Saat
ini, Yahudi, yang diduga merupakan keturunan bani Israel yang menolak
Isa dan Muhammad, (semoga rahmat dan kesejahteraan dilimpahkan kepada
kedua Nabi tersebut), di mana penolakan mereka tersebut berlanjutan
hingga kini, terbahagi dalam dua kumpulan iaitu kaum Sephardim dan kaum
Ashkenazim. Jumlah kaum Ashkenazim jauh lebih banyak dari kaum
Sephardim. Asal usul mereka sangat berbeza di antara satu sama lain.
Kaum
Sephardim, pada umumnya adalah Yahudi yang sejak zaman dahulu telah
tinggal di Afrika Utara, Timur Tengah dan Eropah Tenggara. Dan pada
suatu masa mereka juga pernah tinggal di Sepanyol pada zaman muslim
berkuasa disana (711 AD-1609 AD), namun mereka dimusnahkan ataupun
terpaksa melarikan diri pada saat pendudukan Kristian Triniti pada tahun
1492 AD Selepas ini sesungguhnya tidak ada lagi kaum Sephardim yang
tinggal di Sepanyol, dan banyak dari mereka yang tinggal di Afrika
Utara, Timur Tengah dan Eropah Tenggara dikenali sebagai Yahudi yang
berasal dari Sepanyol ataupun keturunannya bukan sebagai keturunan
Yahudi yang tinggal di wilayah tersebut diatas sejak zaman Musa dan Isa
ataupun pada masa dahulu daripada suku bani Israel.
Sangatlah
jelas bahawa asli dari 'Yahudi Sepanyol' adalah orang-orang yang
berhijrah dari Eropah tenggara, Timur tengah dan Afrika Utara semasa
pemerintahan Islam di Sepanyol-namun seperti yang akan kita lihat nanti,
Insya Allah-kemungkinan beberapa Yahudi dari Sepanyol bukanlah
pendatang Sephardic dari timur, melainkan Yahudi Ashknazi dari Utara.
Sejak saat itu Yahudi Ashknazi dikenali sebagai Yahudi bukan keturunan
bani Israel, namun keturunan dari 'Yahudi Sepanyol' bukan Yahudi
Sephardic-walaupun pada masa ini mereka dikenali dengan nama tersebut.
Ashkenazi
pada umumnya adalah Yahudi dari abad ke lapan dan seterusnya tinggal di
Eropah dan terkini di Amerika. Tidak dapat dinafikan bahawa Yahudi
Ashkenazi bukanlah keturunan bani Israel asli. Arthur Koestler menyebut
mereka, 'bani yang ke tiga belas' dalam bukunya
Ringkasnya, kisah Ashkenazi adalah sebagai berikut:
Pada
abad ketujuh A.D. terdapat suku Turky yang dikenali kaya dan mempunyai
kekuasaan yang besar di sekitar laut mati dan laut Caspian. Mereka
dikelilingi oleh Kristian Eropah dari utara, dan oleh Muslim dari
selatan. Untuk menjaga keselamatan kerajaan mereka, dan untuk alasan
kebijaksaan politik semata-mata dan bukanlah alasan-keagamaan-pemimpin
mereka memutuskan bahawa seluruh suku Khazar harus menganut agama
Yahudi, dengan alasan Kristian Eropah tidak akan mengganggu mereka jika
mereka menyembah Tuhan, begitu juga kaum muslimin akan melayan mereka
sebagai 'ahli kitab', dan juga tidak akan mengganggu mereka.
Alasan
lain, jika mereka memilih Islam atau Muslim, tentunya mereka akan
terlibat di dalam pertikaian yang sudah ada di antara Kristian Eropah
dan Muslim-sehingga memilh agama Yahudi adalah jalan yang paling selamat
bagi mereka.
Michael Rice menggaris bawahi asal usul dan sejarah Khazars di dalam bukunya Keturunan Palsu, dalam kalimat ini
Khazar
adalah salah satu suku Turki yang pindah kearah barat sebagai akibat
dari adanya tekanan besar di Asia, bermula dengan menetap di sebelah
Utara kerajaan Byzantine, dalam pertengahan abad pertama millennium AD.
Kedatangan mereka disebabkan oleh adanya pencerobohan Mongol. Khazar
pertama kali muncul di Rusia Selatan, di wilayah antara Kaukasus, Don
dan Volga, kemudian mereka mula memperlihatkan sifat nomadennya dan mula
berusaha untuk mendapatkan kedudukan di dalam pemerintahan.
Khazar,
suku ini hidup dengan makmur. Akibatnya Byzantin dan kerajaan Muslim
mulai tertarik dengan mereka dan pada kenyataannya tidaklah mudah bagi
satu sama lain untuk melakukan komunikasi.Kedua kekuatan ini baik
kristiani Eropah dan Muslim sama-sama menekan kaum penyembah berhala ini
(Khazar) untuk menerima ajaran agama mereka yang masing-masing meyakini
bahawa agama merekalah yang paling benar. Kaum Khazar dikenali sebagai
orang-orang yang pandai, yang sangat cemas akan keadaan yang ada
sehingga mereka tidak memilih salah satu agama baik dari Kristian Eropah
maupun dari Muslim.Karena jika mereka memilih salah satu daripada kuasa
besar ini, ertinya mereka akan mengasingkan kekuatan yang lain .
Sehingga Khazar mula mencari penyelesaian untuk menyelesaikan masalah
ini. Penyelesaian tersebut adalah dengan menganut agama Yahudi dengan
harapan boleh menghindarkan tekanan dari kedua-dua kekuatan besar
mereka.
Khazar
melakukan kajian secara mendalam agama apakah yang boleh diterima oleh
kedua-dua kuasa besar Kristian dan Muslim sebagai agama yang penting di
mana masalah ini tertulis di dalam Company Khazar. Didalam
surat-menyurat Khazar ini dilaporkan bahawa utusan Muslim yang datang
kepada mereka untuk merubah agama mereka menjadi Islam, mereka
mengajukan soalan, 'Agama mana yang anda lebih hargai, Yahudi atau
Kristian? Tanpa ragu-ragu Muslim menjawab agama Yahudi. Sebaliknya
mereka juga bertanya kepada kaum Byzantin, yang mempromosikan agama
Kristian orthodox, 'Agama mana yang anda lebih hargai, Yahudi atau
Islam? Kaum Kristian dengan serentak menjawab, 'Yahudi'. Oleh kerana
keputusan akan dibuat dan Khazars rasmi menjadi Yahudi.
Kerana
itulah dalam waktu relatif singkat, seluruh khazar menjadi Yahudi,
walaupun tidak ada satupun nenek moyang mereka yang pernah tinggal di
tanah suci, dan tidak ada satu pun dari mereka yang berasal dari
keturunan bani Israel yang mendapatkan ajaran Musa secara langsung.
Sangat
jelas bahawa kelompok Yahudi Eropah ini tidak pernah dapat mengakui
bahawa mereka mempunyai garis keturunan dengan Yahudi yang pernah
tinggal di tanah suci ataupun di sekitarnya. Mereka sesungguhnya
mempunyai kedudukan yang sama dengan kaum Kristian Eropah, yang menjadi
Kristian kerana agama dan ketaatan terhadap agama, namun bukan keturunan
Kristian dari bani Israel yang pernah tinggal di tanah suci ataupun di
sekitarnya.
Selanjutnya,
seperti lazimnya agama Kristian di Eropah yang sangat jauh dari ajaran
Isa yang asli, begitu juga ajaran agama Yahudi yang dipeluk oleh Khazar
bukanlah ajaran asli Musa.
sumber dari eramuslim.com
No comments:
Post a Comment