Keistimewaan
Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan
penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di
dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua
ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan
telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua
Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan
bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar
dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu
masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia
dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang
Tahi Menimbun.
Taman Negara Gua Niah
Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil,
tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah
kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun
dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia
Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua
Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.
Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu
kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan
pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum
pada 1 Januari 1975.
Pada tahun 1958, satu cari gali yang diketuai oleh Tom
Harrisson dan isterinya Barbara Harrison. Tom ialah kurator Muzium Sarawak .
Beliau berminat dengan arkeologi walaupun tidak ada asas arkeologi. Beliau
telah membongkar satu tengkorak manusia disebelah barat pintu utama Gua Niah,
yang dianggarkan berusia 40,000 tahun. Ia merupakan tengkorak manusia moden
(Homo sapiens) yang terawal di Asia Tenggara. Tengkorak itu ditemui di aras di
mana perkakasan batu telah dijumpai sebelumnya bersama arang yang memberikan
tarikh radiokarbon sekitar 40,000 tahun dahulu. Ini merupakan bukti terawal
pendudukan manusia di Borneo.
Selain bukti kehadiran manusia zaman Palaeolithic pada
tempoh Pleistocene Akhir, para cari gali turut menjumpai bukti pendudukan pada
awal tempoh Holocene oleh Mesolithic foragers, dan kemudiannya tapak
pengkebumian oleh penduduk yang menghasilkan barangan tembikar sekitar 4,000
tahun dahulu.
Kesemua kesan pendudukan manusia dikawasan tersebut seperti
perkakasan batu, alatan memasak dan hiasan yang diperbuat daripada tulang,
selut, atau batu telah membuktikan bahawa Gua Niah telah lama didiami sehingga
era palaeolithic (awal Zaman Batu). Era Pleistocene berakhir dengan bermulanya
era Holocene sekitar 10,000 dahulu.
Laluan ke Taman Negara Niah
Taman Negara Niah boleh dilawati oleh semua pelawat melalui
jaringan jalanraya yang menghubungkan kawasan ini dengan bandaraya Miri ataupun
bandar Bintulu. Jarak daripada bandaraya Miri adalah kira-kira 90 km melalui
Lebuhraya Persisiran Pantai memakan masa 1 1/2 jam manakala daripada Bandar
Bintulu adalah kira-kira 120km (2jam).
Taman Negara Niah boleh didatangi dengan menggunakan
kenderaan persendirian, teksi ataupun bas ekspress yang pergi dari bandaraya
Miri ke Bintulu ataupun dari Bintulu ke Bandaraya Miri dengan berhenti di
Simpang Ngu. Dari simpang berkenaan, pelawat boleh menggunakan kenderaan yang
disewa yang terdapat di sekitar simpang berkenaan dengan harga yang tertentu.
Sila maklumkan pemandu berkenaan supaya menghantar anda ke Pejabat Taman Negara
Niah.
Kemudahan di Gua Niah
Taman Negara Niah juga menyediakan kemudahan kediaman kepada
pelancong iaitu tapak perkhemahan, hostel dan chalet dengan harga yang telah
ditetapkan oleh kerajaan. Di sini juga terdapat kafeteria untuk membolehkan
pelancong mendapatkan bekalan makanan kerana semua kemudahan di Taman Negara
Niah tidak dibenarkan memasak. Namun pelancong dibenarkan membuat barbeque di
kawasan luar penginapan
No comments:
Post a Comment