Taman Negara Gunung Gading merupakan
salah satu keistimewaan yang terdapat di daerah Lundu. Hal ini kerana,
Taman Negara Gunung Gading mempunyai tarikannya yang tersendiri iaitu
Bunga Rafflesia; bunga terbesar di dunia. Selain itu, Taman Negara
Gunung Gading juga merupakan salah satu tempat yang terbaik di Asia
untuk melihat bunga Rafflesia berkembang. Terdapat 17 spesies bunga
Rafflesia dan ada segelintirnya telah diancam kepupusan. Tiga spesies
bunga Rafflesia terdapat di Sarawak iaitu; ‘Rafflesia Pricei’ ,
‘Rafflesia Arnoldi’ dan ‘Rafflesia Tuan-Mudae”. Cuma satu spesies bunga
Rafflesia sahaja yang dijumpai di Taman Negara Gunung Gading iaitu
‘Rafflesia Tuan-Mudae’.
Gunung Gading telah diwartakan sebagai
Taman Negara pada 1 Ogos 1983 untuk memberi kawasan pemuliharaan untuk
melindungi bunga Rafflesia yang hampir pupus. Pada tahun 1994, Taman
Negara Gunung Gading telah dibuka kepada orang awam supaya pengunjung
dapat melihat sendiri keindahan bunga terbesar di dunia iaitu bunga
rafflesia. Selain daripada itu, Taman Negara Gunung Gading juga
mempunyai tarikan yang lain seperti air terjun, laluan pejalan kaki,
beberapa tempat mandi-manda serta pemandangan hutan simpan yang indah
untuk dikunjungi. Taman Negara ini juga merupakan habitat semulajadi
bagi beberapa flora dan fauna.
Papan Masuk ke Taman Negara | Pejabat Pengurusan | Kawasan Pendaftaran | Pejabat Pengurusan |
Disebabkan kawasannya yang strategik
menjadikan Taman Negara Gunung Gading sesuai dijadikan sebagai tempat
beriadah. Di samping pengunjung dapat melihat sendiri keindahan bunga
Rafflesia dengan mata sendiri, pengunjung juga dapat berkelah bersama
kaum keluarga di sepanjang laluan air terjun yang menjanjikan panorama
yang indah disertakan dengan kedinginan air gunung yang belum tercemar.
Papan Tanda Taman Negara | Kolam Mandi | Kolam Mandi | Laluan Air Terjun |
No comments:
Post a Comment