Sunday, March 10, 2013

10 Wanita berpengaruh satu ketika dahulu di dunia

1. Eleanor of Aquitaine


Eleanor of Aquitaine

Eleanor ialah sebahagian daripada keluarga yang kaya di Eropah beribu-ribu tahun dahulu. Dia mewarisi harta keluarga yang sangat banyak dan turut diberikan gelaran apabila ayahnya meninggal dunia. Dan pada saat itulah, beliau menjadi pemerintah autonomus. Beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan di Aquitaine dan telah menukarkan Aquitaine menjadi sebuah pusat budaya yang sangat besar. Kemudiannya Eleanor ditabal menjadi permaisuri pada tahun 1137 Masihi.

2. Maria Theresa
Maria Theresa
Maria Theresa ini berasal dari Austria telah dilahirkan pada tahun 1717 dan dia telah menjadi maharani pada tahun 1740. Beliau telah membentuk empayarnya dalam pelbagai bidang selain turut menambah lagi tentera-tentera baru kepada barisan askar yang sedia ada. Beliau turut menukar barisan kerajaan yang sedia ada dan ternyata segala penat lelahnya itu membuahkan hasil kerna ekonomi Austria terus berkembang maju. Beliau juga banyak menghapuskan pelbagai amalan-amalan yang buruk dan berjaya menyebarkan kesedaran kepada rakyatnya dalam pelbagai perkara.

3. Hatshepsut
Hatshepsut
Beliau adalah salah seorang pemerintah Mesir wanita yang paling berjaya. Menurut rekod-rekod yang dicatatkan, beliau adalah wanita yang paling disayangi selain sangat bertoleransi pada masa dia memerintah Mesir secara bersendirian sehinggalah beliau meninggal dunia.

4. Maharani Theodora
Maharani Theodora
Sebelum beliau ditabalkan sebagai Maharani, beliau adalah seorang aktress sebelum beliau berkahwin dengan Maharaja Justinian I dan melayakkannya beliau memegang gelaran Maharani Theodora. Beliau bersama-sama Maharaja Justinian I sentiasa mengambil berat tentang fungsi-fungsi sebuah empayar jajahan mereka tapi kebanyakkan keputusan dalam kerajaan tersebut akan dilakukan dengan persetujuan Maharani  Theodora terlebih dahulu. Malahan beliau juga sentiasa menyokong dan membantu negara mereka untuk memenangi banyak pertarungan di medan peperangan. Bukan itu sahaja pengaruh Maharani Theodora, beliau juga telah dikatakan banyak membangkitkan isu-isu kesedaran tentang kepentingan dan hak-hak seorang wanita.

5. Maharani Wu Zetian

Maharani Wu Zetian

Maharaja Wu Zetian dikatakan seorang maharani yang sangat tegas dan beliaulah yang bertanggungjawab membuat segala keputusan dan tindakan semasa suaminya sedang berada di ambang maut. Beliau kemudiannya menjadi Maharaja China setelah kematian suaminya dan dengan pemerintahannya itu maka tamatlah riwayat Dinasti Tang manakala bermulanya pula dinasti baru iaitu Dinasti Zhou. Walaupun agak kejam dalam banyak hal dan kepentingan, namun kerana ketegasannya itulah beliau berjaya mengembangkan Buddhism sebagai agama rasmi negara tersebut.


6. Isabella I

Isabella I

Isabella I ini berasal dari Castile, Sepanyol. Beliau merupakan seorang permaisuri yang bertanggungjawab dalam penubuhan Panel Penyiasatan di Sepanyol. Beliau juga turut berjasa menyatukan pelbagai pentadbiran kerajaan dalam sebuah negara dan perjalanan pelayar terkenal, Christopher Colombus yang mengelilingi dunia sebenarnya dibiayai oleh beliau sendiri. Beliau sangat dikenang kerna jasanya menaikkan status negara Sepanyol  di mata dunia dan menjadikan negara itu salah satu daripada negara berkuasa besar di dunia.


7. Elizabeth I

Elizabeth I

Beliau adalah permaisuri pertama dari England yang memerintah negara England dengan kuasa dan kawalan penuh di tangannya. Beliau adalah wanita yang penuh ciri-ciri hebat seorang pemimpin ini boleh menguasai pelbagai bahasa dan sangat meminati Christopher Marlowe dan juga Shakespeare. Beliau telah berjaya menukarkan England menjadi sebuah negara yang maju dan walaupun beliau ini sangat kuat pegangan agamanya, beliau tidak pernah sekali-kali mengetepikan ajaran agama-agama yang lain di England.


8. Maharani Dowager Cixi

Maharani Dowager Cixi

Jika kita mencari-cari seorang wanita yang bercita-cita tinggi, maka inilah orangnya yang bernama Maharani Dowager Cixi. Beliau tidak gemar dengan pengaruh negara-negara luar. Dari tahun 1861 hinggalah tahun 1908, beliau telah memerintah negara China dan sangat berpengaruh dalam membuat keputusan. Beliau juga adalah insan yang memperkenalkan reformasi baru kepada negara tersebut dari sudut ekonomi, politik dan juga budaya.


9. Catherine II

Catherine II


Biasanya Catherine II dari Rusia ini juga dikenali dengan gelaran Catherine The Great yang mana beliau telah memerintah negara paling besar di dunia ketika itu, Rusia dari tahun 1762 hinggalah tahun 1796. Ketika hidup bersama-sama dengan suaminya, beliau menyedari yang suaminya adalah seorang yang tidak matang sekaligus melakukan cubaan untuk menjatuhkan suaminya dari takhta. Setelah berjaya memerintah Rusia, beliau telah berjaya untuk menukarkan wajah politik di negara tersebut dan membuat reformasi dalam bidang budaya dan berjaya membentuk satu formula atau polisi yang kuat dan teguh tentang negar luar.


10. Permaisuri Victoria

Permaisuri Victoria

Boleh dikatakan Permaisuri Victoria adalah wanita paling berpengaruh dalam sejarah dunia. Empayarnya sahaja merentang luas ke 6 buah benua yang mana keluasaan jajahannya mencecah ke 14.2 juta batu persegi secara keseluruhannya. Era yang mana Permaisuri Victoria ini memerintah digelar sebagai Era Victoria malahan kuasa pemerintah Permaisuri Victoria ini bertahan agak lama iaitu selama 60 tahun.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...