Friday, November 9, 2012

TAMAN NEGARA TANJUNG DATU,SARAWAK



Taman Negara Tanjung Datu terletak di daerah kecil Sematan. Taman Negara Tanjung Datu mungkin merupakan Taman Negara yang terkecil di Sarawak; kerana hanya mempunyai keluasan 14 kilometer persegi sahaja tetapi ia juga mempunyai keindahannya yang tersendiri. Taman ini dikelilingi oleh hutan simpan yang indah serta pantai dan pasirnya yang putih; air laut sejernih kristal serta kepelbagaian batu karang yang menakjubkan.

Pantainya yang belum tercemar, batu karang yang belum terusik serta laluan hutan yang belum diterokai menjadikan Taman Negara Tanjung Datu sangat istimewa. Ia menjanjikan habitat semulajadi bagi flora dan fauna yang jarang dijumpai termasuklah pokok Putat kembang-malam (barringtonia asiatica), yang menghasilkan bunga berwarna merah jambu dan putih yang bersaiz bola tennis serta bunga kembang pagi yang banyak terdapat di pesisir pantai. Selain itu, Tanjung Datu juga kaya dengan kepelbagaian spesies haiwan termasuklah burung kenyalang serta merak dan beratus-ratus lagi spesies haiwan dan serangga.


Disebabkan air sejernih kristal yang belum tercemar dari Laut China Selatan memberikan linkungan yang luas bagi kehidupan marin dan juga batu karang yang banyak tumbuh hampir dengan pesisir pantai. Ini menjadikan Tanjung Datu kawasan yang sesuai untuk aktiviti menyelam serta ‘snorkeling’, walaupun aktiviti menyelam belum lagi dikomersialkan di sini.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...