Amerika Syarikat: Negara Islam yang dimurtadkan
Ternyata Amerika yang selama ini sinonim sebagai pusat kekafiran,
justeru lebih dulu mengenal Islam sebelum para penyebar agama lain dari
Eropah menguasai negeri itu. Fakta-fakta ini mungkin akan membuat kita
berbeza memandang Amerika, iaitu sebagai sebahagian dari wilayah yang
dakwah disana harus diteruskan.
1. Khashshash bin Said bin Aswad
Ada banyak versi tentang siapakah yang pertama kali membawa agama Islam
ke Amerika. Salah satunya yang boleh disebut adalah Khashshah bin Said
bin Aswad yang tercatat dalam sejarah pada tahun 889 masehi telah
mendarat di benua itu.
Dia seorang navigator muslim yang berasal dari Cordoba, Sepanyol.
Sebagaimana kita ketahui, Sepanyol ketika itu merupakan pusat peradaban
Islam di Barat, di bawah pimpinan Khilafah Bani Umayah II.
Menyeberangi lautan Atlantic, pelaut muslim ini tercatat sebagai di
antara pembawa agama Islam ke Amerika, hanya terpaut 200-an tahun
setelah Rasulullah SAW wafat.
Para ahli sejarah dan intelektual dari kalangan muslim yang mencatatkan
perjalanan ke benua Amerika adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al
Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab
Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 - 1384) dan Ibn Battuta
(meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi Muslim Al Masudi
(871-957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad adalah seorang penjelajah
muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada
tahun 889 Masihi. Dalam bukunya, 'Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar'
(The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan
bahawa semasa pemerintahan Khalifah Sepanyol Abdullah Ibn Muhammad
(888-912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos)
pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik hingga menemui wilayah yang
asing dan disebutnya sebagai Ard Majhoola. Kemudian beliau kembali
dengan membawa pelbagai barangan yang menakjubkan. Selepas penemuan itu,
banyak pelayaran menuju daratan di seberang Lautan Atlantik dilakukan.
Al Masudi juga menulis buku 'Akhbar Az Zaman' yang memuat bahan-bahan
sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahawa semasa pemerintahan Khalifah
Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayah, tercatat adanya
orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar dari pelabuhan Delba (Palos)
di Sepanyol menuju ke barat lautan yang gelap dan berkabut, iaitu
Lautan Atlantik. Setelah itu mereka berjaya kembali pulang ke Palos
dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang
begitu asing pada masa dulu.
Beliau juga menulis menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar
Al-Gutiyyabahawa pada masa pemerintahan Khalifah Sepanyol, Hisham II
(976-1009) seorang pelayar dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat
meninggalkan pelabuhan Kadesh pada bulan Februari tahun 999 melintasi
Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).
Ibn Farrukh mengunjungi Raja Guanariga dan kemudian meneruskan
pelayarannya ke barat sehingga melihat dua pulau dan menamakannya
Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Sepanyol pada bulan Mei
999.
Pelayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maghribi juga dicatat oleh
penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani.
Kapalnya bertolak dari Tarfayadi Maghribi pada zaman Sultan Abu-Yacoub
Sidi Youssef (1286-1307) raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya
mendarat di pulau Green di Laut Caribbean pada tahun 1291. Menurut Dr.
Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan rujukan oleh para
saintis Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di
Timbuktu juga pernah melakukan pelayaran sehingga ke benua Amerika.
Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300-1384)
telah memerincikan eksplorasi geografi ini. Timbuktu yang berada di
tengah-tengah afrika kini dilupakan, dahulunya merupakan pusat
peradaban, perpustakaan dan pusat keilmuan yang maju di Afrika. Ekpedisi
perjalanan darat dan laut banyak dilakukan baik menuju ke Timbuktu
ataupun bermula dari Timbuktu.
Sultan yang tercatat akan eksplorasinya hingga ke benua baru waktu itu
adalah Sultan Abu Bakari I (1285-1312), iaitu saudara Sultan Mansa
Kankan Musa (1312-1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi
melintasi Lautan Atlantik sehingga ke Amerika dan menyusuri sungai
Mississippi .
Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara
dengan menyusuri sungai Mississippi di antara tahun 1309-1312. Para
eksplorasi ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika
dilakarkan di dalam peta berwarna Piri Re'isi yang dibuat tahun 1513,
dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517.
2. Laksamana Ceng Ho
Selain itu sejarah juga mencatatkan bahawa Laksamana Ceng Ho yang
beragama Islam, juga pernah mendarat di benua Amerika. Yang menarik,
laksamana yang juga seorang da `i muslim ini mendarat 70 tahun lebih
awal dari Colombus.
Bahkan armada dan kapal Ceng Ho jauh lebih besar daripada kapal milik
Colombus. Namun kerana sejarah dunia ditulis oleh orang lain, maka fakta
bahawa Ceng Ho mendarat lebih dahulu dari Colombus seolah lenyap di
balik pembohongan nyata.
Gambar di atas menunjukkan bahawa kapal Cheng Ho memang jauh lebih besar
berbanding kapal Colombus. Kapal ini juga tercatat pernah mendarat di
nusantara, selain berdiplomasi dan berdagang, juga menyebarkan dakwah
Islam.
Cheng Ho punya nama arab, iaitu Haji Mahmud Shams. Beliau adalah seorang
muslim China yang lahir tahun 1371 dan meninggal dunia tahun 1433.
Terkenal sebagai pelaut dan pengembara China terkenal yang melakukan
beberapa pelayaran antara tahun 1405 hingga 1433.
3. Columbus
Kisah Columbus Menemui Benua Amerika
Berbalik kepada cerita Columbus, Columbus sendiri mengetahui bahawa
orang-orang Carib (Caribbean) adalah pengikut Nabi Muhammad. Orang-orang
Islam telah berada di sana sebelum ketibaan Columbus terutama
orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Caribbean, Amerika
Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai
dan memperhambakan rakyat Amerika. Orang-orang Islam datang untuk
berniaga dan ada juga yang mengahwini orang-orang pribumi.
Columbus juga mengakui pada 21 Oktober 1492 dalam pelayarannya antara
Gibara dan Pantai Cuba telah melihat sebuah masjid (yang berada di atas
bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sisa-sisa runtuhan
masjid telah ditemui di Cuba, Mexico, Texas dan Nevada. Ini sekaligus
menjadi bukti kukuh bahawa Islam telah lama bertapak di sana.
Dan fakta yang perlu kita ketahui adalah 2 orang nahkoda kapal yang
dipimpin oleh Columbus iaitu kapten kapal Pinta dan Nina adalah
orang-orang muslim iaituMartin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon.
Mereka berdua adalah bersaudara dan mempunyai kaitan persaudaraan dengan
Sultan Maghribi Abuzayan Muhammad III (1362). [THACHER, JOHN BOYD:
Christopher Columbus, New York 1950]
Kenapa hanya Columbus yang dikenali sebagai orang yang menjumai benua
amerika? Kerana pada waktu itu kaum yahudi diusir dari Sepanyol
(sebanyak 300,000 orang yahudi yang diusir oleh raja Ferdinand).
Orang-orang Yahudi mengumpul dana untuk pelayaran Columbus dan berita
'penemuan benua Amerika' telah diberitahu oleh Christopher Columbus
kepada kawan-kawannya yang beragama Yahudi di Spanyol.Pelayaran Columbus
ini telah dijadikan popular dan kisah ini diperlukan untuk menciptakan
legenda sesuai dengan kehendak Yahudi yang ingin menguasai dunia. Tidak
menghairankan jika sejarah yang kita pelajari sekarang menipu kita. Ini
disebabkan semua media gergasi dunia dikuasai golongan Yahudi.
Fakta-fakta di atas memperlihatkan ketidak-jujuran penulisan fakta
sejarah tentang penemuan benua Amerika. Penyelewengan sejarah oleh
orang-orang Yahudi yang terjadi sejak pertama kali mereka bersama-sama
orang-orang Eropah menjejakkan kaki di benua Amerika.
4. Indian Muslim
Yang menarik adalah islamnya suku-suku asli yang menghuni benua Amerika,
iaitu Indian. Gambar utama kertas ini adalah lukisan wajah seorang
kepala suku Cherokee, Seqouya.
Tercatat begitu banyak bukti bahawa suku-suku itu banyak yang sudah
mengenal agama Islam, seperti Apache, Cherokee, Sioux, Anasazi, Arawak,
Arikana, Chavin Cree, Makkah (mirip nama mekkah Al-Mukarramah), Hohokam,
Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni.
Begitu banyak bukti bahawa bangsa Indian sudah memeluk agama Islam.
Misalnya, beberapa tulisan cherokee abad ke-7 terpahat pada batu-batu di
Nevada sangat mirip dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab.
Ciri lain adalah gambar atau lukisan yang kita lihat tentang kostum yang
dikenakan oleh bangsa Indian. Ternyata banyak kepala suku Indian
mengenakan tutup kepala khas orang Islam, seperti serban ini. Bahkan
mereka mempunyai aksara Syllabary yang mirip bahasa Arab.
Dan fakta yang tidak dapat dinafikan, adalah sebuah naskah perjanjian
antara kerajaan Amerika dan Kepala Suku Indian Cherokee. Naskah itu
hingga kini masih tersimpan rapi di bangunan Arkib Perpustakaan Negara
di ibu kota Washington DC.
Yang menarik, nama kepala Suku Cherokee adalah Abdel-Khak and Muhammad Ibnu Abdullah. Jelas itu nama muslim.
Namun penduduk suku Indian yang banyak menganut agama Islam menurun
secara drastik akibat pembunuhan. Salah satunya polisi rasmi kerajaan
USA berupa Indian Removal Act tahun 1830 yang memberikan kebenaran rasmi
buat bangsa Eropah untuk mengusir atau membunuh bangsa Indian.
Tercatat lebih dari 70,000 orang indian di usir dari tanahnya sehingga mengakibatkan ribuan orang meninggal.
Sejarah Islam Dan Suku Indian Cheeroke
Sejarah hubung kait islam dan penduduk Red Indian Amerika ini adalah
panjang. Semangat orang-orang Islam dan China ketika itu untuk mengenal
lebih jauh tentang dunia selain untuk melebarkan pengaruh, mencari
sumber dan jalan perdagangan baru dan ini menyebabkan dakwah Islam
semakin meluas dan mendorong mereka untuk lebih berani melintasi kawasan
yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka waktu itu. Sebagai
contoh adalah Cheng Ho (nama islamnya Hajji Mahmud Shamsuddin) dan Ibnu
Batutta. Selain itu terdapat juga pelayar-pelayar Islam yang lain tetapi
tidak tercatat pada buku-buku akademik.
5. Muslim Afrika Amerika
Salah satu faktor penyebaran agama Islam di Amerika adalah
didatangkannya ribuan budak-budak dari Afrika ke benua Amerika. Dan
mereka umumnya beragama Islam. Muhammad Ali peninju legenda adalah salah
satu contoh keturunan Afrika yang tetap menjadi muslim di Amerika. Dan
tidak sedikit nama mereka yang mirip dengan nama-nama Arab, seperti
Karim Abdul Jabbar, sang pemain basket.
Selama tahun 1520-an telah didatangkan budak ke Amerika Utara dari
Afrika. Dianggarkan sekitar 500 ribu jiwa dihantar ke daerah ini atau
4.4% dari total 11.328.000 jiwa budak yang ada.Diperkirakan sekitar 50%
budak atau tidak kurang dari 200 ribu jiwa budak yang didatangkan
berasal dari daerah-daerah yang dipengaruhi oleh Islam.
Menurut bancian AS tahun 2003, ada sejumlah 37,1 juta warga kulit hitam
di AS, yang bererti 12,9 peratus dari jumlah keseluruhan populasi. New
York City mempunyai rakyat kulit hitam di bandar tertinggi pada tahun
2000 dengan jumlah 2 juta jiwa.
Malcolm X
Bicara tentang Islam di Amerika, kita tidak boleh melewatkan nama
Malcolm X, tokoh Muslim dari kaum Afrika-Amerika yang ketokohannya dapat
digandingkan dengan Dr. Martin Luther King.
Malcolm X dicatat sebagai orang yang berjuang menghapuskan segala macam
diskriminasi lebih-lebih yang menimpa kaum Afrika-Amerika yang sering
dikonotasikan dengan kaum negro yang terdiskriminasikan.
Malcolm menjadi orang nombor 2 di Nation of Islam selepas Elijah
Muhammad, ia juga yang membuat organisasi ini menjadi besar dalam kurun
waktu 1 dekad. Di tahun 1952, Nation of Islam hanya dianggotai 500
orang, tapi di tahun 1963 anggotanya berkembang pesat menjadi 25,000
orang. Malcolm juga yang mengajak peninju fenomenal, Casius Clay,
bergabung dengan Nation of Islam yang kemudian menukar namanya menjadi
Muhammad Ali.
Dakwah Malcolm X semakin mantab dan lurus terutama setelah melakukan
perjalanan ibadah haji atas jemputan Kerajaan Saudi Arabia di tahun
1964. Malcolm berangkat ke Jeddah, Arab Saudi, untuk belajar Islam
sekaligus menunaikan haji.
Walau pun awalnya datang dalam keadaan tidak berkemampuan berbahasa Arab
dan pemahaman yang keliru tentang Islam, namun setelah dipertemukan
dengan sumber-sumber penajar Islam yang original, Malcolm X mendapatkan
gambaran yang berbeza dari pandangannya selama ini.
Terutamai setelah melihat jamaah haji yang berkumpul dari belahan bumi,
dari pelbagai bangsa, bangsa dan warna kulit yang semua memuji Tuhan
yang satu dan tidak saling membezakan.
Muhammad Ali: Petinju Legenda
Muhammad Ali lahir di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namanya
mengikuti nama ayahnya, Cassius Marcellus Clay, Sr. Ali kemudian menukar
namanya selepas bergabung dengan Nation of Islam dan akhirnya memeluk
Islam Sunni pada tahun 1975.
Terinspirasi oleh Malcolm X untuk bergabung dengan Nation of Islam, dan
diberi nama Muhammad Ali oleh tokoh NOI Ellijah Muhammad.
Muhammad Ali secara tegas menentang penglibatan Amerika Syarikat dalam
perang Vietnam. Saat menentang wajib tentera ke Vietnam, Ali dijatuhi
hukuman lima tahun penjara, namun dia berjaya melepaskan diri daripada
hukuman penjara dalam keputusan sidang bandingnya. Hukuman penjara ini
akhirnya dibatalkan selepas tiga tahun dibacakannya hukuman tersebut.
Muslim Amerika
Saat ini boleh dibilang Islam lebih banyak dipeluk oleh kalangan
Afro-American ini berbanding dengan penduduk dari kulit putih. Apalagi
dengan adanya perbezaan ras yang ternyata masih kental. Dan kewujudan
muslim Afro-American ini-sedikit banyak-turut mewarnai benua Amerika
dengan warna Islam.
Saat ini jumlah penduduk USA dianggarkan 308 juta. Yang beragama Islam
dianggarkan hanya sekitar 3 juta sahaja, atau sekitar 1%. Jumlah ini
sangat minoriti, dan sayangnya rata-rata mereka hidup tertindas.
Terutama setelah peristiwa runtuhnya menara WTC di tahun 2001.
Menjadi Minoriti Tertindas
Sejak itu umat Islam yang hidup di Amerika tidak tenang hidupnya, sebab
sewaktu-waktu mereka boleh saja dikejar-kejar dan dimasukkan ke penjara,
tanpa alasan yang jelas. Ditambah lagi hukuman dari masyarakat yang
termakan oleh penggiringan pandangan media massa. Penderitaan mereka
semakin lengkap.
Banyak serangan-serangan yang berlaku tehadap Muslim Amerika selepas
kejadian itu, walaupun ini terbatas pada kelompok minoriti kecil.
Menurut survey yang dilakukan pada 2007, 53% Muslim Amerika menganggap
bahawa menjadi lebih sukar menjadi seorang Muslim (di AS) selepas
serangan itu.
Wanita Muslim yang menggunakan hijab / jilbab diganggu, menyebabkan
beberapa wanita Muslim yang memilih untuk tinggal di rumah, sedangkan
yang lain untuk sementara meninggalkan amalan (pekerjaan).
Yahudi Amerika: Minoriti dan SANGAT berkuasa
Meski jumlahnya hanya sekitar 5 juta orang atau 1.6% dari jumlah
keseluruhan penduduk USA, namun komuniti yahudi SANGAT berkuasa.
Hal itu kerana orang-orang Yahudi sangat kompak dan membina semua unsur
kekuatan secara serius. Selain membina pelbagai industri besar, mereka
juga menekuni perniagaan berskala international, termasuk rajin membina
rangkaian industri media massa, komputer, telekomunikasi, minyak bumi,
harta, hiburan, life style, sampai keurusan pertanian.
Bahkan kesedaran politik kekuatan yahudi di Amerika sangat maksimum.
Dengan budaya money politik yang tinggi, yahudi selalu bersedia memodali
para calon penguasa di negeri itu, di mana memang faktor pemilikan
modal wang menjadi syarat nombor satu untuk mencapai puncak kekuasaan
(red: dalam sistem demokrasi kapitalisme)
Dan buat yahudi, siapa pun yang ingin mendaki puncak kerjaya politik,
selalu ada dana dan modal yang boleh digelontorkan tanpa batasan. Yang
penting, politik polisi rejim itu harus sangat pro kepentingan yahudi.
(Red: begitulah yg terjadi saat ini dalam sistem demokrasi kapitalisme.
Hal ini tentu bertentangan dengan sistem Islam yang diredhai oleh Allah
iaitu Khilafah Islamiyah) Sumber globalmuslim.web.id
No comments:
Post a Comment