"Bahawa malaikat
maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam
sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu
ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah
hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala
untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak
ketawa." -Sabda Nabi Muhammad S.A.W-
Ini adalah tanda
pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan akan disedari oleh
mereka-mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam
akan mendapat tanda ini. Cuma samada meraka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut ke hujung kaki mengalami getaran atau seakan-akan
mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana
jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut
seakan-akan bergetar.
* Tanda ini rasanya
lazat bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini
adalah tanda mati maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar
kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran, tanda ini
akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
Tanda 40 hari sebelum mati:
Tanda ini juga akan
berlaku sesudah Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika
ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah. Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita. Antaranya ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa.
* Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka akan bingung seketika.
Tanda 7 hari sebelum mati:
Pada ketika ini
akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi iaitu di antara dahi kanan
dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka kita harus berpuasa selepas
itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan memudahkan
urusan pemandian nanti. Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh serta dapat dikesan
jika melihat dari sisi.
Tanda 1 hari sebelum mati:
Akan berlaku
sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana in menandakan kita tidak
akan sempat untu menemui waktu Asar keesokan hari.
Tanda akhir:
Kita akan merasa
satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Tibalah masanya untuk malaikat
maut menjemput kita kembali kepada Allah yang menhidupkan kita dan
sekarang akan mematikan.
Bagi mereka yang
tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang manfaat.
Bagi yang sedar
dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk
memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
WaAllahualam.
No comments:
Post a Comment