan terbaik.
Untuk
ke pusat perangingan itu, pelawat boleh menggunakan bot yang memakan
masa 20 minit perjalanan dari jeti empangan itu atau kira-kira empat jam
perjalanan mengikut jalan darat atau 275km dari ibu negeri, Kuching.
Terletak
di kawasan seluas 70 hektar, Kiding berkata lawatan termasuk 45 minit
menyusuri Nature Trail atau lima jam bagi Smugglers' Trail, diberi nama
sempena urus niaga sistem tukaran barang di sepanjang
Sarawak-Kalimantan, Indonesia, untuk meninjau hidupan liar seperti
burung kenyalang, babi hutan, tenggilin atau malahan Orang Utan.
Beliau
berkata sejak beberapa tahun lepas, pusat peranginan 98 bilik itu
merekodkan purata penginapan 40 peratus, terutamanya pada musim puncak
antara Mei dan Oktober, dengan pelanggan, kebanyakannya dari
Scandinavia, Amerika Syarikat, Jerman, Singapura dan Malaysia.
Jeti
empangan Batang Ai terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bazar
sempadan Lubok Antu, pusat pentadbiran daerah, yang begitu sibuk
menjelang pilihan raya kecil kerusi Batang Ai pada Selasa ini.
sumber:http://www.bernama.com/-- BERNAMA
Taman Negara Batang Ai yang diwartakan pada tahun 1991, ialah tempat perlindungan pelbagai jenis hidupan liar.
Ianya juga berfungsi sebagai kawasan tadahanan air bagi sebuah tasik buatan yang membentuk empangan hidroelektrik Batang Ai.
Tasik
ini merangkumi kawasan Lembah Engkari dan Lembah Ai di mana
permandangannya yang indah melengkapkan suasana tenteram dan aman di
sini.
Oleh
kerana kemudahan di kawasan taman negara ini adalah terhad, cara
terbaik untuk menikmati kawasan ini ialah dengan mengambil bahagian
dalam lawatan ke rumah panjang.
Anda berpeluang bertemu dengan kaum Iban dan mempelajari cara hidup mereka di rumah panjang.
Saksikan juga kaum Iban berinteraksi dengan alam semulajadi dalam hidup seharian mereka tanpa mencemar atau memusnahkannya.
Tips:
Lawatan
ke rumah panjang merupakan pengalaman yang sungguh menarik, terutamanya
masyarakat Iban yang terkenal dengan keramahan mereka.
Pengangkutan:
Kereta, Van
Taman
Negara Batang Ai terletak hanya beberapa jam perjalanan dari bandaraya
Kuching. Sekiranya lawatan anda telah dirancang bersama dengan pengusaha
pelancongan, maka kemudahan pengangkutan akan dimasukkan di dalam pakej
lawatan tersebut.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Tourism Malaysia Sarawak di talian : +6082-246 575 / 775 E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my
Penginapan
Selain
dari resort bertaraf 5-bintang yang terdapat di taman negara ini,
pengendali pelancongan anda juga boleh mengaturkan penginapan di rumah
panjang Iban yang berdekatan.
sumber:http://www.kurauking.com/
No comments:
Post a Comment