Pemain Bola Sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga
merupakan bekas pemain tengah Real Madrid mendedahkn alasan disebalik
keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan
yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan
mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk masuk Islam
setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.
Dia berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan
moral sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal
di bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatnya
ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang kehidupan peribadi mereka.
Pemain yang berkahwin dengan seorang wanita Islam berasal dari Algeria
itu dalam wawancara dengan surat khabar Pernacis “L’Equipe”, “saya
akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya
itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang
mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika
yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi. ”
aubert menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan
yang sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang
berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap
pengayaan maklumat mengenai agama Islam.
No comments:
Post a Comment