Masjid terbanyak di eropah adalah di negara Bulgaria
sebuah masjid di Bulgaria
Perancis, Britain, atau Jerman menjadi 'rumah' bagi umat Islam di
Eropah, tapi untuk masalah rumah Allah alias masjid, Bulgaria jawaranya.
Negara bekas komunis itu mempunyai jumlah masjid terbanyak di Eropah,
mencapai 1,200 unit. Jumlahnya hampir menyamai negara-negara di Timur
Tengah.
Ya, Bulgaria juga tercatat sebagai negara dengan bilangan pelajar Islam
yang terbesar di Eropah. Lebih dari tiga ribu pelajar menempuh
pendidikan di sekolah Islam setiap tahun. Hebatnya, di sekolah umum juga
diberikan kurikulum Islam.
Dari data statistik Mufti Bulgaria menyebutkan sebanyak 3.372 pelajar
mengikuti kelas agama Islam pada 2011. Jumlah itu meningkat enam kali
ganda berbanding tahun lalu.
Kepala Jabatan Agama Bulgaria, Emil Velinov mengatakan meski keghairahan
keluarga muslim menyekolahkan anak-anak mereka ke sekolah Islam sangat
tinggi, tapi hal itu tidak diiringi dengan kualiti institusi pendidikan
itu sendiri.
"Itu terasa ketika mereka memilih menjadi imam. Akreditasi mereka
dipersoalkan," ujarnya menerangkan seperti dikutip balkaninsight.com,
Jumat (28/9).
Dewan Tertinggi Institut Agama Islam mengungkap masih banyak institusi
pendidikan tinggi Islam belum memenuhi kriteria akreditasi. Pada 2005
silam, ahli parlimen dari jawatankuasa Hak Asasi Manusia (HAM)
menyatakan institusi pendidikan Islam terutama yang berada di desa-desa
tidak berdaftar secara rasmi meski berada dalam kordinasi kepala mufti.
Semasa era komunis, Muslim Bulgaria kesulitan mendapatkan akses
pendidikan. Mereka tidak mempunyai hak bercakap di awam, larangan
memakai tudung dan sunat bagi laki-laki.
Pelbagai tekanan tersebut mendekati masa kejatuhan pada 1985 ketika 310
ribu etnik Turki dipaksa menukar nama Islam mereka. Protes muncul di
mana-mana. Pada Ogos 1989, apabila komunisme mulai pecah di timur
Eropah, Bulgaria memaksa 360 ribu etnik Turki menyeberang ke tanah
leluhurnya.
Setelah komunis runtuh, umat Islam kembali bangkit. Hal itu ditandai
dengan difungsikannya Masjid Banya Bashi sebagai tempat beribadah umat
Islam yang tinggal di Bandar Sofia, sampai hari ini. Kini, ada sekitar
satu juta umat Islam yang tinggal di negara yang pernah menjadi bahagian
dari Kesultanan Utsmaniyah selama lima abad itu. republika.co.id
No comments:
Post a Comment