Siamang Malaysia merupakan seekor haiwan mamalia.Merupakan
haiwan yang menarik kerana habitatnya di dalam hutan tropika yang tebal
.Merupakan haiwan yang suka menjerit...bagi yang biasa meredah belantara
sudah pasti akan dengar suara siamang pada awal pagi.Mari kita kaji
tentang siamang nie.
- Merupakan sejenis mamalia,berbulu ,berdarah panas serta beranak.
- Kajian tentang Siamang bermula sejak tahun 1960 an oleh David J Chivers dari Universiti Cambridge.
- Merupakan haiwan berbulu hitam,gelap,bertangan panjang(melebihi kaki) serta tidak berekor
- Sangat cekap bergayut pada ranting pokok
- Habitat Siamang dikatakan di pedalaman hutan seperti di Banjaran Titiwangsa.Habitat ini memang unik kerana hanya terdapat di Malaysia dan Sumatera sahaja.
- Merupakan haiwan pemalu dengan manusia.
- Siamang suka menjerit pada awal pagi dengan jeritan antara 15 - 20 minit !
- Jeritan Siamang boleh didenagari sehingga 6.5 km !
- Jeritan ini memberikan Siamang identiti yang menarik.Jeritan siamang dikatakan untuk menandakan wilayah masing-masing atau untuk makanan.
- Merupakan haiwan yang setia dengan pasangannya,satu kumpulan siamang mendominasi kawasan sehingga 60 ekar hutan.
- Makanan siamang meliputi pucuk pokok Ara( makanan kegemaran ),bijirin,bunga,serangga dan kulit kayu
- Siamang merupakan haiwan yang bersosial,setiap aktiviti berkumpulan,misalnya jika waktu makan,semua siamang akan makan serentak
- Tempoh hayat antara 35 -40 tahun
No comments:
Post a Comment