Sunday, March 10, 2013

7 adat pelik yang masih di amalkan di dunia

7. Majlis Pengisian Gigi

"Tooth Filling Ritual" atau bermaksud Majlis Pengisian Gigi adalah satu majlis keraian yang utama dalam agama Hindu. Tujuan majlis ini adalah untuk melicinkan gigi dan gigi utama seseorang wanita.
Dipercayai, wanita yang melalui proses ini akan menghindarkan dan menghalau syaitan jahat. Mereka percaya gigi adalah simbol nafsu, tamak, marah dan kecemburuan. Jadi, proses ini menandakan seseorang wanita telah melalui proses matang atau baligh. Mungkin juga tak perlu guna pendakap gigi. =) 

cara pengisian gigi                                                    


6. Festival Vegetarian

Festival ini dilakukan setiap tahun di Thailand pada setiap kalendar lunar ke-9 (27sept - 5oct) mengikut kalendar cina. Dalam masa 10 hari sepanjang festival mereka yang terlibat hanya memakan makanan vegetarian sahaja. Dengan menyertai festival ini, mereka percaya jiwa mereka akan dibersihkan dari segala kekotoran.

peserta festival vegetarian
5. Ritual Pengebumian Yanomami

Ritual pengebumian saudara terdekat sangatlah penting di kalangan suku kaum Yanomami di Venezuela dan Brazil. Mereka memastikan mayat yang ditanam berada di dalam keadaan aman dan selepas mati.

Badan mayat akan dibakar dan baki abu mayat serta tulang-tulang yang tinggal akan diletakkan di satu tempat dinamakan "calabashes" sehingga proses pengebumian tamat. Peliknya, sebahagian abu mayat tersebut akan dicampurkan dengan jus pisang dan akan diberikan kepada setiap ahli keluarga untuk diminum. Selebihnya pula akan di tanam berhampiran rumah keluarga si mati.

Calabashes


4. Ritual Peluru Semut Satera-Mawe

Satera-Mawe, suku kaum asli India yang tinggal di Amazon. Di dalam ritual ini, apabila seseorang lelaki telah menjadi dewasa, mereka perlu memakai sarung tangan yang mempunyai Satera-Mawe, peluru semut. 

Apabila tangan dimasukkan ke dalam sarung tangan tersebut semut-semut akan menggigit beberapa ketika. Gigitan semut berkenaan adalah yang paling sakit berbanding gigitan makhluk-makhluk lain. Ritual ini akan diulang beberapa kali dalam setahun. Kalau ritual ini diamalkan di Malaysia mesti ramai lelaki yang melarikan diri. =)

sarung tangan mengandungi semut
3. Adat Membaling Bayi di Sholapur

Adat ini dilakukan di barat India, di kawasan Maharastra. Bayi akan dicampak dari ketinggian 50 meter dan kemudian diberikan kepada ibunya.

Dalam 500 tahun adat ini dilakukan, tiada kecederaan dilaporkan. Adat ini dipercayai membolehkan bayi berkenaan hidup kaya dan sihat di kemudian hari. 

keadaan bayi yang dicampak
2. El Salto De Colacho

El Salto De Colacho yang dilakukan di Sepanyol bermaksud lompatan syaitan. Ia dilakukan terhadap sekumpulan bayi yang baru dilahirkan bagi menghalau semangat syaitan.Seorang lelaki berpakaian Colacho (seperti syaitan) akan menlompat dan melangkah bayi yang baru dilahirkan. Kepercayaan ini juga memadam kesemua dosa lepas si bayi.

Calocho melompat ke atas bayi
1. Festival Gurning

Peserta di dalam Festival ini akan membuat muka yang sangat pelik dan kelaka. Peserta yang membuat muka terpelik akan dinobatkan menjadi pemenang. 

Pada asalnya festival ini dilakukan di kawasan pendalaman England. Tetapi kini telah menjadi suatu tradisi di England.

Jackman, pemuda yang telah 4 kali memenangi 4 kali Kejuaraan Dunia Gurning yang dilangsungkan di Egremont, England. Kebiasaannya di Malaysia orang buat muka kena sepak, tapi di England ada pertandingan pula.

muka terpelik macam karton.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...