Masjid Türkmenbaşy
Ruhy ialah sebuah masjid yang dibina di Gypjak, 7 kilometer dari ibu
negara Turkmenistan Ashgabat. Ianya dibina oleh bekas Presiden Seumur
Hidup Turkmenistan Saparmurat Niyazov lengkap dengan sebuah makan
sebagai persediaan beliau sebelum meninggal dunia. Ianya siap sepenuhnya
pada tahun 2004 dan Saparmurat Niyazov meninggal dunia pada tahun2006.
Semasa hayatnya Saparmurat Niyazov ialah seorang diktator. Beliau
mengubah nama bulan Januari kepada nama gelaran beliau Türkmenbaşy yang
bermaksud "Bapa Turkmenistan" dan juga menjenamakan semula vodka rasmi
negara sempena nama beliau. Selain dari itu Saparmurat juga membina
sebuah monumen lengkap dengan patung beliau yang disadur emas. Patung
ini akan berputar 360 darjah sehari bagi memastikan ia akan sentiasa
mengadap matahari.
Semasa hidup beliau
juga menulis sebuah buku yang diberi nama RUHNAMA. Kitab ini wajid
dibaca oleh semua rakyat Turkmenistan dan dianggap suci. How suci?
Setiap masjid di Turkmenistan WAJIB meletakkan senaskah Ruhnama
bersebelahan senaskah kitab suci Al Quran. Kegagalan mematuhi perintah
ini boleh menyebabkan masjid yang ingkar dirobohkan.
Beliau juga
mendakwa bertemu Allah dan Allah menjanjikan sesiapa yang khatam Ruhnama
sebanyak 3 kali akan dijamin masuk syurga! Tidak menghairankan
ayat-ayat"suci" Ruhnama diukir pada Masjid Türkmenbaşy Ruhy. Dikabarkan
Mufti Besar Turkmenistan menegur Saparmurat dan berkata apa yang
dilakukan beliau ini bertentangan dengan ajaran Islam. Saparmurat berang
ditegur dan mufti ini kemudiannya dipenjarakan 20 tahun kerana
keberanian beliau.
No comments:
Post a Comment